“Baiklah! Aku akan temankan kau sekejap lagi.” Aku segera menelefon Puan Tina memberitahu yang aku berada di rumah Aril menjaganya yang demam panas.
“Panggil saja kalau kau mahu apa-apa. Aku ada di sini..” kataku pada Aril walau pun aku tidak pasti samada dia sedar atau tidak. Aku meraba towel didahinya. Sekejap saja towel itu menjadi suam. Aku segera membasahkan semula towel itu dan meletakkannya semula ke dahinya.
Jam sudah menunjukkan jam 8.00 malam. Panas badan Aril sudah mula reda. Aku membangunkannya untuk makan ubat.
“Aril.. mari! Makan sedikit bubur ni. Lepas tu makan ubat” ujarku sambil membawa bubur yang masih berasap itu dekat dengannya. Aku sempat memasak bubur ayam untuknya ketika dia nyenyak tidur. Dia mengesat matanya dan cuba bangun.
“Kena isi perut sebelum makan ubat” Kataku seakan-akan memujuknya makan. Perlahan-lahan aku menyuapkan bubur ke mulutnya. Entah kenapa aku melayannya seperti budak kecil. Tapi dia tidak membantah.
“Awas.. panas!” Aku meniup bubur itu sebelum menyuapnya lagi. Tiba-tiba dia tersenyum kepadaku.
“Kenapa?” tanyaku bila menyedari senyumannya.
“Kau sedang memanjakan aku.. memang tak rugi aku kena tumbuk Herwan hari tu. In return kau jaga aku macam menatang minyak yang penuh” Aku tergelak kecil.
“Jadi aku sedang membalas budi baik kaulah ni kan?” tanyaku bergurau.
“Terima kasih Rika. Sedap bubur ni. Aku memang lapar.. aku belum makan apa-apa sejak pagi” Dia kemudiannya mengambil sudu dari tanganku dan mula makan sendiri.
“Kau tinggal sorang-sorang di rumah ni?” tanyaku menyibuk. Saja nak tahu.
“Soranglah.. belum beristeri memang la tinggal sorang” Sahutnya sambil tersenyum kecil dan melirik ke arahku sekilas sebelum menyuap kembali buburnya.
“Maksudku.. kau tak tinggal dengan keluarga?” Tanyaku lagi.
“Dah besar panjang buat apa nak duduk ketiak mak bapa kan..” nadanya seakan kurang senang. Jadi aku tidak mahu mengorek lebih lanjut.
“Ubat ada di sini. Nanti jangan lupa makan ubat. Aku balik dulu o.k?” Aril menggangguk. Aku bangun menuju ke pintu.
“Terima kasih!” ujarnya lagi. Aku hanya melambai dan berlalu pergi. Awal paginya aku datang melawatnya lagi. Maklumlah aku telah bawa balik keretanya. Mana tahu dia sudah sihat dan mahu mengunakan keretanya.
“Kau dah okey?” Tanyaku sebaik saja dia membuka pintu. Wajahnya tidak lagi pucat. Aku sebenarnya hampir terpegun kerana melihat betapa kacaknya Aril walaupun hanya dengan pajama. Dia tidak memakai kaca matanya. Dia nampak lebih menarik.
“Emn.. beransur pulih.”
“Aku sengaja singgah. Aku guna keretamu ke tempat kerja ya! Keretaku masih di parking lot. Nanti kalau kau dah sembuh aku jemput kau ke tempat kerja okey?” Kataku ingin segera pergi kerja.
“Baiklah.. maaf menyusahkan kau” Aku hanya tersenyum. Aku bangun ingin beredar.
“Tunggu Rika!” Langkahku terhenti. Berpaling ke arahnya yang masih memakai pajama.
“ Apa yang kakak cakap denganmu hari tu?”
“ ehem.. Katanya kau ni ramai kekasih. Dan lagi kekasih nombor satu mu ialah anak perempuan tunggal pemilik hotel Avenue. Betul? Dia juga tak suka aku berkawan denganmu sebab aku ni suka ambil kesempatan dengan kau. Tiap hari aku jadikan kau kuli, ambil dan hantar pergi kerja.. jadi dia nak aku jauhkan diri dari kamu Aril” Aku memberitahu secara ringkas.
“Ah.. kau jangan pedulikan kakak aku yang suka menyibuk tu. Kau percaya aku ramai kekasih tak?” Aku hanya angkat bahu sebagai jawapan sambil tersenyum.
“Cepat sembuh! Kita ada banyak kerja di pejabat. Paper work semuanya masih tungang langgang tau!” Aku segera berlalu tanpa berpaling ke arahnya.
***
“ Aril..” Aku memanggilnya yang sibuk di atas mejanya.
“Emn…” Sahutnya tanpa memandangku.
“ Aril…” Bahunya ku cuit. Dia mendonggak. Membetulkan cermin matanya. Mukanya sedikit masam. Tapi aku tak peduli. Aku tetap nak berbual dengannya.
