Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Kerana Seorang Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Kerana Seorang Lelaki. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Kerana Seorang Lelaki #Episod Akhir

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - #Akhir ]



Aku menggagahkan diri ke majlis tahlil untuk Zufar. Aku melangkah lemah. Rasanya tak sanggup untuk menatap wajah orang ku sayang dalam keadaan begitu. Kau bisu Zufar. Aku termenung beberapa ketika. Mencari kekuatan untuk menatap wajah Zufar buat kali terakhir. Aku nampak mak cik dari jauh. Menantikan kedatanganku agaknya. Dari semalam mak cik bercakap di telefon denganku. Menasihati supaya aku tabahkan hati untuk Zufar. Bagaimanakah agaknya hidupku tanpa kau Zufar? Padahal selama ni kau yang mengajar aku untuk kembali tersenyum. Ah! Betapa aku menyesal kerana tidak menghargai masa yang kita ada selama ni.

"Masuklah Kirana". Lembut suara ibu Zufar menyapaku. Aku tak dapat menahan air mata dari terus mengalir. "Sabarlah sayang", mak cik mengesat air mataku yang berlinangan. "Saya dah takde sesiapa lagi dalam hidup ni, mak cik". Aku merintih. "Kamu silap Kirana, mak cik dan pak cik kan ada. Anggaplah kami sebagai ibu bapa kamu, nak". Terkejut dengan kata-kata mak cik, aku terus memeluknya." Dah lama saya tak rasa pelukan seorang ibu. Saya rindu..". Aku teresak-esak." Mari jenguk Zufar, sayang". Mak cik menuntunku ke arah allahyarham Zufar yang telah siap dikafankan. Hanya wajahnya yang masih kelihatan. Hatiku luluh lagi.

Zufar, baru ku sedar betapa aku sayangkan kau. Kenapa aku begitu naif tentang cinta? Aku tak sedar kasih yang ku cari selama ini ada di depanku.

Zufar, aku relakan kau pergi. Aku kucup ubun-ubun Zufar. Ya Allah, kenapa hatiku tak ikhlas melepaskan Zufar? Perit. Pedih. Payah. Air mata menitis lagi. Sungguh aku penat. Menangisi pemergian insan-insan yang aku sayang. Mak, ayah dan abang Ziqri. Semuanya meninggalkan aku pergi.

Mak cik memimpinku pulang ke rumahnya. "Kirana tunggu sekejap ye. Mak cik ada barang nak bagi pada Kirana". Mak cik berlalu pergi. Kembali bersama sebuah kotak yang dibalut cantik. Entah apa isinya. "Kirana bukalah. Hadiah daripada Zufar". "Hadiah?", aku bertanya. "Ya, untuk Kirana. Sebelum dia keluar hari tu, dia pesan dekat mak cik"."Mak cik minta diri dulu ya, nak buat air sikit". Aku buka kotak itu dengan perlahan-lahan.

Sepasang baju kurung ungu. Cantik. Aku cium baju itu. Harum. Air mataku menitis lagi. Tiba-tiba aku terpandang sebuah buku berkulit hitam, persis diari di dalam kotak itu. Aku buka helaian pertama. Tulisan Zufar! Cantik, tersusun kemas. Aku dan Qasih. Siapa Qasih? Aku mula rasa cemburu. Ada sesiapakah sebelum aku di dalam hati Zufar? Aku mula membaca kisah hidup Zufar dan Qasih. Kenapa aku rasakan seperti kisah pertemuan aku dan Zufar. Aku baca ayat terakhir pada muka surat itu. 'Aku sayang Qasihku, Kirana'. Oh Zufar, rupa-rupanya akulah Qasih itu. Air mata tak pernah berhenti mengalir. Aku buka helaian seterusnya.

..Sayang untuk Qasihku, Kirana..
Kirana yang ku sayangi, aku bersyukur hadirnya dirimu dalam hidupku. Sebelum ini aku tak pernah mengenal apa itu cinta. Sungguh aku jahil dalam hal itu. Namun apabila kita bertemu, aku rasakan kelainan dalam dirimu.Sungguh aku terpesona dengan ciptaan Allah yang Maha Agung.

Walaupun pertemuan kita tak seindah pertemuan Romeo dan Juliet, aku dapat rasakan manisnya pertemuan pertama denganmu Qasih. Walaupun dengan teguran kasarmu, aku dapat rasakan kelembutannya apabila kau menyebut namaku, Zufar. Hatiku melonjak riang.

Qasih,aku tahu perjalanan hidupmu tak seindah gadis lain.
Maaf, sekiranya aku mengetahui kisah silammu daripada Lina. Aku cuma ingin mengenalimu dengan lebih dekat. Kerana itu, aku sentiasa menerima segala tingkah laku dan layananmu yang kasar terhadapku. Kerana cinta, aku relakan. Sungguh aku menyayangimu, Qasih.

Qasihku Kirana, jauh dalam hatiku,  aku ingin kau berubah.
Aku sentiasa menegurmu kerana pakaianmu.  Maaf ku pohon kiranya kau tak selesa dengan teguranku. Aku tak pandai berbicara dengan wanita, sayang. Maaf.

Kerana sayang, aku tak mahu lelaki lain melihatmu dengan pandangan itu. Aku benci. Aku cemburu! Bukan aku meminta perubahan yang drastik darimu. Aku tak minta kau menjadi seperti perempuan melayu terakhir, jauh sekali tidak. Cuma aku benci melihat lelaki-lelaki menikmati kecantikanmu, menatap auratmu.
Qasihku, Kirana.. aku hadiahkan sepasang baju kurung ungu kegemaranmu.. aku hadiahkan juga telekung ini untukmu supaya orang yang ku sayang takkan lupa pada kasih Allah.

Aku ambil pula telekung yang berada dalam kotak itu. Telekung berbunga ungu. Ya Allah, jauhnya aku darimu. Air mata menitis lagi. Air mata malu dan menyesal kerana menjarakkan diri dari Maha Pencipta. Ya Allah, khilafnya aku. Jauhnya aku dari cintaMu. Aku baca lagi coretan diari itu.

Qasihku, aku tahu kau memendam rasa. Aku dapat rasakan setiap kali kita bertemu. Aku rasakan sayangmu padaku. Aku tak bohong kerana aku juga dapat merasakannya. Namun, takdir Allah.. rasa itu tak dapat aku zahirkan. Qasihku Kirana, sekiranya kau mahu berubah..

