Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Showing posts with label Tema - 'Hari Kekasih' Feb 2012. Show all posts
Showing posts with label Tema - 'Hari Kekasih' Feb 2012. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Catatan Sang Pencinta

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


Tahun 2002
Pertama kali kita duduk di kelas yang sama. Pertama kali juga hati ini terdetik cuba menghadam suatu rasa. Pertama kali lagi entah semangat apa yang merasuk ke jiwa. Mulanya hanya ejekan rakan-rakan sekelas sahaja yang sememangnya sering memadankan pasangan. Aku tidak terkecuali kerna aku pun kenenkan orang lain jugak. Gosip-gosip liar mula menular. Mulanya aku tak ambil pusing. Biasalah tu setakat kenenkan orang ni kan. Tapi lama-lama, bayangan kau mula menghantui malam-malam ku. Aku dah cuba untuk usir, bukan sekali malah berkali-kali namun semakin aku usir semakin kerap ia datang menjelma. Kenapalah bayang kau ni degil sangat. Kalau kau yang datang tak apa juga.


Tahun 2003
Kau memang budak bijak. Tahun ni kau naik kelas pertama. Aku masih di kelas kedua untuk tahun ke tiga berturut turut. Kelas berlainan masalah kecil sahaja. Apa ada hal. Walaupun aku tak pernah nyatakan isi hati aku kat kau tapi aku agak kau tahu apa yang aku rasa. Tapi aku agak je. Betul ke tak aku tak tahu. Paling aku ingat tragedi 18 Julai. Malam tu hari lahir kau. Aku semangat awal-awal dah beli kad masa outing. Tapi aku kaver line jugak la. Kalau kantoi dengan budak-budak ni tak ke kena bahan bertalu-talu. Malam tu mulanya aku nak tulis sendiri kad tu. Tapi tangan boleh pulak ketar-ketar. Aku suruh la Anam tolong tuliskan. Kebetulan juga tulisan dia agak lawa berbanding tulisan aku. Dah siap tulis ucapan semua, aku pun usyar line. Lupa nak bagitahu, masa tu waktu prep malam. Takut juga kalau terserempak dengan warden kan walaupun kelas kita sebelah je. Perati budak-budak tengah ralit bergosip apa entah. Aku keluar kelas senyap-senyap. Mujur juga kau duduk belakang sekali. Dekat sikit aku nak bagi kad. Tak mujurnya masa aku nak bagi tu boleh pulak kantoi dengan Muiz yang mulut macam puaka. Malam tu jugak terus kecoh satu tingkatan membawak ke balik asrama. Sempat juga aku jeling tengok reaksi kau. Kau dengan mata sepet macam cina tu senyum jek. Kau boleh la rileks yang kena bahan aku. Nasib baik la aku suka kat kau.


Tahun 2005
Lepas kau pindah tingkatan empat dulu, ada juga aku telefon kau bila cuti. Itu pun kena kumpul duit syiling dulu banyak-banyak. Baru la boleh gayut lama-lama ye dak. Tapinya aku ada masalah juga dengan sorang budak ni. Arip Dillah namanya. Agak tak agak la dia ni selamba je nak potong line aku. Apa dia ingat dia boleh dapat agaknya. Kalau kau nak pilih dia baik kau pilih aku je. Confirm aku lagi berkaliber dari beliau. Elok juga kau tak pilih siapa-siapa pun. Kalau kau nak tahu, satu-satunya nombor telefon rumah yang aku ingat sampai hari ni adalah nombor telefon rumah kau. Nombor telefon rumah aku pun kekadang aku lupa. Power jugak penangan kau ni. Mungkin masa ni aku dijangkiti penyakit angau tak pun meroyan sebab kau punya level tak pernah nak jatuh sentiasa up je kalau nak bandingkan dengan gadis lain. Apa manderem la kau pakai sampai aku boleh jadi macam ni. Haish.


Tahun 2008
Bermula kejadian kantoi aku bagi kad masa hari lahir kau yang dulu tu, aku tak pernah terlupa untuk ucapkan selamat ulang tahun kat kau. Itu pun kalau kau perasan la. Kau punya tarikh keramat tu akan automatik akan keluar reminder dalam otak aku bila tiba masanya. Macam-macam skill dah aku ucap. Untuk pertama kalinya aku nyanyi lagu birthday kat perempuan kau tahu. Jap, mesti kau tak tahu kan. Aku saja bagitahu. Masa ni kita dah tak pernah jumpa. Kau dengan hidup kau. Aku dengan bayangan kau dalam hidup aku. Itu satu-satunya perkara yang kau tinggalkan dekat aku sampaikan aku sendiri dah lali dan tak boleh nak kawal. Ada satu masa mak aku marah kat aku sebab tak tidur lagi walhal sudah lewat dah masuk pagi. Bukannya aku tak mahu tidur tapi masa aku nak tidur jek kau datang. Masa aku nak tidur jek kau datang. Pusing kiri tak boleh tidur. Pusing kanan tak boleh tidur. Meniarap apatah lagi. Seksa kau tahu. Kau tak tahu semua tu.


