Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Kenangan Di Puncak. Show all posts
Showing posts with label Kenangan Di Puncak. Show all posts

Sunday, June 17, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod Akhir

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #Akhir ]





"Malam ni??tak free kot awak,sebab plan nak keluar dengan member saya,nape awak?"

"owh camtu ke,emm takpe la,takde pape awak"


mulut kata tidak tapi hati kata lain. kecewa juga aku saat mendengar jawapan dari mulut nikita itu. memang aku ingin keluar bersamanya pada malam itu kerana aku rasakan,masa yang aku luangkan bersamanya tadi belum cukup. terlalu singkat nikita, terlalu singkat untuk aku mengenalimu hanya pada pertemuan pertama. tolak masa tersengih-sengih,tolak masa berblushing,tolak masa mengunyah makanan,tolak masa ketawa sambil tutup mulut,hanya berapa minit saja berbaki untuk aku menyelami hati budi kamu. tak cukup wahai nikita tak cukup.

petang itu aku hanya berehat sahaja di rumah. cuaca yang agak terik menghalang aktiviti rewang aku pada petang itu. rakan rewang aku, kudi juga sedang berada di alam lain. tidak mungkin aku keluar rewang seorang diri, itu bukan rewang namanya,tapi seorang loser yang dah tak tau apa yang nak dibuat. sedang aku berbaring itu, terlihat roomate sedang menggoreng gitar kapoknya. pelbagai lagu yang digorengnya,tapi majoritinya lagu berbahasa inggeris yang langsung tidak pernah aku ketahui. bagi mengelakkan perkara ini berterusan, aku pancing dia dengan satu pertanyaan ringkas sebegini.

"bro,aku nk request lagu, boleh tak?"

"ko nak request lagu apa?"

"lagu hujan,kotak hati"

1,2,3 go. perlahan-lahan jari menari-nari di tali gitar. mula-mula perlahan,kini semakin rancak. irama yang tadinya kelam kabut sudah mula mendapat rentak. aku menunggu dengan penuh sabar sebelum aku mencelah.

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

mulut aku terkumat kamit menyanyikan lagu ini sambil diiringi alunan gitar oleh roomate aku. roomate aku sedikit curiga akan perlakuan aneh aku pada petang itu. biasanya, aku tidak sejiwang ini. sambil aku masih lagi menyanyi, ingatan aku terus kepada nikita willy. apa yang sedang dibuatnya ketika ini?mungkin tengah tidur kot sambil berdengkur. ketika asyik membayangkan wajah nikita willy itu, tiba-tiba wajah gadis berjilbab turut melintas dengan laju. berapa kelajuannya itu tidak pula sempat aku kira. apa sudah jadi pada dia?semenjak peristiwa malam itu, dia sudah tiada lagi dalam hidup aku. dia ibarat musuh kepada aku, mungkin kasar bunyinya,tapi aku tak mampu menipu perasaanku. apa yang dibuat olehnya tidak mampu untuk aku maafkan. Sorry seems to be the hardest word girl. tapi,aku tidak mendengar habis penjelasan darinya pada malam itu. mungkin ada perkara penting yang aku terlepas, yang mungkin boleh membetulkan kembali persepsi aku kepada dia. seperti yang biasa aku baca di majalah terbitan Karangkraf, antara kesilapan semasa bercinta adalah tidak memberi ruang secukupnya kepada pasangan untuk menjelaskan hal sebenarnya. emm,whatever la.

pada malam itu,aku chat bersama nikita willy. aku sempat bertanya dengan siapa dia keluar tadi, dia hanya menjawab dengan member. aku menerimanya dengan nada positif,walaupun kadang-kadang terbit perasaan sangsi akan jawapan itu. chat pada malam itu tidak berlangsung dalam tempoh masa yang lama. penat katanya, jadi dia meminta izin untuk mengundur diri dari medan chat kerana hendak tidur. aku turutkan sahaja permintaannya. sebelum dia melelapkan mata,aku sempat menghantar sekeping mesej.

"sebelum awak tidur,cuba awak dengar lagu ni, McFly - All About You..:D"

"bez ke lagu tu awak,jap ek"

aku menanti dengan sabar akan respons dari dia. sudah 5 minit berlalu, terasa seperti 5 tahun. arghh lamanya, dah tido ke minah ni?aku terus menanti sehinggalah handset aku berdering menandakan ada satu mesej.

"wah bez la,lagu ni untuk saya ke?thanks awak..:D"

"yup,untuk awak la,hehehe"

"hehehe,k la awak,nak tido dlu,nites"

hari sudah cerah,pelbagai urusan menanti aku pada hari ini. kelas, assignment,research dan juga perlu study untuk menghadapi test yang berlambak- lambak sepanjang minggu ini. nak tak nak,hal berkaitan nikita willy dan gadis berjilbab perlu ditolak tepi dulu buat sementara waktu. kudi juga sama,perlu ditolak tepi,kalau melayan kerenah dia,memang tak lulus test la aku jawabnya. perkara test ni bukan boleh dibuat main, kalau tak score masa test,nanti carry mark akan rendah,bila carry mark rendah, peluang untuk lulus menjadi tipis,apatah lagi dapat A. bila peluang nak lulus tu rendah,mula la berdebar tak ingat dunia bila nak cek result, dan bila lulus setakat dapat c je, memang takkan dapat DL la,dan bila tak dapat DL, mula la dipandang rendah nanti. jadi,semuanya bermula dengan test yang bakal aku hadapi ini.

ketika menjawab test,aku perasan akan sepasang mata yang sering curi-curi pandang kepada aku. aku cuba berlagak cool. kadang-kadang,aku jual mahal jugak. tapi,macam rugi pula kalau jual mahal sangat. jadi,aku membalas jelingan itu. yeah jelingan yang tak lain tak bukan ialah dari gadis berjilbab. sayu juga hati tatkala melihat dia. please gadis berjilbab, jangan buat aku rasa bersalah sebegini, aku mahu teruskan hidup aku tapi bukan dengan kamu. selesai menjawab test, aku lekas pulang ke rumah. terbit satu rasa kepuasan bila beban test sudah berjaya dibuang jauh. aku mau meraikan kebebasan sementara yang aku nikmati ini bersama nikita willy. yeah weekend ini aku mau luangkan masa bersamanya.

sudah 15 minit aku terpacak menunggu nikita di sebuah pusat membeli belah yang alamatnya ada tertera bukit,tapi tidak la terletak di atas bukit,hanya di atas tanah rata sahaja. orang ramai semakin ramai yang lalu lalang di hadapan aku. ada juga beberapa kapel yang lalu sambil berpegangan tangan. dari kejauhan,aku nampak kelibat nikita willy bersama beberapa orang temannya. dia paling menyerlah diantara mereka,mungkin ada elemen bias di dalam kenyataan aku ini. apabila sudah hampir dengan aku, teman-teman seakan faham dan mula melencong kearah lain dan membiarkan aku hanya berdua bersama nikita. aku berjalan beriringan bersamanya,kami tidak berpegangan tangan, kerana masing-masing bukan muhrim.

