Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, June 3, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 12

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]



"Ok malam ni, set"

Hanya pendek balasan mesej dari aku. Menandakan aku tidak bersungguh untuk menjadikan pertemuan pada malam ini menjadi realiti. Aku tidak percaya pertemuan yang dirancang pada malam ini akan menjernihkan kembali suasana, malah mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. Mungkin pelbagai pekung yang selama ini tersimpan rapi di dalam dada bakal terbuka. Aku duduk berbaring sambil memandang sayu barisan jersi yang tergantung di dalam gerobok aku. Jauh fikiran aku menerawang samada pilihan yang tepatkah untuk aku pergi menemui gadis berjilbab pada malam ini?

Sesudah selesai mengerjakan solat maghrib, aku kini bersiap-siap untuk berhadapan dengan gadis berjilbab. Sehelai jersi disarung bersama seluar jeans hitam, rambut seperti biasa disikat ke tepi. Wangian tanpa alkohol disapu di pergelangan tangan dan belakang telinga menandakan aku kini bersedia untuk pergi bertemu seseorang yang dulunya sangat istimewa di dalam hati ini.

"Saya dah sampai"

Ringkas mesej dari aku untuk gadis berjilbab. Saja aku memilih kedai makan yang agak jauh demi menjaga privasi kami berdua. Aku sedar, perkara yang nak dibincangkan nanti agak serius,jadi perlu tempat yang tidak ramai orang, agar tidak menganggu orang lain.

"Awak tunggu sekejap, kejap lagi saya sampai"

Gadis berjilbab membalas. Sudah menjadi kebiasaan perempuan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap jika dibandingkan dengan lelaki, walhal untuk pertemuan pada malam ini, tidak perlu bersolek bagai, cukup sekadar bersiap ala kadar. Sambil menunggu kedatangan gadis berjilbab, aku sempat membuat pesanan makanan. seperti biasa, aku order hidangan kegemaran aku. Sambil menunggu hidangan sampai, terimbau kembali kenangan kali terakhir aku duduk makan bersama dengan gadis berjilbab. Pada ketika itu, beliau masih malu-malu dengan aku. Cukup tertib dia ketika itu, ciri-ciri gadis melayu masih menebal pada dirinya. Tidak menghairankan jika ramai lelaki yang tertarik padanya, bukan hanya pada kecantikan wajahnya sahaja, tapi kecantikan budi pekerti itu yang sebenarnya membuatkan ramai lelaki menaruh hati padanya.

"Assalamualaikum, boleh duduk?" Sapa gadis berjilbab.
"Waalaikumussalam, hah sila-sila" aku terkejut dengan gadis berjilbab yang tiba-tiba muncul di hadapanku.
"Dah lama awak tunggu?"
"Baru je lagi, awak datang sorang je?"
"Yup, housemate saya yang lain keluar"
"Owh ok, awak order la makanan, saya tak order untuk awak tadi, sorry"
"Eh tak pe la, saya pon nak minum je ni, petang tadi dah makan dah"

Makanan yang di order tadi sudah pon sampai. Aku mempelawa gadis berjilbab untuk berkongsi makanan itu dengan aku, tapi dia menolak dengan baik. Ketika aku sedang menikmati makanan di restoran yang berkonsepkan ala thai itu, gadis berjilbab memulakan bicara yang lebih serius.

"Awak nampak kejadian depan kelas ari tu?"
"Yup, saya nampak, bukan setakat saya, Chee Boong pon nampak, so ada explaination?"
"Ok, ni penjelasan dari saya, saya nak awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni, saya tak nak lepas ni, awak akan terus salah faham dengan saya"

"Ok, boleh mulakan"
"Lelaki yang awak nampak ari tu bf saya"
"Heh bf, hahaha so selama ni awak ada bf la?"
"Yup, memang saya ada bf"
"Nape awak tak pernah bagitau saya?"
"La awak, saya tak nak la heboh-heboh, lagipun bf je pon, bukannya tunang ke, suami ke"
"Sampai hati awakkan tak bagitau saya pasal benda ni, awak langsung tak fikir pasal perasaan orang lain kan, sampai hati"

"Perasaan orang lain? Perasaan apa pulak ni awak?" 
"Perasaan saya pada awak.."


Hak Cipta: pepol
- Bersambung -

2 comments

June 4, 2012 at 1:03 AM

baru aku faham kenapa 'aku' tu buat tak endah kat si jilbab tu... dia bengang rupanya.. aku ingat dia benci... sakit hati jiwa merana rupanya...

June 4, 2012 at 9:52 AM

saya taknak heboh sebab nnti kalau tak jadi kawen saya malu plak ehehhe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...