Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 27, 2012

Mr. Wrong #Episod 1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Nong Andy


“Mak kenapa?” tanyaku sambil pandang Risa-adikku yang sedang mengurut pinggang Emak. Emak tersengih padaku. Risa angkat bahu.
“Er.. Mak nak angkut carpet yang di buang oleh majikan mak tu.. mak nampak macam ringan je. Tapi bila mak cuba angkat.. tiba-tiba mak dengar ada bunyi.. krak…” Dengan sengihan lagi mak cerita.
“Mak ni…” Kataku dengan nada risau.
“Ye..ye.. mak tahu. Mak tak patut cuba angkat carpet tu.. Tapi carpet tu nampak masih cantik..” Terang mak lagi. Keluarga kami memang miskin. Tentulah carpet yang dah lusuh pun bagi mak masih cantik. Benda percuma macam tu mak tak akan lepas tangan. Aku masak dengan sikap mak, adakala aku pun macam tu juga. Hidup kami susah dan kerana itu apa saja peluang kami tak akan lepaskan. Jadi aku faham kenapa mak buat macam tu. Aku tengok tikar getah kami yang sudah koyak rabak. Kalau mak bawa carpet tu tentu cantik sikit ruang tamu merangkap tempat tidur kami itu.
“Tapi mak… tengoklah! Sekarang mak dah terseliuh pinggang..” Marahku dengan nada perlahan.
“Ala.. sikit je.. seminggu dua ni baiklah tu! Lagipun bila pinggang mak terseliuh, anak majikan mak dapat tahu dia suruh pemandunya hantar mak. Jadi mak suruhlah Pak Sudin tu angkut sekali carpet tu.. ada kat belakang tu.. nanti bolehlah suruh Acik bentang di sini. Ha.. sekarang mak nak kau tolong mak.. Risa! Ambil kertas tu..” Risa buat apa yang di suruh. Sekeping kertas di berikan padaku.
“Itu peta ke rumah tempat kerja sambilan mak! Kerja ni penting untuk kita tau! Jadi sementara ni kau yang akan ganti mak buat kerja di rumah tu..sampai mak sembuh. Tuan rumah tu dah di beritahu..” Aku terlompong mendengar penjelasan Mak. Tapi tentulah aku akan buat seperti yang di suruh.

***

Hujung minggu itu seperti yang di suruh, berpandukan peta yang di berikan oleh mak, aku berjalan kaki ke rumah itu. Tiba-tiba seorang pakcik tergesa-gesa melanggarku. Dia dan aku hampir sama-sama tersungkur tetapi tangan kananku sempat berpaut pada sebatang tiang elektrik. Dengan tangkas aku turut memaut lengan pakcik itu supaya dia tidak terguling ke jalan raya. Fuh.. mujur sebab ketika itu sebuah kereta di pandu laju hampir saja menyambar tubuh pakcik itu. Kalau tidak.. tak berani aku nak bayangkan.
“Pakcik tak apa-apa ke?” Tanyaku.
“Eh.. maaf! Pakcik nak cepat sebenarnya. Terima kasih sebab tarik pakcik tadi kalau tidak mungkin pakcik dah terguling di jalan raya dan di gilis kereta” Kata Pakcik itu dengan penuh rasa syukur.
“Baguslah kalau pakcik tak apa-apa. Kalau begitu saya pergi dulu ya..” Aku minta diri.
“Er.. Nak. Anak siapa nama? Pakcik tengok anak ni kuat orangnya. Mudah saja kamu tarik pakcik tadi” aku ketawa kecil mendengar pujian pakcik tu. kuat? Yelah tu..
“Er.. saya nama Ranie. Saya ni ada belajar tekwando pakcik.. jadi tadi tu spontan je tu …” jawabku malu-malu.
“O…Ranie.. pandai tekwando rupanya. Patutlah tangkas.. bagus!”
“Er.. Pakcik. Saya kena pergi sekarang ye..” sekali lagi aku minta diri.“ Baik..baik..” Kami berpisah dan aku kembali merujuk peta. Akhirnya sampai juga aku ke alamat yang mak lukiskan. Mataku hampir terbeliak. Rumah yang di maksudkan tak macam rumah pun. Aku rasa aku nak sebutnya sebagai mansion! Besar dan mewah.. patutlah mak kata kerja sampingan di sini penting. Sebab melihat rumah ni saja aku pasti gaji yang mak dapat tentu lebih lumayan dari tempat-tempat lain.
“Pon….” Aku terlompat kerana terkejut. Bunyi hon kereta sport warna merah itu buat jantungku hampir terjatuh dari tangkainya. Er.. jantung ada tangkai ke? Cis.. mentang-mentang orang kaya, kereta mewah.. belagak lah tu! Suka suki je nak hon-hon orang. Tapi memang salah aku pun, aku yang berdiri di tengah jalan raya kerana terpegun melihat Mansion itu. Aku segera ke tepi. Cermin kereta sport itu gelap saja. Tak nampak makluk di dalamnya. Pintu pagar yang memisahkan Mansion itu dari jalan keluar terbuka dengan sendirinya dan nampaknya kereta sport warna merah itu masuk ke halaman mansion yang mewah itu. Gulp! Penghuni Mansion itu rupanya.