"awak,saya nak cakap sikit dengan awak ni"

"yup,cakaplah,saya mendengar"

"saya rasakan,saya dah jatuh cinta la"

"erkkk,biar betul awak ni,dengan sapakah?"hati aku berdegup kencang mendengar kenyataan dari nikita itu. dia jatuh cinta dengan siapa pulak ni?

"awak ingat tak ada malam tu saya cakap saya keluar dengan member saya"

"ha yup ingat-ingat,malam saya bagi lagu kat awak tu kan,then?"

"sebenarnya saya jumpa someone malam tu,hihihi"

"owh ye ke,means lelaki la kan?"jawab aku sedikit hampa.

"yup,actually saya da lama kawan dengan dia,then malam tu dia buat surprise untuk saya,dan yang lebih surprise lagi,dia propose saya"

"owh macam tu ke,so awak terima la?"tanya aku dengan suara yang tersekat-sekat.

"belum lagi,saya mintak masa dari dia untuk pikir dulu,but now,i will"

jantung aku bagaikan luruh sehingga ke kaki tatkala mendengar pernyataan itu dari mulut dia. apa yang aku takutkan akhirnya terjadi juga. dia terlucut dari genggaman aku, aku terlambat,ada orang lain yang terlebih dahulu menyatakan perasaan cinta terhadap dirinya.

"hey,nape awk diam je ni?"

"hehehe,takde pape,btw selamat berbahagia awk..:D"

"thanks awak,awak ni memang kawan yang baik, eh ada member saya kan,dia selalu tanya kat sy pasal awak,dia minat kat awak kot,nanti saya kenalkan pada awak k"

"eh takpe la awak,saya ni bukannnya ensem pon,huhuhu"

pertemuan yang diharapkan menjadi momen bahagia itu bertukar menjadi derita. Hambar. tiada apa yang menyeronokkan lagi. dia bakal menjadi hak milik orang lain sedikit masa lagi. orang yang mungkin lebih berhak untuk menerima cinta dia. aku redha akan ketentuan ini, mungkin tuhan sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk aku. mana kita tau kan.

aku pulang ke rumah sewa dengan hati yang sayu. pilu. masih berbekas kesedihan itu di hati ini. perlahan-lahan aku menongkat motorku di sebelah motor kudi. aku tidak terus masuk ke rumah,sebaliknya memerhati kelibat kanak-kanak yang sedang asyik bermain bola sepak. seronoknya menjadi kanak-kanak,hidup tanpa masalah. tiba-tiba,terasa getaran di dalam poket seluar. handset nokia hitam merah dikeluarkan,ada sekeping mesej yang baru masuk. mesej dari gadis berjilbab. ringkas sahaja mesejnya yang berbunyi begini...

"saya dah break dengan bf sy"





Hak Cipta: pepol
- Tamat -

Saturday, June 16, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 14

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


"hai nikita"
"hai awak,eii awak ni,selalu panggil saya nikita,saya bukan nikita la"
 "alaa,saya suka panggil awak nikita,tak salah kan?"
 "salah tu tak la,tapi nikita tu kan comel,saya pulak tak comel"
 "amboi cik nikita kita ni,merendah dirinya dia,hey awak kelas sampai pukul berapa esok?"
 "esok sampai pukul 12,why?"
 "ok cantek,sudikah cik nikita temankan saya makan tengah hari esok?"
 "hahaha,kelakar la awk ni,emm boleh kot, lagipun sebelum ni sy pernah cakap one day saya akan keluar dengan awak,so mybe tomorrow is the best day for me to fullfil my promise"


"wow,thats great,so kita nak makan dekat mana esok,ada cadangan?"

 "dekat cafe Plaza Satelit B(PSB),ada berani??hihihi"

 "alamak cik nikita,ramainya orang kat situ,awak tak kisah menjadi bahan gosip kalau kita makan dekat situ?"



"hey bahan gosip??never mind,saya saja nak uji awak,hihihi"

 "eh uji saya?ujian apakah ini?"

 "eh tak2,takde pape"


begitulah serba sedikit chat yang terjadi diantara kedua mereka di laman sosial ciptaan seorang yang berbangsa yahudi. aneh bukan dunia ini, baru sekejap tadi, aku ditimpa kekecewaan yang sungguh celaka,tapi sekejap saja selepas itu,tuhan turunkan pula bunga-bunga cinta supaya aku boleh tidur dengan lena pada malam ini. hal berkaitan gadis berjilbab yang berlangsung hangat di kedai makan tadi sudah mula hilang dalam pekat malam. ternyata penangan nikita willy begitu kuat sehinggakan hati yang hancur tadi sudah mula bercantum kembali. aku tidak tau apa jampi atau bomoh mana yang kau jumpa wahai nikita. dengan hanya chatting saja pon kau sudah mampu mengembalikan senyum manis di bibir ini yang hilang entah ke mana ketika bersama gadis berjilbab tadi.

aku berbaring di atas tilam,memandang ke arah siling. hanya ada dua ekor cicak yang sedang memadu kasih.aku hanya tersenyum simpul. tiba-tiba, aku rasakan ada hentakan di pergelangan kaki kiriku. terlihat satu kelibat raksasa sedang memandang tepat ke arah aku.


"ko pehal senyum2 macam kambing ni?"kudi menegur melihat tindak tanduk aku yang tersengih sorang-sorang.



"takde pape,kudi tutup lampu"



lampu kini sudah ditutup. hanya cahaya dari skrin laptop kudi yang menerangi bilik. aku mencapai handset aku dan alarm disetkan. aku harus tidur awal pada malam ini, kerana ada perkara penting yang bakal berlaku esok. aku akan memulakan hidup baru, bersama dengan orang baru, sambil memakai jersi baru(yang last tu tipu).bak kata budak-budak muda sekarang ni,move on ke ape tah,yeah aku perlu move on,lupakan kekecewaan lampau itu,dan bina kebahagiaan baru,dan aku hampir pasti orang itu tidak bukan ialah....nikita willy.



"hye nikita,saya tunggu dekat cafe angsana k?"

"hye,ha okok,kejap lagi saya sampai,sabar tau"



ringkas saja perbualan aku bersama nikita di telefon pada tengah hari itu. ya mungkin korang merasa pelik,di awalnya berjanji mahu berjumpa di Plaza Satelit B(PSB),tetapi mengapa nama cafe Angsana pula yang naik ini? yup aku menukar plan di saat akhir. mujur nikita tidak membantah aku menukar venue date pertama itu malah menerima saja dengan hati yang terbuka. mungkin dia juga sedar, bertemu dengan aku itu jauh lebih mustahak dari makan di PSB sebenarnya,cewahh. sebenarnya,aku cuma mahukan sebuah tempat yang tidak terlalu ramai manusia, sebuah tempat yang aku rasakan selesa untuk berbicara dan juga makan pada masa yang sama. PSB aku rasakan terlalu bingit, tidak sesuai untuk aku memulakan sebuah perhubungan yang baru disitu. pasti ramai mata-mata yang akan memerhati segala tindak tanduk di situ,menambahkan lagi ketidakselesaan aku. dan menjelang petang, pasti gosip mengenai aku akan tersebar secara meluas,dan kita boleh nampak,pengaruh negatif yang dibawa oleh rancangan Melodi.