Berubahlah kerana Allah dan bukan kerana seorang lelaki sepertiku. Aku juga insan yang dicipta Allah,aku punya kelemahan. Aku mahu kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Sekiranya kita tidak ditakdirkan bersama, janganlah kau salahkan takdir Allah.

Mungkin Allah takdirkan seseorang yang lebih baik untuk kita berdua. Namun begitu, demi Allah aku menyayangimu, Kirana. Aku berharap Allah akan memberkati kasih sayang kita hingga ke jinjang pelamin.
Sungguh ku berharap, Amin..

Air mataku menitis buat sekalian kalinya. Suara azan Asar mendayu-dayu menusuk ke dalam jiwaku yang kontang. Terasa tenang yang tak pernah aku rasa.Titis tangisan menitis di atas diari Zufar. Ya Allah, sungguh berhikmah takdirMu. Kau datangkan Zufar untuk menyedarkan aku. Alhamdulillah... Aku pernah menyalahkan Kau kerana memisahkan aku dengan orang-orang yang aku sayang. Ampunkan aku Tuhan..Sungguh aku khilaf. Tiba-tiba aku teringatkan allahyarham ayah. Ayah.. Rin bersalah kerana membenci ayah. Benar kata Zufar, semuanya takdir Allah. Mungkin takdir mak untuk meninggal dengan cara begitu. Terasa kering sudah air mata untuk menangisi semuanya. Aku penat.

"Kirana, mari kita solat sama-sama nak?", mak cik menyapaku. Lantas aku memeluk mak cik erat. "Mak cik..". "Ye Kirana sayang, kenapa?". "Kirana rindu Allah..". Mak cik menyapu air mataku. "Kalau macam tu, marilah kita menghadapNya. Luahkan segala rindu dan rasa Kirana padaNya. Juga doa untuk allahyarham Zufar dan keluarga Kirana". Aku terkejut. "Mak cik tahu tentang keluarga saya?". "Maafkan Zufar kerana menceritakan semuanya pada mak cik". Aku mengeluh. "Tak mengapalah mak cik".

Usai solat Asar bersama mak cik, aku teruskan dengan solat sunat taubat. Mak cik meninggalkan aku sendirian. Sayu. Itulah yang aku rasakan. Ayah, mak, abang Ziqri dan Zufar. Aku rindu semuanya. Ya Allah, beratnya ujian dariMu. Namun aku redha. Aku bersyukur kerana Kau telah menghantar seorang lelaki yang cukup bermakna dalam hidupku. Kerananya aku sedar tentang kebesaranMu. Aku tidak pernah menyangka begini akhirnya kasih kami berdua. Namun kerana seorang lelaki seperti Zufar, akhirnya aku kembali kepadaMu. Terima kasih, Ya Allah. Aku sujud tanda syukur kepadaNya...

Hak Cipta: Cik Teddy
-Tamat-

Thursday, June 28, 2012

Kerana Seorang Lelaki #8

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]

Aku asyik bermain dengan sapu tangan Zufar. Aku hidunya. Wangi. Aku tak pernah mencium haruman seperti ini. Agaknya Zufar suka benda yang pelik-pelik kot. Sapu tangan pun jenama yang aku tak tahu. Wangian pulak aku tak pernah bau. Aneh. Aku menunggu lagi. Aku bersiar-siar di taman itu. Taman Citra Kasih. Sejuknya. Aku terketar-ketar dek bayu malam yang menyentuh kulitku. Aku berpaling ke arah jalan raya.

Zufar! Akhirnya Zufar datang. Aku berlari anak ke arah Zufar. Dari jauh aku terlihat senyuman terukir di bibir Zufar. Manis. Zufar melambai-lambai ke arah ku. Hanya jalan raya yang luas sahaja yang menjarakkan kami.

Zufar berlari ke arahku. Agak laju dek kerana terlewat agaknya. Tiba-tiba..
Zufar!!!!!!!!!!!!!!
Aku menjerit dengan begitu kuat sekali. Ya Allah, ujian apakah ini? Zufar dirempuh oleh sebuah kereta lalu tercampak ke seberang jalan. Aku berlari ke arah Zufar sambil air mata bercucuran dari kelopak mataku. Ya Allah, Zufar!

"Zufar, Kirana ni! Zufar, bukak mata awak! Zufar! Zufar!".
"Tolonggg!".

Aku menjerit meminta bantuan. Orang ramai tapi semuanya terdiam dek kerana terkejut. Salah seorang daripada mereka menelefon ambulans. Zufar dikejarkan ke hospital. Aku menelefon Lina untuk menemani aku.

Aku teresak-esak di bahu Lina. "Sabar Kirana. InsyaAllah Zufar selamat".
"Aku.. aku nak telefon mak dia".

Selang beberapa lama kemudian, ibu dan ayah Zufar. Sungguh aku tidak pernah berjumpa dengan mereka namun Zufar ada ceritakan kepada aku dan menunjukkan gambar mereka. Ibu Zufar melangkah ke arahku dan memelukku. Aku tergamam. "Sabarlah nak.. kita sama-sama doakan Zufar ye Kirana". Tenang ibu Zufar berbicara.Ayah Zufar hanya tersenyum hambar. Kami tidak putus-putus berdoa untuk keselamatan Zufar.

"Zufar seorang anak yang baik". Tiba-tiba ibu Zufar memulakan bicara. "Dia tak pernah membantah cakap ibu bapa. Kadang-kadang pula terlalu naif dan pendiam. Tapi sejak dia mendaftar di kolej, dia agak periang. Mak cik tak tahu apa yang digirangkannya. Dia selalu bercerita pasal Kirana pada mak cik padahal sebelum ni tak pernah dia kongsikan apa-apa dengan mak cik". Diam.

"Petang tadi mak cik telefon dia. Katanya dia ada sesuatu nak bincangkan dengan mak cik. Bila sampai ke rumah, dia cakap hatinya sakit. Mak cik risau jugak tapi sebenarnya dia bergurau. Katanya hatinya sakit cinta. Dia malu-malu untuk bercerita pada mak cik namun diluahkan juga. Bahagia wajah dia. Kata Zufar, gadis tersebut nama Kirana. Dia siap tempah sapu tangan dengan nama Zufar dan Kirana".