Aku terpegun. Pemuda yang keluar dari dalam kereta sport itu amat ku kenali. Rafie? Dia duduk di meja belakangku saja. Kami belajar di kolej yang sama. Kenapa aku yang miskin dan papa kedana ni boleh belajar di kolej yang sama? Sebab.. walaupun kami miskin sampai nak beli beras pun kena budget-budget, tapi Mak nak aku sekolah tinggi dan boleh dapat kerja gaji besar kelak! Jadi biar pun mak kena sara kami 5 beradik seorang diri dan biarpun kami terpaksa ikat perut.. mak tetap nak sekolahkan aku di kolej terbaik tu!

***

“Ranie.. Ini senarai tugas kamu. Kalau ada apa-apa yang kamu tak faham rujuk saja dengan kakak ye?” Aku lapor diri dengan ketua pembantu di mansion itu. Aku baca baik-baik senarai itu. Semuanya sama seperti yang mak sudah beritahu. Aku naik ke tingkat atas menuju ke arah bilik yang perlu aku bersihkan. Sebaik saja pintu bilik tidur itu ku buka mataku macam nak tercabut keluar-terbeliak. Bilik itu sangat besar malah lebih besar dari rumahku. Mulutku terganga kerana kagum. Aku membuka bilik mandinya.. ya tuhan! Ini bilik mandi ke? Jakuzi yang besar dan ada 2 biji kerusi santai dan meja kecil. Ruang yang begitu luas seolah-olah aku berada di SPA yang mewah. Setelah puas mengkagumi bilik itu aku mula berkerja. Membersihkan apa yang patut walaupun semuanya kelihatan memang sedia bersih. Tapi itu adalah tugasku. Jadi aku bersihkan sajalah.. lap dan mop semuanya. Kemas dan susun majalah dan buku yang kelihatannya tidak di letakkan dengan kemas.
“Eh…? Kau… Ranie? Kenapa kau di sini..” Rafie terkejut melihat aku membersihkan bilik itu. Jadi ini bilik Rafie? Aku buat muka selamba.
“Aku sedang berkerja..” kataku sambil meneruskan kerjaku. Aku sempat melirik senyuman Rafie.
“Oh… kau pekerja ganti tu..” Aku mengangguk tanpa memandangnya.

“Sungguh tak sangka..” Dia berlalu. Aku lega. Rafie memang duduk di meja belakangku. Dia seorang yang menjengkelkan! Sungguh… perangainya kebudak-budakan! Dia selalu menguis-guis kaki kerusi ku. Bila aku menoleh kepadanya dia berpura-pura memandang ke arah lain. Kadangkala dia menendang kerusi ku kemudiannya cepat-cepat keluar. Mujurlah aku selalu bersabar. Kalau tidak mungkin aku akan karate dia hingga patah liuk. Sabar… itu je yang aku selalu ingatkan pada diri sendiri!
“Sudahlah tu.. semuanya dah bersih. Mari sini aku nak minta tolong..” Rafie tiba-tiba datang menyuruhku berhenti. Aku akur.
“Apa dia..?”
“Ini.. aku tak pandai buat. Tolong?” dia tunjuk kerja rumah yang di berikan pensyarah kami, kepadaku.
“Eh.. aku datang sini untuk buat kerja.. bukan datang untuk tolong kamu siapkan tugasan kolej” marahku. Lupa yang dia ni anak majikanku.
“Ala.. sama je tu. Aku akan bayar lebih.. o.k?” dengar perkataan bayar aku terus setuju.
“Oh.. yang ini? Ni mudah saja.. mari.. biar aku tunjuk.. bla..bla..bla..” Dia sesekali mengangguk tapi dalam kebanyakan masa dia asyik merenung ke mukaku. Menatap ke mataku. Rimas dan resah cuba ku tahan demi wang bayaran yang di janjikan.