"jom kita amek makanan"

 "jom awak"



ringkas ajakan aku kepada nikita willy sebaik saja dia melabuhkan diri di atas kerusi berwarna oren itu. mata aku terpaut pada dirinya yang cukup ringkas pada hari ini. tiada solekan tebal,tiada kaler rambut yang terlalu blonde,dan tiada baju yang seksi sehingga menampakkan apa yang sepatutnya hanya dilihat oleh sang suami. walaupun dia belum bertudung,tapi aku yakin satu hari nanti dia akan bertudung,bukan untuk aku,kerana aku pon belum pasti apakah aku ditakdirkan bersama dengan dia nanti, tetapi biarlah dia bertudung, sebagai bekalan untuk dia ketika menghadap Tuhan yang Maha Esa nanti.



"hey sikit je awak makan,takde selera ke?"

 "yup,kurang selera la awak"

 "kenapa ni awak,ada masalah ke?masalah ngan gf la ni kan,pelik tau tengok orang yang cukup petah dekat chat boleh jadi monyok camni"



"hahaha,nampak monyok ke?takde la awak,saya ok je,yeah ada masalah sikit semalam?"

 "owh really,taknak share dengan pemain sinetron macam saya ni ke?hihihi"



aku ketawa besar mendengar kata-kata dari nikita willy itu. ternyata,dia pon sudah mula menerima aku memanggilnya dengan nama nikita. aku menceritakan segala apa yang terjadi diantara aku dan gadis berjilbab. kau lihat wahai gadis berjilbab,betapa besarnya pengaruh kau terhadap aku, tengok la,ketika aku duduk dengan gf baru aku pon, nama kau masih lagi meniti di bibir aku, tapi kau tak nampak itu semua,yang kau nampak lelaki tu. apalah nasib badan.



"wow tragisnya kisah awk ni,macam sinetron jugak,hihihi"reaksi nikita sebaik saja aku habis berbicara pasal gadis berjilbab.



"emm,btw do you know her?"

 "who,gadis berjilbab?tak kenal,saya jarang kenal orang,orang yang selalu kenal sy,hihihi"

 "amboi,tiru ayat orang,cepuk kang"
 "hihihi,awk tu la,selalu sangat guna ayat tu,tau la blogger,bajet femes letewww"



aku ketawa berdekah-berdekah. alahai nikita,kau memang pandai mengambil hati aku kan. kalau aku tau tadi,tak payah aku makan,tengok telatah kau ni pon da cukup buat aku kenyang da,tapi nanti bila kau balik,aku lapar la semula. perbualan aku bersama dia berlarutan sehingga ke jam dua. kalau boleh,aku mau lanjutkan sehingga ke jam 4,tapi cafe tempat aku melepak ni di sebelahnya surau, apa kata mereka nanti melihat aku masih belum menunaikan solat zuhur sedangkan waktu zuhur sudah lama berlalu?jadi menamatkan perbualan aku dan kini aku sedang berjalan berdua bersama nikita di luar cafe.



"so,macamana dengan date pertama kita tadi?"

"hey date ke tadi,just makan tengah hari je kan,btw not bad la,bez lepak dengan awk"

 "so awk free tak malam ni?"






Hak Cipta: pepol
- Bersambung -

Sunday, June 10, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 13

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


"Perasaan awak pada saya?? eh chopp, awak ada perasaan pada saya ke?"
"Yup, da lama da, dari dulu lagi, apa awak tak sedar?"
"Tak,saya tak tahu pon awak, saya tak sedar,awak tak pernah cakap pon pasal hal ni"
"Apa perlu saya cakap baru awak akan tau?tak boleh awk tafsir sendiri dari cara saya layan awak,bercakap dengan awak, ambil berat pasal awak, tak ke awak nampak semua benda tu?"

"Ya saya tau awak layan saya baik sekali,selalu ambil berat pasal saya,selalu ada bila saya perlukan seseorang untuk luahkan masalah saya,tapi sekadar kawan je awak,cinta saya pada bf sy,bukan pada awk"

Serentak dengan itu, aku rasa ada satu benda yang sedang meletup di dalam badan aku. ya benda itu, yang dipanggil hati, kini sudah hancur, musnah dibom oleh seorang perajurit yang ayu berjilbab, ternyata dia begitu keras untuk berani memusnahkan hati seorang jejaka yang dipenuhi ego ini. Sekadar kawan je. 3 perkataan yang membentuk ayat ringkas ni berpusing-pusing di dalam kepala otak aku. Arghh seksanya bila difikirkan kembali, aku hanya membuang masa selama ini. aku keluarkan perasaan cinta aku pada gadis yang perasaan cintanya ada pada lelaki lain. Bebal. mata aku berkaca, aku tak boleh menangis, mungkin nanti, tapi bukan di hadapan dia, jangan biarkan dia tau bahawa aku cukup sedih mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir manisnya itu tadi.

"Owh, takpe la kalau camtu"

Hanya itu yang mampu terpacul dari mulut aku. Mustahil aku masih mampu petah berbicara atau mengeluarkan jenaka kasar yang pernah tidak disenangi oleh beberapa kenalan sebelum ini.

"Ya Allah,bawa aku pergi dari sini,tolong ya Allah".

Cebisan hati yang sudah hancur tadi berbisik-bisik. Aku mau segera pergi dari sini, aku tidak mahu menyambung perbualan, cukuplah, aku sudah mendapat jawapannya, yang langsung tidak menyebelahi aku. Kau kejam wahai gadis berjilbab, sampai hati kau rahsiakan perkara sepenting ini, membiarkan aku berkhayal setiap hari bahawa akan tibanya hari di mana kita berbahagia bersama.

"Saya nak balik"
"Eh cepatnya, awakkan tak abes makan lagi, lagipun banyak lagi benda yang saya nak cakap"
"Tak pe la, next time, saya ada hal dengan kudi ni"
"Eh nantilah dulu"

Aku bingkas bangun, membuat bayaran di kaunter dan langsung menuju ke arah motor. Enjin dihidupkan,dan aku sempat menjeling ke arah gadis berjilbab, terlihat dia terpinga-pinga akan tindak tanduk dari aku, masih kelihatan comel walau dalam keadaan sebegitu, arghh comel dia bukan untuk aku, untuk si pengarang jantung hatinya. Jangan dikacau gadis yang sudah menjadi hak milik orang, apa kalian ada ilmu taekwando yang cukup untuk bergasak dengan teman lelakinya nanti? Aku cuma belajar taekwando sampai tali pinggang biru, jadi aku tidak berapa yakin andai kata tercetusnya satu pertempuran dengan balaknya nanti jika aku berkeras ingin mengusik gadis berjilbab.