Tahun 2010
Dengar cerita dari Musataqim kau dah ada pakwe eh. Untung lah pakwe kau. Sampai nak melepak dengan kawan-kawan lama pun tak bagi. Walau aku tak hubungi kau, tapi aku tahu semua cerita kau. Daripada aku tak nak tahu pun jadi tahu kau tahu. Mungkin aku tak pernah jumpa dia tapi mesti dia seorang yang cukup sempurna di hati kau berbanding aku. Eh, aku pernah ke ada kat hati kau tu? Tett. Jawapan dia tak pernah. Sebab aku ni penakut nak bagitahu perasaan aku dekat kau. Selama ni aku simpan saja rasa ni dan biarkan ia merebak menular disetiap jiwa aku. Rasa itu sangat pasarit. Secebis kau tinggalkan sekarang dah menjadi satu jasad yang hidupnya dinodai nostalgia ingatan yang membebankan. Zahirnya seperti tiada apa yang berlaku tapi dalamnya perit dipenuhi dengan foto fantasi yang diciptakan sendiri. Mungkin dalam abnormaliti. Sungguhnya aku tak perlukan gambar kau waima sekeping pun kerna setiap inci fizikal kau dalam pelbagai reaksi jelas terpancar dalam fikiran aku. Sang pecinta yang loser.


Tahun 2011
Malam 18 Julai, aku menghantar satu pesanan ringkas pada kau. Satu entry nostalgia telah ku karang sememangnya untuk kau. Walaupun kau tak kenal si pemberi pesanan ringkas, kerna aku hanya nyatakan kawan lama, tapi aku masih meneruskan rutin di setiap hari lahir kau. Perasaan berbelah bagi juga untuk aku hantar pada kau link entry tersebut. Akhirnya, aku nekad. Itulah pesanan ringkas terakhir sampai ke hari ini yang aku kirimkan. Aku tahu kau sudah baca entry tersebut. Dan aku juga dapat rasa kau tahu siapa yang menulisnya walau nama pena aku lain daripada nama panggilan djaman sekolah dahulu. Kau dapat agak kan? Tapi ternyata kau tak mahu untuk terusan menghubungi aku walau sekeping pesanan ringkas. Kau biarkan aku menunggu lagi hatta sekian lama aku telah menunggu kau. Aku tak tahu apa yang kau rasa. Aku tak tahu apa perasaan kau. Aku tak tahu apa reaksi kau. Aku mahu tahu!! Setelah aku seberani mungkin untuk menulis tentang kau, tapi kau sedikit pun tak memberi respon terhadap penulisan aku. Bukan penulisan sangat sebenarnya tapi perasaan aku terhadap kau yang sekian lama aku pendam. Salah aku. Seberani aku pun hanya mampu memberi link entry sahaja pada kau. Tidak menyatakan sejelasnya dengan lisan. Apatah lagi hendak berdepan. 


Tahun 2012
Tahun ini genap 10 tahun rasa yang kau beri. Bukan. Bukan kau beri tapi aku yang merasai. Tahun ini juga aku belum mendapat sebarang perkhabaran tentang kau daripada siapa pun. Bagaimana kondisi kau sekarang? Kau sihatkah? Bila nak tamat belajar? Bila nak kahwin? Ah. Soalan terakhir itu membuatkan aku gila. Gila dalam situasi yang aku ciptakan sendiri. Tapi semuanya sebab kau. Salah kau. Kau yang buat aku jadi macam ni. Kau yang sulamkan rasa ini. Kau yang sering menemani malam malam ku yang sepi. Kau yang selalu menjadi teman bual aku sebelum tidur. Kau yang menjadikan halusinasi aku ceria padahal realiti macam celaka. Aku memikirkan untuk menutup catatan ini di sini. Tapi sebelum tu aku amat berharap agar dapat bertemu dengan aku sekali sahaja lagi. Mungkin buat kali terakhir dalam realiti. Aku juga berharap agar kau tak lagi datang dalam mimpi. Kerna yang peritnya hanya aku seorang yang tanggung. Itu tidak aci. Namun setelah lama aku rasakan semua ini sendiri, aku mahu juga tanya kau. Adakah ini sesuatu dipanggil cinta atau hanya mainan perasaan aku semata-mata?

Saturday, February 18, 2012

Vagentine

10:34:00 PM | | | Best Blogger Tips
M. Faiz Syahmi


Cerrie bermain rambutnya. Menggulung-gulung dengan jari. Di hadapan cermin, dia tersenyum sendiri. Dia telah jatuh cinta. Dan dia sangat gembira dengan perasaan bahagia. Wangian Ceri memenuhi rongga hidung. Cerrie melompat terjun ke atas katil. Dia menepuk tangan dua kali. Lampu tidur terpasang, lampu bilik terpadam. Malam ini dia akan bermimpikan bintang-bintang. Kerana cinta makin hari makin datang, tiap hari timbul rasa sayang. Esok akan jumpa lagi dengan tersayang.

