Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, February 18, 2012

Benang Merah

1:10:00 PM | | | Best Blogger Tips


Mell seorang wanita bekerjaya dalam lingkungan 20-an . Pada usia yang muda dia telah berjaya mencapai beberapa matlamat yang di senaraikan dalam diarinya dan salah satunya menjadi seorang arkitek berjaya . Sesuatu yang sangat mengagumkan bukan ? Tambahan lagi apabila dia menjawat jawatan yang tinggi dan selalu mengetuai dalam sesuatu projek besar yang bernilai jutaan ringgit . Memanglah sesuatu yang perlu di tabik apabila kaum hawa berjaya melangkah setapak lebih dari kaum adam dalam bidang yang sepatutnya bukan kemahiran kaum hawa . Bagaimana sekalipun , mungkin Mell lupa kejayaannya itu bakal membuatkan dia di pinggir oleh kaum lelaki . Cemburu itu fitrah manusia . Diskriminasi jantina sememangnya ideologi yang tak dapat di singkirkan .Tetapi Mell tidak pernah ambil kisah . Hatinya sekeras besi . Dia lebih rela mengorbankan masa-masa muda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja .

Sekeras-keras hatinya , bila tiba tarikh 13 februari , Mell bagaikan cacing kepanasan . Bukan kerana risau dia tidak berpasangan , tetapi panas telinga mendengar suara-suara sumbang mengata tentangnya . Bukan itu sahaja , Mell juga terpaksa bersedia untuk melarikan diri dari lamaran rakan-rakan sepejabat . Dan menjadi kebiasaan pada setiap malam 13 februari itu dia akan menghabiskan masa di bar bersama sahabat karibnya , Maria . Berborak dan minum hingga kedua-duanya mabuk . Memang tidak profesional tetapi ada masanya wanita yang sentiasa menghabiskan masa berpakaian formal ini juga perlu berseronok . Melepaskan segala ketegangan yang disorok dengan egois . Lagipun , dia memang berniat untuk mabuk agar 14 hari bulan akan berlalu dengan pantas ketika dia menghabiskan masanya di atas katil bersama panadol dan air suam . 

Mell menekan punat telefon bimbitnya , cuba menghubungi Maria . Beberapa kali bunyi deringan tetapi tiada yang menjawab . Mell hampa . Dia tidak menunggu lama . Enjin kereta di hidupkan dan Mell terus meninggalkan kawasan parkir laju menuju ke bar yang menjadi 'hotspot' setiap kali tarikh durjana itu menjelang . Cuma malam ini , Mell mabuk sendirian . Menghabiskan sisa-sisa malamnya dengan berfikir tentang jodoh dan kehidupan cintanya . Tanpa disedari sudah beberapa gelas arak yang ditelan . Badannya berpeluh dan kepala pusing-pusing . Mell terus meminta penjaga bar menghubungi teksi . Masih boleh berfikiran waras untuk tidak memandu dengan kondisinya yang tidak stabil .

Mell sampai di kondo miliknya . Dalam keadaan yang berpinar-pinar Mell berusaha untuk mencari kunci di dalam beg tangan yang sarat dengan pelbagai barang keperluan . Tidak mahu diketuk . Bimbang mengganggu adiknya yang barangkali sudah lena di buai mimpi . Kunci pintu rumah berjaya di gapai . Sebaik sahaja pintu di pulas Mell berjalan ke sofa dan merebahkan tubuh . 

"Auwwww !!! "

"Heyy ! What the ... ? "

Seseorang membuka lampu . Mell terkebil-kebil menahan sakit mata akibat cahaya yang tersimbah secara mengejut . Penglihatannya masih kabur tetapi cukup untuk dia memahami situasi yang berlaku apabila melihat susuk lelaki remaja sedang tergesa-gesa meninggalkan rumah sambil memakai baju . Seorang lagi pula hanya berseluar dalam dan bersinglet putih . Sudah pastinya si empunya badan adik Mell . 

