Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 20, 2012

Ghost Of Seattle

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Monolog - Berpura-pura suka pada orang yang kita benci amat senang tapi berpura pura membenci seseorang yang kita sayang amat payah... Pernahkah kita ketemu dengan seseorang yang mirip wajah orang yang pernah jadi sejarah dalam hidup kita?

....................................................................................................

Telah aku buang jauh jauh perasaan hati itu dari segenap pelusuk fikiranku. Telah aku lenyapkan namanya dan wajahnya dari dalam hati ini. Aku tidak mungkin akan bertemunya lagi. Aku telah berangkat ke US untuk mengubati hatiku yang parah ini. Mendalami bidang arkitek atas sponsor syarikat konglomerat aku di tanah air.

Di apartment kecil kota besar Seattle ini segalanya bergerak bagai mengikut irama rock alternatif Pearl Jam...Segala galanya Pearl Jam di sini. Baju flanel kotak kotak, jeans lusuh, t'shirt putih, kasut Converse atau pun kopi pahit. Ahhh...Cuaca di luar itu sesuai juga untuk mengeringkan kain yang di basuh. Lantas aku membuat keputusan membasuh semua baju baju ku...Hahaha...Apa yang berada dalam minda aku? Aku mahu menjemur kain basuhan pula di tengah kota?

Belum pun aku sempat berbuat begitu ada pulak satu kaum di hadapan rumahku yang mendiami blok yang sama berbuat demikian. Ahhh... Aku hanya mengintai dari celah jenang tingkapku menginap. Apa dia ingat ni kampung dia ke nak sidai kain kat ampaian?Seolah bertanyakan soalan itu pada diriku sendiri....

Aku ingin menyiasat dari jauh. Aku perhatikan dia menyidai kain. Lagaknya macam gadis kampung dari utara berbungkus kepala dengan tuala. Lehernya pulak terserlah putih cerah walau tak menampakkan semuanya. Siapa agaknya dia ni?

Aku lantas tidak mempedulikan apa yang berlaku. Cukup waktu sahaja aku terus menyiapkan diri aku dan bergegas ke dewan kuliah ku dari hostel ini. Rakan sekamarku yang berbangsa Indonesia entah kemana menghilangnya semalaman. Mungkin dia tidur di jalanan?Ahhh...Aku harus melupakan apa sahaja yang boleh mengingatkan aku tentang tanah air. Itu semangatku sejak aku meninggalkan Malaysia.

Namun segala persoalanku yang bermain di benak kepalaku itu terjawap juga.

"Assalamualaikum...awak orang Malaysia kan? Tegurnya bila terserempak di library di tengah tengah kota .

Waalaikum..."Belum sempat aku habiskan salam tersentap fikiranku dan anganku ...Bagai terserempak dengan hantu berderau juga darahku bila melihat wajahnya saling tak tumpah macam seseorang yang aku kenal dulu. Aahh aku bagai pernah lihat dia...Dia yang aku tinggalkan jauh di tanah air...Bukan...Mesti bukan dia...

"Saya Maiza Amira...Asal dari Tapah Road Perak."

"Owh ya...Saya Fariz Amsyar...sama tempat asal dengan awak."

Di kala ini semua keras kental jiwa aku jadi mencair...Melihat betapa manisnya sang dara memakai baju kebaya dan berseluar jeans. Agaknya mesti kes kain kebaya dia tak sempat kering lah ni. Ha ha...Namun tetap manis kerana jelas menunjukkan bentuk tubuh badannya yang ramping dan ada curve seperti gitar itu menjamu mataku yang selalu berpura pura lari dari keseksian penghuni kota ...Rambutnya yang ikal lembut bersinar itu terbiar lepas melepasi bahunya. Dan sesekali terserlah lagi lehernya yang cerah itu pada pandanganku bila dia tunduk rambutnya bergerak di tiup angin yang mendesir.

"Kenapa saya rasa saya macam kenal awak Fariz?"

"Dan saya pun rasa macam pernah bertemu dengan awak..."

"Di mana?" Maiza ketawa.

"Mungkin dalam mimpi?Atau kita pernah bersua sebelum ini...Tapi di mana ya..Owhh maaf mungkin saya yang terlebih mengenali saudari atau mungkinkah mimpi jadi realiti...Apa apa pun saya harap kita akan bertemu lagi..Buat kesekian kalinya..Mungkin ditakdirkan menyambung pertemuan dalam mimpi ke alam nyata..."

"Hahaha...Kalau begitu jumpa lagi..."jawapnya tersenyum dan beredar melambaikan tangan ke arah rakan rakannya yang menunggu.