“Awak, awak masih tak percaya saya?” Cerrie berwajah gusar. Seminggu. Seminggu dia ambil masa untuk memberanikan diri meluahkan rasa hatinya. Dia masih tak dapat menerima hakikat bahawa si dia masih tidak dapat percayakannya. Cerrie peluk belakang si dia. “Winnie.. please.. I want you. Really. And I am serious about it,” Cerrie membisikkan ke telinga Winnie. Winnie mengeluh perlahan. Tangan Cerrie yang melingkar perut Winnie makin lama makin naik ke atas. Tak lama, menyentuh dadanya. Tangan Cerrie menjalar lebih jauh, naik ke atas bahu Winnie. Kemudian tangan itu terus jatuh, mencari tangan Winnie. Dua tangan berpegangan erat. “Darling.. I love you,” Cerrie bisik perlahan lagi.
“Hmmm..” Winnie pejam mata. Air matanya mengalir setitik. “Saya bukan tak percayakan awak, tapi semuanya berlaku terlalu pantas. Sayang, saya sayangkan awak. Tetapi hanya sekadar teman semata-mata. Bukannya sebagai seorang pencinta..” Winnie usap-usap pipinya pada kepala Cerrie. Bau ceri menjengah hidungnya. Bau kesukaannya. Tangan Cerrie dicumbu. Dari belakang telapak tangan, bergerak ke pergelangan tangan. “Cerrie, aku suka bau ceri,” Winnie berbisik.
“Kalau awak dah sukakan saya, kenapa tidak boleh kita bercinta?” Winnie tarik tangannya. Dia mengundur bontotnya sedikit jauh ke belakang. Rajuk.
“Sayang, susah saya mahu katakan perkara yang sebenarnya. Ini, apa awak pinta ini adalah tabu. Bagaimana hendak kita berdua-duaan kalau mata-mata yang memandang, penuh dengan caci-maki? Lagipun.. saya tidak tahu apa yang istimewanya pada saya ini yang buatkan awak jatuh cinta pada saya.” Winnie paling ke belakang, berhadapan dengan Cerrie. Kemudian, dia pegang bahu Cerrie. “Look at me, dear,” Cerrie pandang Winnie. “Look. I love you. Really. You are my bestfriend forever.  The best, even. I wouldn’t want to hurt you if we have problems while we’re dating. Sayang, tak bolehkah kalau kita hanya sekadar sahabat baik selamanya?”
            Cerrie tunduk. Bibir menjuih. Mata berair.
            “Darling..” Winnie angkat dagu Cerrie. Dahi bertemu dahi. Mata bertentang mata. “Saya bukannya tak menyayangi awak seperti awak menyayangi saya. Saya memang sangat menyayangi awak. Cuma rasional dan logik fikiran saya menentang segalanya.” Winnie sambung cerita.
            “Awak masih sempat berfikir secara rasional dalam cinta? Awak tipu saya,” Cerrie pandang ke kiri. Dahi masih bertemu dahi.
            “Percayalah, saya tidak menipu awak...” Bibir Winnie makin mendekati bibir Cerrie. Nafas hangat saling bertembung. Jantung berdegup kencang. Bibir kemudiannya bertaut rapat. Tangan masing-masing memegang erat satu sama lain. Cumbu demi cumbu bertalu-talu. Nafas ditarik dalam-dalam. Puas. Cumbu Perancis yang paling puas dirasakannya. Tidak sangka, Winnie memakai lipsbum perasa ceri.
            “I love you, Winnie.”
            “I love you, Cerrie.”
            “Salam Valentine.” Mereka berdua ucapkata bersama.
           Cumbu demi cumbu bersambung lagi. Sehelai demi sehelai baju ditanggalkan. Tangan berkeliaran ke sana sini. Tidak satu pun bahagian tubuh ditinggalkan tidak disentuhkan. Rasa cinta diluahkan melalui gerak fizikal. Biar sama-sama rasa, biar rasa sayang makin menjelma.

Benang Merah

1:10:00 PM | | | Best Blogger Tips


Mell seorang wanita bekerjaya dalam lingkungan 20-an . Pada usia yang muda dia telah berjaya mencapai beberapa matlamat yang di senaraikan dalam diarinya dan salah satunya menjadi seorang arkitek berjaya . Sesuatu yang sangat mengagumkan bukan ? Tambahan lagi apabila dia menjawat jawatan yang tinggi dan selalu mengetuai dalam sesuatu projek besar yang bernilai jutaan ringgit . Memanglah sesuatu yang perlu di tabik apabila kaum hawa berjaya melangkah setapak lebih dari kaum adam dalam bidang yang sepatutnya bukan kemahiran kaum hawa . Bagaimana sekalipun , mungkin Mell lupa kejayaannya itu bakal membuatkan dia di pinggir oleh kaum lelaki . Cemburu itu fitrah manusia . Diskriminasi jantina sememangnya ideologi yang tak dapat di singkirkan .Tetapi Mell tidak pernah ambil kisah . Hatinya sekeras besi . Dia lebih rela mengorbankan masa-masa muda dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada kerja .

