Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, June 24, 2012

Citarasa Cinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



“I LOVE YOU!” Jerit seorang gadis. Lelaki yang baru sahaja cuba untuk melangkah pergi berpaling semula ke arah gadis yang menjerit tiga perkataan itu.Gadis itu memandang lelaki itu dengan debaran penuh di dada.
“I love you too” balas lelaki itu. Dan kedua-dua lelaki dan perempuan itu tersenyum sambil memegang tangan dengan erat dalam keadaan hujan yang renyai.

“WAHHHHHHHH…. Romantiknya!” Balqis menjerit sambil mengigit sudu aiskrim di tangannya. Dia tersenyum lagi. Scene yang baru ditonton tadi benar-benar buatkan dia teruja. Drama Korea terbaru yang ditontonya benar-benar buatkan dirinya jatuh cinta dengan watak lelaki drama tersebut. Ah… so sweet.

Zara menggelengkan kepalanya melihat gelagat sahabat baiknya sejak kecil. Faham benar kegilaan Balqis terhadap Korea. Dari drama sehinggalah kepada hiasan di bilik tidur, semuanya mahu kelihatan seperti Korea. Kadang-kadang dia juga jelak dengan kisah-kisah tentang artis Korea yang selalu Balqis ceritakan padanya. Dia tiada langsung minat terhadap Korea, melainkan Korea sebagai destinasi percutian. Itu yang dia suka.

“Kau ni kan, tak habis-habis dengan Korea. Tak boring ke?” Soal Zara sambil meletakkan kamera Nikon D3000 di atas meja sebelum melabuhkan punggung di sofa berhadapan televisyen. Dia baru sahaja pulang dari bercuti bersama teman-teman yang berkongsi minat yang sama dengannya, mengambil gambar. Kali ini destinasi mereka Cameron Highlands.
“Taklah. Kali ni ‘boyfriend’ aku berlakon. Lee minho…” ujar Balqis sambil menyuapkan kembali aiskrim perisa strawberry ke dalam mulutnya. Zara menggelengkan kepalanya sekali lagi. Langsung tidak memahami kegilaan Balqis terhadap lelaki yang bernama Lee minho. Kalau mahu dibandingkan dengan Chace Crawford, dia rasa Chace Crawford lagi kacak berbanding Lee minho.

“Kau tak nak join ke? Mehla, teman aku. Mana tahu, nanti kau boleh terminat dengan drama Korea ni?” Balqis cuba memujuk. Dia tahu sahabatnya tidak berapa gemar dengan artis Korea. Zara Qistina yang dikenali lebih menggemari artis Hollywood dari Korea. Mungkin Zara tidak terlalu menunjukkan ketaksubannya terhadap artis Hollywood, tapi Balqis tahu, Korea bukan citarasa Zara.
“Err… tak nak la aku. Setakat tengok tu boleh but nak minat-minat ni, wuuuu… sorry. Aku tak nak curang dengan Chace Crawford aku,” ujar Zara tersenyum sebelum bangun dan melangkah ke biliknya tidak jauh dari ruang tamu itu.

Balqis hanya tersenyum mendengar jawapan Zara. Dia kembali melekapkan matanya ke arah skrin televisyen. Lee MinHo sudah kembali!

***
Balqis mengukirkan senyuman kepada Zara apabila melihat kelibat gadis itu memasuki ruang dapur. Hari ini gilirannya menyediakan sarapan pagi. Zara membalas senyuman Balqis.

“Makaroni goreng? Nampak best je. Terima kasih,” ujar Zara sambil menyuapkan macaroni goreng ke dalam mulutnya. Dia benar-benar lapar. Terlalu.

“Err… Zara, aku nak tanya kau something?” Soalan yang keluar dari mulut Balqis membuatkan Zara memandang teman serumahnya itu.

“Err… siapa lelaki dalam kamera kau tu?” Zara tersedak mendengar soalan Balqis. Dia mencapai milo di sebelahnya, menghirupnya sebelum mengurut dadanya. Balqis masih memandang Zara dengan senyuman. Tentu ada sesuatu tentang lelaki dalam kamera Zara. Dari sudut posisi gambar itu, sepertinya Zara mengambil gambar lelaki itu secara curi-curi. Bukan satu gambar lelaki itu tapi banyak.