“Apa?” Aku melebarkan senyuman bila ku lihat dahinya berkerut. Tentu aku telah menganggu konsentrasinya. Tapi aku memang tak sabar nak beritahu cerita terbaru yang ingin ku kongsikan dengannya. Aku tahu dia tak jadi marah kalau aku buat senyuman macam itu. Selalunya ‘taktik’ itu berkesan.
“ Kau ada dengar tak.. Ada desas desus cakap anak ketua pengarah syarikat kita sedang bekerja sebagai pekerja biasa di syarikat ni! Dah bebarapa bulan tau takde sesapa sedar yang dia tu anak bos. Eh.. Siapalah agaknya ye? Kau boleh teka tak? Kan kau pakar menilai perwatakan orang.” Aku begitu beriya-iya dengan gosip terbaru itu.
“ Emn.. ntah? Aku tak dengar pun.” Dia kelihatan tidak berminat.
“ Ha.. tulah aku nak story dengan kau ni. Dalam ramai-ramai pekerja syarikat ni sebenarnya ada seorang anak ketua pengarah yang juga menjadi pekerja biasa. Tapi tak tahu siapakah orangnya. Dengar cerita tak lama lagi dia akan mengantikan ayahnya sebagai ketua pengarah. Habislah.. kalau kita bermusuhan dengan dia atau telah buat sesuatu yang dia tak suka. Atau dia nampak kita curi tulang ke apa. Bila dia jadi president nanti kena pecatlah jawabnya ye tak?” Sambungku lagi.
“ Emn.. tahu takpe. Jadi kalau anak big bos tengok kau tengah bergosip dengan aku, kau dengan aku sekali nanti kena tendang keluar .. nak?” Aril ketawa selepas menyindirku.
“Yelah..yelah.. aku sambung keja lah ni! Aku taulah kau tu pekerja contoh.. tak payah sindir aku.. tapi jangan lupa walaupun aku keja lengang-lengang je, tapi kalau aku full blast.. ha! Semua keja last minit pun boleh siap tau!” Aku tersengih dan berlalu ke mejaku. Aku sempat melihat senyuman Aril yang menyakitkan hati!
“ Hoi.. dah sampai masa makan ni!” Aku tersentak sambil mengurut dada. Tadinya aku kusyuk mengemaskini data dalam Komputer.
“ Kau nak bunuh aku ke Aril! kalau aku ada sakit jantung dah kantoi aku, kau buat macam tu.. Aku belum kawin lagi tau!” Aril tersengih.
“ Tak keluar makan?” Aku mengeleng.
“Kenapa? Diet?” Aku ketawa dengan tekaannya.
“ Aku ambil halfday hari ni. Jadi kejap lagi aku balik. Aku ada temujanji yang penting lepas ni” Terangku sambil terus menyiapkan kerjaku.
“ Oh.. temujanji? Dengan siapa?” Tanyanya seakan berminat. Aku senyum bila mendengar nada suara Aril yang tertanya-tanya itu.
“ Adalah.. Rasia!” Aku mengenyitkan mata kepadanya. Dia mencebik lantas keluar. Sebenarnya aku ada temujanji dengan doktor gigi. Dan doktor gigi tu adalah kawan sekolahku dulu. Esok harinya..
“ Aril.. mulai esok kau tak payah ambil dan hantarku pulang lagi. Rasanya Herwan sudah tidak mengekori ku lagi kan?” kataku ketika masuk ke dalam perut keretanya.
“ Emn.. ye ke? Kau rasa selamat?” Kereta mula bergerak.
“ Ya.. dah lama kan. Sepatutnya dia sudah putus asa kan?”
“ Atau sebab temujanji penting semalam?” Aku ketawa. Aril suka meneka.
“ Apa kaitannya dengan temujanji semalam?”
“ Semalam kau ada temujanji dengan lelaki. Kau takut lelaki itu salah paham kalau aku ambil dan hantar kau pulang macam sekarang ni?” Tekanya lagi.
“ Emn.. semalam aku memang ada temujanji dengan lelaki. Tapi aku tak kisah pun kalau dia nak salah paham ke apa.. kau ni ada-ada sajalah! Tapi.. aku pun nak tahu.. betul ke kekasih kau anak orang kaya.. apa tu? Anak pemilik hotel Avenue?” Kali ni giliran Aril pula yang ketawa.
“ Namanya Arisya..”
“ Oh.. jadi benarlah dia kekasihmu. Kakak kau cakap. Kalau kekasih kau tahu yang kononnya aku ni kekasihmu juga.. walaupun sebenarnya semua orang tak tahu kita cuma kekasih olok-olok je. Dia tak akan lepaskan aku.. hei.. aku tak nak lah jadi macam tu. Dah terlepas mulut buaya nanti masuk mulut harimau pula” Kataku sambil ketawa.
“ Kau tahu siapa yang buaya? Si Herwan umpama buaya dan yang jadi rimau pula girlfriend kau tu! Nayalah aku! Wah.. girlfriend kau orang kaya ye.. boleh tahan juga kau ni memikat” tambahku lagi.
“ Sebenarnya aku dan Arisya tak de apa-apa. Kami kawan je.. membesar bersama, jadi memang selalu bersama.. tapi kami bukan kekasihlah!” Aku pandang mukanya dengan rasa tidak percaya.