***

“Hai Ranie…” Rafie menyapa dengan mesra. Aku tersentak. Beberapa pelajar lain serta merta menumpukan perhatian pada aku dan Rafie. Aku jadi kekok.
“Er.. Hai!” Aku cepat-cepat duduk ke mejaku.
“Ranie.. kau tinggal di mana? Lain kali biar aku datang jemput kau.. kita pergi kolej sama-sama. Macam?” Tawar Rafie. Aku pandang dia dengan sejuta rasa hairan.
“Er.. tak apa lah. Aku sudah biasa jalan kaki..” tolakku.
“Kenapa kau ni sombong sangat?” Tanya Rafie buat aku tersedak.
“Er.. mana ada..” Rafie menjeling. Tapi aku peduli apa!
“Habis tu kenapa kau tak nak?”
“Er…”
“Ah.. sudahlah!” Rafie merajuk macam budak darjah satu. Menyampah betul!
“Ch.. anak manja. Sikit-sikit merajuk..” Gerutuku. Rafie berpaling. Dia tatap ku dengan wajah marah.
“Hei.. aku dengar tau!” Aku mencebik dan menjelirkan lidah padanya. Aduh.. sudahnya aku pun jadi macam budak-budak kerana dia. Rafie membeliakkan matanya padaku.
“Kau…!”
Mujurlah Sir Suif, pensyarah kami telah masuk ke dalam kelas. Serta merta kami yang hampir bertekak bertukar serius menghadap ke hadapan.

***

Minggu berikutnya aku kembali ke mansion mewah itu lagi. Rafie mengekor ke mana saja aku berkerja. Dia berbual-bual tentang kolej.. tentang kelas Pianonya dan tentang Marisa yang meluahkan perasaan padanya. Aku hanya mendengar tanpa kata. Rafie terhengih-hengih hendak berkawan denganku. Mulanya aku malas nak berkawan dengan dia sebab dia bukan jenis yang aku suka berkawan. Tapi aku layankan saja sebab dia selalu bagi aku duit. Dan… duit memang penting untuk aku. Setiap kali aku tolong dia buat tugasan yang pensyarah kami beri, aku akan dapat habuan yang boleh buat aku tersenyum lebar.
“Aku paling suka dengan kau..” Ucapku pada Rafie ketika menerima huluran not seratus dari tangannya. Senyumanku lebar dan mataku bercahaya. Malam ni aku boleh beli ayam panggang untuk makan malam kami sekeluarga. Rasanya setahun sekali pun kami tak merasa makan ayam panggang. Setiap kali melalui pasar malam aku hanya boleh meneguk air liur melihat ayam panggang yang di jual di situ.
“Kau bukan paling suka aku.. tapi kau paling suka itu..” Rafie tunjuk ke arah not seratus yang sudah pun masuk ke dalam poket seluarku. Aku tersengih malu.
“Aku balik dulu..” kataku ingin beredar. Kerja ku sudah selesai.
“Aku hantar kau pulang?” tawar Rafie.
“Tak payah.. aku boleh pulang sendiri.”