“Kau usik kamera aku eh?” Soal Zara dengan niat untuk berdolak dalih. Malas sebenarnya nak menceritakan tentang lelaki itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa matanya tidak lekang dari memandang lelaki itu di Cameron Highlands. 

“Saja la tu nak tukaar topic. Selama ni aku usik, mana pernah kau marah. Ada la tu… ce cite pasal lelaki tu,” ujar Balqis sambil memandang Zaara. Dia memang mahu mengetahui siapa jejaka kacak yang Zara Farhana mengambil gambarnya secara curi-curi.

“Err… aku pun tak tahu. Aku just suka tengok muka dia je. Itu je. Tak ada apa-apa maksud pun,” ujar Zara. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia mengambil gambar lelaki itu. Yang dia tahu, hatinya berdebar bila lelaki itu berada di hadapannya.

“From the first time kau nampak dia?” Soal Balqis lagi. Zara mengangguk.
“OMG!!!!! Zara Farhana dah jatuh cinta! Akhirnya… aku happy gila mendengar tu. Ah… aku kena telefon Mama kau ni. Bagitahu berita gembira ni!” Ujar Balqis sebelum meninggalkan Zara keseorangan di meja makan.

Zara melopongkan mulut mendengar ayat balqis. Dia sudah jatuh cinta kah? Dia mahu menghalang Balqis, namun belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Balqis sedang bercakap dengan Mamanya. Zara menarik nafas. Sudah pasti Mama akan menelefonnya sebentar lagi. Zara menarik nafas. 

***
“Weh, bukan ke tu lelaki yang ada dalam kamera kau hari tu? Seriouslly, dia more handsome kalau tengok kat luar. Ada iras cam pelakon Korea gitu.” Zara menunjukkan reaksi jengkel mendengar ayat Balqis. Tak habis-habis dengan Korea. Jelak tahu.

“Kau ni, ada pulak nak samakan dia dengan lelaki Korea. Dia melayu la. Muslim. And he’s not from Korea. Aku dengar dia cakap melayu hari tu…” Zara bersuara sambil matanya masih memandang lelaki di hadapannya, beberapa inci sahaja dari tempat dia berdiri. 

“Yeela…” Balqis akur. “… tapi kulit dia cerah macam pelakon Korea, senyuman dia tu macam salah seorang watak lelaki yang aku pernah tengok. Apa cerita dia entah… haaa! Secret Garden! Kau pernah tengok kan drama tu?” Balqis memandang kawannya.

“Kau ni… tak habis-habis dengan Korea kan?” Zara menggelengkan kepalanya.

Balqis tersenyum mendengar ayat Zara. Itu minatnya, tidak boleh diubah. Dia memandang Zara yang sedang memerhatikan lelaki itu. “Apa kata kau pergi usha dia, cakap kau nak berkenalan dengannya, okey tak?” Balqis memberi cadangan.

“Ish… gila ke kau? Nak aku jadi perempuan gedik? Ah… tak nak la aku!” Zara menolak. Gila mahu dirinya memulakan perkenalan dengan lelaki itu. Lelaki yang dia tidak tahu namanya. Entah-entah dah kahwin.
“Why not? Ini alaf baru tahu. Dah tak pakai dah lelaki should make first move. Kalau kau mahu dia, baik kau mulakan langkah kalau tak, kau duduk sini tengok je, dia kena rembat oleh orang lain.”

Zara menelan air liur. Mahu atau tidak? Balqis kemudian menolak dirinya ke arah lelaki itu. Ah… lelaki kini berada di hadapannya. 2 langkah lagi dia akan berdiri di sebelah lelaki. Dia menoleh ke belakang, Balqis sedang memberi sokongan kepadanya. Zara menarik nafas. Perlahan-lahan dia berjalan ke arah lelaki itu. Dia memandang lelaki itu yang khusyuk membelek baju.

“Hi!” Zara memulakan langkahnya. Lelaki itu menoleh. Jantung Zara berdegup kencang. Dia gementar apabila lelaki itu mengukirkan senyuman. Senyumannya seperti Kim Joo Won dalam drama Korea : Secret garden. Ah… kali ini dia terpaksa akui kata-kata Balqis. Lelaki di hadapannya ada iras pelakon Korea itu. 

