Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, February 25, 2012

Tragis Muka Buku

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips

Seperti biasa Suman memulakan rutin hariannya sebagai seorang lelaki bujang. Celik sahaja dari tidur yang lena, dia akan terus duduk menghadap komputer riba tanpa membersihkan diri mahupun bersarapan. Tahi mata kering dibiarkan melekat di celah mata tanpa ada rasa ingin mengesatnya. Dia memulakan aktiviti hariannya dengan melayari laman muka buku dan selalunya aktiviti itu akan terus berlanjutan hingga ke tengah pagi esok. Laman muka buku bagaikan satu dadah yang ditagih tanpa di cas kos pada setiap dos yang diambil. Barangkali, dia lebih suka berada di dunia maya dari menghadap dunia realiti yang padanya hanya membuatkan tamadun manusia lebih korup. Hakikatnya, dia sendiri telah mengheret dirinya ke lembah gelap bersama-sama falsafah sampahnya.

Suman memulakan operasi 'menjala' di mana ikannya adalah gadis-gadis di dalam laman sosial. Setiap perempuan yang menarik perhatiannya akan dihantar 'friend request' dan selalunya Suman akan diterima. Semuanya gara-gara gambar yang digunakan oleh Suman bukanlah gambarnya yang sebenar. Dia telah mencuri gambar dari akaun album seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Yang pasti, wajah lelaki itu tampan. Jika dibandingkan dengan Suman umpama gagak dengan merak. Bagai langit dan bumi. 

Suman rancak melayan gadis-gadis yang menggedik di 'wall' sambil ligat mencari mangsa-mangsa baru. Tiba-tiba dia tertarik dengan gambar seorang gadis yang menggunakan nama Yanti Awang. Biarpun namanya tidak komersial malah kekampungan tetapi wajahnya cantik berbanding mangsanya yang lain. Sesuatu tentang gadis itu menarik perhatian Suman. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Tanpa berfikir panjang Suman mengalihkan kursor pada butang 'poke' lalu mengklik.

"Oke, sekarang kita sandar dan rileks. Confirm dia layan punya ni. Sap kok lu."

Suman menyalakan Dunhillnya. Dia bersandar dan menunggu reaksi Yanti Awang. Belum sempat Suman menghisap pam kedua, 'poke' nya dibalas oleh Yanti. Dalam hatinya tergetus rasa bangga. Dia bangga kerana dia berjaya tanpa berusaha lebih kali ini. Suman cuba untuk tidak kelihatan seperti gelojoh. Dia membalas 'poke' yang diberi oleh Yanti. Kemudian Yanti membuat perkara yang sama. Suman tidak mahu mengalah dan begitu juga Yanti. Mereka terus berbalas. Selepas beberapa 'poke' kemudian, Yanti mengalah. Suman menerima permintaan sebagai kawan oleh Yanti. Suman melompat kegirangan, gembira kerana Yanti menyerah diri. Suman klik butang approve. Tiba-tiba kotak 'chat' Suman berbunyi. Pesanan dari Yanti.

Yanti : Dah puas 'poke' saya?
Suman : Haha. Awak marah ke? Sorry lah. Saya nak kenal dengan awak je.
Yanti :  Awak nak kenal ke? Tapi saya tak suka berkenalan dengan orang dalam fb
Suman : Habis tu? Awak nak jumpa?
Yanti : Yup. Boleh jumpa saya hari ini? 
Suman : Ok. Awak nak jumpa dekat mana?
Yanti : Dekat rumah awak la. Bagi alamat biar saya datang ok :) ?

"Wow, biar betul minah ni. Daring betul. Baru 1st time kenal dah ajak dating. Nak datang rumah pulak tu. Kalau aku mintak benda lain pun silap-silap dia bagi. hehe", Hati Suman berbisik jahat menghasutnya. Suman mula memikirkan perancangan nakal.

Suman : Serious? Boleh je. Tapi ada satu syarat lah. 
Yanti : Apa dia?
Suman : Awak kena bagi saya 'poke' awak. Bolehkan :) ??
Yanti : Ok :). Kita main 'poke' sama-sama ye awak?

Suman terkedu. Dia tak sangka Yanti begitu senang memberi jawapan. Suman merasakan dirinya begitu bertuah. Dia bakal hilang perawan tanpa perlu membayar pelacur di Brickfield. Tambahan pula, Yanti yang bakal dilobos itu bukan sebarang perempuan. Cantik bagaikan puteri. Suman laju menaip alamat rumahnya. 

Yanti : Ok. Saya otw sekarang :) . Tunggu yee.

Suman keluar selepas perbualannya bersama Yanti tamat lalu berlari ke 7-eleven berdekatan untuk membeli kondom. Kemudian berlari pulang. Kotak kondom yang dibeli dicampak ke tepi. Suman tergocoh-gocoh  ke bilik air untuk mandi. Dia tidak mahu Yanti kesayangannya membau badannya yang tengik. Selesai mandi, Suman hanya mengenakan boxer. Beberapa minit kemudian, pintu rumahnya diketuk. Hati Suman berdebar-debar. Suman berlari ke pintu. Tombol pintu dipulas lalu pintu dibuka pantas.

