Karim terbongkok-bongkok di dalam biliknya mencari sesuatu. Sekejap dia mengintai bawah katil, kemudian membuka satu per satu laci meja belajarnya. Tetapi barang yang dicari tidak dijumpai. Karim mengalah. Dia berdiri sambil tangannya mencekak pinggang. Bukan dia penat, tetapi dia sudah terlambat untuk satu temu janji yang diatur dengan gadis yang baru dikenali dari laman muka buku. Tanpa dia sedar, terukir satu senyuman gatal yang jelik bila dia terkenang susuk tubuh gadis itu berpakaian pasukan sorak sambil memegang pom-pom dalam salah satu gambarnya di laman sosial. Cantik. Manis. Lazat ..... Karim cepat-cepat mematikan imaginasinya sebelum dia terus hanyut dalam khayalan ghairah itu.
"MAK!!! OOOOHHHH .... MAAAAKKKK !!! "
"Haa, apenye? Pagi-pagi buta dah menjerit "
"Mak, kau ada nampak tak kotak kat mana-mana? Warna merah."
Tangan karim bergerak-gerak cuba menganggarkan saiz kotak yang dicari. Dia berharap ibunya ada terjumpa di mana-mana.
"Kotak ape tu ? Takde-takde. Mana mak tahu."
Karim mula berasa hairan, musykil dan segala perkataan yang mempunyai maksud yang sinonim. Kehilangan kotak itu menjadi satu tanda tanya besar. Mulutnya terkumat-kamit dengan pelbagai sumpah seranah.
"Time-time macam ni lah pulak dia nak Los and Found. Babi! "
Karim duduk di tangga sambil menggosok-gosok mukanya. Dia sudah separuh gila memikirkan tentang kotak itu. Jam menunjukkan pukul 10. Kalau dicongak perjalanannya dari rumah memang dia akan lewat setengah jam untuk temu janjinya.
Tiba-tiba Karim tertarik pada bunyi pintu bilik adiknya yang berkeriuk. Buntang mata Karim melihat Kamal keluar dari bilik dengan bajunya dipenuhi darah yang mengalir dari celahan giginya. Kamal tersenyum sambil menggosok-gosok perut. Karim mengalihkan pandangannya pada tangan kiri Kamal. Objek yang dipegangnya menarik perhatian Karim. Menyirap darah Karim apabila dilihat kotak itu berada di tangan Kamal. Muka Karim bertukar bengis. Giginya diketap-ketap. Karim bangun lalu berjalan pantas ke arah Kamal dan menumbuknya hingga adiknya itu jatuh. Pisau pemotong ayam di atas meja dicapai lalu Karim menetak muka Kamal. Kepalanya Terbelah dua hingga menampakkan otak dan bahagian dalam kepala. Darah memercik ke mukanya. Tetapi itu tidak cukup untuk memuaskan marahnya.
Karim cuba untuk menetak Kamal sekali lagi tetapi Kamal segera memegang tangan Karim lalu mengelak lincah biarpun mukanya sudah tinggal sebelah bahagian sahaja. Kamal mematahkan Karim dan menggigit pergelangan tangan Karim hingga terputus. Tangan Karim yang sudah bercerai dari badan dicampak jauh. Karim masih cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri.
"Bangsat! Cacat muka aku. Ini makan nyeee ... "
Kamal mencucuk pisau pada dada Karim lalu ditarik hingga ke bahagian abdomen. Isi perut Karim terkeluar serta-merta. Usus Karim berselerak dan darah merah pekat membanjiri lantai. Kamal mengambil usus Karim lalu menariknya hingga putus.
"NOOO !!! Not the abdomen. Ahh kau ni memang kimak tahu tak!!! "
"Kau yang mula serang aku! "
"Aaaarrggghhhh !!! "
Karim menjadi semakin gila. Dia menolak Kamal kuat hingga terjatuh. Karim berdiri dan membiarkan ususnya terburai. Karim menarik kepala adiknya ke kuali berisi separa minyak yang dipanaskan oleh ibunya lalu menolak kepala Kamal ke dalam minyak yang sedang bergelegak. Dibiarkan setiap inci daging muka adiknya digoreng. Kamal cuba meloloskan kepalanya dari cengkaman Karim tetapi cengkaman Karim terlampau kuat.
"HAHAHAHAHAHA !!!! Baru puas hati aku macam ni. Terpaksa aku batal 'date' aku gara-gara kau! Sekarang kau pon tak boleh pergi 'dating' . HAHAHAHA ... ADOI !! "
Satu kepedihan tahap unggul terasa pada telinganya sehingga cengkaman pada Kamal dilepaskan. Kamal segera berundur lalu tersandar ke dinding. Letih dia meronta dari tadi. Karim merentap kepalanya sekuat hati hingga terputus telinganya.