Sepanjang perjalanan pulang, motor yang ditunggang terasa perlahan, bergerak terlalu lembap, terasa masa terlalu lambat berlalu, apa yang terjadi di kedai makan tadi masih segar bugar di dalam ingatanku. fikiran aku khayal, mengenangkan nasib aku, yang baru kehilangan orang yang aku sayang, da lama aku sayang pada dia,sehinggakan aku terlupa untuk luahkan perasaan itu padanya,dan sekarang rasakanlah akibatnya,aku sendiri yang patut dipersalahkan.

"Ko kena cepat bro, setakat pendam je, sampai bila dia takkan tahu perasaan ko"

Nasihat bernas dari Kudi itu melintas dengan tiba-tiba. Punyai penasihat sehebat Kudi juga belum menjamin aku untuk mendapat cinta yang didambakan. Tapi semua itu salah aku, Kudi sudah memberi nasihat, aku yang angkuh menolaknya bulat-bulat. Bukan sengaja aku menolak nasihat kudi pada masa itu, tapi masa itu lain, aku seorang jejaka yang tidak punyai apa-apa, potongan rambut juga masih buruk,bukan seperti ala-ala shah jaszle seperti pada hari ini. Pada ketika itu, aku percaya biarlah jalan cinta aku ditetapkan oleh aku sendiri. Aku mahu berkawan dulu dengan dia, kemudian perlahan-lahan aku mengenali hati budinya, kenal baik buruk perangainya, cuba serasi bersamanya sebelum di pengakhirannya aku luahkan perasaan itu. Tapi, semua sudah hancur, aku tersilap langkah, di dalam dunia yang serba pantas ini, hal-hal perasaan juga harus ditangani dengan pantas. Jika suka,terus kata padanya,ada untung,sabut akan timbul.

Aku sudah sampai di rumah. Terdengar bunyi tapak kaki housemate aku sedang berlari-lari. Apa ke bangangnya main lari-lari time malam-malam sebegini? Satu contoh mudah yang umur 20an belum tentu menjanjikan seseorang itu sudah matang. kematangan itu perlu dibina sendiri, tidak berkait dengan umur ataupun jantina, terpulang bagaimana diri sendiri untuk mencorakkannya, samada masih mahu berperangai kebudak-budakkan pada umur 20an atau berubah menjadi seorang dewasa. Kudi masih tersengih-sengih di hadapan laptop, mungkin sudah ketemu gadis impiannya, aku pula baru saja kehilangan seorang gadis impian.

Laptop dihidupkan, boot process yang memakan masa ini cukup menguji kesabaran aku, hendak saja aku hentakkan penumbuk pada skrin dia, agar boleh aku lupuskan laptop yang mudah panas ini digantikan dengan laptop berjenama Asus yang terbukti cukup efisien ketika bermain games PES. aku membuka partition D pada laptop yang sudah hampir dua tahun aku pakai ini. Cursor mouse dihalakan pada satu folder yang bernama gadis berjilbab. dengan satu klik,terpampang jelas apa yang terkandung di dalamnya. Ada gambar dan jugak lagu.

Yeah gambar dia, dan gambar aku bersama dia. Semuanya aku simpan di dalam folder ini. melihat senyumannya di dalam gambar itu membuatkan hati aku pedih. Semasa gambar itu diambil, terasa seperti langit ini bertukar menjadi satu taman bunga yang indah, ya memang indah tidak terkata. aku masih ingat lagi, ketika itu, aku tersipu-sipu malu tatkala dia, si gadis berjilbab beriya-riya mahu mengambil gambar bersamaku. Aku bukan artis ketika itu, ya sama saja seperti hari ini, aku masih bukan artis, tapi dia bersemangat untuk mengambil gambar bersamaku. Memang pada detik itu aku malu, tapi habis saja acara itu, pantas aku meminta salinan gambar itu. sampai di kolej, aku tidak edit gambar itu, biarlah ia kelihatan neutral, agar momen itu kekal pada gambar itu dan barisan lagu yang terdapat di dalam folder ini, kesemuanya adalah lagu kegemarannya, aku tau benar akan citarasa muziknya. huh hari ni, aku tidak mampu untuk mendengar lagu-lagu ini.

Aku tutup kembali folder ini, malam ini aku sudah nekad. A ku mahu hapuskan segala memoriku bersama gadis berjilbab. Kesemuanya,tanpa ada yang tersisa, aku tidak mahu perkara ini menghantui aku. Cukuplah sampai disini, kisah aku bersamanya, dengan hati yang cukup berat,tanpa diiringi kalimah Bismillah, aku tekan butang delete.

"Yeah, aku ada Nikita Willy."


Hak Cipta: pepol
- Bersambung -

Sunday, June 3, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 12

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]



"Ok malam ni, set"

Hanya pendek balasan mesej dari aku. Menandakan aku tidak bersungguh untuk menjadikan pertemuan pada malam ini menjadi realiti. Aku tidak percaya pertemuan yang dirancang pada malam ini akan menjernihkan kembali suasana, malah mungkin keadaan akan menjadi bertambah buruk. Mungkin pelbagai pekung yang selama ini tersimpan rapi di dalam dada bakal terbuka. Aku duduk berbaring sambil memandang sayu barisan jersi yang tergantung di dalam gerobok aku. Jauh fikiran aku menerawang samada pilihan yang tepatkah untuk aku pergi menemui gadis berjilbab pada malam ini?

Sesudah selesai mengerjakan solat maghrib, aku kini bersiap-siap untuk berhadapan dengan gadis berjilbab. Sehelai jersi disarung bersama seluar jeans hitam, rambut seperti biasa disikat ke tepi. Wangian tanpa alkohol disapu di pergelangan tangan dan belakang telinga menandakan aku kini bersedia untuk pergi bertemu seseorang yang dulunya sangat istimewa di dalam hati ini.

"Saya dah sampai"

Ringkas mesej dari aku untuk gadis berjilbab. Saja aku memilih kedai makan yang agak jauh demi menjaga privasi kami berdua. Aku sedar, perkara yang nak dibincangkan nanti agak serius,jadi perlu tempat yang tidak ramai orang, agar tidak menganggu orang lain.

"Awak tunggu sekejap, kejap lagi saya sampai"

Gadis berjilbab membalas. Sudah menjadi kebiasaan perempuan akan mengambil masa yang lebih lama untuk bersiap jika dibandingkan dengan lelaki, walhal untuk pertemuan pada malam ini, tidak perlu bersolek bagai, cukup sekadar bersiap ala kadar. Sambil menunggu kedatangan gadis berjilbab, aku sempat membuat pesanan makanan. seperti biasa, aku order hidangan kegemaran aku. Sambil menunggu hidangan sampai, terimbau kembali kenangan kali terakhir aku duduk makan bersama dengan gadis berjilbab. Pada ketika itu, beliau masih malu-malu dengan aku. Cukup tertib dia ketika itu, ciri-ciri gadis melayu masih menebal pada dirinya. Tidak menghairankan jika ramai lelaki yang tertarik padanya, bukan hanya pada kecantikan wajahnya sahaja, tapi kecantikan budi pekerti itu yang sebenarnya membuatkan ramai lelaki menaruh hati padanya.