Namanya, gayanya, dan suaranya persis kekasih lamaku...Di kota raya bergelar Ugly American ini aku terkesima. Aku selusuri stesen tren...Aku berdiam di dalam tren. Aku masih merasainya. Aku berada dalam tren seperti dalam keretapi di kampung aku... Aku memandang keluar tingkap tren melihat pemandangan di sub urban gadis gadis kulit hitam memakai Pareo seperti memakai kain batik berjalan jalan di pinggir kota ghetto. Apakah yang telah dan sedang berlaku dalam dunia aku ini. Suasana umpama sebegini menggigit gigit perasaan aku yang sunyi sepi. Ternyata cinta menghambat aku walau kemana aku pergi.Ternyata cinta menghantui aku di mana saja aku berada.

25 comments

February 20, 2012 at 9:08 AM

dejavu......................!

February 20, 2012 at 9:26 AM

itulah cinta... ada di mana2.. yg paling teruja dan teruji bila sang cinta seakan2 ada di depan mata kita.. apalagi mirip cinta kita.. :)

February 20, 2012 at 9:29 AM

pelanduk dua serupa
sekilas angin muncul di mata
bagai angin juga ia menyapa
berhati-hati kerana bersama angin
ada bisikan yang melukakan..

February 20, 2012 at 9:58 AM

ala. tipu. tipu. dia saje je berangan. kengkonon minah tu ada di mana2.

February 20, 2012 at 10:06 AM

mungkin ketemu orang yang berwajah sama, tapi tersalah memilih sebagai kekasih.. =.=

February 20, 2012 at 11:14 AM

semakin cuba melupakan
semakin ia datang..

February 20, 2012 at 3:10 PM

oooo rangkap 5 teratas aku asyik membacanya. mcm dah matang sgt berjaya usir semua rasa walaupun tak berapa pasti.... aturan wording sangat terbuai...

cumalah.... dibahagian lepas Maiza amira tu kenalkan diri aku rasakan abg bro... kamu tidokan dalam librarykan? mimpi jumpa gegirl baru muka sebiji x-gfkan? oooooo pelanduk 7 rupa ada di 7benuakan? perghhhhhhhhhh...

gi baca buku....! biasa dia...! library bukan tmpt tidor tahu.... *hahahahaha, teringat kat kwn sekolah yang tidor berdengkur dalam national library.... auwwww* biasa tu tidor aja kerjanya...! ;p ngeh ngeh ngeh

February 20, 2012 at 3:15 PM

dengan ini saya mengumumkan, komen saya yang akan datang kelak berbau editor gitu... kah kah kah. sila jangan hempuk saya atau boikot saya. sekian terima kasih.

ps: ngeh ngeh ngeh... terbuai-buai dah mcm kispen ala-ala LW dah ni abg bro... eksenlah abg bro... dah main jejauh story mory... aritu afrika skang seatle...

February 20, 2012 at 3:29 PM

memang kadang-kadang akan jumpa orang yang seakan-seakan..nak jumpa sebijik betul-betul tu, peratusannya tak tinggi..






best.

February 20, 2012 at 4:36 PM

rasanya macam bermimpi walau realiti..
kadang rasa realiti walau bermimpi..

penyakit cinta..

February 20, 2012 at 8:14 PM

imaginasi...mimpi atau realiti...:)

February 20, 2012 at 9:00 PM

- blog tip kurus...Deja Vu sangat...haha...

February 20, 2012 at 9:02 PM

wa khairul onggon - memang dah banyak kali jumpa yang seiras...haha..

February 20, 2012 at 9:02 PM

LW - angin ..jangan masuk angin kembung perut ye...

February 20, 2012 at 9:06 PM

Amamot - aisey jangan bagi tau orang Mot...haha..

February 20, 2012 at 9:07 PM

reen apple - menurut kesudahan cerita ni...diaorang tak jadi couple pun...

February 20, 2012 at 9:08 PM

NA - yes ..its very true...

February 20, 2012 at 9:11 PM

bos BS - hahaaha...very the very lah comment boss ...terbaik! memang dah jejauh gi kispen sekarang ni...tengoklah nanti dia pergi ke Mexico lak...

February 20, 2012 at 9:12 PM

marcella - alang alang kispen kasi 100 peratus terus haha..TQ comment

February 20, 2012 at 9:12 PM

APi - ye tak dapat menafikannya jika dah depan mata kan...

February 20, 2012 at 9:13 PM

tuan cimot - umpama mimpi dalam mimpi...

Anonymous
February 20, 2012 at 10:58 PM

Ah! Kekasih lama stalk sehingga ke sini rupanya . OBSES GILE !!!

February 20, 2012 at 11:25 PM

sparrow - obsesive dan possesive...haha..cool

February 21, 2012 at 1:41 AM

abang bro el, ini ada kena mengena dengan cerita cinta tak semestinya memilikii ke?

teehee~ tetiba baca cerita ni, terus teringat kispen abang bro before this..hahaha..

apa2 pun,
setuju dengan blog tips kurus, deja vu! ngehehe

February 21, 2012 at 4:31 AM

TH - yes...ada kait mengait sikit haha...ada story ngan lagu Black - Pearl Jam tu jugak...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...