***

“Kenapa kau tak datang ke rumah lagi?” Rafie bertanya sebaik saja aku duduk di mejaku.
“Mak aku dah sembuh.. kan dia dah datang berkerja..” jawabku selamba.
“Ala.. kau datang sajalah. Aku nak kau tolong ajar aku beberapa subjek aku yang lemah.. kuiz aku markah penuh tau lepas belajar dengan kau.. Aku akan bayar!” Mataku bersinar bila Rafie sebut bayar.
“Er.. kalau macam tu boleh la..” Cepat-cepat aku setuju.
“Hem.. mata duitan!” perlinya sambil ketawa. Aku pandang dia dengan pandangan menyampah. Tapi Dia terus ketawa.
“Jadi nanti kau datang ya..”
“Ya.. aku akan datang!” Selagi boleh dapat bayaran aku akan datang. Aku senyum lebar. Dan seperti yang aku janjikan aku pergi ke Mansion mewahnya. Kami belajar bersama. Bulan demi bulan berlalu Kami makin rapat sebab bukan saja selalu jumpa di kelas tapi juga di rumahnya.
“Ranie.. aku nak cakap sesuatu ni..”
“Emn.. cakap lah!” Kataku sambil sibuk menyalin nota.
“Hei.. tengok la sini..”
Aku berhenti menulis dan menatapnya.
“Ha.. ada apa?”
“Aku nak cakap ni..”
“Yelah.. cakap lah!” Marahku. Geram.
“Aku.. aku suka kau!” Luah Rafie sambil tunggu riaksiku dengan muka kecut.
“Apa? Kau suka aku?” Dia angguk masih dengan muka kecut. Seolah-olah risau akan jawapanku.
“Jadi girlfriend aku nak?” Tanyanya lagi. Mengharap. Aku hempus nafas berat. This is so wrong…. He is Mr.Wrong!! Tak mungkin…
“Tak nak..” Ucapku perlahan.
“Tapi kenapa?”
“Aku masih belajar.. aku nak habiskan pelajaran aku baik-baik. Dapatkan kerja yang gaji tinggi dan cari duit banyak-banyak..” Balasku tenang. Memang.. itu keutamaanku.
“Kau ni terlampau suka duit..”
“Siapa tak suka duit?” tanyaku sambil menjuihkan bibirku. Itu kenyataan.
“Kalau kau suka sangat duit.. aku boleh bagi kau!” Aku mencebik lagi. Bagi anak orang kaya macam dia memang la mudah nak bagi duit. Nak buang duit. Dia tak tahu betapa peritnya nak cari duit! Anak ‘spoiled’ macam dia ni buat aku rasa nak muntah jer!
“Ha.. baguslah tu! Bagi aku duit.. Kau ingat itu duit kau ke? Jangan lupa itu duit mak bapak kau.. suka-suka saja nak bagi aku duit. Kau tak tahu pun betapa susahnya cari duit..” Ketusku dengan geram. Mukanya berubah. Rasa terhina.
“Kalau kau tak nak terima cinta aku pun.. tak payah lah kau hina aku macam tu!” Bentaknya marah. Dia bangun dan pergi dengan hentakan kaki yang kuat. Kecut juga perutku melihatnya marah buat pertama kali. Tapi baik juga macam tu.. Aku sedikit pun tidak kesal.
Lepas dari hari itu dia buat tak layan padaku. Aku pun tak berani nak datang ke Mansionnya lagi. Di Kelas pun dia tak tegur aku. Lantaklah!
“Eh.. pakcik! Apa pakcik buat di sini?”Tegurku bila terpandang pakcik dulu itu. Aku masih cam benar dengan pakcik tu. Dia memandangku sambil cuba mengingat.
“Anak ni siapa?” Tanyanya ragu-ragu.
“Er.. saya Ranie.. Pakcik pernah terlanggar saya dulu. Ingat tak..”
“Oh.. oya.. Anak yang pandai Tekwando tu kan..”
“Ya..ya..” Sahutku sambil ketawa. Rupanya dia ingat yang itu saja. Kami kemudiannya berbual-bual mesra. Sungguh cepat rasanya kami serasi. Pakcik tu gelar dirinya Pakcik Wan saja.
“Bila pakcik tengok kamu ni pakcik teringat bekas kekasih pakcik dulu..” Ceritanya tanpa di pinta. Aku diam mendengar dengan penuh minat.
“Matanya macam kau ni jugalah… bulat besar ha ha..” aku turut ketawa.
“Mana dia sekarang pakcik..”
“Entahlah nak.. pakcik pun tak tahu dia di mana sekarang. Dia di kahwinkan dengan lelaki kaya oleh orang tuanya. Tapi khabarnya lelaki tu brangkap sebab kena tipu.. lepas tu Pakcik tak tahu lagi khabar dia” Cerita Pakcik itu dengan muka sedih.
“Kesian dia kan pakcik” Pakcik Wan mengangguk. Dia terus menceritakan kisah-kisah tentang bekas kekasihnya itu. Kami terus bebual-bual hingga terlupa masa.
“Er.. Ranie.. pakcik dah lambat ni. Ni kad pakcik.. kalau ada apa-apa boleh cari pakcik. Pakcik pergi dulu ya..” pakcik Wan mendail telefonnya dan meminta seseorang datang mengambilnya. Aku terpegun melihat kad yang di berinya. Pakcik itu kelihatan macam orang biasa tapi rupanya seorang ketua pengarah sebuah syarikat besar.