"I POKE YOU !! HAHAHAHA !!! "

"Aaaarrrggghhhhh !!! "

Mimpi indah Suman bertukar ngeri. Suman menekup kedua-dua matanya. Pedih yang tak terbendung bila matanya ditusuk dengan pisau. Darah mengalir laju, tidak tersekat. Suman mengerang kesakitan. Pandangannya gelap. Hanya telinga yang memainkan peranan di saat itu untuk mengenal pasti situasi yang berlaku secara mengejut. Suman hanya mendengar suara perempuan ketawa terbahak-bahak. Dia pasti perempuan yang sedang terhibur melihatnya terseksa itu adalah Yanti. Suman mengundur ke belakang. Kakinya menggeletar kuat.

"Apa yang kau buat ni perempuan gila ?!! "

"Eh? Bukan awak kata nak main poke-poke? Saya tengah main la ni. Hihihihihihihih ~ I POKE YOU !! I POKE YOU !! "

"Aaaaarrrggghhhh !!! "

Suman terduduk apabila dirasakan tikaman bertubi-tubi pada dada dan perutnya. Dia lemah. Tidak berdaya untuk berlawan tanpa penglihatannya. Suara Yanti yang tergelak berdekit-dekit menakutkannya. Seolah permainan kejam itu sangat menghiburkan Yanti. 

"Tolong... tolonggg jangan apa-apakan aku...", Sumam merayu.
"Takut yee da kalah? Meh sini tangan tu. Biasa tangan ni 'poke-poke; orang yee."

Yanti menggigit kuku Suman. Suman menjerit sekuat hati apabila dirasakan kukunya satu-satu dicabut oleh Yanti. Suman tidak mampu untuk melawan. Tangannya menggigil. Seluruh badan terketar-ketar. 

"Haa ~ Lepas ni awak nak main poke-poke lagi tak? Hihihiii ~"

Yanti bercangkung di hadapan Suman sambil bermain-main pisau di mukanya. Suman diam membisu. Dia sudah lemah akibat kehilangan darah. Yanti terus mendesak Suman untuk menjawab. Hanya kedengaran nafas Suman yang tersekat-sekat. 

"Humph!! Taknak jawab ye? Fine! Kita block awak terus!"
Zasss !!!

Darah memercik dari leher Suman. Suman mati serta-merta. Yanti merasakan hari itu hari yang paling menyeronokkan bersama rakan yang baru ditemuinya dalam laman sosial muka buku.

14 comments

February 25, 2012 at 9:37 AM

~scary

February 25, 2012 at 9:56 AM

Psycho...

February 25, 2012 at 10:41 AM

Yayy! Jom kita main poke poke nak? Aku ada ramai yg nak diajak main poke poke ni..kalau mainan ni halal, dah lama aku buat..siyes!!

February 25, 2012 at 12:12 PM

errr... nasib baik selama ni tak pernah main poke-poke.. ngeee.

~ngeri cerpen ni...

LAZIO
February 25, 2012 at 1:34 PM

Sparrow.....kang ada yang follow....

February 25, 2012 at 2:06 PM

ohmyyy!!
hanya satu yang boleh dikatakan, gila!
wahaha...
scary ouh yanti ni.

Anonymous
February 25, 2012 at 4:53 PM

macam menarik . meh sini kita main poke2 . keh3x !


-HEROICzero

February 25, 2012 at 5:08 PM

gila kentang la yanti tu...




padan muka si suman tu...




hahahaha...




ngeri seh

February 25, 2012 at 6:25 PM

biasa tangan ni... menaip story ganas ni....

ps: *ngeri sungguh*

February 25, 2012 at 6:26 PM

@Lady Windsor
hamboi permainan halal tu cenggana? citer sikit?

February 25, 2012 at 9:41 PM

aku suka main poke poke ni..

*cari Yanti Awang dalam fb*

kekeke..

February 26, 2012 at 9:02 AM

Bos BS,
maksud gua kalau poke2 cucuk2 mata dan slash dengan pisau serta tikam2 sampai berdarah dan nyawa melayang tu halal dilakukan, banyak orang yang gua nak poke!!! Kehkehkeh...hati sakit, bila poke lega aaa..

February 28, 2012 at 9:56 PM

:)

fb oh fb.. mcm2 citer fb.

padan muka suman hahaha.. jumpa awek psycho

March 1, 2012 at 2:35 PM

aik. mot rasa mot dah komen yg ni tapi tak kuar pon. sparrow. jom main poke poke jom.

"hepp. jangan poke mot tau. mot takut" kata mot kepada kawannya yg suka sangat poke mot

"ala. poke je pon. bukan sakit pon" balas kawan mot.

"nak tau sakit tak sakit baca citer budak sprrow tu" balas mot balik

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...