Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, February 19, 2012

Catatan Sang Pencinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Tahun 2002
Pertama kali kita duduk di kelas yang sama. Pertama kali juga hati ini terdetik cuba menghadam suatu rasa. Pertama kali lagi entah semangat apa yang merasuk ke jiwa. Mulanya hanya ejekan rakan-rakan sekelas sahaja yang sememangnya sering memadankan pasangan. Aku tidak terkecuali kerna aku pun kenenkan orang lain jugak. Gosip-gosip liar mula menular. Mulanya aku tak ambil pusing. Biasalah tu setakat kenenkan orang ni kan. Tapi lama-lama, bayangan kau mula menghantui malam-malam ku. Aku dah cuba untuk usir, bukan sekali malah berkali-kali namun semakin aku usir semakin kerap ia datang menjelma. Kenapalah bayang kau ni degil sangat. Kalau kau yang datang tak apa juga.


Tahun 2003
Kau memang budak bijak. Tahun ni kau naik kelas pertama. Aku masih di kelas kedua untuk tahun ke tiga berturut turut. Kelas berlainan masalah kecil sahaja. Apa ada hal. Walaupun aku tak pernah nyatakan isi hati aku kat kau tapi aku agak kau tahu apa yang aku rasa. Tapi aku agak je. Betul ke tak aku tak tahu. Paling aku ingat tragedi 18 Julai. Malam tu hari lahir kau. Aku semangat awal-awal dah beli kad masa outing. Tapi aku kaver line jugak la. Kalau kantoi dengan budak-budak ni tak ke kena bahan bertalu-talu. Malam tu mulanya aku nak tulis sendiri kad tu. Tapi tangan boleh pulak ketar-ketar. Aku suruh la Anam tolong tuliskan. Kebetulan juga tulisan dia agak lawa berbanding tulisan aku. Dah siap tulis ucapan semua, aku pun usyar line. Lupa nak bagitahu, masa tu waktu prep malam. Takut juga kalau terserempak dengan warden kan walaupun kelas kita sebelah je. Perati budak-budak tengah ralit bergosip apa entah. Aku keluar kelas senyap-senyap. Mujur juga kau duduk belakang sekali. Dekat sikit aku nak bagi kad. Tak mujurnya masa aku nak bagi tu boleh pulak kantoi dengan Muiz yang mulut macam puaka. Malam tu jugak terus kecoh satu tingkatan membawak ke balik asrama. Sempat juga aku jeling tengok reaksi kau. Kau dengan mata sepet macam cina tu senyum jek. Kau boleh la rileks yang kena bahan aku. Nasib baik la aku suka kat kau.


Tahun 2005
Lepas kau pindah tingkatan empat dulu, ada juga aku telefon kau bila cuti. Itu pun kena kumpul duit syiling dulu banyak-banyak. Baru la boleh gayut lama-lama ye dak. Tapinya aku ada masalah juga dengan sorang budak ni. Arip Dillah namanya. Agak tak agak la dia ni selamba je nak potong line aku. Apa dia ingat dia boleh dapat agaknya. Kalau kau nak pilih dia baik kau pilih aku je. Confirm aku lagi berkaliber dari beliau. Elok juga kau tak pilih siapa-siapa pun. Kalau kau nak tahu, satu-satunya nombor telefon rumah yang aku ingat sampai hari ni adalah nombor telefon rumah kau. Nombor telefon rumah aku pun kekadang aku lupa. Power jugak penangan kau ni. Mungkin masa ni aku dijangkiti penyakit angau tak pun meroyan sebab kau punya level tak pernah nak jatuh sentiasa up je kalau nak bandingkan dengan gadis lain. Apa manderem la kau pakai sampai aku boleh jadi macam ni. Haish.


Tahun 2008
Bermula kejadian kantoi aku bagi kad masa hari lahir kau yang dulu tu, aku tak pernah terlupa untuk ucapkan selamat ulang tahun kat kau. Itu pun kalau kau perasan la. Kau punya tarikh keramat tu akan automatik akan keluar reminder dalam otak aku bila tiba masanya. Macam-macam skill dah aku ucap. Untuk pertama kalinya aku nyanyi lagu birthday kat perempuan kau tahu. Jap, mesti kau tak tahu kan. Aku saja bagitahu. Masa ni kita dah tak pernah jumpa. Kau dengan hidup kau. Aku dengan bayangan kau dalam hidup aku. Itu satu-satunya perkara yang kau tinggalkan dekat aku sampaikan aku sendiri dah lali dan tak boleh nak kawal. Ada satu masa mak aku marah kat aku sebab tak tidur lagi walhal sudah lewat dah masuk pagi. Bukannya aku tak mahu tidur tapi masa aku nak tidur jek kau datang. Masa aku nak tidur jek kau datang. Pusing kiri tak boleh tidur. Pusing kanan tak boleh tidur. Meniarap apatah lagi. Seksa kau tahu. Kau tak tahu semua tu.


