Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, February 15, 2012

Sesucinya Cintamu

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Aku ingat lagi. Masa tu tanggal 14 Februari 2008. Kau tahu apa maknanya…? Aku tak tahu. Bagi aku, hari tu sama sahaja macam hari-hari biasa yang aku lalui. Hambar. Kau tahu kenapa…? Sebab aku tak punya apa-apa. Orang pun tak mahu kawan dengan aku. Yelah, aku kan miskin. Pakaian pun tampak selekeh. Aku tak wangi seperti mereka yang mampu. Sungguh, aku rasa begitu rendah diri saat berhadapan dengan kalian. Sebab tu aku selalu duduk keseorangan.

Sehari sebelum hari tu, budak-budak semua kecoh dalam kelas bila Cikgu Rohaini umumkan nak buat pertukaran hadiah sesama sendiri pada tarikh 14 Februari. Aku tak faham mengapa kita harus buat tu semua. Bagi aku, itu semua tak perlu. Tapi aku hanya diam. Tidak berani untuk melontar kata. Kau pun tahu kan kenapa. Tak perlu aku ulang beribu kali. Tika pelajar lain sibuk memikirkan hadiah apa yang bakal mereka beli kelak, aku duduk mengasingkan diri di penjuru kelas. Sampai satu tahap, aku sudah tidak ambil tahu apa yang sedang terjadi. Aku bagai berada dalam duniaku sendiri. Dunia yang hanya aku seorang sahaja penghuninya. Sedar-sedar, kau berada di sebelah ku. Aku diam. Aku tengok je setiap gerak laku kau. Kau tarik kerusi lalu duduk depan aku. Aku pelik. Kau tak malu ke? Aku sempat menangkap bila mata-mata mereka mula menjeling lihat. Tapi kau tetap tenang. Kau lempar senyum bila mata kita bertembung. Canggung benar aku rasakan tika itu.

Hari kejadian… Sesampainya aku di kelas, aku lihat bungkusan-bungkusan hadiah yang cantik dan pelbagai saiz telah dikumpulkan di atas sebuah meja. Kosong fikiranku sejenak. Ragu-ragu sama ada mahu meletakkan ‘hadiah’ yang ku bawa turut bersama dengan hadiah-hadiah lain ataupun sekadar menyimpan di kocek seluarku yang lusuh sahaja. Akhirnya, aku terus melangkah ke tempat duduk tanpa meletakkan ‘hadiah’ ku di atas meja tersebut.

“Mad, mana hadiah kau…? Tak kan lah jajan duapuluh sen pun kau tak mampu nak beli kot…?”, tanya Azhar, pelajar macho kegilaan para gadis. Aku tahu pertanyaannya hanya sekadar ingin menyindir. Ya, aku tak mampu orangnya. Aku sendiri mengaku akan hal itu. Tiada jawapan yang tepat ku berikan, cukuplah sekadar senyum tawar yang terukir di bibirku.

Tiba saat untuk mencabut nama sesama sendiri, aku hanya berdoa agar ‘dia’ yang bakal menerima ‘hadiah’ ku kelak tidak mengharapkan sesuatu yang begitu berharga. Dan kau… Kau lah orangnya yang akan mendapat ‘hadiah’ ku. Aku lihat kau senyum bila aku mencabut nama kau. Tampak ikhlas senyuman yang kau berikan. Tapi aku masih ragu-ragu. Ragu-ragu untuk membalas senyuman kau. Dan ternyata, aku biarkan senyuman kau hilang dihembus angin yang berlalu.

Tamat waktu persekolahan, aku lihat ada antara kita yang sudahpun membuka hadiah masing-masing. Tidak sabar mungkin untuk melihat isi dalam. Aku mencuri pandang ke arah kau yang sedang berkemas untuk pulang. Ingin benar aku pergi dekat dengan kau untuk berikan ‘hadiah’ yang sepatutnya kau terima, tapi aku tak punya kekuatan. Sehinggalah kau berjalan keluar sampai ke pagar sekolah, aku cuba mengejar. Sedaya upaya aku beranikan diri untuk memanggil.

“Ayu… Untuk awak. Maaf, tak seberapa. Saya pergi dulu…”. Ucapku sekali lafaz. Sekeping kertas bertukar tangan.

