Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, June 9, 2012

Terima Kasih Abah, Terima Kasih Ibu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~
Ayah,
Keringat di kerah demi keselesaan anak mu,
Kasihmu tidak ditunjuk namun ku tahu,
Tiada yang lebih bahagia mempunyai kau sebagai ayah ku.

Ibu,
Kau bidadariku,
Doa yang dipanjatkan untuk kebahagian anak mu,
Tiada kasih sesuci kasih mu.
~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~ ~ ♥ ~

Namaku Irfan.
Aku merupakan anak pertama dalam keluarga yang mempunyai tiga orang adik-beradik.
Umurku kini telah meningkat 30 tahun, tetapi ..


[28 tahun yang lepas]
Tahun ini merupakan tahun kelahiran adikku, Sofea.
Bagiku, kelahiran Sofea telah menyebabkan aku kehilangan kasih ibu ku.
Kini, Sofealah yang ibu dukung dan Sofea jugalah yang ibu kelek.
Aku? hanya memandang dari sudut-sudut dinding, sesekali ditiupi angin kipas yang berputar.

Ya, adikku si Sofea terus dimanja.
Abah dan ibuku bukanlah orang berada akan tetapi apa yang diminta Sofea selalunya ditunaikan mereka.
Aku? seperti biasa, hanya memandang dari sudut-sudut dinding, dan masih lagi ditemani tiupan angin kipas.
Kipas jua yang memahami aku. Perasaan ku sedih. Hatiku marah.
Kadang-kala, aku cuba juga untuk meminta, menjeling-jeling melihat apa yang ku ingini.
Jelingan yang mempunyai seribu makna.
Aku pasrah dan redha, mungkin ada hikmahnya aku dilayan sebegini rupa.


[25 tahun yang lalu]
[Waktu makan malam]
Sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga, membentang dan menjadikan surat khabar sebagai alas.
Lalu aku menolong ibu, mengangkat segala lauk-pauk, nasi yang ditanak, tidak lupa pinggan mangkuk untuk kegunaan kami sekeluarga.
Aku perhati dan terus memerhati.
Sofea lagaknya seperti bos-bos besar, hanya menunggu segalanya terhidang.
Eh? lupakah dia siapa lelaki dan siapa perempuan?
kenapa aku pula yang dibiasakan ibu dan abah untuk membuat kerja-kerja rumah?
Angkat lauk-pauk itu bukankah sepatutnya dilatih si Sofea?,
agar dia tidak kekok nanti ketika telah bersuami nanti?.
Aku kebingungan.
Menggaru-garu kepala di usia lima tahun memikirkan perkara-perkara remeh sebegini.
Ahhh!, mungkin aku terlalu banyak menonton drama-drama melayu di awal pembesaran ku.
Bingung-bingung ...

Hampir setiap malam beginilah rutinku.
Aku yang menolong, Sofea menunggu.
Kadang-kadang, adalah juga dia datang menolong, kata orang cuma nak tunjuk muka.
Aku tensi!.
Dicapaiku sebatang sudu.
Aku berpura-pura, seolah tiada apa-apa.
Aku lalu disebelahnya dan ..

" BAMMMMM !"

Kepala Sofea ku ketuk.
Puas perasaanku, puas!.
Aku berlari kedapur.
Aku tidak pasti mengapa malam ini diriku seperti tidak dapat dikawal.
Tangan ini pantas sahaja melayang ke kepala adikku.

" IRFANNNNNN !!!!"

"Abahhh", kataku perlahan.
Mataku liar. Keatas, kebawah, kekiri dan kekanan.
Perasaanku kini tak keruan.
Apa alasan yang akan kuberikan. erghhh!!!. Segalanya berlegar-legar difikiranku.

" IRFANNNNNNNNNNNN !!!!!!!"

Semakin kuat dan tinggi nada abah memanggilku.
Aku semakin takut. Perlahan-lahan aku datang.

" Zasssssssssssssssssssssssssss ! ", tali pinggang hinggap di paha.

Tergenggam jari-jemariku .. rapat.

" Kenapa kau ketuk adik kau?! Kau marah dia? ", pertanyaan, yang mana bagiku lebih kepada tengkingan.

Aku tunduk. Diam dan membisu.
Aku kenal abah. Makin kau bentak, makin dilibasnya.

" Jangan kau jawab apa-apa ", kalimat yang selalu ku ingat. Ku semai kalimat ini jauh kedalam lubuk hati.

Aku pasrah.
Kenapalah aku tidak berfikir dahulu sebelum bertindak.