"Assalamualaikum, boleh duduk?" Sapa gadis berjilbab.
"Waalaikumussalam, hah sila-sila" aku terkejut dengan gadis berjilbab yang tiba-tiba muncul di hadapanku.
"Dah lama awak tunggu?"
"Baru je lagi, awak datang sorang je?"
"Yup, housemate saya yang lain keluar"
"Owh ok, awak order la makanan, saya tak order untuk awak tadi, sorry"
"Eh tak pe la, saya pon nak minum je ni, petang tadi dah makan dah"

Makanan yang di order tadi sudah pon sampai. Aku mempelawa gadis berjilbab untuk berkongsi makanan itu dengan aku, tapi dia menolak dengan baik. Ketika aku sedang menikmati makanan di restoran yang berkonsepkan ala thai itu, gadis berjilbab memulakan bicara yang lebih serius.

"Awak nampak kejadian depan kelas ari tu?"
"Yup, saya nampak, bukan setakat saya, Chee Boong pon nampak, so ada explaination?"
"Ok, ni penjelasan dari saya, saya nak awak dengar betul-betul apa yang saya nak cakap ni, saya tak nak lepas ni, awak akan terus salah faham dengan saya"

"Ok, boleh mulakan"
"Lelaki yang awak nampak ari tu bf saya"
"Heh bf, hahaha so selama ni awak ada bf la?"
"Yup, memang saya ada bf"
"Nape awak tak pernah bagitau saya?"
"La awak, saya tak nak la heboh-heboh, lagipun bf je pon, bukannya tunang ke, suami ke"
"Sampai hati awakkan tak bagitau saya pasal benda ni, awak langsung tak fikir pasal perasaan orang lain kan, sampai hati"

"Perasaan orang lain? Perasaan apa pulak ni awak?" 
"Perasaan saya pada awak.."


Hak Cipta: pepol
- Bersambung -

Sunday, May 27, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 11

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


Aku membuka pintu 7eleven. Terus aku meluru ke bahagian aneka coklat. Aku meneliti coklat yang disusun rapi di atas rak, ada pelbagai bentuk, semuanya sedap, cuma sediakan duit,bayar di kaunter, dan dapatlah nikmati keenakkannya. Ketika asyik meneliti coklat, aku konpius coklat yang mana satu menjadi kegemaran Nikita Willy. Ada dia beritahu semasa chat semalam, tapi hasil kuat terminum air yang dimasuki semut, benda semudah itu pun gagal untuk aku ingat.


"arghh, belasah je la, aku rasa dia minat toblerone"



Aku mencapai dua ketul coklat toblerone yang di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik, sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang-jarang kita jumpa. Aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan aku ke kampus. Aku sempat menilik jam tangan adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. Aku berasa lega kerana aku masih di landasan yang betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk Nikita Willy.



Sampai di kampus, dari jauh lagi sudah kedengaran hiruk pikuk di lif. lif yg asalnya ada 6, ditolak 1 utk kegunaan lecturer,ditambah pula dengan 2 lif yg selalu rosak,kini tinggal hanya 3 yg beroperasi. Manakan tidak berlaku perebutan yang maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yang berfungsi. aku mengambil keputusan menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane. Peluh jantan yang membasahi dahi dikesat oleh aku. Aku sampai di tingkat di mana nikita willy menimba ilmu yang bermula dua jam sebelumnya. Hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksinya nanti melihat seorang jejaka dengan potongan rambut ala Shaz Jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yang menjadi kegemarannya. Apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga?? aku cuba berfikiran positif.



Pintu kelas dibuka, dada aku berombak-ombak. Dia punya takut tu lagi kuat dari masa berkhatan dulu,sungguh. Seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. Orang yang ditunggu masih belum kelihatan. aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. sehinggalah ke orang yang terakhir,barulah si jantung hati memunculkan diri. memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu, Nikita Willy masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. Perlahan-lahan aku menghampiri dia.



"hai awak, saya ada surprise untuk awak" pantas aku hulurkan coklat padanya.

"eh awak, awk buat apa kat sini??" Nikita masih bingung dengan apa yang dilihatnya.

"saya datang nak jumpa awak, ni ada something untuk awak" aku hulurkan toblerone untuk kali kedua.

"owh datang jumpa saya? eh awak bawak toblerone untuk saya?" Nikita masih lagi kehairanan.

"yup saya bawak untuk awak, hehehe" aku masih mencuba.

"hahaha, alahai, sweetnya awak ni, thanks awak, bestnya dapat coklat, tapi kan awak, saya tak minat sangat toblerone" jawab Nikita.


"heh tak minat toblerone ek, rasa cam awak cakap aritu awak suka toblerone, aduhh camne la boleh silap pulak ni,hahaha" aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.


"tak la awak, saya suka coklat laen, ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kan, tapi its ok, toblerone pun saya makan jugak, thanks tau awak, awak amek la satu, saya amek satu" balas Nikita.


"eh tak pe la awak,awak makan la dua-dua, memang saya beli untuk awak, eh awak, awak nak balik terus ke lepas ni?" tanya aku kepada Nikita.



"tak la, saya nk pegi shah alam, teman classmate saya buat kad matrik baru, nape awak?"

"owh takde pape, ingatkan awak free tengah hari ni, boleh ajak awak lunch sama, emm takpe la" aku senyum penuh kelat.



"so sorry, next time ok, hari ni saya ada hal, btw thanks tau 4 the toblerone, really appreciate it" Nikita tersenyum.



"hehehe, benda kecik je la awak,next time saya bawak coklat kegemaran awak ok, saya pun tak tau macamane saya boleh terbeli coklat laen ni, hahaha" aku masih cuba menahan malu.



"hahaha,kelakar la awak ni,ok la awak,i got to go,see u next time k,tata" Nikita melambai.

"ok awak, see u next time" aku turut melambai.



Perlahan-lahan bayangan nikita hilang dari bayangan. Aku masih belum berganjak. Mata tidak berkelip. kemudian, aku bersandar di dinding. Aku mengetuk-ngetuk dahi beberapa kali. Dalam otak aku, sebaris ayat ini berlegar-legar dengan lajunya, "macamana aku boleh salah beli coklat untuk dia????" terasa seperti orang bodoh pulak bila memikirkan benda semudah itu pun aku boleh failed. Macam mana aku nak complete kan degree aku yang jauh lagi susah dari membeli coklat yang menjadi kegemaran untuk seorang gadis impian??



