Hari ini aku dan kamu sudah berjanji untuk bersua. Seperti sebelumnya. Berkali-kali aku mengingatkanmu. "Sayang, jangan lupa tau." Kamu hadiahkan aku senyuman. Aku bukan apa, aku tak mahu jadi penunggu. Aku tak mahu perkara hari ini berlaku lagi. Hari ini kamu lewat. Aku buat muka. Alasan kamu kali ini aku terima. Tapi,aku tak ingin kalau esok perkara hari ini berulang lagi.
"Kamu jangan risau. Aku ada esok. Aku tunggu kamu di tempat biasa. Aku tahu kamu sangat rindukan aku."
Aku senyum mendengar kata-katamu.
"Kalau tak ada aku merajuk lima puluh bulan" Aku tarik muka.
Kamu senyum.
"Kenapa senyum?"
"Sebab kamu manja"
Terasa panas pipiku. Wajahku merona merah.
"Mana ada manja. Aku kasar tahu?"

Kamu senyum lagi. Aku tahu kamu sibuk. Tapi seboleh-bolehnya kamu luangkan masa bersama aku. Aku sangat-sangat hargainya.
Hampir setiap hari kita bersua. Bersua di tempat yang sama. Berbicara seolah-olah esok takkan ada. Seolah-olah hanya hari ini yang kita ada. Dan hari ini. Aku tunggu kamu. Di tempat biasa. Sabar. Kerana aku tahu kamu akan ada.
Kamu menegur aku seperti biasa. Seperti selalunya kamu akan senyum lebar yang akan menampakkan sebaris gigimu yang tersusun rapi. Aku suka.
"Kenapa lambat?"
"Ada keja sikit sayang"
"Lama aku tunggu. Macam-macam aku fikir. Aku risaukan kamu. Hari ni aku sedih sangat. Nak luahkan kat kamu. Tapi kamu lambat lagi."
"Kan dah ada ni" kamu senyum lagi.
"Tak sama. Tadi aku sangat-sangat perlukan kamu."
Kamu senyum lagi. Aku jadi pelik dengan tingkahmu.
"Asal kamu tahu aku sentiasa ada bersama kamu" Kamu peluk aku.
"Aku sayangkan kamu tahu. kamu sayangkan aku?" Aku bisik ke cuping telingamu. Kamu senyap.Lama.
"Kenapa?" Tanyaku.
"Biar hati menjawab segala" Katamu ringkas. Sekian kalinya senyuman itu kau hadiahkan untuk aku. Kamu peluk aku erat. Peluk rapat-rapat.
"Maafkan aku sayang kerana aku tak berada di samping kamu pada hari yang istimewa itu nanti. "
Aku senyum.
"Aku tak perlukan semua itu sayang.kasih, sayang, dan cinta kamu sentiasa ada bersama aku. Itu sebenarnya lebih dari cukup"
Kamu senyum.
Dia lelaki cukup sempurna bagi aku. Dia lelaki yang tak pandang fizikal aku. Dia lelaki yang mencintai aku biarpun kekurangan aku mengatasi segala kelebihan aku. Dia lelaki yang menerima aku seadaanya. Aku terima dia dalam hidup aku kerana dialah lelaki yang satu-satunya mencintai aku tanpa perlu berjumpa dengan aku. Dialah lelaki yang mencintai aku melalui pandangan hatinya bukan pandangan matanya.
Buzz! buzz! buzz!
Aku tersentak. Aku pandang skrin komputerku. Terlalu jauh aku mengelamun.
"Kamu buat apa tadi?"
"Errr.. Ada je kat sini."
Aku senyum.
"Sayang pergilah tidur. Dah lewat. Esok kita 'jumpa' lagi ok. Aku tunggu kamu. Aku ada sesuatu untuk kamu sebelum kamu tidur"
"Apa dia?"
Kamu senyum.
Ada satu 'file' kamu hantar. Aku membuka 'file' tersebut. Gambar kamu bersama seekor kucing. Aku perhatikan wajah kamu. Ceria. Aku nampak sesuatu. Janggut sejemputmu. Aku senyum.
"Dah tengok gambar kan? Tidur ok. Sayang kamu. Semoga Tuhan menjagamu"
"Kamu juga sayang." Balasku ringkas.
"Sayang, nanti aku tak dapat meluangkan masa seperti ini lagu. Terlalu banyak yang aku perlu selesaikan. Harap kamu faham. Apa yang aku lakukan ini hanya untuk kamu. Untuk kita sayang"
Aku senyum nipis. Bukan aku tak memahamimu.
"Aku pasti akan merinduimu" Jawab aku ringkas.
"Tahu, aku juga pasti merinduimu.kamu jaga diri. Jangan fikir bukan-bukan. Aku hanya sayangkan kamu. Hanya kamu."

Ya, hanya Yahoo Messengger jadi perantara kita. Hanya di sini kita bersua. Hanya di sini kita berkongsi cerita. Hanya di sini kita meluah rasa. Saban hari aku menjadi penunggu yang setia. Menunggu di sini seperti biasa. Menunggu kamu yang aku cinta.
Aku baca lagi puisi yang kamu tulis untuk aku pada hari kekasih setahun yang lepas...
"Bila awan mendung, menitik air yang sedikit, sedikit-sedikit itu berubah menjadi banyak-banyak, berubah menjadi hujan yang lebat,tak usah kau berhenti menanti. Lihat pada langit yang hitam pekat kusam, carilah satu cahaya, yang bukan di lihat dengan mata, tetapi hati yang percaya-percaya"-kesayanganmu-
Aku pandang langit petang itu. Lama. Aku senyum.
14 comments
sampai bila?
selagi punya rasa.. kerana kesulitan dan kesukaran itu wajar.
cinta jarak jauh? sesuatu yg sukar mot lakukan.
"yg dekat lagikan boleh berpisah. ini kan pula yg jauh" hati mot membebel.
ini semua urusan Dia. kita berserah je la kan.
Asalkan kedua-duanya tabah
Hubungan jarak jauh lebih kukuh bagiku
aku suka hubungan jarak jauh, kerana ia sangat mencabar...bahkan mencabar segala-galanya...
cinta jarak jauh atau cinta maya? payah gini.
aku bangkang cinta maya.. hehehehe..
*persektive sendiri.. =)
ini cinta maya..harus lebih berhati-hati..takut ditimpa perasaan sendiri..just pandangan shj.. :)
Khairul Antasha,
membaca kispen ni buat aku teringat video cinta jarak jauh yg pernah kamu post dlm blog mu.. ia telah buat aku teresak-esak di awal pagi!!
* aku salute dgn org yg boleh jaga cinta jaraknya. itu cabaran yg terlalu mencabar :)
biar jauh , asal terasa dekat . jauh lebih baik dengan yang dekat tapi hati mereka jauh .
terpulang pada masing2 mahu yang mana . =)
-HEROICzero
Uikss bestlah falsafah heroic zero...pinjam bleh tak?
tu lagu Aishiteru lah LW...haha...cinta jarak jauh 50/50
cinta maya atau jarak jauh bukan masalah kalau dua dua percaya, jujur dan setia antara mereka..
itu yang aku rasa la..
hanya boleh senyum sahaja baca cerita ni..:)