“ Kau ni tak boleh percaya betul la. Ayat macam kau ni biasa dengar tau! Emn.. kalau tak silap aku kan.. lelaki yang kaki perempuan suka sangat guna ayat macam ni. Kau biar betul la Aril.. kalau dengan perempuan lain kau boleh la kau cakap macam tu. Tapi dengan akak ni tak payahlah kau jual temberang pula!” Bidasku agak geram. Kalau dah ada kekasih tu mengaku sajalah! Bukannya aku nak cemburu pun! Aku tertanya-tanya akan kebenaran kata-kata kakaknya. Lagipun dengan muka kacaknya ini aku tak hairan kalau ramai gadis yang terkejar-kejarkannya.
“ Akak? Ei.. apa ni nak bahasakan diri akak pula! Kenapa? Aku ni tak layak jadi kekasih kau ke Rika?” Suaranya seakan tersinggung. Dia serius memandu. Aku meliriknya sekilas sambil mengerut kening. Kata-katanya tak relavan langsung.
“ Bukan macam tu, jangan la marah... Kan kita ni kekasih olok-olok je. Tapi sampai bila nak berlakon sebagai kekasih. Kita kena kembali ke alam realiti.. Lagi pun kalau kita terus macam ni. nanti susah la aku kena bermusuh dengan anak orang kaya. Pastu sapa nak pikat aku.. asyik berkepit dengan kau saja!” Aku pun naik geram juga sebab dia suka membidas kata-kataku. Bukannya dia tak faham. Saja nak sakitkan hatiku.
“ Jadi betul la temujanji semalam tu orang yang istimewa? Kononnya tiada kaitan.. yalah! Kalau aku asyik berkepit dengan kau, takut orang tu tak berani dating dengan kau lagi kan?” Aik! Akhirnya aku pula yang kena. Memang tak boleh menang kalau lawan cakap dengan budak Aril ni.
“ Yelah.. betul lah tu. Tapi.. kan Aril. Macam mana kau boleh cairkan hati anak orang kaya tu ye? Kalau aku jadi kaukan.. tentu rasa bangga kalau anak orang kaya suka kat aku.. mesti seronok kan?” Aku cuba ubah topik perbualan. Malas nak bertengkar. Bukan dapat pingat pun kalau menang!
“ Jadi kau ni mata duitanlah? Kalau anak orang kaya nak kat kau.. kau mesti terima macam tu saja kan??” Sinis pula nadanya. Kenapa Aril ni? datang bulan ke? Gurau sikit pun tak boleh. Tapi aku hanya tersengih bila diperli seperti itu. Perangai dia memang dari dulu macam tu. Sinis. Kata-katanya selalu tajam macam pisau. Tahan hati sajalah. Tapi aku tahu dia baik hati. Kalau tidak takkan dia sanggup bertumbuk dengan Herwan. Sedangkan aku bukan saudara dia pun! Dia sanggup berlagak jadi kekasih sekaligus jadi driver sementara aku! Aku memang terhutang budi dengan si mulut lazer ni!
“ Er.. mata duitan? Sapa tak suka duit! Ha ha ha.. tapi aku boleh agak kenapa kau tak suka dengan anak orang kaya tu kan.. dah namanya anak orang kaya. Mesti berlagak! Dah tu nak kena jaga dia macam puteri.. manja, gedik.. mesti macam tu kan? Hai.. memang susah kalau ber girlfriend kan anak orang kaya. Tentu tertekan nak layan anak orang kaya.. high class pula tu. Nak dating pun tak boleh pergi gerai biasa. Kena bawa ke restaurant mewah.. Anak tunggal pula tu! Hei.. good luck la yer!” Aku ketawa mengusiknya. Aril menjeling dengan muka cemberut. Aku tak peduli!
“ Memang betul.. anak orang kaya banyak ragam. Spoiled! Tapi kalau lah anak ketua pengarah kita yang kononnya berkerja dengan kita tu tiba-tiba nak jadikan kau sebagai girlfriend nya macam mana? Kau nak ke?” Aku terdiam dan cuba membayangkan kata-katanya itu.
“ Eh! anak ketua pengarah kita tu lelaki ke perempuan? Biar betul! Tapi kan.. kalau macam yang kau cakap tu! Wah.. seronok juga tu. Aku boleh suruh dia naikkan pangkat aku! Ha ha ha.. tapi jangan risau. Kalau aku naik pangkat. Aku takkan lupakan kau! Kau kawan aku yang paling baik jadi kalau aku jadi girl friend anak bos. Aku akan suruh dia naikkan gaji kau juga!” Kataku sambil ketawa geli hati. Aril hanya memandangku dengan muka menyampah.
“Tapi kan Aril. kalau pun anak ketua pengarah kita tu lelaki.. dia mesti tak nak kat aku..”
“Kenapa pula?”
“ Yelah.. satu office dah tahu yang aku ni kekasih kau!” kataku sambil menunggu riaksinya. Dia ketawa mendengar kata-kataku.
“ Betul juga! Jadi putus asa sajalah nak jadi kekasih anak bos kita!” Katanya terus ketawa. Sebelum sempat aku membalas kata-katanya. Kami telah pun sampai.