Aku berjalan longlai menuju ke motor. Misi hari ini kurang berjaya, bukanlah tidak berjaya langsung, at least hati dia pasti tersentuh melihat usaha aku yang bersusah payah datang menemui dia semata-mata nak bagi dua keping coklat. Bak kata orang, effort tu da ada, yang selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta. setibanya aku di rumah, terlihat Kudi baru saja memulakan aktiviti makan nasi. Aku duduk menghadap kudi. habis aku ceritakan segala yang baru terjadi tadi tanpa sebarang tokok tambah pun. Kudi mendengar penuh teliti sebelum memberi pandangan apa langkah seterusnya untuk aku.



"aku puji apa yang ko buat hari ni, ko jangan anggap apa yang ko buat ni failed, benda ni ada hikmah di sebaliknya" Kudi mula bicara ala-ala pakar.



"hikmah celah bedahnya" aku membalas.



"ko nih, camni cite die, hari ni ko bagi coklat salah kat die, so lepas ni ko boleh jumpa dia lagi untuk betulkan silap ko tu, ko bawak coklat yang betul pulak, ko nampak tak point dia ka t situ? bermakna ko ada reason untuk jumpa dia buat kali kedua, ape da" panjang lebar dari Kudi.



"ha ah la,ye tak ye jgk,lepas ni boleh la aku jumpa dia lagi, untuk bagi coklat yang betul, perghh hebat betul la ko ni kudi, ko betul-betul lejen la" puji aku kepada kudi.



"arghh ko, benda2 cinta ni semua ada dalam poket seluar aku je" Kudi cuba berlagak.

"arghh poyo ar, dah la, aku nak naik tido"aku membalas sambil naik ke tingkat atas.



Baru hendak melabuhkan badan atas tilam,terasa getaran di dalam poket seluar. Aku mengeluarkan handset aku. Mesej dari gadis berjilbab lagi. Entah ini mesej yang ke berapa selepas insiden di depan kelas tempoh hari.Aku membuka mesej itu.



"salam,awak saya nak sangat-sangat jumpa awak, ada banyak benda yang perlu kita bincang, ada banyak salah faham yang perlu diperbetulkan, ada banyak benda yang awak perlu tau, please..."



Hampir 7 kali jugak aku baca mesej yang baru diterima ini. Aku cuba memahami apa maksud isi kandungannya. Apa lagi yang hendak dibincangkan? apa lagi yang nak diperbetulkan? apa benda yang perlu diberitahu?? semuanya telah jelas dengan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri tempoh hari. tidak mungkin mata aku sendiri akan menipu aku, lain lah jika yang melihat perkara itu kudi,dan cerita itu disampaikan kepada aku, mungkin kesahihannya boleh dipertikai, mungkin perkara sebenar ditokok tambah. Ini tidak, aku melihat sendiri sambil disaksikan oleh Chee Bong. Aku bukannya bacul untuk menolak bulat-bulat apa yang dilihat pada hari itu.



"ok, kalaulah saya setuju untuk jumpa awak, bile awak nak jumpa saya?" aku membalas mesej itu.

"kalau malam ni??"


Hak Cipta: pepol
- Bersambung pada minggu depan -


Sunday, May 13, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 10

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


"Aku nampak makwe yang ko nak usha tu tadi"jawab housemate aku.
"Owh ye ke,die sorang je ke?"tanya aku.
"Tak la,dia ngan membe2 dia pastu ada laki"balas housemate aku.
"Hah laki??,owh okok"aku terperanjat tapi cuba sembunyikan.

Pada sebelah malam aku online seperti biasa. Laman sesawang Mark Zuckerberg menjadi pilihan,mana ada orang main friendster lagi sekarang ni. Aku memerhati penuh teliti setiap kawan aku yang online. Aku mencari-cari nama Nikita Willy,namun masih belum kelihatan. mungkin menonton televisyen agaknya. Setengah jam kemudian, orang yang ditunggu-tunggu akhirnya online. Aku terus membuka langkah yang seterusnya.

"hai awak,ingat saya lagi tak?"
"hai,mestilah ingat,da banyak kali jumpa awak,hihihi"
"hehehe,awak da makan da?"
"da makan da,beli makanan dekat pasar malam tadi,wink"
"eh pasar petang la awak,kan awak pegi petang..:p"
"hahaha,kelakar la awak ni,ye la saya pegi pasar petang,awak tak pegi?"
"tak pegi la awak,sebab awak tak ajak saya..:p"
"hahaha,ngade la awak ni..:p"
"hehehe,awak pegi dengan bf awak tadi ek?huhuhu"
"eh tak la awak,saya pegi dengan member dan classmate saya,ada-ada je la awak ni..:p"
"owh ye ke,ingatkan pegi dengan bf awak tadi,hehehe"
"hahaha,apalah awak ni,saya tak ada bf la awak,single lagi,hihihi"
"la ye ke,hahahhaa...:p"

Aku dan Nikita Willy asyik berbalas chat dan kejadian ini berlarutan hingga larut malam. Pelbagai perkara yang dibincangkan,dari perkara remeh,perkara besar,perkara aneh, perkara serius dan pelbagai. Semua ini hanya lebih mengeratkan perhubungan aku dan jugak Nikita Willy. Terasa seperti diri aku semakin memahami dirinya dan harapnya begitulah jugak di pihak sebelah sana. Saling faham memahami diantara satu sama lain.

Perbualan di ruangan chat facebook terhenti di saat Nikita Willy meminta izin untuk mengundur diri kerana sedar akan kelas pagi keesokan harinya. Aku sempat bertanya kelasnya di tingkat berapa. Agak menghampakan kerana tidak sama level dengan kelas aku,tapi tidak mengapa. Satu pintu yang tertutup akan membuka satu pintu yang lain, kalau berkehendakkan sesuatu,haruslah berusaha untuk mendapatkannya,tidak kisah lah sesukar manapon.

Pagi esoknya aku bangun lebih awal dari biasa. Bangun dengan senyum meleret-leret sampai ke telinga. Kudi sempat memerli aku dengan mengatakan yang aku sedang angau. Angau ke,tungau ke ,langau ke,itu bukan persoalan,yang penting sekarang ini ialah aku ingin melakukan sesuatu yang istimewa pada Nikita Willy. Aku merancang ingin memberi "suprise" kepadanya. Tapi tidak la sampai datang dengan menaiki helikopter seperti yang pernah dilakukan oleh seorg anak VIP kepada seorang artis popular satu masa dulu, itu poyo namanya.

Ketika aku sedang bersiap-siap, aku menerima sekeping sms dari gadis berjilbab. Pendek saja sms nya tapi telah merosakkan segala perancangan aku pada pagi itu.

