Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Monday, February 6, 2012

Sayembara 2012

7:00:00 AM | Best Blogger Tips

KATEGORI NOVEL
Hadiah Pertama : 1 x RM15,000
Hadiah Kedua : 1 x RM12,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM9,000
Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000

KATEGORI CERPEN
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

KATEGORI PUISI
Hadiah Pertama : 1 x RM10,000
Hadiah Kedua : 1 x RM7,000
Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000
Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Sayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).

Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.

Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.

Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.

Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu di sini.

Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.

Kepanjangan karya sayembara:
Novel: tiada had halaman.
Cerpen: sekurang-kurangnya 10 karya.
Puisi: sekurang-kurangnya 30 karya.

Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.
Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.

Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.

Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel pada 31 Januari 2013. Manakala tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Cerpen dan Puisi pada 31 Julai 2012. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.

Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.
Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap kebuku@itbm.com.my atau buku@pena.com.my. Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor)

atau

URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA
961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.
(u/p: Azalan Hussain) 

SUMBER : ITNM

18 comments

February 7, 2012 at 1:19 PM

sy berminat dgn tawaran nie..~

February 7, 2012 at 1:26 PM

chinta:
gud. semua mesti cuba.

February 7, 2012 at 2:41 PM

Ah... mahu mencuba tapi aku takut.....=)

February 7, 2012 at 3:31 PM

Bos BS. mekaseh tolong up entry ini...gua lemau la...sesak nafas...hehe!

Anonymous
February 7, 2012 at 10:46 PM

Aduh
Sedangkan nak cari inspirasi untuk 7 cerita yang akan datang pon buat kepala jadi majal . hahaha

February 7, 2012 at 11:59 PM

sayembara tuuuu...puisi, cerpen dan novel...JOM!

February 8, 2012 at 12:44 AM

@reenapple
jangan takut untuk cuba. tuah menang. siapa tahukan reen?

February 8, 2012 at 12:46 AM

@Lady Windsor
lemau? asal plak? hik hik hik... jom masuk nak? *wat muka cuak*

February 8, 2012 at 12:47 AM

@Sparrow
olololo yang. 7 dah majal? ok tarik nafas lelama... releks... simpan nafas dulu...

February 8, 2012 at 12:48 AM

@EL MARIACHI
abg bro masuk. selongkar balik almari...

February 8, 2012 at 3:08 AM

selamat berjaya kepada yang masuk..
korang memang hebat.. =)

February 8, 2012 at 6:08 AM

haha...lemari tu dah penuh ngan sawang lelabahnyer, telur lipasnyer...tengok mana yang boleh guna lagi...

February 8, 2012 at 11:28 PM

Cik Bidadari,

lemari lama nak buka.. tapi takut byk lipas dah gigit suma harta kat dalam hehehe..

Abg Bro,
JOm hantar Maiza Amira.
apasal sedih cerita tu.. sob..sob..

February 12, 2012 at 9:30 AM

wahh ramai ni nak masuk sayembara..moh le kita menghangatkan medan tempur sastera ini dengan group S7W menguasai pasaran..tinggi tak cita-cita sayer?

February 12, 2012 at 10:39 AM

yeahhhhh...S7Wterzzzz...kita sudah berlatih tubi dah...ini medan terbaik untuk kita kemon kemon!!!

February 12, 2012 at 10:40 AM

Nond Andy - elokler kalau NA nak edit citer tu...abang bro takkan published citer tu atas nama abang bro...terlalu peribadi haha...

April 20, 2012 at 2:21 AM

Kalau story saya kt sini dapat respon baikk saya join lah.. Kalu tak..Hehehe.. Kate boleh email jer manusrip,yang borang penyertaan tuh kena hantar asing ker?

April 21, 2012 at 2:15 AM

@49
Alah... kamipun lebih kurang gak... sedang belajar berkispen... practice lelama dpt hasilkan tulisan yg lebih panjang dari ini...

eh masuklah. tuah manusia siapa tahu... borang rasanya kena hantar tak....

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...