Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, February 24, 2012

Yang Tidak Terluah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips


“Perasaan cinta tu seperti sampah. Bila dah dibuang tak boleh direcycle balik.” Ayat Ikhwan pada Alia masih terngiang-ngiang di telinganya. Yaa… Alia punya perasaan pada Ikhwan. Ikhwan yang dikenali sejak kecil. Teman sepermainannya sejak kecil. Kawan baiknya yang berkongsi kisah suka dan duka. Yang sentiasa ada bilamasa dia menangis mengingatkan ayahnya yang tiada di dunia ini. Ikhwan tahu menenangkan hatinya.

Yaa… Alia tahu dia bukannya cantik. Dia tidak pandai bergaya seperti perempuan-perempuan yang cuba menawan hati Ikhwan. Dia tahu dia tidak layak dengan Ikhwan yang punya rupa. Dia tidak layak dengan Ikhwan dengan yang dari keluarga berada. Dia hanyalah anak orang gaji. Ibunya bekerja dengan keluarga Ikhwan setelah kematian ayahnya. Dan keluarga Ikhwan melayannya seperti anak sendiri. Mungkin disebabkan tiada anak perempuan di dalam keluarga Ikhwan. Dan sekarang, walaupun ibunya telah berhenti bekerja dengan keluarga Ikhwan, hubungan mereka masih rapat. Ibu Ikhwan selalu bertandang ke rumah mereka. Menanyakan khabar dan sebagainya.

Dan bilamasa Alia berhasrat untuk luahkan perasaanya pada Ikhwan, dia dikejutkan dengan berita Ikhwan berkasih dengan roomatenya, Nazirah. Ah… hancur perasaan Alia. Mana mungkin dia tidak tahu bahawasanya lelaki yang dimaksudkan oleh Nazirah adalah Ikhwan. Yang diceritakan kisah romantic mereka pada Alia. Bagaimana Wan yang selalu disebut oleh Nazirah adalah Ikhwan yang dikenalinya. Bagaiman dia tidak tahu tentang itu. Hatinya bagai dihiris dengan pisau yang tajam. Mana mungkin lelaki yang bertahun-tahun dia simpan perasaan akhirnya jatuh ke tangan Nazirah. Nazirah yang baru dikenali mereka setahun di university.

Dan selepas 4 tahun mereka menyulam kasih, Alia dikhabarkan pula dengan berita perpisahan mereka. Ikhwan menceritakan tentang kecurangan Nazirah. Betapa dia kecewa dengan Nazirah yang punya 2 teman lelaki yang istimewa dalam masa yang sama. Nazirah minta diberi peluang kedua namun Ikhwan bukan bodoh. Dilepaskann Nazirah walau berjuta-juta kali Nazirah merayu. Dan Alia pernah meminta Ikhwan menerima Nazirah kembali namun Ikhwan menolak. Alia tahu perangai Ikhwan, bila keputusan sudah diambil, tidak akan berpaling lagi. Dan itulah kali pertama dan terakhir Alia melihat air mata Ikhwan jatuh.

Dan sehingga sekarang Ikhwan masih membujangkan diri. Betapa ramai perempuan yang ingin menwan hatinya, tapi ditolaknya. Perempuan-perempuan di tempat kerjanya bukannya tidak cantik, namun Ikhwan masih membutakan hatinya. Melayan semua perempuan itu dengan sama rata. Dan Alia masih menyimpan perasaanya pada Ikhwan.

Yaa… Alia masih simpan perasaan itu. Perasaan pada Ikhwan. Dan perasaan itu tidak pernah diberitahunya. Pernah dia berhasrat untuk diberitahu tentang perasaan itu namun dibatalkan setelah Ikhwan melontarkan ayat itu. “Perasaan cinta itu ibarat sampah. Bila dah dibuang tak boleh direcycle balik”. Yaa… Ikhwan berkata sebegitu setelah Alia menanyakan tentang cinta pada Ikhwan dan jawapan itu yang diterimanya. Tahulah dia, bahawasanya Ikhwan tidak punya lagi perasaan untuk jatuh cinta. Dia serik dipermainkan Nazirah. Dia serik dengan perempuan-perempuan yang hanya memandang rupa dan kekayaanya. Dia fobia dengan perempuan tapi tidak dengan Alia.

“Alia,” Arif memanggil isterinya. “Jauh mengelamun,” Arif berkata lagi dengan senyuman. “Tak ada apa-apa lah awak. Saja tengah fikir nama yang sesuai nak bagi kat anak Ikhwan,” Alia berkata dengan senyuman. Arif hanya tersenyum memandang isteri yang baru dinikahinya 3 bulan yang lepas. “Anak kita bila pula?” Arif bergurau dengan isterinya. “Awak ni,” kata Alia sambil merenung manja suaminya. Arif hanya mampu tersenyum. Perkenalan setahun yang lepas ketika majlis perkahwinan Ikhwan dan Maisarah, sepupunya membawa kebahagian kepadanya.

Yaa… Ikhwan telah menamatkan jodohnya dengan Maisarah. Teman sekerja Alia. Alia tersenyum mengingatkan betapa Ikhwan dan Maisarah akan memulakan perang mulut mereka setiap kali bersua. Dan Alia tidak tahu bagaiman 2 insan yang berbeza pendapat, perangai dan citarasa boleh jatuh cinta. Mungkin takdir namanya. Dan dia gembira Ikhwan telah bertemu jodohnya. Walaupun bukan dengan Alia, dia tetap gembira untuk sahabat baiknya. Mungkin pada permulaanya dia kecewa tapi dia tahu setiap yang berlaku ada hikmahnya dan mungkin dia telah jumpa hikmah itu.

Dan jauh di sudut hati Alia, dia bertuah tidak diluahkan perasaan itu pada Ikhwan. Dia bersyukur perasaan itu tidak pernah terluah.

7 comments

February 24, 2012 at 9:46 PM

Arghhh ingatkan ikhwan jadi dgn Alia...

February 24, 2012 at 10:12 PM

:) Lady,

kan dah namanya x terluah hehehe..

rupanya yg x terluah tu pun boleh ada hikmah juga yek? :)

February 24, 2012 at 10:17 PM

bila kita syg paling utama lihat org yg kita syg gembira... kita tumpng bahagia kerana aliapun jumpa lelaki yg terbaik jg bukan? hahaahahahhaha... comel....

February 25, 2012 at 2:09 PM

mak aih...cerita ni....


ya, sangat bagus bila tidak terluah..
:)

nice story reen..:D

February 25, 2012 at 5:13 PM

cinta tak semestinya memiliki...





beria ingat arif tu ikhwan, kot2 nme ikhwan arif ke, arif ikhwan ke..upanya memang tak sama..hehehe





best nih reenapple

February 25, 2012 at 9:44 PM

cinta tak terluah..
hehe..
best.. =)

May 20, 2012 at 4:23 PM

yg tak terluah kdang2 bahagia..senang je simpan sorang2..
yg tak terluah kdang2 derita..susah bila tiba masa rasa nk dibuka..perghhh!hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...