"Yang ini ke mak cik?". Aku menunjukkan sapu tangan tersebut. "Yang inilah. Pada mulanya mak cik tak faham jugak. Katanya ZKAZ tu untuk Zufar Kirana Airin Zayan".
"Sebelum keluar tadi, dia cakap dia nak luahkan perasaan dia pada Kirana. Mak cik tak kisah asalkan dia bahagia memandangkan dialah satu-satunya anak mak cik.Zufar ada jugak cakap katanya selepas dia luahkan apa yang dia rasa pada Kirana dan jika Kirana tak marah, dia nak bawa Kirana jumpa mak cik dan pak cik malam ni jugak. Mak cik tak sabar nak jumpa Kirana. Tak sangka kita akan berjumpa dalam keadaan begini". Aku menangis lagi.

"Er..ayah Encik Zufar?". Doktor itu bertanya. "Ya, saya ayah Zufar? Bagaimana dengan anak saya doktor?". Doktor itu menepuk lembut bahu ayah Zufar. "Pihak kami memohon maaf, Zufar terlalu kritikal ketika dibawa kemari. Encik Zufar tak dapat diselamatkan. Maaf sekali lagi". Doktor itu berlalu. Aku rebah. Aku tak kuat.

Cukuplah dengan kehilangan abang Ziqri. Kenapa Zufar juga harus pergi meninggalkan aku. Aku mula menyalahkan takdir. Kenapa kami berjumpa dan berpisah dengan cara begini. Aku terus menangis dan menangis.

Zufar,saya..saya..saya sayang awak". Ibu Zufar memelukku erat. Air matanya juga menitis namun masih kelihatan tenang.

"Sabarlah Kirana".
"Bagaimana mak cik boleh tenang saat anak kesayangan mak cik dah tinggalkan mak cik??", aku menyoal keras. "Kirana, ajal dan maut di tangan Allah sayang. Mak cik sedih Kirana. Hati ibu mana yang tak sedih bila perkara macam ni berlaku. Apatah lagi anak kesayangannya?Namun takdir Allah tak dapat kita lawan nak. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita akan kembali Kirana sayang".

Kata-kata ibu Zufar sedikit sebanyak meredakan kesedihanku. "Tapi..saya tak..".
"Sudahlah nak, jangan salahkan takdir Allah". Aku menangis dan terus menangis. Zufar.. aku tak sempat nak cakap yang aku sayang kau.. Aku tak sempat.. Aku menyesal.. Aku tak sempat..

Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Wednesday, June 27, 2012

Kerana Seorang Lelaki #7

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]


Pagi. Lenanya tidur. Hmm.. hari ni aku ada discussion dengan Zufar. Last discussion untuk siapkan projek. Seperti biasa aku mengenakan T-shirt, seluar jeans, gelang tengkorak yang Zufar tak suka. Katanya macam black metal. Ah! Ada aku kisah? Hidup aku bukan hidup dia. Aku selak diari aku. Banyaknya nama Zufar di dalamnya. Apa nak jadi dengan aku. Diari aku dipenuhi dengan kutukan aku pada Zufar. Bila aku nak minta maaf pada Zufar? Sempat ke tidak agaknya.

Di kolej. Aduh, ujian sungguh. Pagi-pagi macam ni dah nampak muka Zufar. Jodohkah? Aku tersenyum untuk menutup debar di hati. Apa aku nak cakap pada Zufar? Selepas kejadian semalam, aku jadi serba tidak kena.

Malu, yang teramat. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya. Menyampahnya aku dengan Zufar! Kenapa dia masih cool selepas kejadian semalam? Aku mengeluh.

"Hai Kirana. Sihat?".
"Er..sihat, thanks". Entah kenapa aku terlalu sopan la pula.
"Awak nampak comel dengan T-shirt ungu ni tapi..".
"Aku tahu jeans dengan gelang tengkorak ni kan?".
"Er.. maaf kalau awak tak suka saya tegur awak tapi awak kawan saya dan saya rasa saya patut nasihat awak.Lagipun saya rasa saya dah..". 
"Hai Rin. Eh, Zufar pun ada kat sini? Rin, jom temankan aku makan boleh?". Tiba-tiba Lina muncul. Zufar tidak sempat menghabiskan ayatnya. Entah apa yang Zufar nak cakapkan. Potong la Lina ni.Ngomel aku dalam hati.
"Zufar, aku pergi breakfast dengan Lina dulu ok? Nanti kita jumpa".
"Ok Kirana". Zufar membalas lemah.

Di perpustakaan. Lega. Akhirnya selesai juga tugasan kami. Tiba-tiba Zufar bersuara.

"Er Kirana, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak tapi sebelum tu saya nak tanya awak sesuatu boleh?". Sopan saja Zufar memulakan bicaranya.
"Hmm..tanyalah". Jawabku bersahaja.
"Kenapa saya rasa awak tak bahagia. Semacam ada sesuatu yamg awak pendam. Dari mata awak, saya nampak kedukaan yang dalam. Awak nak berkongsi dengan saya? Saya boleh jadi pendengar yang baik". Aku mula serba salah. Bagaimana Zufar mampu membaca gelodak hatiku?

"Er.. saya takde apa-apa. Mungkin penat je kot. Awak tak perlu risau la". Aku cuba menahan sebak di dada. Soalan Zufar membuatkan aku mengenang kembali duka masa silamku. Namun aku tak dapat menahan air mata itu daripada mengalir. Sungguh, aku selesa ketika bersama dengan Zufar. Ibarat, aku adalah diriku yang sebenar. Payah benar untuk aku berpura-pura di hadapan Zufar. Aku mula menangis namun Zufar kelihatan bersahaja saja. Dia menghulurkan sapu tangannya kepadaku. Aku mengambilnya.

"Terima kasih". Tiba-tiba telefon bimbit Zufar berdering. Serius wajah Zufar bercakap dengan orang di sana.
"Kirana, saya nak jumpa awak malam ni boleh? Dekat tempat biasa kita discuss. Boleh?", muka Zufar penuh pengharapan. "Er..ok. Malam ni pukul 8.30".

Hmm.. nak pakai baju apa ek? Letih memerah otak. Aku buka almari. Kebiasaannya, semua baju t-shirt aku disangkut di luar almari. Senang untuk aku pilih. Arghh! Apa ni? Aku sendiri terkejut dengan koleksi lama baju-bajuku. Semuanya agak feminin. Hmm.. bosannya. Tapi lama tak pakai, rindu. Akhirnya aku mengenakan dress hadiah abang Ziqri pada hari lahir aku yang ke 18. Gabungan warna ungu dan putih. Kegemaranku. Aku lihat diriku di cermin. Ayunya. Tak mahu.Lalu aku tambahkan cardigan putih untuk menutup sedikit dress tersebut. Aku bawa bersama sapu tangan Zufar. Pada sapu tangan tersebut ada tulisan ZKAZ. Jenama apalah yang Zufar gunakan, aku tak pernah dengar.