"Kelas pagi ni cancel,lec m.c"

Terasa sebak jugak di hati tatkala membaca mesej itu. Aku sudah terbayang akan aksi aku singgah di 7 eleven, membeli beberapa keping coklat yang menjadi kegemaran nikita willy,kemudian pergi ke kelas,dan habis saja kelas,terus meluru ke kelas Nikita Willy,duduk terpacak di hadapan kelas dia sambil menunggu dia keluar dan bila tiba saatnya,akan aku hulurkan coklat itu kepadanya,dan dia akan menerimanya,di saat aku menghulurkan coklat itu,tangan saling bersentuhan dan masing-masing mula tersipu malu. Arghhh semua itu telah dipunahkan oleh mesej dari gadis berjilbab tadi.

Aku melihat jam baru pukul 8 lebih. Aku melihat Kudi sudah bangun,lapar katanya. Aku menceritakan segala perancangan aku tadi kepada kudi. Kudi mendengar dengan penuh kusyuk. kepakaran kudi di dalam hal-hal sebegini sememangnya diperakui,malah ada beberapa aspek di mana Kudi lebih pakar jika dibandingkan dengan Dr. HM Tuah,namun disebabkan Kudi tidak membukukan segala hipotesis dan hasil kajiannya berkaitan cinta,maka nama Kudi tidak semegah Dr. HM Tuah.

"Arghh,kalau ko gentle,ko pergi je pul time dia habis kelas kejap lagi,bagi coklat tu"cabar kudi.
"ko biar betul,malaslah aku"balas aku.
"kalau nak malas-malas,sampai sudah la every weekend ko lepak kat umah je"tajam dari kudi.

Aku tersentak dengan ayat tajam dari kudi itu. Tiba-tiba, peribahasa kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya berlegar-legar difikiranku. Semakin lama,semakin kuat pula. Betul jugak apa yang Kudi cakap itu. Selama ini,aku tidak pernah bersungguh di dalam hal-hal sebegini,jadi mana mungkin aku akan dapat hasilnya. Setelah berkerut dahi untuk beberapa ketika,akhirnya aku membuat keputusan. Aku mencapai kunci motor dan helmet apolloku. Motor di"start"kan dan gear dimasukkan. Dari kejauhan,aku mula nampak kedai serbaneka yang dibuka 24 jam itu.


Hak Cipta: pepol
- Bersambung pada minggu depan -

Sunday, May 6, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 9

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]



"Eh awak buat ape kat sini,  tengah hari tadi baru je jumpa kat kedai nasi ayam tu kan" aku memulakan bicara.

"Hahaha, saya jalan-jalan ngan housemate saya, then singgah kt sini, awak datang sorang je ke?" balas nikita.

"Eh tak la awak, takkan la datang sengsorang, sangat aneh tu, saya pon datang ngan housemate saya, tapi dieorang da jalan ke mana tah, saya kat sini tengok guinea pig, comey" bicara aku.

"Owh camtu, eh awak minat guinea pig ke? saya suka la guinea pig, sangat comey, hihihi" Nikita membalas.
"Emm minat-minat, tapi dia gigit kan?" aku bertanya.

"Eh tak la awak, dia tak gigit la, ni mesti takut ni kan-kan, hihihi" Nikita mula bergurau.
"Eh mane ada, saya tak takut la awak, hahaha, saya rileks je dengan benda alah ni tau" aku cuba berlagak.
"Ececece, ye la tu, hahaha eh awak k la, saya nak pegi tengok baju jap, nanti jumpa lagi" Nikita meminta mengundur diri.

"Ok awak, eh awak camane saya nak contact awak ek?" cubaan aku untuk mendapatkan nombor telefonnya.

"Hihihi, fb kan ada, awak boleh contact saya guna fb kan, k la awak, tata" Nikita cuba mengelak.
"Owh ok-ok, tata si cantik" aku membalas sambil tersenyum.

Ada dua keseronokan yg aku dapat dalam masa sehari. Aku langsung tidak menyangka, di saat aku sedang menguatkan diri aku menghadapi detik sukar bersama gadis berjilbab, aku dipertemukan dengan seorang gadis yang seolah-olah ditakdirkan untuk aku, bukan sekali, tetapi dua kali. Arghh ini memang gila. Bagi gadis berjilbab pulak, argghh biarkan la dia, biarkan dia menghadapi sengsara itu berseorangan. Mengapa harus libatkan aku?? dia yang meletakkan dirinya di dalam lubang masalah, mengapa perlu aku terjun sekali ke dalamnya dan membawa beliau keluar??

"Pul, jom pegi kedai spek kat hujung tu, orang cakap makwe yang jaga kedai tu cantik" Kudi memecah khayalan aku.

"Arghh ko, tak habis-habis dengan makwe, tapi betul ke cantik?" aku membalas.
"La betul la, jom la pegi, sambil tu boleh beli spek" Kudi memulakan rancangan dia.
"Jom" ringkas dari aku.

Selepas selesai membuat beberapa pembelian bijak di uptown, kami semua menjamu selera. Selesai menjamu selera, kami bergerak pulang kerana merasakan sudah tiada apa lagi yang boleh dibuat di saat jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Jalan raya yang agak lenggang memungkinkan kami tiba di puncak alam dengan lebih cepat. Walaupun keadaan jalan di meru agak teruk, namun kami masih sampai awal di rumah.

Sampai sahaja di rumah, aku terus mencapai laptop dan membuka laman sesawang yang diasaskan oleh mark zuckerberg. tanpa berlengah, page Nikita yang paling awal aku jengah. Terlihat beberapa keping gambar yang baru diambil oleh rakannya semasa di uptown tadi. Nikita terlihat manis dengan blouse warna purplenya. sungguh cocok dengan potongan badannya yang slim. Aku sempat komen gambar-gambarnya. komen di saat awal pagi sebegini lebih selamat kerana tidak ramai yang membaca timeline di tepi tu. Berbeza jika kita online pada waktu puncak seperti pukul 10 malam, dengan mudahnya segala aktiviti kita seperti memuji makwe,  meng'like' gambar makwe atau "add" makwe hot dengan mudahnya akan dapat dikesan.

Selesai aktiviti meng'komen' gambar Nikita, aku membelek handset aku. Aku set alarm ke satu waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku bangun dan kemudian meneruskan hari sibuk aku. kemudian, aku membuka inbox handset aku. Terlihat beberapa keping mesej dari gadis berjilbab. Usai membaca mesej-mesej itu, terbit rasa ingin tahu akan apa keadaan dia sekarang. Aku terus menaip namanya di ruangan search pada fb aku. Last status nya adalah 5 jam yang lalu. Sudah menjadi kelaziman pada gadis berjilbab untuk tidur awal dan bangun awal. Satu ciri yang semakin menghilang pada anak gadis di zaman sekarang ini. Siapa yang bersalah di dalam hal ini??