“ Jom sayang.. hari ni hari terakhir aku hantar kau ke tempat kerja sebagai kekasihku. Lepas ni kita putus? Supaya kau ada peluang memikat anak bos!” Gurauannya membuat aku mencebik. Bila masa aku kata nak pikat anak bos? Kami keluar dari keretanya. Aku membuntutinya dari belakang.
“ Oh ya.. jam 10 pagi ni ada staff meeting kan..” kataku pada Aril inginkan kepastian. Aril mengiakan. Tiba-tiba saja dia berpaling menatapku dalam-dalam. Begitu dekat hingga aku menahan nafasku. Aku terhairan. Dia seolah-olah ingin berkata sesuatu.
“ Apa dia..?” Dia kemudiannya mengeleng. Hai.. entah apalah budak sorang ni! Dia cepat-cepat meninggalkan ku dengan langkah yang panjang.
Ketika mesyuarat tiba-tiba saja ketua pengarah yang jarang sekali kelihatan itu memperkenalkan anak lelakinya yang akan mengantikan jawatannya. Memang semua orang agak terkejut tapi akulah yang paling terkejut.
“ Aril anak saya akan mengambil alih kerja-kerja saya mulai minggu depan” Aku mencubit pahaku. Aduh! Sakit.. jadi ini bukan mimpi. Apa semua ni? Aril teman ku bertengkar itu adalah anak ketua pengarah? Semua gurauan dan kata-kataku padanya sebelum ini kembali menerpa. Aril sedikit pun tidak memandangku. Wajahnya serius. Aku juga menundukkan muka. Macam mana aku boleh minta tolong tentang hal peribadiku dengan anak Bos? Susah nak percaya!! Nampaknya aku kehilangan seorang kawan lagi. Malu dan berbagai perasaan lain seakan menampar-nampar muka ku. Rakan sekerja yang lain berbisik-bisik sambil memandangku. Aku tidak pasti apa yang mereka katakan. Tapi aku merasa sangat malu yang teramat. Bila melihat muka ketua pengarah aku terasa ingin menyembunyikan muka ku di bawah meja. Tahukah dia yang aku telah membuli anak lelakinya? Sampai kena tumbuk hingga lebam. Malah jadi driver ku hampir setiap hari. Aku teringat kata-kata Akila..
“Cik Rika! Dia adalah adik kesayangan saya. Dan Kekasihnya itu adalah kawan baik saya.. jadi! Saya ingin beri amaran dengan baik-baik. Jika nak berkerja lebih lama di sini.. nak hidup tenang, lebih baik jauhkan diri dari adik saya. Saya tidak mahu ada gadis yang mahu ambil kesempatan dengan adik saya. Faham?”
Jadi inilah maksud di sebalik kata-katanya itu!!! Patutlah dia cakap ‘kalau nak berkerja lebih lama di sini' Macam mana aku nak menghadapi Aril pada hari-hari akan datang? Aku memang tidak tahu! Sehabis mesyuarat. Kami bersurai.. Aku segera ke bilik air. Cuba bertenang beberapa minit. Ketika keluar aku terserempak dengan Norjihah, rakan sekerja.
“ Wah.. tak sangka Rika! Buah hatimu anak bos rupanya! Bukan.. dia dah jadi bos kita sekarang! Kau memang awal-awal dah tahu ke?” Tanya Norjihah dengan berminat sekali.
“ er.. er.. Aku.. Aku tak tahu!” Norjihah menutup mulutnya yang terlompong.
“ Oh.. patutlah riaksimu agak aneh! Tapi.. bagaimana perasaannya bila dapat tahu yang dia tu anak Bos? Anak pengerusi tu.. bertuahnya badan!” dia ketawa kecil cuba mengusikku. Aku terdiam. Aku tak tahu apa yang patut ku jawab.
“ Entahlah Jihah.. Aku bingung ni!” Norjihah menepuk bahuku.
“ Tak apa semuanya akan baik nanti.. aku keluar dulu ya!” Dia beredar membiarkan aku termanggu-manggu di dalam. Bila Aku kembali ke mejaku tiba-tiba saja Aril mendekat. Apa pula yang akan dikatanya?
“ Lamanya kat bilik air.. curi tulang ke?” perlinya dengan senyuman jahat. Aku terkedu. Itu gurauan ke apa? Sudahnya aku hanya diam dan duduk buat kerja dengan senyap. Aku perasan Aril berkali-kali menoleh ke arahku. Tapi mungkin kerana aku seperti serius berkerja jadi dia tidak menegurku. Suasana agak aneh sebab selama ini aku kerap mengajaknya berborak. Malah aku selalu mengusiknya terlalu serius berkerja. Tapi kini situasi ini benar-benar membuatkan mulutku yang becok menjadi senyap. Ketika hendak pulang. Aku sengaja lambat-lambat mengemas mejaku. Aku menumpang Aril tadi pagi. Aku bingung patutkah aku berpura-pura tidak mengangapnya anak bos dan terus ikut keretanya macam biasa atau patutkah aku naik teksi balik saja.