***

Aku perasan Rafie sedang merenungku dari jauh. Aku balas renungannya. Dia kemudiannya membuang pandang. Aku tersenyum. Menang!
“Kau dah tak rapat lagi dengan Rafie kenapa?” tanya Shira kawan sekelas yang dari dulu cuba mengorek rasia hubunganku dengan Rafie.
“Takde apa..” Aku malas menjawab. Shira mencebik hampa. Tak dapat korek apa-apa. Aku perhatikan Rafie semakin hari semakin berubah. Sikapnya berubah pendiam dan serius. Dia jarang bercakap sekali pun dengan kawan-kawan lelaki di kolej. Aku fikir sebab hinaan ku dulu itu telah memberi tamparan hebat padanya. Dia nampaknya serius belajar setiapkali aku melihatnya. Sedikit pun dia tak menoleh ke arahku!
“Hei.. Ranie.. kau dah tengok papan keputusan! Dah keluar tau..” Beritahu Shira.
“Oh.. yeke? Jom kita pergi tengok..” Aku dah biasa dapat nombor satu dalam kelas. Tak ada siapa boleh kalahkan pointer CGPA ku. Yelah.. aku perlukan semua tu untuk kekalkan diskaun bayaran pengajian. Sebab kalau jadi pelajar terbaik dalam kelas boleh dapat 25% diskaun yuran pengajian. Itu sangat besar ertinya buat aku!
“Aku tak percaya!” wajahku pucat. Namaku jatuh tempat kedua? Tidak!!
“Wah.. Rafie! Mendadak sungguh! Semua subjek dia pulun straight A? Ranie.. tak sangka kau boleh kalah!” Jeritan shira menambahkan lagi kesakitan hatiku! Terbayang renungan Rafie tadi. Cis.. patutlah dia renung aku macam tu! Aku kecewa.. pelajaran aku tidak merosot! Tapi keputusan dialah yang meningkat secara mendadak! Sungguh tidak ku duga!
Aku melilau mencari kelibat Rafie. Dia sedang duduk dalam kereta mewahnya sambil membaca sesuatu. Aku tahu dia menunggu kelas seterusnya. Aku mengetuk cermin. Dia mendongak dan kemudiannya menurunkan cermin kenderaannya.
“Tahniah!!” Ucapku sambil menghulurkan tangan padanya. Dia senyum angkuh!
“Thanks! Thanks so much..” balasnya tanpa menyambut huluran tanganku. Aku menarik semula tanganku! Cis!cis!cis…!
“Nampaknya kau memang tak perlukan bantuan aku lagi untuk baiki markah..” kataku perlahan. Sebenarnya sakit hati sebab aku telah kehilangan diskaun 25% yuran pengajian.
“Kau sudah banyak tolong aku.. Kalau bukan sebab kau cabar aku dengan kata-kata hinaan kau itu aku mungkin tak boleh kalahkan kau.. well! Thanks!” katanya dengan nada yang semakin sombong.
“Baik.. Tapi itu tidak akan bertahan lama sebab semesta depan aku akan kalahkan kau!!” Cabarku dengan nada geram.
“Okey.. we’ll see..” Aku segera angkat kaki. Benci!!

4 comments

February 27, 2012 at 10:10 PM

yeahhhh satu lagi buah tangan terbaik hasil novelist to be kita Nong Andy...very nice!

February 27, 2012 at 10:29 PM

Ah... asal ranie tolak rafie.. heee... kalau aku tentu akau takkan menolak.. hahhaa.

aku bayangkan rafie itu tentu segak orangnya.. tapi kebiasaanya, anak orang kaya ni manja kededek.. heee..=P

February 27, 2012 at 10:35 PM

rafie dan ranie..
nama nak dekat sama jek..
kekeke

February 28, 2012 at 10:26 PM

Abg Bro,

:) novelis apanya ahaha...

thanks :)

**********

reenaple,
lapuk dah kisah ni kan.. dah penah post kat blog hehehe..

rafie budak lelaki kaya yg 'spoiled' hehehe
aku xnak budak lelaki mcm ni hehehe..

***********

Api,

Nama rafie tu sempena nama kwn sekelas aku yg ensem masa tingkatan 1 hehehe..

Rani pula? aku suka rani mukarjie pelakon hindustan tu hehehe..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...