Tahun 2010
Dengar cerita dari Musataqim kau dah ada pakwe eh. Untung lah pakwe kau. Sampai nak melepak dengan kawan-kawan lama pun tak bagi. Walau aku tak hubungi kau, tapi aku tahu semua cerita kau. Daripada aku tak nak tahu pun jadi tahu kau tahu. Mungkin aku tak pernah jumpa dia tapi mesti dia seorang yang cukup sempurna di hati kau berbanding aku. Eh, aku pernah ke ada kat hati kau tu? Tett. Jawapan dia tak pernah. Sebab aku ni penakut nak bagitahu perasaan aku dekat kau. Selama ni aku simpan saja rasa ni dan biarkan ia merebak menular disetiap jiwa aku. Rasa itu sangat pasarit. Secebis kau tinggalkan sekarang dah menjadi satu jasad yang hidupnya dinodai nostalgia ingatan yang membebankan. Zahirnya seperti tiada apa yang berlaku tapi dalamnya perit dipenuhi dengan foto fantasi yang diciptakan sendiri. Mungkin dalam abnormaliti. Sungguhnya aku tak perlukan gambar kau waima sekeping pun kerna setiap inci fizikal kau dalam pelbagai reaksi jelas terpancar dalam fikiran aku. Sang pecinta yang loser.


Tahun 2011
Malam 18 Julai, aku menghantar satu pesanan ringkas pada kau. Satu entry nostalgia telah ku karang sememangnya untuk kau. Walaupun kau tak kenal si pemberi pesanan ringkas, kerna aku hanya nyatakan kawan lama, tapi aku masih meneruskan rutin di setiap hari lahir kau. Perasaan berbelah bagi juga untuk aku hantar pada kau link entry tersebut. Akhirnya, aku nekad. Itulah pesanan ringkas terakhir sampai ke hari ini yang aku kirimkan. Aku tahu kau sudah baca entry tersebut. Dan aku juga dapat rasa kau tahu siapa yang menulisnya walau nama pena aku lain daripada nama panggilan djaman sekolah dahulu. Kau dapat agak kan? Tapi ternyata kau tak mahu untuk terusan menghubungi aku walau sekeping pesanan ringkas. Kau biarkan aku menunggu lagi hatta sekian lama aku telah menunggu kau. Aku tak tahu apa yang kau rasa. Aku tak tahu apa perasaan kau. Aku tak tahu apa reaksi kau. Aku mahu tahu!! Setelah aku seberani mungkin untuk menulis tentang kau, tapi kau sedikit pun tak memberi respon terhadap penulisan aku. Bukan penulisan sangat sebenarnya tapi perasaan aku terhadap kau yang sekian lama aku pendam. Salah aku. Seberani aku pun hanya mampu memberi link entry sahaja pada kau. Tidak menyatakan sejelasnya dengan lisan. Apatah lagi hendak berdepan. 


Tahun 2012
Tahun ini genap 10 tahun rasa yang kau beri. Bukan. Bukan kau beri tapi aku yang merasai. Tahun ini juga aku belum mendapat sebarang perkhabaran tentang kau daripada siapa pun. Bagaimana kondisi kau sekarang? Kau sihatkah? Bila nak tamat belajar? Bila nak kahwin? Ah. Soalan terakhir itu membuatkan aku gila. Gila dalam situasi yang aku ciptakan sendiri. Tapi semuanya sebab kau. Salah kau. Kau yang buat aku jadi macam ni. Kau yang sulamkan rasa ini. Kau yang sering menemani malam malam ku yang sepi. Kau yang selalu menjadi teman bual aku sebelum tidur. Kau yang menjadikan halusinasi aku ceria padahal realiti macam celaka. Aku memikirkan untuk menutup catatan ini di sini. Tapi sebelum tu aku amat berharap agar dapat bertemu dengan aku sekali sahaja lagi. Mungkin buat kali terakhir dalam realiti. Aku juga berharap agar kau tak lagi datang dalam mimpi. Kerna yang peritnya hanya aku seorang yang tanggung. Itu tidak aci. Namun setelah lama aku rasakan semua ini sendiri, aku mahu juga tanya kau. Adakah ini sesuatu dipanggil cinta atau hanya mainan perasaan aku semata-mata?

19 comments

February 19, 2012 at 9:24 PM

hurm.. cinta yang belum berbalas.. berbaloiah menunggu terlalu lama? Aku tertanya.

Normallah bila seseorang jatuh cinta, secara automatiknya everything yg dia tak pernah buat akan menjadi kali pertama semata-mata untuk orang yg dia pernah cinta. eh...

by the way... nice story.. =)

February 19, 2012 at 9:27 PM

setelah hujan pun berhenti...flora cintaku pun bersemiiii...

p/s - terasa nak nyanyi lagu tu pulak hehe...nice story APi...

February 19, 2012 at 10:00 PM

APi,
Nasihatku yang sudah terlebih memakan garam kehidupan, baik kau luahkan rasa itu meskipun natijahnya belum kau tahu sama ada secerah langit lazuardi atau segelap awan kelabu..yg penting kalau ditolak sakitnya sekejap berbanding kau simpan diam dalam hati penasarannya bawa mati...