“ Seriusnya! Kalau serius sangat masa kerja nanti muka cepat berkedut.. kau pernah cakap macam tu kan?” Aku mendonggak ke wajahnya yang tersenyum jahat. Aku akhirnya ternyum.
“ Kau kenakan aku dengan teruk sekali! Bos.. boleh aku tumpang kereta bos hari ini?” Kataku dengan sedikit gurauan setelah yakin aku masih boleh menganggapnya kawanku.
“ Tentulah! Hari ni kau masih lagi kekasihku.. Jom!” Walaupun janggal aku mengekorinya dari belakang macam selalu. Masuk ke dalam kereta, aku cuba bertenang. Marah ada geram pun ada. Tapi aku malu betul sebab hari sebelumnya aku sibuk memberitahunya khabar tentang anak ketua pengarah, sedangkan dia itulah orangnya.
“ Kenapa diam? Tak nak tanya apa-apa ke?” katanya ketika mula memandu.
“ Entahlah.. Aku tak tahu nak tanya apa? Macam mimpi je. Aku dah kehilangan seorang kawan dan kekasih olok-olok. Macam mana aku nak berkawan dengan Bos, yang sedia maklum betapa kerapnya aku curi tulang.. memang ada harapan aku kena pecat ni!” ketawa Aril meledak.
“ Takut juga kau kena pecat ye? Tak nak minta naik pangkat ke?” Perlinya sambil terus ketawa. Gembira benar dia mentertawakanku.
“ Ketawalah puas-puas..” Kataku agak tersinggung.
“ Kenapa? Marah ke?” Aku mengeleng.
“ Mana boleh aku marah dengan Bos!” kataku sambil mengeluh. Dia masih melayanku begitu mesra. Masih mengusik ku seperti selalu sedangkan selepas ini semuanya tentu akan berubah.
“ Kan bagus aku dah jadi bos kau.. kau boleh minta naik pangkat.. boleh minta naik gaji.. betul tak?” aku mencebik dengan kata-kata perli itu.
“ Lepas ni kita tak boleh berkawan lagi.. Kau bos aku! Aku tak boleh curi tulang lagi. Aku susah betul nak percaya!” Kataku dengan suara agak sedih. Dia tiba-tiba signal ke tepi jalan. Aku kehairanan.
“ Rika.. Aku tidak percaya lelaki dan perempuan boleh menjadi kawan..” Dia menatapku tajam. Aku menelan air liur melihat betapa tegas dan seriusnya dia mengucapkan kata-kata itu.
“ Kenapa tak boleh?” Tanyaku hati-hati.
“ Bila lelaki dan perempuan berkawan rapat.. sebenarnya ada satu perasaan istimewa antara mereka. Lelaki dan perempuan tidak akan berkawan. Tetapi hanya akan bercinta…” Dia tatap terus ke mataku, aku jadi tergugup. Apa pula yang cuba dikatanya?
“ Jadi.. selama ini aku tidak anggapkan kau sebagai kawan. Bukan juga sebagai kekasih olok-olok..” Aku membulatkan biji mataku. Ingin tahu apa yang akan dikatakannya. Tapi dia hanya berhenti sampai di situ saja. Aku jadi jengkel kerana dia tidak meneruskan kata-katanya ketika aku di puncak rasa ingin tahu.
“ Jadi kau anggapkan aku sebagai apa?” Dia tersenyum nipis.
“ Aku anggapkan kau sebagai rakan kerja aku yang kasihan, yang banyak masalah dengan bekas kekasihnya!..” Dia kemudiannya kembali memandu dengan senyuman jahat!! Benar-benar jahat!! Cis….! Hampir saja aku perasan yang dia sebenarnya sukakan aku. Cintakan aku. Eh.. cinta? Kenapa sejauh itu aku berfikir. Semuanya salah si Aril yang bodoh ini. Aku menahan geram.
“ Kau tengah maki hamun aku dalam hati ke?” Tanya Aril seolah-olah dapat membaca fikiranku.
“ Aku memang rakan sekerja yang malang kan.. eh salah! Sekarang dah tukar title.. aku adalah pekerja yang bernasib malang..” ketusku dengan geram. Aril ketawa mendengar sahutanku. Aku lega sebab kenderaan sudah sampai di depan pintu rumahku. Bolehlah aku berambus dari keretanya cepat-cepat. Aku tak tahan diperli dan diejek terus menerus.
“ Terima kasih..” ucapku sambil membuka pintu.
“ Tunggu..” Aku berhenti dan menoleh kearahnya.
“ Apa?” Tanyaku bila melihatnya tersenyum jahat lagi..
“ Kita dah putus hari ni.. jadi kau berpeluang memikat anak bos!” katanya dengan senyuman jahatnya. Aku hanya segera menutup pintu kereta. Gurauan apakah itu?