Aku membaca dengan teliti statusnya. Agak menyedihkan dan boleh disimpulkan dia sedang menghadapi ujian yang maha dahsyat di dalam hidupnya. Mau aku tulis di sini statusnya itu tapi tidak baik kita mengaibkan orang, jadi biarlah status itu menjadi rahsia antara aku,dia dan jugak rakan-rakan fb nya. Kalau nk tau jugak, pegi tanya dia, jangan tanya aku. Habis membaca segala status gadis berjilbab, aku mengambil keputusan untuk tidur. Tidur kali ni agak berbeza kerana kenangan dua kali bertemu dengan si Nikita Willy pasti akan muncul di alam mimpi aku Dan aku mengharapkan,dia akan muncul di dalam mimpiku, sama2 melalui detik indah bersama untuk dating pertama kali ini, aku merasakan Taman Tasik Titiwangsa sesuai untuk menjadi latar scene cinta aku ni. 5 minit kemudian, aku tertidur.

Aku bangun di saat alarm handset aku berbunyi. Aku menoleh dan terlihat kudi masih berdengkur. Sudah menjadi kelaziman untuk aku bangun lebih awal dari Kudi. Tapi satu benda yang aku puji tentang Kudi, dia masih sudi memasak untuk aku walaupun aku selalu sepak dia dalam usaha untuk mengejutkan dia dari tidur. Walaupun tendangan aku agak kuat, namun aku percaya, dia tidak merasa sebarang kesakitan hasil dari badan comel yang beliau miliki. Namun hari ni, aku tidak sampai hati untuk menyepaknya, terbit rasa kasihan di hati ini. Aku mengejutnya penuh lembut, seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya dari tidur untuk bersiap pergi ke tadika. Percubaan kali pertama tidak berjaya, percubaan kali kedua diteruskan, dan masih belum berjaya. Sampai percubaan kelima, nak tak nak aku mengambil keputusan untuk menyepak jugak si kudi ni. Serta merta dia bangun dan sedar akan kewajipannya. Namun hari itu, aku membantu dia memasak di dapur dan itulah yang pertama dan terakhir.

Tiada aktiviti pada hari ini. Aku dan Kudi hanya online di bilik yang paling besar di rumah sewa ini. Mungkin keesokkan harinya baru ada aktiviti yang boleh dilakukan. Pada hari sabtu sebegini aku biasanya hanya pergi ke pasar malam yang terletak di shah alam 2. Benda yang wajib dibeli ialah air kelapa dekat gerai makwe comel tu. Aku sempat menjeling ke arah jam, baru pukul 5, masih terik untuk aku keluar mencari makanan di pasar malam itu. Kelihatan beberapa orang housemate aku sudah mula bersiap untuk pergi ke pasar malam. Aku membiarkan mereka pergi dulu, dan aku akan menyusul kemudian.

20 minit kemudian, mereka pulang sambil membawa pelbagai juadah di tangan. Ada yang membeli murtabak, bakso, pau, ayam uncle bob dan tak lupa jagung manis. Sedap katanya jagung manis yang dibeli itu.

"Pul, aku rasa aku nampak someone la tadi" beritahu seorang housemate aku .
"Hah sapakah??"

Hak Cipta pepol
- Bersambung pada minggu depan -

Sunday, April 22, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 8

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]



"Hai Nikita Willy, cantik hari ni" tegur aku.
"Hah 
Nikita Willy ??" dia kehairanan.
"Owh hahaha, muka awak macam 
Nikita Willy, sebab tu saya panggil Nikita Willy" penjelasan dari aku.

"Hahaha, memandai je la awak ni, sweet talker nampak"
Nikita Willy  membalas.
"Eh bukan la awak, memang betul ni, tak tipu, awak ni sweet macam 
Nikita Willy" balas aku.
"Hahaha, ok-ok da cukup, btw thanks tau"
Nikita Willy tersenyum manis.
"Oh ya, saya dah add awak kat fb tau, nama saya Saiful Zamir" jelasku kepada dia.
"Owh awk rupanya, yup ada perasan aritu, salam perkenalan awak" ujar 
Nikita Willy kepada ku.
"Salam perkenalan untuk 
Nikita Willy yang sweet" aku membalas dengan nada separa gatal.
"Hahaha, ada-ada je la awak ni, ok la awak, saya pergi dulu"
"Ok awak, semoga ketemu lagi, bye"balas aku.

Walaupun hari masih lagi panas terik, terasa seolah-olah hari itu cukup dingin dan mendamaikan. langit mula gelap. Bintang-bintang mula memunculkan diri. Aku duduk di sebelah sang puteri. Sama-sama memandang ke arah bulan yang sama, sama-sama menuding ke arah bintang yang memancar, sama-sama melukis buruj di angkasa dan di saat aku hendak membisikkan kalimah cinta di telinga sang puteri, aku dikejutkan oleh 
Kudi.

"Pul, jom malam ni pegi Uptown Shah Alam" tanya 
Kudi .
"Boleh je, sape lagi yang pegi ni?" balas aku.
"Budak-budak umah kita la" jawab 
Kudi .
"Ok-ok, set" ringkas jawabku.

Aku bergerak bersama 
Kudi  dan beberapa geng menuju ke uptown shah alam. Uptown shah alam merupakan antara tempat yang femes kepada pelajar puncak alam. Apa sebab yang menyebabkan perkara ini berlaku? korang tanya sendiri kepada yang pernah pegi, aku tak masuk campur. Sepanjang perjalanan, aku hanya mendengar mp3 yang ada di dalam handset. Malas mendengar celoteh Kudi yang hanya berkisar kepada perempuan, perempuan dan perempuan. Sedang asyik melayan lagu kasih oleh Reza Salleh, satu mesej timbul di skrin handset.

"Awak marah dekat saya??" mesej ringkas dari gadis berjilbab.

Aku membaca mesej itu acuh tak acuh. Tak berminat untuk reply. Aku melihat ke luar tingkap dan sudah nampak bayangan uptown shah alam. Selepas Kudi park kereta, kami semua jalan bergerombolan menuju ke uptown. Dalam kepala masing-masing sudah ligat memikirkan apa barangan yang bakal dibeli dan tidak kurang juga, ada di antara kami yang hanya ingin mencuci mata.

Di pintu masuk uptown, terlihat sebuah kedai yang menjual pelbagai aneka haiwan peliharaan atau jika di english kan berbunyi pet. Kelihatan ramai anak-anak muda tidak kira makwe atau pakwe sedang kusyuk melihat arnab-arnab yang dipamerkan di bahagian depan kedai. aku mencelah masuk ke dalam kedai bersama 
Kudi . Di dalam kedai, ada sejenis haiwan yang berjaya menangkap mata aku. Kelihatan seperti hamster, tapi lebih besar dari hamster. Tikus barangkali, oh tidak, jelas tertulis di atas kurungannya iaitu "Guinea pig".

"Binatang ni gigit ko tau tak??" tanya
 Kudi kepada aku.
 "Hah ye ke? tapi comel" aku membalas.
 "Ha ah, comelkan awak" aku dan Kudi terkejut mendengar suara tersebut.


Hak Cipta pepol
-bersambung dua minggu lagi-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...