“Mama, kenapa nama adik tak ada puteri?”
“Kenapa sayang tanya macam tu?”
“Bukan ke sepatutnya nama adik kena letak puteri macam sepupu adik, Intan?”
“Adik, tak ada apa yang ada pada nama, sayang. Kat akhirat nanti semua manusia serupa je. Nama adik ada puteri atau tidak. Adik tetap puteri kesayangan mama.” Mama memeluk aku sambil membelai rambut.
Ah, kenangan lagi.
Bila harus ku hidup tanpa kenangan? Kenapa kenangan manis sentiasa bermain-main di minda, hati juga mimpi?
Mama, adik rindu mama.
***
“Aunty Dee rasa kamu ni asyik sakit sebab tulah, lah Maria.” Aunty Dee yang sedang duduk di meja makan memandang aku yang sedang menyuapkan nasi goreng.
“Lah, kenapalah pulak tulah ni?” aku blur.
“Yelah, kalau pun papa kamu orang biasa. Nama kat depan kamu mesti kena ada puteri. Baru betul adatnya. Mehlah, kita pergi daftar balik nama kamu. Cakap ada kesilapan dulu. Letak puteri kat nama depan kamu.”
“Ish, tak naklah. Lagipun mama kata, ada apa pada nama? Kat akhirat nanti kita serupa aje.” Tak nak aku tukar nama. Dah berbelas tahun aku pakai nama ni. takkan nak tukar hanya semata-mata tulah? Aku tak rasa aku kena tulah.
“Lagipun, Maria tak rasa Maria kena tulah. Dah memang Allah nak bagi penyakit.” Aku tak perlukan nama puteri. Kerana mama sendiri sudah cakap aku sememangnya puteri. Puteri kesayangan mama.
Ah, kenangan lagi.
***
“Kenapa mak kamu tak letak nama puteri?” tanya atuk saudara aku, Tok Man.
“Tak penting pun nak letak puteri atau tidak.” Sesopan mungkin aku cuba untuk menjawab.
“Apa pulak tak pentingnya? Kamu tau tak, dengan nama tu barulah kita senang menyusun waris-waris kita. Mengenali saudara-mara kita. Menyusun salasilah kita.”
“Saya bukan sesiapa pun, Tok Man.”
“Apa pulak kamu bukan sesiapa. Kamu ahli keluarga ini.” Aku diam sahaja. Aku tidak memerlukan nama. Jika ada sesuatu yang aku perlukan saat ini, hanyalah ibu aku.
Nama juga tidak bisa mengembalikan mama hidup semula.
Ada apa pada nama?
Ianya hanyalah sebuah nama. Bukankah kita di akhirat kelak, semuanya serupa sahaja? Tiada bedanya. Kerana kita manusia. Hamba kepada Sang Pencipta yang Agung.
Untuk apa menjadi puteri, jika hidup tak seindah puteri?
Cukuplah dengan sebaris nama. Cukuplah.
10 comments
ini sangat nice TH...I likeee...
TH :)
Ah.. kenangan lagi. manis.. tapi kenapa aku terhiris?
Ah... aku setuju... =)
apa ada pada nama... =)
hurmmm.. dari satu sudut kata2 mama tu betul tepat. apa ada pada nama. teapi manusia tetap manusia, kalau sungguh benar, kenapa hati kamu mcm bolak balik menegakkan nama tanpa puteri seperti mana mama kamu berbangga punya puteri secantik kamu.
kispen ni ada satu rasa nafas yg tersekat-sekat menahan sesuatu....
ps: sgt lancar...
ada apa pada nama,hakikatnya kosong,kita semua sama umatnya saja
yang penting:
adik puteri kesayangan mama..
cukup.
nice.. :)
aku suka ini . menarik .
ada yang aku setuju , ada yang aku tidak .
itu yang menarik .
keep 'em coming ! =)
-HEROICzero
abang el: thanks..:)
kak na: sukar utk dijelaskan.. :)
reenapple: betul2..=)
kak bs: mungkin, masih banyak yg tak tertulis kot..:)
singokngek: ya, benar..:)
marcella: =)) thanks..:)
heroiczero: insyaAllah...thanks..:)
aku punya rasa yang sama macam Heroiczero..
ada yang aku setuju ada juga yang aku kurang setuju..
pandangan manusia itu berbeza bukan?
apa pun kispen ini menarik..
kenangan memang susah untuk dilepaskan..
api: ya, pandangan manusia itu berbeda..:)
thanks..:D