Sekeras-keras hatinya , bila tiba tarikh 13 februari , Mell bagaikan cacing kepanasan . Bukan kerana risau dia tidak berpasangan , tetapi panas telinga mendengar suara-suara sumbang mengata tentangnya . Bukan itu sahaja , Mell juga terpaksa bersedia untuk melarikan diri dari lamaran rakan-rakan sepejabat . Dan menjadi kebiasaan pada setiap malam 13 februari itu dia akan menghabiskan masa di bar bersama sahabat karibnya , Maria . Berborak dan minum hingga kedua-duanya mabuk . Memang tidak profesional tetapi ada masanya wanita yang sentiasa menghabiskan masa berpakaian formal ini juga perlu berseronok . Melepaskan segala ketegangan yang disorok dengan egois . Lagipun , dia memang berniat untuk mabuk agar 14 hari bulan akan berlalu dengan pantas ketika dia menghabiskan masanya di atas katil bersama panadol dan air suam . 

Mell menekan punat telefon bimbitnya , cuba menghubungi Maria . Beberapa kali bunyi deringan tetapi tiada yang menjawab . Mell hampa . Dia tidak menunggu lama . Enjin kereta di hidupkan dan Mell terus meninggalkan kawasan parkir laju menuju ke bar yang menjadi 'hotspot' setiap kali tarikh durjana itu menjelang . Cuma malam ini , Mell mabuk sendirian . Menghabiskan sisa-sisa malamnya dengan berfikir tentang jodoh dan kehidupan cintanya . Tanpa disedari sudah beberapa gelas arak yang ditelan . Badannya berpeluh dan kepala pusing-pusing . Mell terus meminta penjaga bar menghubungi teksi . Masih boleh berfikiran waras untuk tidak memandu dengan kondisinya yang tidak stabil .

Mell sampai di kondo miliknya . Dalam keadaan yang berpinar-pinar Mell berusaha untuk mencari kunci di dalam beg tangan yang sarat dengan pelbagai barang keperluan . Tidak mahu diketuk . Bimbang mengganggu adiknya yang barangkali sudah lena di buai mimpi . Kunci pintu rumah berjaya di gapai . Sebaik sahaja pintu di pulas Mell berjalan ke sofa dan merebahkan tubuh . 

"Auwwww !!! "

"Heyy ! What the ... ? "

Seseorang membuka lampu . Mell terkebil-kebil menahan sakit mata akibat cahaya yang tersimbah secara mengejut . Penglihatannya masih kabur tetapi cukup untuk dia memahami situasi yang berlaku apabila melihat susuk lelaki remaja sedang tergesa-gesa meninggalkan rumah sambil memakai baju . Seorang lagi pula hanya berseluar dalam dan bersinglet putih . Sudah pastinya si empunya badan adik Mell . 

"Oh , wow . So now you're like having sex in my condo ? That's disgusting ."

"Shut up , Mell . Aku bukan budak kecil lagi . "

Mell berjalan menuju ke peti ais . Di ambil sedikit ais dan di bungkus dengan tuala kecil unuk menuam kepalanya . Perlahan-lahan dia berjalan ke arah adiknya yang dari tadi merenung tajam ke arah dia yang sedang mabuk .

"Kalau macam tu , pergi cari rumah sendiri . And have your fucking sex in you own house !! "

Tengking Mell . Adiknya tersentak . Tanpa membalas tengkingan Mell dia terus berlari ke bilik . Mell tidak menoleh sedikit pun . Dia terus ke biliknya dan laju rebah ke atas katil . Siling rumah ditenung kosong . Bermacam-macam yang difikirkan . Ada rasa bersalah dengan adiknya .Tidak sepatut adiknya ditengking . Dia sendiri pun tidak pernah menjadi contoh yang baik . Adakah dia menengking kerana rasa tidak puas hati kerana setiap malam 13 februari itu dia akan berasa sunyi dan melihat seorang lelaki bersama adiknya membuatkan dia bengang , cemburu , dengki .Sunyi ? Ya , dia memang terlampau sunyi . Bukannya dia tidak ingin mencintai atau dicintai , tetapi hatinya pernah sakit kerana keputusan yang salah . Bagaimana dia ingin pastikan lelaki yang bakal dia cintai selepas ini adalah orang yang sepatutnya di kasihi . Bagaimana kalau dia tersilap lagi ? Ah , sebenarnya memang hidup ini akan sentiasa berakhir dalam keadaan yang menyedihkan . Jodoh ? Itu karut . Mell memejamkan matanya dan terus dibuai mimpi .

******

Pagi keesokannya Mell terjaga dari tidur apabila terdengar hempasan pintu . Adiknya keluar barangkali . Kepala Mell terasa berat seperti dihimpit batu . Mell duduk bersila di atas katil . Tangannya memicit-micit kepala yang ada menunjukkan tanda-tanda pulih . Mell perasan sesuatu terikat pada jari kelingkingnya yang runcing .

"Eh . Siapa yang ikat benang merah ni ? " 

Mell cuba untuk menarik ikatan itu dari jarinya tetapi tidak berjaya . Mell perhatikan benang itu yang panjang meleret hingga ke luar pintu rumahnya . Mell cuma Mengagak ini perbuatan adiknya yang mungkin sengaja ingin menyakitkan hatinya . Balas dendam untuk kejadian malam tadi . Mell tergelak kecil .

"Bodohnya . Macam lah aku tak boleh nak potong benang ni ." 