Aku tiba di restoran tersebut agak awal. Hmm.. mana Zufar ni? Aku termalu sendiri. Kenapa semua orang memerhati ke arah aku? Apa yang tak kena agaknya?Aku jadi tak senang. Semua orang dah sewel agaknya. Ngomel aku sendirian. Aku mula bosan. Ternanti-nanti kehadiran Zufar. Tiba-tiba telefonku berdering.

"Hello? Zufar, kau dekat mana?".
"Maaf Kirana,saya lambat sikit".
"Zufar,aku tak rasa nak makan. Aku tunggu kau dekat taman ok?".
"Oh ok Kirana,jumpa nanti". Aku matikan telefon. 



Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Tuesday, June 26, 2012

Kerana Seorang Lelaki #6

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]



Ah.. letihnya hari ni. Hmm... bosan. Kalau la abang masih ada. Lapar la.

"Adik..dah balik?". Tiba-tiba terdengar satu suara. Abang Ziqri!
"Abang Ziqri? Abang ke tu? Abang kat mane..", sahutku pula.Diam.Hanya angin sepoi-sepoi bahasa dari luar yang terasa. Nyaman. Aku melangkah ke tingkat atas. Bilik abang Ziqri. Aku duduk di atas katilnya.
"Adik rindu abang..", rintihku sendirian. Dalam kesunyian itu, aku menangis lagi.

somebody told me
that you had a boyfriend
who looks like a girlfriend

Aku dikejutkan oleh nada lagu The Killers. Siapa pula yang call malam-malam ni?. Ah! Dah pagi rupanya.
"Hello?"
"Assalamualaikum Kirana". Sopan tutur katanya.
"Kirana?".
"Yela, awak Kirana kan?". Soalnya lagi.

Siapa pulak yang panggil aku Kirana ni. Aku tatap semula nombor yang tertera. Oh, budak bajet rupanya.

"Ha Zufar, ade ape call aku pagi-pagi ni?".
"Saya cuma nak ingatkan awak yang kita ada discussion nanti".
"Oh, aku tahu la. For your information, aku tak pernah ponteng discussion. I'm professional ok". Sengaja aku berkata begitu. Angkuh.

"Oh ok. Saya suka orang macam awak", balas Zufar. Aisehman, dia cool. Langsung tiada nada mencemuh. Di kolej. Aku bergegas ke perpustakaan seperti yang dijanjikan. Tergopoh-gapah. Aku tak suka lewat.

"Aduh..sakitnya". Habis buku-buku aku jatuh bertaburan.
"Er..sorry awak". Dia lagi!
"Biar saya tolong awak". Aku cuma merenung Zufar. Lagi aku tengok lagi aku menyampah.

Kami sama-sama mencari bahan untuk assignment. Sekali-sekala kami saling menjeling. Kekok dengan keadaan yang saling berhadapan begitu. Duduk bersebelahan? Takkan aku lakukan!

"Ok la aku rasa untuk hari ini dah cukup kot. Kerja kita pun dah hampir selesai. Lagipun dateline lagi seminggu kan?  Well, aku suka kerja dengan kau. Cepat dan mudah".

"Yeke Kirana? Baguslah kalau macam tu. Lain kali kita buat tugasan sama-sama nak?".
"Lol.. kenapa muka kau excited sangat? Meluat aku tengok".

"Eh yeke? Tapi saya memang rasa seronok dapat bekerjasama dengan awak. Macam awak cakap, kerja pun jadi mudah."

"Yelah tu.. ok la aku nak balik. Jumpa kau lusa".
"Er.. awak nak ke mana lepas ni?". Tanya Zufar.
"Aku nak keluar dengan kawan-kawan aku la. Takkan nak lepak dengan kau je sehari suntuk". Jawabku kasar.
"Kawan lelaki ke perempuan?".
"Hmm..lelaki. Kawan jamming. Apesal kau sibuk sangat nak tahu?".
"Er..saje je. Awak jaga diri tau! Saya risau".
"Lantak kau la". Aku mendengus.

Sibuk je si Zufar ni nak ambil tahu pasal aku. Ah! Jantungku berdegup kencang. Kenapa ya?. Aku berjalan sendirian menuju ke tempat jamming. Terasa seperti ada yang mengekoriku. Seram. Aku memberanikan diri. Terus melangkah.Makin laju. Aku berpaling ke belakang. Tiada apa di situ. Cuma aku dan bayang-bayang. Aku teruskan langkah. Walaupun penat aku tetap penuhi permintaan Emir untuk jamming malam itu. Sejak bila aku berperangai seperti ini.Ah! Aku tak peduli asalkan aku dapat kurangkan tekanan di jiwa.

"Hello sayang. Apa khabar sayang malam ni? Hmm..cantik. Mengancam". Emir mula mengayat.
"Lagu apa malam ni? Cepatlah aku penat. Aku nak balik rehat pulak ni". Aku mengeluh.
"Ala.. sayang tidur kat sini pun takpe. Emir tak kisah. Aiman pun tak kisah. Hahaha.." Emir dan dua lagi rakannya ketawa. Wajah mereka menakutkan bak drakula. Malam itu kami jamming lagu screamo. Lagu Alesana dan macam-macam lagi. Semuanya lagu yang merosakkan jiwa. Aku puas!

"Ok la Mir, aku nak balik.Jumpa korang lain kali". Aku meminta diri untuk pulang. Emir menghalang.
"Nanti la dulu sayang.. kita lepak-lepak dulu ok?". Emir memujuk.
"Seriously, aku tak suka kau panggil aku sayang. After all, I'm not your girlfriend!". Aku mula tegas.
"Wei, rileks la beb. Apesal nak naik berang pulak? Kau datang join kiteorang kan? Ikut cara kiteorang la.

Aku cuba untuk keluar dari tempat itu tetapi dihalang. Emir memberanikan diri memegang tanganku. Aku mula meronta namun gagal.

"Wei korang,kau nak join aku tak?", tanya Emir pada rakan-rakannya.
"Wei, kau nak buat apa hah?".
"Takde pape.. kita cuma nak manja-manja dengan cik Kirana yang lawa ni je".

