Kau pernah dengar tentang permainan "Osom" ? Permainan yang tidak memerlukan apa-apa material kecuali tangan sebagai penentu kalah dan menang mengikut hukum logik. Aku tahu bagi orang yang sudah mencecah akil baligh tidak akan pernah teruja mendengar tentang permainan ini. Sedangkan mendengar namanya sahaja sudah boleh membuat wajah yang cantik mencebik. Permainan yang terlalu ringkas dan kebudak-budakan katanya. Tetapi itu tidak mengubah rasa taksub ku bermain permainan ini. Aku ada cara bermain ku tersendiri.
Hari ini aku mengajak sahabat baik ku bermain. Setelah beberapa kali memujuk dengan tegar akhirnya dia bersetuju melayan kehendak aku. Seperti biasa aku akan menunggu Samad di pondok, tempat kami melepak. Sudah menjadi kebiasaan menunggu rakan ku yang sudah ku kenal sikapnya. Tidak pernah tepati masa . Hampir 5 batang rokok habis menjadi mangsa barulah kelihatan kelibat Samad dari jauh tersengih-sengih menayang gigi jongangnya.
"Eh, Sorry lah Man. Aku kena tolong kakak aku masak tadi. "
"Bila masa kau ada kakak? Kalau tak pandai kelentong, jangan tunjuk bodoh kau tu... "
"Hihihi. Aku takde kakak ea? Lupa diri barangkali "
"Cis... Dah. Jangan banyak cakap. Mari mulakan permainan."
Samad mengangguk laju. Tangan kanan ku hulurkan pada Samad. Samad sambut dan menggenggam tangan ku kuat hingga terasa kebasnya. Kami saling berpandangan. Tangan kiri masing-masing sudah bersedia di belakang, bersedia untuk melepaskan tembakan yang pertama.
"OSOM ! "
A! Aku salah memilih pelurunya. Ku sangka batu yang menjadi das pertama, tetapi Samad lebih licik mengeluarkan kertas.
PANG !!!
Tamparan pertama yang kuat dilemparkan pada pipi cengkung ku. Samad tersenyum. Puas dengan kejayaan pertama dan masih ketagih akan kejayaan yang mungkin bakal dikecapi untuk pusingan seterunya. Aku tidak mungkin tewas kali ini. Aku juga inginkan perasan ghairah itu.
"OSOM !"
"Shiiii ...."
PANG !!!
Sekali lagi aku tewas! Tamparan kedua kali ini lebih kuat dari awal. Nampaknya Samad sudah dikuasai riak. Dari senyuman sinis itu aku boleh mengagak. Permainan di teruskan lagi. Dan sekali lagi aku tewas dan terus pipi ku menjadi mangsa Samad melepaskan geramnya dan setiap kali itulah tamparannya semakin kuat. Rasa dendam dalam hati ku sudah terbuku. Menanti saat untuk dilepaskan.
"OSOM"
Yeah !! Akhirnya kemenangan berpihak pada aku. Dengan segala dendam dan bengang yang aku pendam dari awal permainan tadi aku lepaskan bersama satu kuasa yang kuat mengawal ku. Ketidakwarasan .
Aku menampar muka Samad sekuat hati hingga Samad jatuh terjelopok. Samad terketar-ketar memandang ke arah ku sambil memegang pipinya. Aku tidak puas. Aku lompat ke atas Samad. Aku tampar mukanya berkali-kali. Samad tidak berpeluang untuk membalas. Hanya mampu menjerit.
Aku suka. Aku puas! Tidak. Aku belum puas! Belum cukup rasanya. Kuku ku yang panjang ku guna untuk mencakar muka Samad berkali-kali. Calar balar mukanya. Samad mengerang kesakitan. Aku tidak peduli. Aku terus mencakar tanpa henti hingga terkoyak sedikit kedua-dua belah pipinya menampakkan daging. Aku gembira melihat Samad dalam keadaan begitu. Aku menikmati setiap saat melihat Samad menjerit meminta ku berhenti. Gila? mana mungkin aku lepaskan saat indah ini. Aku semakin ghairah melihat darah merah yang mengalir di muka Samad. Aku mahu lihat lebih lagi. Aku cengkam lebihan dagu Samad dan aku tarik ke atas sekuat hati ku. Buntang mata Samad menahan sakit. Aku ketawa. Lucu sungguh wajah itu. Sedikit demi sedikit kulit Samad terkoyak dan darah berlumba-lumba keluar membasahi lantai. Badan Samad seperti terkena renjatan eletrik. Tersentak-sentak. Dia mengeluarkan satu bunyi pelik. Aku ketawa terbahak-bahak. Aku sentap kuat kulitnya hingga ternampak daging. Bau hamis darah seolah memberi satu kepuasan yang tidak terhingga.
Perlahan-lahan aku tarik kulit wajahnya. Kini, Samad tidak berwajah. Hanya daging yang masih merah tinggal pada mukanya. Aku gembira melihat Samad senyum. Lebar sungguh senyumnya sehingga ternampak setiap batang gigi yang ada.
"Kan aku dah cakap. Kau mesti seronok punya main 'Osom' dengan aku."
19 comments
eh gileke ape
waaaa tak nk main osom da
seram
untunglah manusia yg ada kuku tajam cenggini ya dak?
coolio
Alamak!!
ganasnya osom ni..
ala. pembunuh bersiri ke ni. jahat la dia. benci la mot kat dia. sian samad tau.
kalau saya main osom ktorg pukul tgn je..x pnh tpikir lak nak tmpar2 ni...last kali tgk kulit tgn sapa lg merah..yg plg merah kalah
osom !!!
yeah , menang !
*keluarkan tukul besi*
-HEROICzero
Iffah : Best ni . main laaa
bidadari : buat garu kelemumur sedap
penjiwa jalanan : mekaseh XD
Nong : versi 2012 . hehe
Mot : Samad la punca tu . haha
Anonymous : bertamparan lah baru nikmat
Hero : Terbaik :D
mak aih..terbeliak biji mata membaca cerita ini..
huhu..
lepas ni taknak main osom lagilah...
-_-'
ni osom versi ganas..
gila best dapat buat gitu,lagi-lagi dengan orang kita "panas hati"..hahaha
seram, ngeri, psiko..
cukup rencahnya. nice :)
waaa... seram sih... tak nak la main osom... sib baik aku bukan budak lagi.. hahaha
teenager : berhati-hati memilih orang untuk di ajak bermain :)
marcella : Tau takpe . haha . terimas
reenapple :rugi kalau tak main XD
osom pakai topeng besi. heheheh.
hwaa ni best ni ajak bekas bos aku yg tak tau main osom, gerenti dia kalah dan inilah masanya aku nak lempang dia sampai lebam...
Sca Ndx : Hebat . haha
Lady : Tumbuk terus je sis . ahha
terasa macam baca karya Alfred Hitchcock atau movie SAW aje...ini sangat nice ...tahniah Sparrow kerana berjaya memeningkan kepala abang bro...
Ahahha . sama-sama . Next time saya cuba lebih lagi untuk me 'migrain' kan abang bro . haha
macam baca kontrol histeria la pulak..
keh keh keh..
btw nice story dude..
Api : Tak sampai tahap KH lagi . dorang pro . terimas :)