Mell buka laci almarinya . Gunting diambil dan dia cuba menggunting benang itu . Pelik . Gunting itu tidak lut . Malah berkali-kali Mell cuba tetapi usahanya sia-sia belaka. Mell mula berasa pelik . Mell terasa seperti ada sesuatu yang pelik sedang berlaku . Dia segera mengenakan jeans birunya dan tube labuh hitam . Benang itu di tarik dan di gulung dari rumahnya . 

Mell terus mengikut arah benang itu yang tidak terlihat hujung pangkalnya . Gulungan demi gulungan . Dari rumahnya , Mell berjalan melintasi beberapa buah kedai di tingkat bawah kondonya , jalan besar , hospital , keliling padang bola dan dia terus berjalan tanpa disedarinya sudah jauh meninggalkan kawasan tempat tinggalnya . Mell letih . Semput terbongkok-bongkok menggulung benang merah misteri yang tersimpul di jari kelingkingnya . Mell berputus asa untuk terus menggulung benang itu . Sudah tebal gulungannya tetapi tidak tahu bilakah gulungan itu akan berakhir . Mell duduk berseorangan di tepi jalan . Naik turun nafasnya . 

"Benang merah itu ... Benang yang hubungkan kamu dengan jodohmu ."

Mell berpaling ke arah datangnya suara yang menyapanya tadi . Seorang nenek tua berpakaian cheong sam , rambutnya yang beruban putih tersanggul rapi . Nenek itu tersenyum dan duduk disebelahnya . Mell mengesot ke tepi sedikit memberi ruang . 

"Maksud nenek ?"

"Mengikut kepercayaan , benang merah ini yang menghubungkan kamu dengan jodoh mu . Tak kira sejauh mana pun jodoh mu itu berada , biar beribu batu , benang ini akan merenggang , tetapi tidak pernah terputus . Jadi , kenapa perlu mencari ? "

Mell termenung . Dia tahu apa yang dikatakan oleh nenek itu kedengaran  gila dan sama sekali tidak masuk akal . Tetapi yang pasti , hatinya terasa lega seolah satu kepastian sudah terjawab . Dia tahu tiada apa yang perlu dirisaukan . Di hujung benang itu , ada seseorang untuknya . Mell tersenyum dan melepaskan gulungan benang itu dan berlalu pergi keriangan .

Thursday, February 16, 2012

Takkan Berhenti

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Hari ini aku dan kamu sudah berjanji untuk bersua. Seperti sebelumnya. Berkali-kali aku mengingatkanmu. "Sayang, jangan lupa tau." Kamu hadiahkan aku senyuman. Aku bukan apa, aku tak mahu jadi penunggu. Aku tak mahu perkara hari ini berlaku lagi. Hari ini kamu lewat. Aku buat muka. Alasan kamu kali ini aku terima. Tapi,aku tak ingin kalau esok perkara hari ini berulang lagi.

"Kamu jangan risau. Aku ada esok. Aku tunggu kamu di tempat biasa. Aku tahu kamu sangat rindukan aku."
Aku senyum mendengar kata-katamu.
"Kalau tak ada aku merajuk lima puluh bulan" Aku tarik muka.
Kamu senyum.
"Kenapa senyum?"
"Sebab kamu manja"
Terasa panas pipiku. Wajahku merona merah.
"Mana ada manja. Aku kasar tahu?"

Kamu senyum lagi. Aku tahu kamu sibuk. Tapi seboleh-bolehnya kamu luangkan masa bersama aku. Aku sangat-sangat hargainya.

Hampir setiap hari kita bersua. Bersua di tempat yang sama. Berbicara seolah-olah esok takkan ada. Seolah-olah hanya hari ini yang kita ada. Dan hari ini. Aku tunggu kamu. Di tempat biasa. Sabar. Kerana aku tahu kamu akan ada.

Kamu menegur aku seperti biasa. Seperti selalunya kamu akan senyum lebar yang akan menampakkan sebaris gigimu yang tersusun rapi. Aku suka.

"Kenapa lambat?"
"Ada keja sikit sayang"
"Lama aku tunggu. Macam-macam aku fikir. Aku risaukan kamu. Hari ni aku sedih sangat. Nak luahkan kat kamu. Tapi kamu lambat lagi."
"Kan dah ada ni"
kamu senyum lagi.
"Tak sama. Tadi aku sangat-sangat perlukan kamu."
Kamu senyum lagi. Aku jadi pelik dengan tingkahmu.

"Asal kamu tahu aku sentiasa ada bersama kamu" Kamu peluk aku.
"Aku sayangkan kamu tahu. kamu sayangkan aku?" Aku bisik ke cuping telingamu. Kamu senyap.Lama.
"Kenapa?" Tanyaku.
"Biar hati menjawab segala" Katamu ringkas. Sekian kalinya senyuman itu kau hadiahkan untuk aku. Kamu peluk aku erat. Peluk rapat-rapat.

"Maafkan aku sayang kerana aku tak berada di samping kamu pada hari yang istimewa itu nanti. "
Aku senyum.
"Aku tak perlukan semua itu sayang.kasih, sayang, dan cinta kamu sentiasa ada bersama aku. Itu sebenarnya lebih dari cukup"
Kamu senyum.