“Hi!” Lelaki itu membalas. “Ada apa-apa yang saya boleh bantu?” Soal lelaki itu lagi. Hairan dengan gelagat gadis comel di hadapannya. Dia memerhatikan gadis itu. Ada reaksi gemuruh di wajahnya. Lelaki itu tersenyum lagi. Akhirnya dia ingat di mana dia pernah lihat wajah gadis ini. Di Cameron Highlands. Gadis yang sengaja menangkap gambarnya secara curi-curi.

“Saya… saya…” Zahra gugup. Lelaki itu masih memandangnya, menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulutnya. “… errr… boleh saya nak berkenalan dengan awak?” Akhirnya! Zara menarik nafas yang panjang sebelum memandang lelaki di hadapannya. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Zara tidak mengerti senyuman itu!

*** 
Zara mengeluh. Dia mahu menangis. Pintu biliknya terbuka, Balqis melangkah masuk. Balqis mengambil tempat di sebelahnya. Zara mengukirkan senyuman kelat. Dia mahu menangis.

“Weh kau ni, jangan la nangis. Normallah tu. At least kau ada kekuatan tahu. Aku bangga dapat kawan macam kau,” Balqis cuba memujuk Zara. Dia tahu Zara kecewa dengan kejadian tadi. 

Zara memandang Balqis. Ah… dia malu mengingatkan kejadian tadi. Lelaki itu rupa-rupanya sudah mempunyai kekasih. Ah… dia malu! Di saat lelaki itu cuba untuk menjawab pertanyaanya, muncul seorang gadis di sebelahnya. Memegang erat tangan lelaki itu. Ah… tika itulah Zara kecewa. Teramat. Mujur lelaki itu pandai berlakon mengatakan dia ingatkan Zara pekerja di kedai itu, rupanya tidak. Zara mengeluh lagi.
Balqis mengosok-gosok belakang Zara, cuba memberinya semangat. Zara mengeluh lagi. Dia benar-benar kecewa.


Beberapa tahun berlalu,
“Seriouslly babe, bila aku pandang 2 3 kali laki kau, ada iras Chace Crawford kau pun ada jugak,” ujar Balqis sambil memerhatikan Amran, suami Zara dari jauh. Zara yang berada di sebelahnya hanya tersenyum. Dia tahu itu. Selama 2 bulan dia berkahwin, hanya Amran sahaja yang dia pandang. Berkali-kali dipandang, dia tidak pernah jemu. Betul kata Balqis, ada iras Chace Crawford bila dipandang berkali-kali.

“Kan? Sebab tu aku setuju nak kahwin dengan dia. Dia ada iras Chace Crawford masa Mama tunjuk gambar dia kat aku,” balas Zara. Dia teringatkan cadangan Mamanya yang mahu dia berkenalan dengan Amran, anak kawannya. Zara hanya turuti sahaja bagi mengubati lukanya akibat kecewa dengan lelaki yang dia jumpa di Cameron Highlands hari itu.

Balqis ketawa mendengar ayat Zara. “Hurm… Korea memang bukan jiwa kau. Even aku lagi suka mamat yang kau usha hari tu. Serius, dia macam pelakon Korea tahu.” 

“YEela… tapi kau pun bukannya kahwin dengan pelakon Korea juga kan? Kau still pilih Daniel yang keturunan Melayu kan?” Balqis tersenyum mengangguk.

“Yaaa… but still, Daniel kulit macam pelakon Korea. So aku assume anak aku nanti putih macam dia. Dan Daniel kalau dia senyum, buat aku teringat pelakon Korea tahu. Heee.. Kau jangan bagitahu lelaki aku tahu.” Zara dan Balqis ketawa. Kebahagian milik mereka berdua mengikut citarasa masing-masing.

Hak Cipta: reenapple

3 comments

June 25, 2012 at 12:37 AM

huhuhuhu... sabar ajalah aku... finally dpt gak 2 bestfriend tu kahwin dengan lelaki iras feberet retis dia... huhuhuhuhu...

ps: balqis/daniel... huhuhuhuhu mcm biasa aku tgk.. ngeh ngeh ngeh

June 26, 2012 at 10:59 PM

kau jangan bagitau laki aku tahu!! ekekekekeke..

June 29, 2012 at 7:43 PM

ceitt aku geram

spe nme laki y die usha tu

cisss cinte xksmpaian

tp aku slute itu pempuan sngt berani

kalo aku da gigil lutut tu

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...