Aku meronta apabila Emir cuba untuk memelukku. Aku menjerit meminta tolong. Sakit. Emir menggenggam pergelangan tanganku dengan kuat.

"Hoi! Lepaskan dia!". Zufar! Kau datang. Aku mengambil peluang itu untuk meloloskan diri daripada Emir. Aku berlari ke arah Zufar.

"Awak tak apa-apa?".
"Er..saya ok". Tanpa sedar aku memeluk Zufar dek kerana terlalu gementar. Aku merenggangkan diri dari Zufar. Aku hampir lupa bahawa itu adalah Zufar.

"Wah..menarik! Ada hero datang selamatkan cik Kirana kita la geng!". Mereka ketawa lagi. Emir dan rakan-rakannya mula menunjukkan reaksi untuk menyerang Zufar. Zufar hanya tersenyum sinis. Tiba-tiba beberapa anggota polis sampai.

"Kami polis! Jangan lari". Emir dan rakan-rakannya yang terperanjat tidak sempat melarikan diri. Mereka ditangkap. Aku bingung. Aku bertanya pada Zufar.

"Macam mana Zufar boleh ada kat sini? Polis? Macam mana polis boleh muncul tiba-tiba? Kenapa pulak diorang kena tangkap?", bertalu-talu soalan diajukan pada Zufar.

"Mereka tu semua terlibat dengan dadah. Saya informer polis. Now, you must keep it as a secret. Promise me".

"Er..ok". Aku gagap. Gementar. Takut. Terkejut. Semuanya aku rasa.

Zufar menghantarku pulang. "Er Zufar.. terima kasih dan aku nak minta maaf".
"Maaf? Kenapa pulak?".
"Aku.. aku ". Aku malu.
"Aku mintak maaf sebab aku peluk kau tadi. Aku tak sengaja. Aku takut.

"Ouh.. saya faham. Kalau saya jadi awak pun, saya akan macam tu jugak".
"Kau tak marah? Kau kan pentingkan soal batas dalam perhubungan".

"Takpe awak tak sengaja cuma lain kali jangan cuba nak ambil kesempatan pulak". Zufar tersengih. Ah! Kau poyo Zufar.
"Ok la Zufar. Selamat malam. Assalamualaikum". Pertama kali aku ucap salam pada Zufar. Zufar membalasnya beserta senyuman yang ikhlas. 'Take care Kirana' Mesej dari Zufar sejurus aku masuk ke dalam rumah. Aku malu sendirian. Bagaimana aku nak menghadapi hari esok? Bertemu dengan Zufar?  Bagaimana nanti?


Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Monday, June 25, 2012

Kerana Seorang Lelaki #5

11:07:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]



"Rin..Rin! Ya Allah Rin! Kenapa dengan kau ni Rin?". Soal Lina cemas apabila melihat aku dalam keadaan lemah. Dengan mata yang bengkak.

"Kenapa ni Rin? Cakaplah. Mana abang Ziqri kau?", soal Lina lagi. Aku tiada kudrat untuk membalas pertanyaan Lina.

"Abang dah tinggalkan aku. Aku sorang-sorang. Aku nak ikut abang..".
"Kau cakap apa ni Rin? Aku tak faham la."
"Abang Ziqri? Abang Ziqri? Abang Ziqri!!". Lina terkejut.

Hari ini masuk hari ketiga majlis tahlil diadakan dirumahku. Semuanya diuruskan oleh peguam keluarga kami. Aku hanya diam. Berkurung di dalam bilik. Menangisi pemergian abang. Lemahnya aku.

"Rin,aku tumpang simpati kat kau. Tapi kau janganlah sampai macam ni Rin. Kau kena teruskan kehidupan kau. Aku tak boleh tengok kawan aku macam ni!". Tegas Lina. Aku cuma diam.

"Aku..aku nak ikut abang..abang..", rintihku lagi. Lina terdiam. Susah bercakap dengan orang seperti aku agaknya.

Hampir dua bulan aku tidak hadir ke kolej. Teman-teman sibuk bertanyakan aku.Hanya Lina yang selalu temankan aku di rumah. Pagi. Aku penat menangisi abang. Abang takkan kembali lagi. Jiwa memberontak!

"Rin? Kau ke ni?", soal Lina apabila melihat aku segar semula. Namun bukan itu yang dihairankannya. Cara aku berpakaian.
"Kau ni nak pergi jamming ke gig? Sejak bila kau.".
"Aku dah siap!Jom ke kolej". Potong aku.

Di kolej, semua memandang aku dengan pandangan yang berbeza berbanding hari-hari lain. Masing-masing berbisik antara satu sama lain. Ada yang menunjukkan ekspresi wajah yang aneh.

"Ouch,maaf. Saya tak sengaja. Awak ok? Maafkan saya sekali lagi". Sungguh-sungguh suara jejaka itu.
Aku mula berang. "Lain kali jalan pakai mata! Buta ke?",marah aku.
"Maafkan saya..saya..".
"Ah, sudahlah.. tepi sikit aku nak lalu!". Kasar.
"Rin, kau ok ke ni?", Lina menyoal dengan wajah yang pelik. Aku tak menjawab.
"Lina, mana pulak buku kat tangan aku tadi?".
"Er.. aku tak tahu. Tercicir kat mana-mana kot.".

Tiba-tiba terdengar satu suara dari belakang. "Awak yang berT-shirt hitam, seluar hitam, beg sandang ungu, bergelang tangan tengkorak? Er.. awak yang kat depan tu! Buku awak ni". Dia lagi! Menyampah.

"Terima kasih!".
"Er saya..Zufar Zayan." Aku berlalu pergi tanpa mempedulikannya.
"Awak, nanti kita akan jumpa lagi tau! Saya tunggu awak kat kantin!". Laung Zufar.

Gila ke apa budak ni? Ada nak jumpa aku kat kantin. Langsung takde motif! Aku bermonolog sendiri.

"Hai Kirana. Baru sekarang saya jumpa awak. Wow! Awak nampak lain la", tegur Prof Farhat.
"Hm..ada apa Prof?. Aku tak suka prof yang sorang ni. Miang.
"Memandangkan awak dah lama tak hadir ke kolej, awak membantutkan tugasan awak. Untuk tugasan berpasangan kali ni saya terpaksa letakkan awak dengan orang lain. Lina dah ada pasangannya".