"Oh , wow . So now you're like having sex in my condo ? That's disgusting ."

"Shut up , Mell . Aku bukan budak kecil lagi . "

Mell berjalan menuju ke peti ais . Di ambil sedikit ais dan di bungkus dengan tuala kecil unuk menuam kepalanya . Perlahan-lahan dia berjalan ke arah adiknya yang dari tadi merenung tajam ke arah dia yang sedang mabuk .

"Kalau macam tu , pergi cari rumah sendiri . And have your fucking sex in you own house !! "

Tengking Mell . Adiknya tersentak . Tanpa membalas tengkingan Mell dia terus berlari ke bilik . Mell tidak menoleh sedikit pun . Dia terus ke biliknya dan laju rebah ke atas katil . Siling rumah ditenung kosong . Bermacam-macam yang difikirkan . Ada rasa bersalah dengan adiknya .Tidak sepatut adiknya ditengking . Dia sendiri pun tidak pernah menjadi contoh yang baik . Adakah dia menengking kerana rasa tidak puas hati kerana setiap malam 13 februari itu dia akan berasa sunyi dan melihat seorang lelaki bersama adiknya membuatkan dia bengang , cemburu , dengki .Sunyi ? Ya , dia memang terlampau sunyi . Bukannya dia tidak ingin mencintai atau dicintai , tetapi hatinya pernah sakit kerana keputusan yang salah . Bagaimana dia ingin pastikan lelaki yang bakal dia cintai selepas ini adalah orang yang sepatutnya di kasihi . Bagaimana kalau dia tersilap lagi ? Ah , sebenarnya memang hidup ini akan sentiasa berakhir dalam keadaan yang menyedihkan . Jodoh ? Itu karut . Mell memejamkan matanya dan terus dibuai mimpi .

******

Pagi keesokannya Mell terjaga dari tidur apabila terdengar hempasan pintu . Adiknya keluar barangkali . Kepala Mell terasa berat seperti dihimpit batu . Mell duduk bersila di atas katil . Tangannya memicit-micit kepala yang ada menunjukkan tanda-tanda pulih . Mell perasan sesuatu terikat pada jari kelingkingnya yang runcing .

"Eh . Siapa yang ikat benang merah ni ? " 

Mell cuba untuk menarik ikatan itu dari jarinya tetapi tidak berjaya . Mell perhatikan benang itu yang panjang meleret hingga ke luar pintu rumahnya . Mell cuma Mengagak ini perbuatan adiknya yang mungkin sengaja ingin menyakitkan hatinya . Balas dendam untuk kejadian malam tadi . Mell tergelak kecil .

"Bodohnya . Macam lah aku tak boleh nak potong benang ni ." 

Mell buka laci almarinya . Gunting diambil dan dia cuba menggunting benang itu . Pelik . Gunting itu tidak lut . Malah berkali-kali Mell cuba tetapi usahanya sia-sia belaka. Mell mula berasa pelik . Mell terasa seperti ada sesuatu yang pelik sedang berlaku . Dia segera mengenakan jeans birunya dan tube labuh hitam . Benang itu di tarik dan di gulung dari rumahnya . 

Mell terus mengikut arah benang itu yang tidak terlihat hujung pangkalnya . Gulungan demi gulungan . Dari rumahnya , Mell berjalan melintasi beberapa buah kedai di tingkat bawah kondonya , jalan besar , hospital , keliling padang bola dan dia terus berjalan tanpa disedarinya sudah jauh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya . Mell letih . Semput terbongkok-bongkok menggulung benang merah misteri yang tersimpul di jari kelingkingnya . Mell berputus asa untuk terus menggulung benang itu . Sudah tebal gulungannya tetapi tidak tahu bilakah gulungan itu akan berakhir . Mell duduk berseorangan di tepi jalan . Naik turun nafasnya . 