February 19, 2012 at 10:04 PM

wah.. 10 tahun? itu cukup lama utk cinta terpendam...!

luah je perasaan kat dia! karang jadi "lapaz sayang yg tertangguh" pula hehehe..

abg bro nyanyi pula lagu flora cinta- baru jer tadi lagu tu terjah gegendang telingaku kat tv3 hehehe..

February 19, 2012 at 11:47 PM

Nong Andy..ahh kau buat aku penasaran kerana dalam hati aku ada lafaz yang tertangguh buat seseorang...penasaran bah! Errkk apa ni NA, ini entry APi punya laa..hik!

February 20, 2012 at 2:51 AM

@reenapple
sangatlah tak berbaloi..
keh keh keh..
terima kasih..

@EL MARIACHI
nyanyi sampai habis abang bro.. =)

@Lady Windsor
biarkan saja rasa ini mati sendiri nanti..

@Nong Andy
mungkin ia akan tertangguh sampai bila bila.. =)

February 20, 2012 at 9:54 AM

bangun la anda dari tido yang lena. jom ikut mot berbasikal lagi berfaedah.

February 20, 2012 at 12:33 PM

teguhnya rasa kau. aku rasa kau kena berpijak pada dunia realis. move on kalau ia masih samar-samar. ;)

February 20, 2012 at 3:03 PM

adoi... kalo citer ni real, aku rasa lelaki ni pethatic gila... berani ok... jaan citer senada... tapi aku suka. wording simple jelas untuk fikir... ooooo dlm hati tetap ada taman... ya dak?

ps: bak kata hanalah... haahahaahahha.... adoi... sian gegirl tu. kalau dia memg tunggu kau cenggana? ooops... kispen ajakn? wehaaaaaaa...

February 20, 2012 at 4:41 PM

@Amamot
dah lama bangun mot.. moh main basikal..

@hanaahmad
kaki aku rasa aku pijak lantai.. =)

@Bidadari Syurga
kalau wording simple mesti kau baca yang dia dah berpunya kan.. =)

February 20, 2012 at 4:43 PM

kenapa komen aku jadi macam tu..
haish

February 20, 2012 at 6:43 PM

@APi
salah tekan button relpy kat amamot... ok aja tu.. janji dalam kotak komen kispen kamu sudah heeeeee

February 20, 2012 at 8:21 PM

jwb soalan last tu..hnya mainan smata2..heheh..
mcm nk jwb je kispen ni tp bg seorg perempuan..lg susah tu nak luah perasaan..lelaki pun takut..hoho

Anonymous
February 20, 2012 at 10:51 PM

Lebih baik diluahkan. biarlah apa responnya pun yang penting bangsat yang sudah berhabuk di dada itu sudah kau muntah habis. Like a BOS !!

February 20, 2012 at 11:06 PM

@Tuan Cimot
kenapa terlalu lama mainan ni bermain?
cuba jawab, mahu juga baca kalau perempuan punya versi macam mana.. =)

@Sparrow
mungkin dah terlambat untuk "aku" luahkan..
sebuah kispen je la ni..
haish

February 21, 2012 at 1:48 AM

uish..
10 tahun lama tu..
kita bukannya boleh untuk mengawal atau memberi arahan pada perasaan kita kan?
hurm..

cerita yg terpendam lg..:)

February 21, 2012 at 9:31 PM

Lady Windsor,

eh.. terasa pula ko dgn lapaz yg tertangguh tu yer.. ekekekekeke!

June 28, 2012 at 10:03 AM

sang pencinta yang loser... :: aku pon rasa sakitnya! :')

Anonymous
May 1, 2013 at 10:23 AM

Semua awak tulis dalam tahun 2012, bermakna setiap yang berlaku dari tahun 2002 tu awak ingat dengan jelas sekali..

Tahukah awak, APi, lelaki yang ingat peristiwa dengan tarikh lahir ini adalah lelaki yang rare? You don't even need a reminder untuk ingat semua ni, so I can consider this as your superpower. :)

Menyayangi orang dalam diam tu bukan loser, tak dapat nak nyatakan pada dia tu pun, bukan loser. Mungkin lebih kepada, aturan Tuhan? Tapi itu pada sayalah. :)

10 years is such a long time of waiting and loving someone, I wonder if she knows this. Because if she does, dia patut tahu dia sangat bertuah, dan kalau baca ni pun, dia mesti terharu.

Cara awak ceritakan semua ni, macam semua masih sangat dekat dalam jiwa dan ingatan awak, ia truly sampai ke jiwa saya juga. :)
Sebab saya pun merasa wish birthday orang yang saya sayang setiap tahun, tapi dia tak sayang saya. Hihi.

Kalau semua ni cuma mainan perasaan, ia takkan lekat di hati awak sampai 10 tahun, Pi.

Awak seorang yang gagah. :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...