Dia lelaki cukup sempurna bagi aku. Dia lelaki yang tak pandang fizikal aku. Dia lelaki yang mencintai aku biarpun kekurangan aku mengatasi segala kelebihan aku. Dia lelaki yang menerima aku seadaanya. Aku terima dia dalam hidup aku kerana dialah lelaki yang satu-satunya mencintai aku tanpa perlu berjumpa dengan aku. Dialah lelaki yang mencintai aku melalui pandangan hatinya bukan pandangan matanya.

Buzz! buzz! buzz!

Aku tersentak. Aku pandang skrin komputerku. Terlalu jauh aku mengelamun.

"Kamu buat apa tadi?"
"Errr.. Ada je kat sini."
Aku senyum.
"Sayang pergilah tidur. Dah lewat. Esok kita 'jumpa' lagi ok. Aku tunggu kamu. Aku ada sesuatu untuk kamu sebelum kamu tidur"
"Apa dia?"
Kamu senyum.

Ada satu 'file' kamu hantar. Aku membuka 'file' tersebut. Gambar kamu bersama seekor kucing. Aku perhatikan wajah kamu. Ceria. Aku nampak sesuatu. Janggut sejemputmu. Aku senyum.

"Dah tengok gambar kan? Tidur ok. Sayang kamu. Semoga Tuhan menjagamu"
"Kamu juga sayang." Balasku ringkas.
"Sayang, nanti aku tak dapat meluangkan masa seperti ini lagu. Terlalu banyak yang aku perlu selesaikan. Harap kamu faham. Apa yang aku lakukan ini hanya untuk kamu. Untuk kita sayang"

Aku senyum nipis. Bukan aku tak memahamimu.
"Aku pasti akan merinduimu" Jawab aku ringkas.
"Tahu, aku juga pasti merinduimu.kamu jaga diri. Jangan fikir bukan-bukan. Aku hanya sayangkan kamu. Hanya kamu."

Ya, hanya Yahoo Messengger jadi perantara kita. Hanya di sini kita bersua. Hanya di sini kita berkongsi cerita. Hanya di sini kita meluah rasa. Saban hari aku menjadi penunggu yang setia. Menunggu di sini seperti biasa. Menunggu kamu yang aku cinta.

Aku baca lagi puisi yang kamu tulis untuk aku pada hari kekasih setahun yang lepas...
"Bila awan mendung, menitik air yang sedikit, sedikit-sedikit itu berubah menjadi banyak-banyak, berubah menjadi hujan yang lebat,tak usah kau berhenti menanti. Lihat pada langit yang hitam pekat kusam, carilah satu cahaya, yang bukan di lihat dengan mata, tetapi hati yang percaya-percaya"-kesayanganmu-

Aku pandang langit petang itu. Lama. Aku senyum.

Wednesday, February 15, 2012

Sesucinya Cintamu

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Aku ingat lagi. Masa tu tanggal 14 Februari 2008. Kau tahu apa maknanya…? Aku tak tahu. Bagi aku, hari tu sama sahaja macam hari-hari biasa yang aku lalui. Hambar. Kau tahu kenapa…? Sebab aku tak punya apa-apa. Orang pun tak mahu kawan dengan aku. Yelah, aku kan miskin. Pakaian pun tampak selekeh. Aku tak wangi seperti mereka yang mampu. Sungguh, aku rasa begitu rendah diri saat berhadapan dengan kalian. Sebab tu aku selalu duduk keseorangan.

Sehari sebelum hari tu, budak-budak semua kecoh dalam kelas bila Cikgu Rohaini umumkan nak buat pertukaran hadiah sesama sendiri pada tarikh 14 Februari. Aku tak faham mengapa kita harus buat tu semua. Bagi aku, itu semua tak perlu. Tapi aku hanya diam. Tidak berani untuk melontar kata. Kau pun tahu kan kenapa. Tak perlu aku ulang beribu kali. Tika pelajar lain sibuk memikirkan hadiah apa yang bakal mereka beli kelak, aku duduk mengasingkan diri di penjuru kelas. Sampai satu tahap, aku sudah tidak ambil tahu apa yang sedang terjadi. Aku bagai berada dalam duniaku sendiri. Dunia yang hanya aku seorang sahaja penghuninya. Sedar-sedar, kau berada di sebelah ku. Aku diam. Aku tengok je setiap gerak laku kau. Kau tarik kerusi lalu duduk depan aku. Aku pelik. Kau tak malu ke? Aku sempat menangkap bila mata-mata mereka mula menjeling lihat. Tapi kau tetap tenang. Kau lempar senyum bila mata kita bertembung. Canggung benar aku rasakan tika itu.

Hari kejadian… Sesampainya aku di kelas, aku lihat bungkusan-bungkusan hadiah yang cantik dan pelbagai saiz telah dikumpulkan di atas sebuah meja. Kosong fikiranku sejenak. Ragu-ragu sama ada mahu meletakkan ‘hadiah’ yang ku bawa turut bersama dengan hadiah-hadiah lain ataupun sekadar menyimpan di kocek seluarku yang lusuh sahaja. Akhirnya, aku terus melangkah ke tempat duduk tanpa meletakkan ‘hadiah’ ku di atas meja tersebut.

