Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 13, 2012

Cinta Tak Semestinya Memiliki

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Monolog - Untuk entry ini sahaja aku perlu berangan angan menyintai dan dicintai...Aku perlu menggali semula rasa keluh kesah itu. Aku perlu menikam hatiku dengan kata kata menusuk kalbu. Dan akhirnya aku temui juga rasa itu bila aku perdengarkan lagu cinta. Di hujung halaman sana ada bunga mekar mengharum baunya dalam malam gelap pekat ini...

......................................................

Malam 13 Februari...Aku lihat di kaki kaki lima kedai bunga sudah tersusun segala bentuk jambangan bunga. Ada bunga ros, ada bunga teluki, carnation dan macam macam jenis bunga lagi. Tak tahu aku nak menyebut semua nama nama bunga itu. Di kedai coklat pula macam macam jenis coklat juga di pamerkan. Berbagai bentuk dan berbagai warna. Bentuk hati dan bentuk tongkat berjalur jalur. Malah ada juga patung teddy bear yang comel comel. Nampaknya semua persiapan telah di buat semata mata untuk menyambut hari yang satu ini. Lagu lagu cinta juga berkumandang di sana sini. Aku melintas di hadapan sebuah kedai emas dan kedai berlian...Temanya juga sama "Hari Kekasih".

Memang tidak ada dalam kalendar Islam mahupun kalendar hijrah akan sambutan hari tersebut. Aku masih lagi berlegar legar di dalam kompleks beli belah itu. Aku cuma ingin merasakan mood "Hari Kekasih" walaupun aku hanya menyendiri. Namun hari yang ingin di sambut sambut itu esok dan bukan hari ini.

Untuk apa aku ingin susah payah melaluinya dengan rasa kesal di hati? Aku melangkah melewati tempat tempat yang menjadi kenangan kami berdua. Cinta kini tiada lagi dan tak mungkin kembali. Setelah hampir 2 tahun aku berpisah dengannya. Terputus lantaran hubungan yang tidak di restui. Mungkin hati ini tak berbekas lagi dengan ketidak hadirannya di sisi menemaniku. Kerana dia bukan bekas kekasihku dia masih lagi kekasihku di dalam hati ini. Walau dunia mengasingkan aku dan dia di tempat yang berlainan.

aku kembali melayari e-mail terakhir darinya...

Setiap yang berlaku pada diri ini Mai terima dengan reda ..... Mai tak pernah salahkan Iz ....Mai tahu betapa suci cinta Iz terhadap Mai dan begitu juga sucinya cinta Mai terhadap Iz....Namun Mai harus menerima kenyataan bahawa kita tidak akan dapat bersama kerana cinta tak semestinya memiliki...Segala kenangan walaupun seketika tetap Mai ingat sampai ke hujung nyawa Mai ....Dan dalam blog Iz menjadi pengubat rindu buat Mai ...Walau menangis darah sekalipun kenangan lalu tidak dapat diputar kembali .... Ketahuilah Iz bahawa dulu Mai sayangkan Iz seadanya .... Bukan rupa dan harta jadi ukuran .... Tapi kerana hasutan orang Mai menjauhkan diri dari Iz ...Kalau dulu Mai tahu Iz bukannya seorang suka mempermainkan hati dan perasaan orang perkara ini tak akan berlaku...Mai sedar Iz perempuan macam Mai ini memang banyak kekurangannya..... Sejujurnya Mai gembira melihat Iz bahagia namun Mai manusia biasa terasa tetap ada kerana orang yang Mai sayang kini milik orang ...Dan airmata ini tidak dapat dibendung lagi Iz ....

...............................................................

Pukul 12 malam..Sudah 14 Februari. Aku masih tak merasakan apa apa. Mungkin keadaan sudah berbeza pada dirinya sekarang? Mungkin hanya aku yang terapung apung dan tak ada arah ke mana mana. Dalam mengharapkan sesuatu bak air hujan menolak mengalirkan rasa cinta yang bersampah sarap di minda aku ini. Tiba tiba satu SMS masuk dalam mesej text handphone aku.

"Maaf saya text awak malam malam begini...saya susah tidur...tak henti mata ini mengalir bila tarikh keramat ini datang saban tahun...susah untuk saya melupakan awak ...saya masih ingat pada awak...saya harap awak bahagia...kalau awak tak bahagia...sayalah yang paling sedih...saya harap awak juga doakan kebahagiaan saya...saya harap awak tak balas mesej saya ni...selamat hari kekasih..."

26 comments

February 13, 2012 at 10:37 AM

kala hati aku tengah sayu ni... baca cerita mcm ni... feel dia lain sikit... mungkin aku akan jadi Iz few years from now... wondering around teringatkan seseorang.

February 13, 2012 at 11:27 AM

tetiba aku rasa cerita ini real... eh.. real ke???

sila tabah.. cinta tak semstinya memiliki... punya perasaan cinta tanpa meiliki sudah cukup..=)

February 13, 2012 at 12:04 PM

mot baca - eerr. sapa yg tinggalkan sapa ni? cinta tanpa restu. oo. cinta terhalang la ni. tapi. eh?

mot baca lagi - oo. mai tinggalkan iz sebab dengar hasutan orang ek. tapi. eh? tadi kata cinta terhalang? semoga berbahagia sbb iz milik orang lain?

mot baca lagi - argghh. kenapa arini otak mot lembab sangat ni. otak mot belum bangun tido lagi ke.