Aku menguap berkali-kali. Semalam aku tidak dapat tidur dengan lena. Hal tentang Aril membuat aku tidak boleh tidur. Tapi pagi ni aku sudah bertekad akan menghadapi Aril sebagai Bos. Bukan lagi sebagai kawan. Aku akan menjaga jarak. Lagipun buat apa aku cari penyakit dengan berkawan rapat dengannya. Apatah lagi jika sampai terjatuh cinta padanya. Dia umpama api. Kalau main api nanti terbakar jari aku juga yang sakit hati. Biarlah engang terbang dengan engang, burung pipit kena cari burung pipit sebagai teman. Kalau tidak nanti si pipit mati kena patuk si Engang betina. Aku tersenyum sendiri kerana monolog ku sendiri. Mujurlah hari ini hari sabtu, kami kerja setengah hari saja. Jadi aku akan berdampingan dengan Aril di pejabat setengah hari ini saja lagi. Minggu depan dia akan berpindah ke bilik Bos. Aril belum kelihatan. Aku sengaja datang awal hari ini. Sebab semalam tidak lena tidur jadi lebih baik aku ke pejabat lebih awal. Tidak lama kemudian kelibat Aril kelihatan. Dia tersenyum kepadaku. Aku merasa janggal membalas senyumannya.
“ Tidur nyenyak ke semalam?” Dia menyindirku. Aku tahu kesan lebam di mataku kerana tidak cukup tidur.
“ Emn… nyenyak sekali!” balasku sambil berpura-pura serius memulakan tugas. Kami kemudiannya berkerja dengan senyap kecuali ada apa-apa yang penting perlu ditanya berkaitan kerja. Aku terasa amat tertekan sekali dengan situasi itu. Tapi mujurlah hari ini adalah hari terakhir. Nanti aku tak akan berhadapan dengan rasa kekok seperti itu lagi. Tengahari itu aku sengaja lama-lama di bilik air sebelum pulang. Aku sengaja membiarkan Aril benar-benar pergi supaya aku tak perlu turun ke bawah bersamanya. Bila aku keluar dia sudah tidak ada di mejanya. Aku lega. Aku cepat-cepat turun. Tapi ketika turun aku terpandang seorang perempuan jelita sedang bercakap-cakap dengan Aril di tepi keretanya. Aku terpaku memerhati. Arisya kah itu? Gadis jelita itu akhirnya masuk ke dalam kereta Aril. Mereka kelihatannya berbual-bual agak mesra. Malah dengan gelak ketawa lagi. Entah kenapa dadaku menjadi berdebar kencang. Dadaku terasa sesak dan sukar bernafas. Dadaku terasa sakit dan sakitnya hampir sama ketika aku melihat Herwan dan Shila berpengangan tangan. Kenapa aku ni? Aku menarik nafas panjang dan cuba bertenang. Debaran di dadaku sedikit pun tidak mahu surut. Aku cemburu ke ni? Oh.. tidak!!
Minggu-minggu berikutnya Azizul telah mengantikan tempat Aril. Aku jarang melihat kelibat Aril kerana dia sudah berpindah ke bilik Bos yang berlainan bangunan. Meski pun aku sengaja mengelakkan diri dari terjumpa Aril tetapi sesekali aku teringin melihat Aril sekarang. Bagaimanakah rupanya setelah menjadi ketua pengarah.
“ Termenung lagi.. nampaknya data yang aku minta tu sampai esok pun tak dapat kan..” Azizul membangunkan ku dari menungan.
“ Eh.. maaf.. sekejap lagi ya Zul” aku cepat-cepat membelek fail.
“ Kenapa? Kau dah putus cinta dengan anak bos tu ke?” tanya Azizul terus terang. Aku ternganga mendengar kata-katanya.
“ ah.. a.. ya! Aku dah putus dengan dia..” aku mengiakannya.
“ Emn.. patutlah kau asyik termenung!” Kata Azizul lagi. Dia berlalu. Apa yang buat aku termenung adalah sebab aku mula sedar sesuatu yang ganjil. Mungkin ada masalah dengan diriku. Aku mula rindukan Aril. Rasanya aku mungkin telah jatuh hati dengan Aril. Bodohnya aku! Aku menarik nafas dalam-dalam. ‘Aku boleh lalui semua ini’ bisikku menyakinkan diri. Tapi hari-hariku menjadi hampar bila tiada Aril yang menjadi temanku bertekak. Aku rindu dengan kata-kata sinisnya. Aku tercari-cari dengan sindirannya yang tajam. Aku teringin melihat senyumannya yang jahat itu.
“ Rika.. Kau ada masa tak? Kita keluar makan?” Doktor gigi muda yang baik hati itu menelefon ku mengajak ku keluar makan. Apa salahnya. Daripada aku asyik termenung macam orang bodoh.
“ Boleh juga! Kat mana?” Tanyaku.
“ Emn.. tempat hari tu okey?”
“Baiklah..” Akhirnya tengahhari itu aku keluar. Biasanya aku kirim tapau saja dengan kawan dan makan di pejabat. Ketika sampai di restaurant yang di maksudkan. Aku melihat Danny si doktor gigi itu sedang berbual-bual dengan seorang gadis yang ku kenali. Farah! Adik sepupuku.
“ Hai.. Danny! Farah.. dah lama tunggu” mereka menyambutku mesra.