"Siapa? Saya tak kisah pun asalkan kerja saya selesai".
"Dia budak baru dalam kelas kita, Zufar".
"Zufar Zayan?", soalku untuk kepastian.
"Ha..baguslah awak dah kenal. Awak boleh bincang dengan Zufar selepas ni. Saya dah terangkan semuanya. Nanti dia akan bagitau awak. Ok?."
"Hmm..ok jer". Jawabku lemah.

Hampeh betul! Patut la cakap nak jumpa aku kat kantin. Menyampah.
"Hai". Aku menyapa. Kekok untuk menegur. Tak selesa.
"Assalamualaikum. Seronok dapat berkenalan dengan awak".Manis senyumannya.
"Awak nak minum apa?". Pertanyaannya mematikan lamunanku.
"Apa saje kau minum,aku ok je".
"Pagi-pagi camni kita minum teh tarik nak?", tanyanya lagi.
"Kan aku dah cakap aku ikut je." Zufar berlalu pergi memesan sarapan. Kembali bersama sandwich yang dibungkus dan dua gelas teh tarik.

"Awak nak?". Zufar mempelawa aku sandwichnya.
"Kau makanlah, aku dah kenyang. Cepat sikit. Aku nak kau terangkan semuanya tentang tugasan kita".

Seleranya dia makan. Ishh, ada cebisan sayur la kat bibir dia. Aku ketawa sendiri. Macam kambing!

"Kenapa awak ketawa? Ada apa-apa kat muka saya?". Soal Zufar sambil meraba wajahnya.
"Kau makan gelojoh. Sayur kat bibir kau tu. Comot!".
"Tadi awak suruh saya makan cepat-cepat.".
"Yelah salah aku. Dah cepat!". Arahku lagi.

Perbincangan kami berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Aku suka caranya. Ideanya. Bernas.

"Ok, jumpa awak lagi esok. Hmm.. kat library pulak ok? Selesa sikit. "Zufar memberi cadangan.
"Jumpa esok. Jangan lupa bawa bahan yang kita perlu". Jawabku pula.
"Ok, awak pun.. Er awak, macam mana saya nak contact awak?". Banyak songeh la mamat ni.
"Bak sini nombor kau. Aku miss call."
"Ok, assalamualaikum. Adios". Katanya dengan senyuman manis.

Bajet la mamat ni. Menyampah aku!
"Zufar Zayan.Hmm..pemurah yang cantik". Pelik la nama kau Zufar. Aku tersenyum sendiri.



Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Kerana Seorang Lelaki #4

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]


"Hai abang. Nak masak apa ek malam ni? Abang nak makan apa? Meh adik tolong. Ha,adik buat kek cawan nak?. Tanyaku dengan lagak manja.

"Apa nak jadi la dengan adik ni? Dah besar macam ni pun tak pandai-pandai lagi!". Muka abang serius.
"Kenapa abang cakap macam tu? Sedih la macam ni. Huh!". Rungutku pula.
"Adoi sayang ni, ada ke orang makan kek cawan malam-malam macam ni? Abang nak buat sup sayur.Nak?". Tanya abang. Aku hairan. Takkan abang dah lupa.

"Apa pulak abang ni? Muda-muda dah nyanyuk! Adik tak suka la sup sayur. Adik kan suka sup ayam."
"Eh, sorry dik. Lupa pula abang. Dah tua, nak sampai ajal kot. Hi..hi..hi..". Aku tampar lembut mulut abang.
"Padan muka! Cakap pelik-pelik sangat. Cukuplah apa yang adik nampak petang tadi". Abang pandang tepat mata aku.

"Adik, ajal dan maut kan di tangan Allah. Mungkin hari ni abang masih boleh masak untuk adik. Mana tahu esok adik kena masak sorang-sorang pulak? Adik kena la redha kalau abang dah takde nak teman adik lagi".

Air mata mula bergenang. Aku sebak. Mampukah aku hidup tanpa abang?

"Adik nak pergi tengok tv la..", aku berlalu sambil memikirkan kata-kata abang tadi.
"Adik, makanan dah siap. Tadaa..!". 

Abang hidangkan makanan di hadapan televisyen. Pelik.

"Eh, bukan ke selama ni abang selalu marah kalau adik makan depan tv? Sekarang apa abang buat?", soal aku.
"Ala.. sekali sekala best jugak makan depan tv. Dah, jangan banyak cakap. Makan". Arah abang lagak seorang ibu.

Tok! Tok! Tok! Ketukan berbunyi di luar pintu." Boleh abang masuk, adik sayang?". Geli dengar suara abang.

"Masuk jela abang oi!", sahut aku pula. 
"Adik nak tidur dah ke? Abang bosan la, tak boleh nak tidur. Hmm.. adik tidurlah. Abang dodoikan ok?".
"I think that is not a good idea abang since your voice like..". 
"Like what huh?", abang memotong.
"Takde pape la.. ha, nyanyi la. Teringin jugak nak dengar suara merdu abang." Kataku tersenyum.

I love you, you love me
we are happy family
with a great big hug and the kiss from me to you
would you say you love me too..

Lagu Barney & Friends kegemaran aku waktu kecil. Aku terlena. "I love you,adik". Sayup suara abang.
Pagi. Aku kejutkan abang. Liatnya abang pagi ni.

"Abang,bangunlah.Adoi,penatlah kejutkan abang ni". Aku mula geram. Aku ada idea.
"Abanggggg!!". Aku jerit di telinga abang. Kenapa dengan abang ni? 
"Abang? Abang?". Aku usahakan lagi kejutkan abang. Aku terpandang satu surat di atas meja abang. Surat apa pula tu?

Kepada adikku Kirana Airin yang tersayang,

Entah kenapa abang rasa sayu sangat malam ni. Rasa rindu pada mak dan ayah.Seriously,abang tak pernah tulis surat, sorry. Abang cuma nak cakap yang abang sayang sangat pada adik. Adik bosan tak bila abang cakap macam tu? Mesti takkan? Adik selalu senyum bila abang cakap I Love You. Abang suka tengok adik senyum. Lawa macam senyuman mak. Abang bangga ada adik macam sayang aka teddy bear ^_^ . Abang masih ingat adik selalu tanya abang bila abang nak kahwin. Nakalnya! Bukannya abang tak berhasrat tapi abang rasa sayang nak tinggalkan adik. Kalau boleh abang nak curahkan sepenuh kasih sayang hanya untuk adik. Abang tak nak adik akan rasa tersisih kalau ada orang lain dalam rumah ni. Abang nak tengok adik yang kahwin dulu, baru abang rasa lega. Adik, entah kenapa abang rasa macam nak pergi jauh. Sungguh, rasa ni tak pernah abang lalui. 2 hari lepas abang mimpi mak dan ayah datang jemput abang. Jika benarlah apa yang abang rasa ni, adik jagalah diri adik baik2. Abang cuma nak adik tahu yang abang sayang sangat permata abang yang sorang ni. Abang dah uruskan segala-galanya untuk adik. Abang mintak diri dulu ye! Nak tidur sekejap.