Anonymous
February 13, 2012 at 12:23 PM

Duhai dua jiwa .
Biarpun tidak bersama di dunia
Barangkali di sana ...

Anonymous
February 13, 2012 at 12:26 PM

Semua yang berlaku ada sebabnya .

February 13, 2012 at 12:41 PM

sungguh berbau harum tapi dalam gelap yang tak tahu dari mana datangnya bau itu..
hendak digapai tak nampak, hanya bau yang dapat dirasakan..

nice story abg bro..

Anonymous
February 13, 2012 at 12:58 PM

Hahaha ini sangat cool , abang bro !

Hari kekasih , suka atau benci , halal atau haram , tetap tak dapat di'abai'kan .



-HEROICzero

February 13, 2012 at 1:52 PM

Abg bro sila relax...bungan bukan sekuntum...ada dahlia, ada mawar dan pastinya ada 'melur'...hehehe

February 13, 2012 at 3:48 PM

segala kenangan menggamit memori..



alahai cinta....bikin hati gundah gulana.. :)

February 13, 2012 at 8:16 PM

Ini teringat kisah cinta pertama muda2 dulu nih..ohhh tidakkkk!

Tapi dah lama ok dah, dah lupa pun. Time heals. Tapi ada parut la :)

February 13, 2012 at 9:02 PM

Iman Nur Aima - nak lagi feel baca tengah malam karang...lagi feel...

February 13, 2012 at 9:04 PM

@reenapple - citer kispen yang real namun di tambah 'jiwa' sikit haha...

February 13, 2012 at 9:05 PM

@amamot - takpe nanti lama lama dapat tangkap le tu...

February 13, 2012 at 9:06 PM

anonymous - benar kata kata kamu wahai anon...

February 13, 2012 at 9:07 PM

APi - tq sebab menjiwainya...

February 13, 2012 at 9:07 PM

hero - tq dude...abang bro hargainya...

February 13, 2012 at 9:08 PM

LW - bunga Melur harum wangi sepanjang masa...

February 13, 2012 at 9:08 PM

marcella - menggamit memori klassik FM...

February 13, 2012 at 9:10 PM

dinas aldi - ye semuanya tinggal kenangan...kispen hanya untuk hari kekasih...

February 13, 2012 at 9:43 PM

saya rasa saya sembuh dengan baik. sesekali akan terpandang parut-parut hodoh yang tak akan hilang untuk selamanya. Parut itu tidak sakit lagi tapi tetap membuat saya ingat akan kesakitannya.

Dan kalau saja parut itu tidak ada.. mungkin saya akan lupa sepenuhnya rasa sakit yang pernah diberikan oleh parut2 luka itu.

Tapi kerana adanya parut-parut itu saya menjadi lebih berhati-hati kerana bila memandangnya, ia umpama alarm yg memberi amaran supaya saya lebih berhati-hati.

ya.. saya tak berdaya menukar kisah silam tapi sekurang-kurangnya saya masih boleh mencorak masa depan :)

* kispen abg bro buat saya merapu di sini heeeee....

February 13, 2012 at 9:45 PM

ya Nong Andy...abang bro rasa mungkin kamu lebih ARIF akan kispen ini...hahaha

February 13, 2012 at 9:58 PM

Ya.. sudah tentu! semuanya begitu samar bagi yg lain. tetapi sangat jelas buat aku... dan lebih terkesan sebab aku tahu akhir ceritanya..

February 13, 2012 at 11:52 PM

duduk dendiam dan dengar sini... Kat syurga nanti siapa yang paling hati cinta, kita jumpa sana. Itu janji DIA. dan andaikata ada byk cinta. maka DIA akan hadirkan yang paling hebat di SANA. betul tak abg bro? hahahaha... so, kalau kat landai tak jumpa... kat mimbar jumpa. abadi apa salahnya tunggu dulu kat landai... cari dan belajar untuk balik SANA...

ps: heeeeeeeeeeeeeee..... ini memang memang tema cinta yg tak kesampaian abg bro... wewit....

February 14, 2012 at 1:48 AM

saya baca ni tengah2 malam macam ni..
sorang2..
sunyi..
sepi..
ini kisah benar ya abang bro?
sebab terkesan dalam hati..lebih2 lagi sebab abang guna nama betul kan?
:')
saya tak faham cinta, tapi, rasa 'sakit' pula bila baca cerita cinta tak kesampaian macam ni...:)

February 14, 2012 at 6:16 AM

boss - citer dah lama berlalu dan tak ingat dah cuma keluar sebab ada tema ni...hahha..semoga dia bahagia boss...

February 14, 2012 at 6:17 AM

adik TH - betul ...kispen nak tambah terkesan kena masukkan diri sendiri...I learn a lot from you dear...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...