“ Baru je sampai ni kak! Mari duduk dan order makanan!” kata Farah sambil menarikku duduk di sebelahnya.
“ Rika! Kami akan bertunang minggu depan! Ini semua jasa kamu! Terima kasih Rika!” Aku terkejut. Aku telah memperkenalkan Danny dengan Farah dan tidak sangka hubungan mereka berkembang begitu cepat!
“ Wow! Ini betul-betul good news!” Kami terus berbual-bual dengan ghairah. Tiba-tiba di suatu sudut aku terpandang kelibat Aril. Darahku berderau. Sudah hampir tiga minggu aku tidak melihatnya. Tapi orang yang lalu lalang menghalang penglihatanku. Akhirnya kelibatnya hilang. Aku pun tidak pasti adakah aku benar-benar melihat Aril atau itu cuma bayanganku saja. Selepas balik ke pejabat aku masih teringat-ingat akan bayangan Aril yang ku lihat tadi. Argh.. aku sudah gila ke?
***
“Cik Rika. Puan Tina panggil kamu ke biliknya” interkom dari Norjihah. Aku segera bingkas ke bilik Puan Tina.
“ Ya puan? Puan panggil saya”
“ ah.. ya! Mari sini duduk” Aku segera melabuhkan punggung ku. Bersedia mendengar.
“ Kamu akan dinaikkan pangkat. Dan di pindahkan ke bahagian Finance. Jadi mulai minggu depan sila bersedia untuk transfer ke finance department. Kamu berkerja under encik Razak. Okey?” Aku terkedu. Sama sekali tidak menyangka. Finance department?
“ Ini suratnya.. Nah ambil! Kamu tidak ada masalah kan?”
“Terima kasih puan.. terima kasih” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku terlalu terkejut. Naik Pangkat? Eh! Aku bermimpi ni?
Minggu berikutnya aku mula melapor diri. Suzie menunjukkan bilik ku dan bilik-bilik yang lain di department itu.
“ Ini bilik kamu.. yang itu bilik encik Razak. Dan bilik depan tu bilik ketua pengarah”
Berderau darahku bila melihat tertera papan tanda bilik ketua pengarah. Itu bilik Aril. Berdepan saja dengan bilik ku. Apa ni!!
“ Ah selamat pagi encik Aril..” Sapa Suzie pada Aril yang muncul dari belakang dengan tiba-tiba. Aku benar-benar terasa salah tingkah.
“ Selamat pagi... Suzie. Ya Rika.. selamat bertugas di department ini.” Kata Aril sambil dia mengeyitkan matanya kepadaku. Aril masih lagi begitu jahat!!
“ er.. ya.. terima kasih!” ucap ku perlahan.
“ Ah ya Rika.. tolong masuk ke bilik saya sekejap. Suzie.. sediakan minuman panas ya!”
“ Duduk..”Katanya dengan nada mendatar. Aku duduk seperti di arahkannya. Dia menatapku lama. Dan aku membiarkannya. Hinggalah dia mula bersuara semula.
“ Kau tak nak tanya kenapa aku panggil kau ke mari..” ucapannya tidak lagi formal seperti tadi. Dia terus menatapku. Sebenarnya aku lega kerana akhirnya aku telah melihat wajahnya lagi. Walau pun aku tak mahu mengaku tapi memang jelas aku rindukan Aril.
“ Kenapa?” tanyaku dengan suara yang rendah.
“ Sebenarnya aku telah naikkan pangkatmu.. jadi gaji pun dah naik juga!” mataku membulat memandang Aril. Dia tersenyum mengulum. Apa yang cuba di sampaikannya?
“ Kenapa?” Tanyaku lagi.
“ Kenapa? Bukankah itu yang kau mahu? Tapi aku tak puas hati.. sebab bila kita putus hari tu. Kau langsung tidak cuba memikat ‘anak bos’ tu! Kau betul-betul sedikit pun tak ada hati dengan ‘dia’ ke?” Aril terus menatapku. Wajahnya serius. Aku bingung! Aril serius ke atau ini hanyalah gurauannya lagi?
“ Apa yang kau cakap ni Aril?” Tanyaku meminta kepastian.
“ Aduh.. kau ni Rika? Bodoh ke apa? Jadi kau betul-betul tak tahu yang aku benar-benar suka kan kau!! Aku separuh mati sukakan kau.. kau tahu tak!!” Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Rasanya aku sedang bermimpi. Aku cepat-cepat mengigit bibirku.
“ Tak.. ini bukan mimpi. Apa yang aku cakap ni betul!” Kata Aril yang telah membaca perbuatanku. Sebelum aku menjawabnya terdengar bunyi ketukan di pintu bilik.
“Masuk!”
Suzie datang membawa dua buah cawan berasap. Rupanya ada juga cawan untukku. Aku tersenyum pada Suzie tanda terima kasih. Suzie kemudiannya beredar.
“ Jadi kau benar-benar sukakan aku?” tanyaku macam orang bodoh. Sebenarnya aku tidak tahu hendak beriaksi seperti apa. Ini di luar jangkaanku. Aril si budak bermulut kejam itu adalah bos ku dan kini memberitahu yang dia benar-benar sukakan aku? Ada ramai lagi perempuan lain di luar sana, tapi dia sukakan aku?