Esok kita jumpa lagi, kita pergi makan KFC nak? hi..hi..hi..

Yang Menyayangimu,
Qareef Ziqri yang hensem ?


Ya Allah! Aku mendekati abang. Aku sentuh tangan abang. Sejuk. Aku usap pipi abang. Air mataku menitis jatuh ke pipi abang. Aku sapu air mata itu. Luluh hatiku. Lembut wajah abang.

"Abang kata nak pergi makan KFC. Abang tipu adik ye? Abang cakap nak tidur sekejap je. Tapi sampai sekarang abang tak bangun lagi. Abang tipu adik lagi. Abang kata abang sayang adik tapi abang tinggalkan adik. Abang bohong!".

Aku usap lagi pipi abang. Aku rebahkan kepalaku pada dada bidang abang. Senyap. Jantung abang tak berdegup. Air mata bercucuran mengalir dari kelopak mataku.

"Abang, adik tak kuat sendiri. Adik tak kuat..", rintihku pada abang yang sudah lena.

You know i can't smile without you...
i can't laugh and i can't sing...
finding a hard to do anything...

Telefon abang berdering lagu I Can't Smile Without You. Lagu kegemaran kami berdua.Lina.

"Hello abang Ziqri? Betul ke nak suruh Lina jemput Rin ni? Lina dah on the way ke rumah ni. Hello?", kata Lina lagi apabila tiada jawapan yang diterimanya.

"Lina, aku ni.. Rin. Abang Ziqri.. abang Ziqri dah..". Aku tak dapat meneruskan kata-kataku lagi.
"Rin, kenapa dengan abang Ziqri? Apa yang dah? Kau jangan risau, aku dah nak sampai rumah kau ni. Kau tunggu!".
"Abang..... adik nak pergi jugak..". Lirih suaraku. 


Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Saturday, May 19, 2012

Kerana Seorang Lelaki #3

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]


“Adik! Mai sini jap.” Tiba-tiba pula abang memanggilku. Tak pernah sebelum ni. Kebiasaannya abang akan terus memecut kereta kesayangannya itu sebaik sahaja kaki aku memijak tanah kolej tersebut.

“Ade ape bang?Nak bagi duit tambah ek?”. Sengaja aku mahu bergurau. “Taklah. Meh duduk tepi abang jap. Abang rindu la kat adik. Abang sayang adik sangat-sangat. Adik la satu-satunya harta abang yang paling berharga dalam hidup abang. Abang nak adik jaga diri baik-baik tau. Jangan nakal-nakal. Adik makin dewasa. Tanggungjawab semakin besar. Ingat Allah selalu. Jangan lalai dalam hidup, nanti menyesal tak sudah.Padan muka adik”,sambil mencubit pipiku.Tabiatnya. Sempat lagi abang bergurau walaupun dalam nada yang serius.

“Amboi, panjang lebar abang pesan kat adik? Ada surprise ke?”. “Asyik-asyik surprise. Suka sangat dengan kejutan. Nanti sakit jantung baru tau!”. Bebel pula abang ni. “Yela..adik jaga diri la ni. Abang pi la kerja tu, dah lewat ni tau! Tata abang sayang intan tak berpayung”. Laungku sambil ketawa. Abang melayangkan flying kissnya. Lain benar abang pagi ni.Terasa janggal pula.

"Ok, kelas kita tamat disini saja hari ini.J angan lupa siapkan tugasan berkumpulan tu.Jangan buat sambil lewa aje!. Nanti markah sikit awak semua jangan salahkan saya. Assalamualaikum". Akhiri Cik Nita.
"Nak keluar, keluar jela. Panjang lebar pulak cakap. Menyampah aku", terdengar suara-suara sumbang. 'nak call abang la.. nak pergi jalan-jalan..lalala'.. hatiku menyanyi riang.

'somebody told me you had a boyfriend
who looked like a girlfriend'

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering lagu The Killers.  Abang?Apasal abang pulak yang call?
"Hello abang? Kenapa call adik ni? Ada apa? Eh bagus jugak abang call,adik baru nak call abang. Adik dah habis kelas ni. Abang ada dekat mana? Boleh jemput adik sekarang?", bertalu-talu soalan aku pada abang.
"Sorry adik, abang ada hal la..tak boleh datang jemput adik.Adik tumpang Lina boleh? Rumah Lina dekat je kan dengan rumah kita? Maaf adik, abang betul-betul ada hal ni. Sorry sayang."

"Ok la,leceh la abang ni.Tak cakap awal-awal.Adik tak tahu Lina dah balik ke belum.Nanti la adik call Lina.Ok,tata abang." Rungutku pada abang.Abang diam.Aku matikan telefon bimbit.
----------------------------------------------------
Azan Asar berkumandang di corong radio kereta Lina.

"Lina,kenapa aku rasa macam tak sedap hati je ek?Dari tadi jantung aku laju je.Aku takut la Lina. Aku takut kalau terjadi apa-apa dekat abang Ziqri.Tak pernah dia tak datang jemput aku.Aku takut la Lina."

"Weh relax la beb.Ape pulak yang nak jadi kat abang Ziqri kau tu? Kau tu yang emo tak tentu pasal. "Tegur Lina. Itulah Lina.Kasar namun hatinya baik. Tak pernah lokek dengan aku. "Hmm..ok.Aku nak tidur jap ek. Sampai nanti kau kejutkan aku."

"Yolah puan besar, rumah dekat pun nak tidur jugak. Memang dasar beruang panda!. "Aku biarkan saja Lina dengan ngomelannya.Letih.

"Weh Rin! Bangun! Bangun! Ada kemalangan la depan tu. Nampak macam kereta abang kau la. Weh bangun la cik panda oi!". Aku terkejut dek suara Lina yang mengganggu lenaku.

"Hah?Abang aku? Kemalangan? Ya Allah!". Tergesa-gesa aku membuka pintu kereta. Berlari meninggalkan Lina yang masih berada di dalam kereta.