“Mad, mana hadiah kau…? Tak kan lah jajan duapuluh sen pun kau tak mampu nak beli kot…?”, tanya Azhar, pelajar macho kegilaan para gadis. Aku tahu pertanyaannya hanya sekadar ingin menyindir. Ya, aku tak mampu orangnya. Aku sendiri mengaku akan hal itu. Tiada jawapan yang tepat ku berikan, cukuplah sekadar senyum tawar yang terukir di bibirku.

Tiba saat untuk mencabut nama sesama sendiri, aku hanya berdoa agar ‘dia’ yang bakal menerima ‘hadiah’ ku kelak tidak mengharapkan sesuatu yang begitu berharga. Dan kau… Kau lah orangnya yang akan mendapat ‘hadiah’ ku. Aku lihat kau senyum bila aku mencabut nama kau. Tampak ikhlas senyuman yang kau berikan. Tapi aku masih ragu-ragu. Ragu-ragu untuk membalas senyuman kau. Dan ternyata, aku biarkan senyuman kau hilang dihembus angin yang berlalu.

Tamat waktu persekolahan, aku lihat ada antara kita yang sudahpun membuka hadiah masing-masing. Tidak sabar mungkin untuk melihat isi dalam. Aku mencuri pandang ke arah kau yang sedang berkemas untuk pulang. Ingin benar aku pergi dekat dengan kau untuk berikan ‘hadiah’ yang sepatutnya kau terima, tapi aku tak punya kekuatan. Sehinggalah kau berjalan keluar sampai ke pagar sekolah, aku cuba mengejar. Sedaya upaya aku beranikan diri untuk memanggil.

“Ayu… Untuk awak. Maaf, tak seberapa. Saya pergi dulu…”. Ucapku sekali lafaz. Sekeping kertas bertukar tangan.

“Amad…”. Hati aku bergetar mendengar panggilan dari kau. Aku sendiri tak tahu mengapa harus begitu jadinya. Sukar untuk aku mentafsir.

“Ini untuk awak…”.

“Tapi bukan nama saya yang awak cabut tadi.”

“Ya…Memang bukan nama awak. Tapi hadiah ni untuk awak. Ambillah… Dari saya…”. Ayu senyum menghulur hadiah.

Aku masih kaku berdiri. Tidak tahu bagaimana mahu memberi respon.

“Ambil Mad… Tak elok tolak pemberian orang…”, kau cuba memujuk untuk aku mengambil saja apa yang kau hulurkan. Arghhh… Kau sendiri tahu bukan aku segan dengan kau. Aku malu dengan keadaan diri aku sendiri. Dan kau pula, terus-terusan tidak lokek untuk melemparkan senyuman yang manis. Ya, manis bagai gula-gula LOLLIPOP!

****************************

“Awak simpan lagi pemberian saya sepuluh tahun lepas…?”.

“Mestilah simpan sayang. Hadiah ni bermakna sangat bagi saya. Sebab tu sampai sekarang saya masih simpan”, lembut aku menjawab pertanyaan kau yang kini sudah dua bulan menjadi isteriku. Aku merangkul kau kemas dalam dakapan.

“Awak nak tahu. Selain arwah ibu saya, awaklah orang yang paling membantu dalam memberi dorongan pada saya tau. Mungkin kalau tak kerana awak, saya dah putus asa. Gagal dalam hidup. Terima kasih sayang… Terima kasih sebab sudi terima saya seadanya. Terima kasih kerana lengkapkan hidup saya”. Aku meluah kata, masih ada rasa rendah diri yang berbaki.

“Saya sayangkan awak sangat-sangat tau. Hadiah yang awak beri masa hari kekasih waktu sekolah dulu pun saya simpan lagi. Meskipun hanya sekadar secebis kertas, tapi kata-kata yang awak tulis dalam tu cukup bermakna”, jelas Ayu sambil membalas pelukan.

Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. Walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

 -Ahmad Ubaidillah-


Dan sekarang aku boleh berbangga dengan pencapaian diri aku yang kini menjawat sebagai Ketua Pengarah di salah sebuah IPTA terkemuka di Kuala Lumpur. Itu semua berkat usaha diri aku sendiri dan kau sebagai tulang belakangku. Terima kasih Allah. Terima kasih kerana beri aku peluang untuk mengenal erti cinta sebenar.

Tuesday, February 14, 2012

Pari-Pari Kertas

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips



(Buat Gee Si Awek Terminal)

Akanku tuliskan sejarah hidupku...
Agarmu tak akan lupakan aku...
Akanku warnakan seluruh hidupmu...
Agarmu tak akan meraba mencari aku...
Akanku lukiskan segala parasmu...
Agarku tak akan lupakanmu...
Akanku binakan rumah kaca untukmu...
Agarku tak akan berlari mendapatkanmu.

Hidup ini terlalu indah bilamana matamu tak pernah pudar. Senyumanmu adalah ecstacy, hanya sedikit hatiku menjadi mekar 1000 tahun lamanya. Sini, pari-pari kertas untukmu. Pari-pari kertas ini ku bina sendiri, dengan keringat lelahku. Tapi sayang, aku gagal isikan hatinya. Ya, aku gagal sepenuhnya. Kerna apa? Kerna, ianya sememangnya untuk diisi dengan hatimu.