“ Kenapa? Kau tak rasa begitukah? Bibirku pernah pecah di tumbuk Herwan tau!” Dia mengungkit. Aku jadi tersenyum.
“ Aku dengar kau asyik termenung di tempat kerja. Jadi aku fikir ada baiknya kau pindah ke sini supaya aku senang nak tegur kau kalau aku nampak kau curi tulang” Kata Aril sambil tersenyum jahat lagi.
“ Aku termenung? Mana ada!” aku cuba menafikan.
“ Ya.. aku juga sudah nampak lelaki istimewa temujanji mu tempoh hari.. Aku sengaja ikut kau dari belakang.. Lega hati aku nampak dia bawa awek!” Katanya lagi sambil tersenyum nakal. Jadi benarlah aku ternampak dia hari tu! Aku ketawa geli hati.
“ Benarkah kau buat macam tu?” Tanyaku tidak percaya.
“ Kau tak percaya ke? Atau kau nak aku gambarkan baju apa yang lelaki tu pakai?” Kata Aril lagi. Aku menarik napas dalam-dalam.
“ Tapi Aril.. Sabtu terakhir tu aku nampak kau dengan sorang gadis kat parking. Itu Arisya ke?” Lagi-lagi Aril tersenyum.
“ ya.. kenapa? Kau cemburu ?” Aduh! Terkena batang hidungku. Tapi aku menafikannya.
“ Ha.. kan aku dah cakap! Aku tak nak masuk mulut harimau. Kau nak aku bermusuh dengan dia ke? Aku cuma gadis biasa yang tak ada apa-apa Aril. Semua ni mengarut betul la!” kataku sambil menjuihkan bibirku.
“ Mengarut? Rika.. aku dan Arisya sampai bila-bila pun tak akan ada apa-apa. Keluarga kami memang rapat sebab ayah dia kawan baik ayah ku. Tapi aku benar-benar cintakan kau Rika! Jadi percaya sajalah.. mudah saja! Kau hanya perlu percaya denganku!” tiba-tiba saja tanganku di gengamnya erat. Dia sungguh serius. Aku terpaku menatapnya. Aku bermimpi lagikah? Aril sedang mengucapkan kata-kata cintanya padaku. Kalau mimpi cepatlah bangun!
“ Aku.. Aku.. tak tahu nak cakap macam mana Aril.. tapi.. biar aku terus terang! Bila nampak kau dengan Arisya.. hati aku sakit sekali macam masa kali pertama tengok Herwan dan Shila berpengangan tangan” kataku kemudian. Senyuman lembut Aril begitu manis di mataku saat itu. Tatapannya seolah-olah mencairkan aku.
“ Rika.. kau hanya perlu cakap dengan aku macam yang kau pernah cakap dulu..” Aku terpegun. Apa yang pernah aku cakap dulu?
“ Apa?” Tanya ku macam si bodoh. Aril ketawa kecil. Hidungku di cuitnya.
“ Tolonglah jadi kekasihku! Kau pernah cakap macam tu kan?” Katanya dengan nada yang lembut sekali. Aku ketawa lepas. Terasa selesa sekali berada dekat dengannya. Perasaan yang sungguh istimewa bila bersamanya. Aku yakin dia juga merasakan seperti yang ku rasakan. Dan aku yakin ianya cinta!
“ Ya Aril.. tolonglah jadi kekasihku!” kataku tanpa berfikir panjang sambil membalas gengaman tangannya.
-TAMAT-
14 comments
oh..sweetnya..
akhirnya..berpcaran juga si aril dan rika ni..tapi camana dgn ugutan kakak aril n teman tapi mesra aril si arisya tu...
tak kisahlah.happy ending..saya andaikan semua merestui hubungan mereka.. :)
I like it girl...
@marcella
er.. jawapannya dlm "bukan cinta dongeng" hehehe.. maaf. memang telenovella citer ni :) terima kasih sabar membaca :)
@EL MARIACHI
Thanks Abg Bro :)
peh peh..
sungguh macam gula pengakhiran dia.. =)
@APi
Tq sudi baca :)
ah.. yg terindah tu hanya sementara hehehe...
benci lah cerita ni . best kemaiin lagi ! ahahahahaha alahaiiiii ~
nice one , Nong Andy !
-HEROICzero
wei Hero, gua cam pelik gak. asal lu benci? hahahahaha...
ps: ok nong andy. rasanya kamu dah boleh melayari novel dengan jayanya.
tersenyum sorang2 lagi baca cerite ni..haha
@Anonymous
Heroiczero :)
aku suka yg sweet macam gula hehe.. sebab tu tulis yg sweet2. walaupun realiti x mcm tu... tq sudi baca n komen :)
@Bidadari Syurga
Cik Bidadari :)
nak buat ending teramat payah :(
@Teenager Housemaid
TH,
Terima kasih sudi baca :)
Nong Andy aku dah cakap ko kena buat novel...ngee!
@Lady Windsor
Lady Windsor,
novel x novel. aku dah kering idea.. ahaha!