"Abannngggggg! Abang saya! Tepi! Tepi! Tu abang saya. Tolonglah tepi!".

Aku merintih.Sesak.Aku tersepit dalam kerumungan orang ramai. Aku terus menjerit nama abang.
"Rin! Rin!". Lina menjerit namaku. Aku tak peduli. Abang aku lebih penting.

"Airin!". Terdengar suara garau memanggil namaku. Makin lama makin lantang namun aku tak peduli.
"Kirana Airin Amri!". Aku berpaling.Tak mungkin! Aku terus berlari ke arah lelaki itu.

"Abang..adik ingatkan abang tadi.Adik takut.Adik..adik..". Aku teresak-esak dalam dakapan abang.
"Dah..dah. Abang kan ada kat sini. Apa la adik abang sorang ni. Tak tengok dulu siapa. Abang hidup lagi ni ha".Abang tersenyum sambil mengelap air mataku.

"Dah jom balik. Abang dah telefon ambulans.. Tu ha,ambulans dah datang. Tugas abang dah selesai."
Kami pulang ke rumah. Abang belum berhenti tersenyum dek perangai aku. Lina pulang kerumahnya.
Tapi kenapa hati aku masih rasa ada sesuatu yang akan terjadi? 

Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Friday, May 18, 2012

Kerana Seorang Lelaki #2

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]


“Ya Allah!”. Tiba-tiba terdengar jeritan satu suara garau. “Ayah!Ya Allah, apa dah jadi ni? Mak? Mak? Mak!!!!!!!!”. Jeritannya semakin lantang dek kerana tiada jawapan yang diterima. Langkahnya semakin laju menaiki tangga yang mewah itu. “Ya Allah,mak! Darah!”. Dia terpandang sekujur tubuh yang bersandar pada dinding itu.

“Adik! Apa dah jadi ni adik? kenapa dengan ayah dan mak ni?”. Aku hanya terbungkam disitu. Tiada kata yang mampu aku ucapkan. Aku masih terkejut. “Hello ambulans. Tolong datang ke rumah saya sekarang jugak.Kecemasan!”, kata abang dengan suara yang cemas namun tegas.

Di hospital, doktor dan jururawat bertungkus-lumus di dalam wad kecemasan, cuba untuk menyelamatkan ayah dan mak yang mengalami pendarahan yang teruk. Masing-masing di bahagian kepala.

Abang mendekatkan dirinya kepadaku. “Abang tak tahu apa yang jadi kat rumah semasa abang tiada.Macam mana semua ni boleh berlaku,dik? Kenapa dengan ayah dan mak jadi macam tu? Apa dah jadi,dik? Apa?”. Lemah saja suara abang bertanyakan soalan-soalan tersebut.Aku terus berdiam. Bagaimana harus aku ceritakan perangai ayah yang selama ini kami berdua tak pernah menduganya? Bahawa ayah seorang kaki perempuan? Kaki boros? Kaki pukul? Kaki botol? Ahh!! Aku benci ayah! Aku benci! Jika mak tiada bersama aku lagi,itu salah ayah! Salah ayah! Aku meyakinkan diri aku yang masih terkejut dengan peristiwa yang mula menjadi titik hitam dalam hidupku.

“Kamu waris Encik Amri dan Puan Amirah?”. Soal doktor yang merawat ayah dan mak itu dengan nada yang serius. “Ya, saya anaknya dan ini adik saya”,sambil memeluk erat bahuku. “Kami dah cuba sedaya upaya namun tak Berjaya.Ibu kamu menghidap hemofilia dan dia sememangnya sudah kehilangan terlalu banyak darah walaupun kecederaannya tidaklah seteruk ayah kamu. "Ayah pula?”, soal abang dengan suara yang cemas. “Maaf, kepalanya terhantuk terlalu kuat, tempurung kepalanya retak dan kehilangan darah yang terlalu banyak. Mungkin kerana lambat dibawa ke hospital. Pihak kami mohon maaf"."Ajal dan maut ditangan Allah”. Tambah doktor itu lagi apabila melihat abang seperti tidak dapat menerima kenyataan.

Aku pula? Tiada lagi air mata untuk aku tangiskan. Air mata ku sudah kering. Retak jiwaku. Luka hatiku. ‘aku benci ayah’. Bisik hatiku.

----------------------------------------------------
Majlis tahlil dirumahku dihadiri oleh seluruh ahli keluarga kami.Yang jauh,yang dekat.Semuanya datang dengan wajah yang sugul.Mereka tidak henti-henti berpesan supaya aku bersabar.Aku rimas.Aku mula bosan dengan perkataan ‘sabar’. Seperti hendak meraung. Hentikan semuanya! Aku benci sabar. Kerana sabar,mak mati ditangan ayah. Kerana sabar seorang isteri, suami sanggup membunuh isterinya sendiri. Apa ada pada sabar? Sabar? Aku ketawa sendiri dengan perkataan tersebut. Sabar tidak membawa aku kemana-mana. Kerana sabar dengan sikap ayah,mak akhirnya mati dalam keadaan begitu.Sungguh aku benci ayah!

Dua tahun telah berlalu sejak peristiwa hitam tersebut namun benciku kepada ayah masih belum reda walaupun ayah sekarang sudah menjadi allahyarham. Aku tidak pernah sekalipun lupakan kejadian tersebut.

“Adik! Cepatlah. Lambat dah ni nak ke kolej.Lamanya adik abang ni bersiap.”, bebel abang di pagi hari.
“Ala..rileks la bang.Awal pun lagi. Kolej tu tak lari lah!” ,rungut aku. Rimas dengan bebelan abang.
“Amboi,marahnya adik abang comel ni!”, sambil mencubit pipiku yang tembam.Merah.
“Sakitlah! I’m not your teddy bear lorh.” “Teddy bear, I miss that nickname dear. Ayah used to call you with that name, right? And you will smile happily.” Abang mula mengimbau masa lalu. Masa lalu yang aku benci.’ Macam mana la aku boleh tersebut perkataan tu! Ah, aku benci semua tentang ayah!.

“Abang,wake up bro! I’m late for classes.”
“Ok,darling..”. 
“Grr..gelilah abang ni!”. "Ok,kita dah sampai!". Gembiranya muka abang. “Tata abang. Balik nanti adik call ok?”.”Ok darling.” Aku Cuma tersenyum melihat telatah abang. Menghiburkan hati walaupun kadang-kadang menjengkelkan. 

Hak Cipta: Cik Teddy
-Bersambung-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...