"Shit !! Agak-agak lah kau ni, Mak. Tak cukup ke si bodoh ni burukkan aku, ni kau nak tambah kenapa pulak ?"
"Hey, pantang aku tinggalkan kejap lah dua-dua budak ni mula lah bergaduh. Kau tengok dapur aku apa kau buat? Tak habis-habis nak menyusahkan! Kau dua orang ambik mop dengan sabun kau lap darah-darah ni ! "
Kamal akur tanpa banyak cakap. Karim pula sudah mula berperang mulut dengan ibunya. Karim bengang kerana ibunya seolah berat sebelah kerana memarahinya padahal adiknya baru sahaja melakukan satu jenayah besar dengan mensabotaj temu janjinya. Karim meninggalkan Kamal yang sedang berpura-pura baik mengemop lantai. Sempat lagi dia membaling pisau hingga tercacak pada belakang Kamal.
Ibu Karim rasa bersalah kerana memarahinya. Bekas yang berisi barang-barang jahitan diambil lalu berjalan ke ruang tamu. Karim sedang baring sambil memasukkan ususnya kembali kedalam perut. Ibu Karim duduk di sebelahnya lalu menjahit perut Karim.
"Alala ... Jangan merajuk . Mak mintak maaf lah."
"Menggelabah jeh"
"Sejak bila kau pandai kurang ajar dengan Mak kau ni hah ?! "
"Sejak kita jadi mayat hidup !!! Budi bahasa ? FAKTAB !! "
17 comments
salam....dahsyat pagi pagi
Zombi kah?
zombi....
ngeri habisan..tak mati-mati..mayat hidup rupanya..ceh..
tertipu.
Lucu la zombie ni :)
pandai pula zombie ni merajuk hehehe.. zombie moden tgk facebook hahaha....
gua tanya kawan gua; "ada budak sebut faktab dalam kispen dia, awak tahu tak maknanya apa?"
kawan gua tanya balik... "ayat faktab dia cenggana? cer lu story sikit..." demmm... dah seropa cikgu bahasa inggeris dah minta ayat penuh segala. Ini BM ok...! so the moral of the story kat sinilahkan? FAKTAB tu dibahasakan definasi kamu apa dik? tanya org tak reti tak berkembang ilmu akak ni hah...! :p
ps: euuwwww... mcmanalah korang ada idea wat kispen cenggini. mak aii... jeles aku.
ye lah...abang bro pun tak boleh follow...maklumle jauh dah LOSTnye...haha..
Panglima : Emang dasatt . haha
Lady : Yup . Cuba untuk berada di alam kehidupan normal sekeluarga zombie . haha
marcella : Hahaha . Itu kerja kami sebagai penulis . Surprise !!
Nong : Zombie pun manusia suatu masa dulu . kan ?
Bidadari : Faktab boleh didefinasikan dalam pelbagai sebab tiada definasinya yang spesifik. Tetapi bagi saya memang untuk sesuatu yang terlampau bangsat.haha
El : Takpe , Kita slow2 XD
Bos BS, gua pun terhegeh-hegeh nak faham apa itu faktab, seb bek lu dah tanya sama itu Sparrow...mekaseh!
errr gua pun demm jeles cemane depa ni buat kispen gaya faktab. Gua kagum sehhh...
hahahaha... seram aku bacanya..=P
Lady : Haihh . saya lagi jeles tengok sis punya kispen. Classy gitu . Latar Paris je semua . hehe
Ree : Haha . Ini parody kot
haaaa....takot la bace cite ni memalam....ngeri jeee...utk golongan 18 ke atas dah ni..huu~~
BBB- sedang kan budak2 pon dah pandai tengok bahan2 18 ke atas . Pengklasifikasi itu sudah tidak relevan . hehe
hati mot menjerit terlalu kuat sehingga tak kedengaran lagi. otak ni dah mereng baca citer dia ni.
kalau mot jadi mak dia mot amik kawah besar. masukkan santan pastu masukkan karim ngan kamal dalam kawah tu. gulai je budak berdua tu bagus.
Mot : Haha . Jangan mereng dulu . ini baru permulaan . Banyak lagi cerita yang mendatang :)
kalau lu tambah sikit lagi elemen dia gua rasa macam gua dah baca KH lu tahu tak..
kah kah kah
Api : gua belum cukup pro. Takpe. Slow-slow. Haha. Terimas XD