" Zaassssssssssssssssss ! "
" Zaaaasssssssssssssssssssssssss ! "
" Zaaaaaaaaaaasssssssssssssssssssssssssssssssssss !!! "

Tiga kali.
Tiga kali ayunan tali pinggang singgah ketubuhku.
Satu hayunan terkena buku laliku. Sakit. Pedih.
Tanganku genggam. Marah. Api kebencian dapat dilihat dari anak mataku.

Ya. Jujur ku katakan, aku seorang pendendam.
Bisikan-bisikan syaitan terus-menerus ku dengar.

" Jaga kau abah. Kau tunggu aku besar sedikit. Masa tu tahulah ! ", hatiku terus berkata-kata, mata pula memandang abah. Marah.


[Malam itu, Lokasi bilik tidur]
Krikkkkkkkkk ..
Dedaun pintu kedengaran. Susuk tubuh kelihatan.

" Abah ? ", Hatiku terdetik.
Ya, abah yang masuk kebilik ; membawa minyak gamat untuk di sapu.

Abah duduk, membuka penutup botol minyak; menyapu lebam-lebam di kaki.

" Maafkan abah."
" Kenapa kau ketuk adik kau tadi ? "

Aku diam.

" Abah tanya ni, kenapa diam ? " , Suara abah kini lebih tegas.

Aku diam.
Abah memandang. Mengeluh.

" Abah tak marah kau, tapi ... "
" Perbuatan kau tadi melampau. " , Sambung abah.

Aku tunduk, memandang lantai ...


[25 tahun telah berlalu]
" Arghhhhhhhhhhhhh! Kau curang ! ", herdik ku.

Izzah, kenapa kau buat aku begini ? Kenapa ?! Kenapa ?!
Telah banyak yang ku korbankan untuk mu.
Kau curang !

Aku sedih.
Hatiku kini bagaikan kereta polis di perhimpunan Bersih 3.0 siang tadi. Remuk.
Kemek sana-sini. Pecah !

Menangis. Berlinangan air mata.
Hampir dua tahun bertunang, kau putuskan. Kenapa ?! Kenapa ?!!!


[2 minggu telah berlalu]
Ibu datang, perlahan. Duduk disebelah.

" Kau masih bersedih? ", Ibu bertanya.
Aku diam. Kelu lidah ini untuk mengatakan sesuatu.

" Sedih ? ", Tanya Ibu dengan lebih lembut.
Aku melabuhkan kepala ke bahu ibu, menangis.

" Kan ibu pernah cakap dulu, kau dah lupa fann ?" Ibu bertanya lagi. Aku kehairanan.
" Cakap? Cakap apa ibu? ", aku cuba untuk memecahkan kebuntuan malam.

Ibu membalas pertanyaanku dengan sekuntum senyuman.

" Tidak akan ada perempuan lain yang cintakan Irfan setanding cinta ibu "
Aku menangis dan terus memeluk ibu. Berlinangan air mata.

Malam itu aku memilih untuk bersama ibu, ditemani cahaya bulan dan bintang ; duduk di buaian bercerita.

" PANGGGGGG !!! "

Si Putih mencuri ikan.
Pinggan Claytan ku pecah.
Aku tersentak, paling memandang si Putih. Lamunanku terhenti.


30 tahun telah berlalu
Ku pandang kiri, ku pandang kanan. Tersenyum.

Kini, aku mampu berdiri sendiri.
Mempunyai seorang puteri dan seorang permaisuri di hati.
Walau pun istana ku tidak semegah istana Buckingham, aku bersyukur.

Abah. Ibu.
Insan yang telah berjaya mendidik aku.
Sedar atau tidak, amarah ku, hasad ku, benci ku, perlahan-lahan hilang. Lenyap.

Kini, aku sedar.
Abah dan ibu melakukan semua itu kerna inginkan aku berjaya,
menjadi insan berguna dan lebih baik dari mereka, dan menjadi contoh kepada adik-adik.

Terima kasih kerna marah tatkala aku membuat salah.
Terima kasih kerna tangankan tatkala aku keterlaluan.
Terima kasih kerna memberi pendidikan tatkala aku memerlukan.
Terima kasih kerna membimbing tatkala aku kesesatan.
Terima kasih untuk semuanya.
Terima kasih Abah. Terima kasih Ibu.


Hak Cipta:  Mia Laily

1 comment

Anonymous
June 10, 2012 at 12:19 AM

sume mak ayah lakukan ad sebabnya,..tp irfan kecik lg mne tahu ap2..sedih gakk.huhuuu..kecik2 dh kene libas tali pinggang.grngny owng dlu2 didik ank.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...