“Amad…”. Hati aku bergetar mendengar panggilan dari kau. Aku sendiri tak tahu mengapa harus begitu jadinya. Sukar untuk aku mentafsir.

“Ini untuk awak…”.

“Tapi bukan nama saya yang awak cabut tadi.”

“Ya…Memang bukan nama awak. Tapi hadiah ni untuk awak. Ambillah… Dari saya…”. Ayu senyum menghulur hadiah.

Aku masih kaku berdiri. Tidak tahu bagaimana mahu memberi respon.

“Ambil Mad… Tak elok tolak pemberian orang…”, kau cuba memujuk untuk aku mengambil saja apa yang kau hulurkan. Arghhh… Kau sendiri tahu bukan aku segan dengan kau. Aku malu dengan keadaan diri aku sendiri. Dan kau pula, terus-terusan tidak lokek untuk melemparkan senyuman yang manis. Ya, manis bagai gula-gula LOLLIPOP!

****************************

“Awak simpan lagi pemberian saya sepuluh tahun lepas…?”.

“Mestilah simpan sayang. Hadiah ni bermakna sangat bagi saya. Sebab tu sampai sekarang saya masih simpan”, lembut aku menjawab pertanyaan kau yang kini sudah dua bulan menjadi isteriku. Aku merangkul kau kemas dalam dakapan.

“Awak nak tahu. Selain arwah ibu saya, awaklah orang yang paling membantu dalam memberi dorongan pada saya tau. Mungkin kalau tak kerana awak, saya dah putus asa. Gagal dalam hidup. Terima kasih sayang… Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya. Terima kasih kerana lengkapkan hidup saya”. Aku meluah kata, masih ada rasa rendah diri yang berbaki.

“Saya sayangkan awak sangat-sangat tau. Hadiah yang awak beri masa hari kekasih waktu sekolah dulu pun saya simpan lagi. Meskipun hanya sekadar secebis kertas, tapi kata-kata yang awak tulis dalam tu cukup bermakna”, jelas Ayu sambil membalas pelukan.

Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. Walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

 -Ahmad Ubaidillah-


Dan sekarang aku boleh berbangga dengan pencapaian diri aku yang kini menjawat sebagai Ketua Pengarah di salah sebuah IPTA terkemuka di Kuala Lumpur. Itu semua berkat usaha diri aku sendiri dan kau sebagai tulang belakangku. Terima kasih Allah. Terima kasih kerana beri aku peluang untuk mengenal erti cinta sebenar.

11 comments

February 15, 2012 at 9:03 AM

manisnya!.. :)

February 15, 2012 at 11:16 AM

wow. cinta dari zaman sekolah tu. teringat zaman sekolah dulu. waktu form 5 sebelum spm kami tukar2 hadiah. cabut nama seminggu lebih awal sebelum majlis tukar hadiah supaya lelaki takda yg dapat tedibear/bunga dan pompuan takde yg dapat tie.

February 15, 2012 at 11:50 AM

heeeeeeeeee... lepas baca kispen ni mcm nak cakap *nak cari cinta sejatilah*

ps: ooo ya cinta sejati sekali ajakan? akunya dah lepas... dia tunggu aku barangkali? hurmmm...

February 15, 2012 at 12:03 PM

Ah... sweet... sweet macam LOLLIPOP!

February 15, 2012 at 1:02 PM

sweetnya..:D
tapi, apa hadiah yang ayu bagi?
gula-gula lolipop kah?
atau saya yang terlepas baca? hehehe..

February 15, 2012 at 1:48 PM

:)

Manis sungguh!! best pula baca kispen yg manis2 di bulan february ni :)

February 15, 2012 at 3:55 PM

rasa nak nangis pulak...(mintak tisuuuu....)

Anonymous
February 15, 2012 at 5:29 PM

hehe untunglah berkekalan .

susah tu ! =)



-HEROICzero

Anonymous
February 15, 2012 at 6:22 PM

Zaman tukar-tukar hadiah di sekolah dulu saya selalu dapat hadiah lebih dari 3.
Rindu nak dapat coklat free XD

February 15, 2012 at 9:32 PM

kalau ada kenangan macam ini, akan diingati sampai bila-bila...

February 17, 2012 at 4:05 PM

kebanyakkan bahagian dalam cerita ni sangat memberi impak pada aku..
hampir ke semuanya..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...