Di terminal itu, akanku biarkan si pari-pari kertas berterbangan bebas. Terbang tinggi ke langit, mencecah warna pelangi ke-lapan, dan bertemu dengan sang mentari yang memberi sinar pada sekalian alam. Biarpun zarah-zarahnya rakus menggomol setiap inci tubuhmu, tapi tak mengapa, hati si pari pari kertas telah diisi dengan hatimu.

Dan ya,
Ianya sememangnya untuk diisi dengan hatimu.
Kerna,
Akulah si pari pari kertas tersebut.

Monday, February 13, 2012

Cinta Tak Semestinya Memiliki

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips


Monolog - Untuk entry ini sahaja aku perlu berangan angan menyintai dan dicintai...Aku perlu menggali semula rasa keluh kesah itu. Aku perlu menikam hatiku dengan kata kata menusuk kalbu. Dan akhirnya aku temui juga rasa itu bila aku perdengarkan lagu cinta. Di hujung halaman sana ada bunga mekar mengharum baunya dalam malam gelap pekat ini...

......................................................

Malam 13 Februari...Aku lihat di kaki kaki lima kedai bunga sudah tersusun segala bentuk jambangan bunga. Ada bunga ros, ada bunga teluki, carnation dan macam macam jenis bunga lagi. Tak tahu aku nak menyebut semua nama nama bunga itu. Di kedai coklat pula macam macam jenis coklat juga di pamerkan. Berbagai bentuk dan berbagai warna. Bentuk hati dan bentuk tongkat berjalur jalur. Malah ada juga patung teddy bear yang comel comel. Nampaknya semua persiapan telah di buat semata mata untuk menyambut hari yang satu ini. Lagu lagu cinta juga berkumandang di sana sini. Aku melintas di hadapan sebuah kedai emas dan kedai berlian...Temanya juga sama "Hari Kekasih".

Memang tidak ada dalam kalendar Islam mahupun kalendar hijrah akan sambutan hari tersebut. Aku masih lagi berlegar legar di dalam kompleks beli belah itu. Aku cuma ingin merasakan mood "Hari Kekasih" walaupun aku hanya menyendiri. Namun hari yang ingin di sambut sambut itu esok dan bukan hari ini.

Untuk apa aku ingin susah payah melaluinya dengan rasa kesal di hati? Aku melangkah melewati tempat tempat yang menjadi kenangan kami berdua. Cinta kini tiada lagi dan tak mungkin kembali. Setelah hampir 2 tahun aku berpisah dengannya. Terputus lantaran hubungan yang tidak di restui. Mungkin hati ini tak berbekas lagi dengan ketidak hadirannya di sisi menemaniku. Kerana dia bukan bekas kekasihku dia masih lagi kekasihku di dalam hati ini. Walau dunia mengasingkan aku dan dia di tempat yang berlainan.

aku kembali melayari e-mail terakhir darinya...

Setiap yang berlaku pada diri ini Mai terima dengan reda ..... Mai tak pernah salahkan Iz ....Mai tahu betapa suci cinta Iz terhadap Mai dan begitu juga sucinya cinta Mai terhadap Iz....Namun Mai harus menerima kenyataan bahawa kita tidak akan dapat bersama kerana cinta tak semestinya memiliki...Segala kenangan walaupun seketika tetap Mai ingat sampai ke hujung nyawa Mai ....Dan dalam blog Iz menjadi pengubat rindu buat Mai ...Walau menangis darah sekalipun kenangan lalu tidak dapat diputar kembali .... Ketahuilah Iz bahawa dulu Mai sayangkan Iz seadanya .... Bukan rupa dan harta jadi ukuran .... Tapi kerana hasutan orang Mai menjauhkan diri dari Iz ...Kalau dulu Mai tahu Iz bukannya seorang suka mempermainkan hati dan perasaan orang perkara ini tak akan berlaku...Mai sedar Iz perempuan macam Mai ini memang banyak kekurangannya..... Sejujurnya Mai gembira melihat Iz bahagia namun Mai manusia biasa terasa tetap ada kerana orang yang Mai sayang kini milik orang ...Dan airmata ini tidak dapat dibendung lagi Iz ....

...............................................................

Pukul 12 malam..Sudah 14 Februari. Aku masih tak merasakan apa apa. Mungkin keadaan sudah berbeza pada dirinya sekarang? Mungkin hanya aku yang terapung apung dan tak ada arah ke mana mana. Dalam mengharapkan sesuatu bak air hujan menolak mengalirkan rasa cinta yang bersampah sarap di minda aku ini. Tiba tiba satu SMS masuk dalam mesej text handphone aku.

"Maaf saya text awak malam malam begini...saya susah tidur...tak henti mata ini mengalir bila tarikh keramat ini datang saban tahun...susah untuk saya melupakan awak ...saya masih ingat pada awak...saya harap awak bahagia...kalau awak tak bahagia...sayalah yang paling sedih...saya harap awak juga doakan kebahagiaan saya...saya harap awak tak balas mesej saya ni...selamat hari kekasih..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...