Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 6, 2012

Pendam

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Mimi Marcella


Mira hanya melentokkan kepalanya atas katil sambil membiarkan sahaja air matanya jatuh berguguran dari tubir mata meleleh terus atas katil. Basah. Lencun katil dibanjiri air matanya. Tidak lepas telinganya mendengar lagu Pendam alunan Shahir berulang-ulang kali. Feeling habis. Kalaulah mp3 Mira bisa berkata-kata, pasti akan kedengaran “Woi..sudah-sudahlah tu. Letih aku nak mainkan lagu ni banyak kali. Penat dowh”

***

~Aku yang mengejar bayang cinta kian terbiar, terpendam kata tak terungkap selamanya..~

Satu per satu memori Mira bersama kekasih hatinya Asraf berputar-putar di layar fikirannya seperti projector. Terngiang-ngiang setiap bait kata Asraf kepadanya seperti ada perakam suara yang memainkannya.

“Saya cintakan awak. Sangat-sangat,” ujar Asraf. Mira hanya menunjukkan riak selamba. Tidak percaya dengan omongan Asraf.

“Yeke?” soal Mira.
“Ye sayang,” akui Asraf dengan tulus. Bibir Mira mula mengulum senyum. ‘Sayang’. Cukup. Berbunga riang hatinya. Heh, mudah sungguh hatinya dibeli.

~Pedihnya hanya aku yang merasa, mahu memilikinya aku hanya hamba cinta..~

‘Kenapa kau tinggalkan aku saat aku mula mencintaimu Asraf? Kenapa kau remukkan hati aku tika hatiku mula meletakkan kau sebagai yang istimewa? Kenapa?’ bisik hatinya sendiri.

‘Andai saja kau ucapkan kata perpisahan itu, sudah pasti aku mampu terima semua ini. Tapi mengapa kau menjadi lelaki yang bacul dan pengecut? Kenapa kau lari, blah macam tu aje tinggalkan aku?’ omel hatinya lara. Membiarkan sahaja air mata terus meleleh. Mira kesat hingus yang hampir meleleh keluar itu.

‘Brengsek!!’

“Awak, andai suatu hari nanti awak berubah hati, atau awak dah jumpa perempuan yang awak rasa betul-betul sesuai untuk awak, awak baritahu saya. Putuskan saya dengan baik caranya. Itu lebih baik daripada awak tinggalkan saya tanpa kata,” ujar Mira.

“Apa awak merepek ni sayang? Takkan saya nak buat macam tu. Saya sayang awak,” balas Asraf.
“Saya cakap saja. Kalau. Kita tak tahu apa yang jadi akan datang kan,”
“Yelah sayang. Saya cakap,”
“Janji eh. Kalau awak tak buat, blah gitu je, siaplah awak,” kata Mira. Konon mengugut, tapi muka tak gangster langsung. Tingkahnya hanya mengundang rasa lucu di hati Asraf. Terkekeh-kekeh dia mentertawakan Mira.

‘Kau dah janji. Kau tipu. Kau tinggalkan aku macam tu aje. Ingat aku ni apa??!!! Sayang konon. Ceh. PENIPUUU!!!!!’ jerit hatinya. Kuat tangannya menggenggam cadar katilnya. Renyuk.

~Bisik hatiku lepaskan dirinya, sungguh aku tak bisa, biarlah ku sendiri tanpa kasih di hati..~

‘Macam mana aku nak lupakan kau? Jauh dalam sudut hati aku yang paling dalam, aku belum boleh maafkan kau walaupun 1%. Aku cuba. Tapi apa yang kau buat pada aku terlalu pedih. Sakit.’

‘Puas aku pujuk hati aku lupakan kau. Tapi, hati ini terlalu degil. Kenapa kau kejam?’
‘Hanya disebabkan kau, aku takut untuk melangkah ke depan. Aku takut akan perkataan CINTA dan SAYANG. Damn’

~Aku tak mampu pertahankan lagi cinta yang menyakiti, biarlah aku pergi, tiada hampa dihati..~

‘Semoga kau berbahagia. Tapi jauh dalam hati aku yang terpalit sifat mazmumah ni, aku harap ada karma yang menimpa kau. Aku harap kau rasa apa yang aku rasa. Rasa betapa sakitnya hati luka dalam bercinta. Aku bukan mendoakan, tapi aku harap kau dapat balasan. Aku harap ada perempuan yang akan tinggalkan kau saat kau betul-betul cintakan dia. Rasakan!!’

~ Tamat ~

9 comments

February 6, 2012 at 10:53 PM

ada pernyataan bombastik dalam kispen ini...bagus mimi marcella, berani menongkah arus...

February 6, 2012 at 11:13 PM

dorang suka yg mencabar barangkali.

Anonymous
February 7, 2012 at 12:05 AM

Karma sentiasa berdampingan . Rilek2

February 7, 2012 at 12:14 AM

Karma ya... dan dejavu akan menyusul... lalu terhasillah -------

February 7, 2012 at 12:29 AM

lady windsor: terima kasih.. :)


bidadari syurga: mencabar?? (",)


sparrow: ye.. what u give u get back kn.. :)


bidadari syurga:(lagi.. :p)dendam yg dipendam?? hehee


terimas :)

February 7, 2012 at 6:53 AM

bila hati dah diisi tapi ditinggalkan pula sendiri, memang perit..
mahu saja menjerit namun terlalu sakit..

February 7, 2012 at 11:26 AM

sampai hati ko asyraf, buat die camtu..

tu la.. time sayang.. time cinta.. semua bahagia..

bila benci.. segalanya dilupakan..

February 8, 2012 at 9:26 AM

asraf punya awek baru cun tak ?? agaga ~~

February 8, 2012 at 11:15 PM

Api: hati luka kecewa kerana cinta :)


LadyBird: manusia.. :)


Aween Md Zahir: cun kot..tu pasai kena tinggai.. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...