"Benang merah itu ... Benang yang hubungkan kamu dengan jodohmu ."

Mell berpaling ke arah datangnya suara yang menyapanya tadi . Seorang nenek tua berpakaian cheong sam , rambutnya yang beruban putih tersanggul rapi . Nenek itu tersenyum dan duduk disebelahnya . Mell mengesot ke tepi sedikit memberi ruang . 

"Maksud nenek ?"

"Mengikut kepercayaan , benang merah ini yang menghubungkan kamu dengan jodoh mu . Tak kira sejauh mana pun jodoh mu itu berada , biar beribu batu , benang ini akan merenggang , tetapi tidak pernah terputus . Jadi , kenapa perlu mencari ? "

Mell termenung . Dia tahu apa yang dikatakan oleh nenek itu kedengaran  gila dan sama sekali tidak masuk akal . Tetapi yang pasti , hatinya terasa lega seolah satu kepastian sudah terjawab . Dia tahu tiada apa yang perlu dirisaukan . Di hujung benang itu , ada seseorang untuknya . Mell tersenyum dan melepaskan gulungan benang itu dan berlalu pergi keriangan .

20 comments

February 18, 2012 at 9:20 AM

wah! suka ending ni.. :)

February 18, 2012 at 9:56 AM

aku suka...............

February 18, 2012 at 10:07 AM

Kalau benang hitam apa ya dihujungnya....

February 18, 2012 at 11:15 AM

senyum... dan berfikir.. di mana penghujung benang merahku?

Anonymous
February 18, 2012 at 11:57 AM

Khairul & Panglima : Terimas :)

Lady : Yang itu belum dikaji. hehe

Ladybird : terikat di jari seseorang. Akan ketemu bila sampai masanya

Anonymous
February 18, 2012 at 12:44 PM

hahahahaha ingatkan cerita seram tadi . nice !


-HEROICzero

Anonymous
February 18, 2012 at 1:36 PM

Hero : Haha . Kali ni buat kelainan sikit

February 18, 2012 at 1:39 PM

nice...
ingatkan cerita suspen macam yg sparrow selalu buat..hehehehe

February 18, 2012 at 1:46 PM

hm.
aku tak ada benang merah pun. cuma ada line internet. haha!

February 18, 2012 at 3:11 PM

indahhh...witttiiitt~~

February 18, 2012 at 4:32 PM

benang ye...hemmm entahle tapi nice...

February 18, 2012 at 8:05 PM

macam ada yang tak kena..
keh keh keh..
nice one Sparrow

Anonymous
February 18, 2012 at 10:25 PM

Teenager : Edisi ni genre songsang sikit . hehe

martini : Line internet pon jalan je

BBB & EL: Terimas XD

Api : Apakah? haha. Trimas

February 18, 2012 at 11:14 PM

i like... takda pisau takda darah....

Anonymous
February 19, 2012 at 12:12 AM

untuk hari ini je sis . hehehe

February 19, 2012 at 1:33 AM

@Sparrow
hahahaha..i knew it...

February 19, 2012 at 12:53 PM

ye ke ni kispen sparow? macam tak caya je. adakah mot bermimpi. red tread. akai ito.

February 19, 2012 at 1:26 PM

nice!!!

pernah terbaca tentang benang merah ni.. oh ya! bukan dlm blog. tapi dlm komik jepun 'suara langit' hehehe..

memula ingat citer ber'hantu' rupanya bukan :)

lain dari yg lain kispen ni :)

Anonymous
February 19, 2012 at 2:48 PM

Mot : haaa~ ni khas untuk Mot ni . hehe

Nong : Ahha . terimas. Tapi benang merah ni memang kepercayaan org jepun. lebih kurang definasi jodoh pada mereka

February 19, 2012 at 10:35 PM

ow...btul pun kepercayaan jepun :)

* kispen x ganas okeh hehe.. next week ganaz lagu ke?

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...