Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, February 1, 2012

"Mama Yakin Adik Boleh Buat..."

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
IU
'...This is not easy for me to write it... but, just shared with u guys...'


Masa: 2006 
Lokasi: hospital
Adik: Mama, adik tak yakin adik boleh buat PMR ni, ma... Adik tak nak ambil exam.

Mama: Janganlah macam tu sayang. Mama yakin adik boleh buat.
(Mama sedang baring di katil hospital, actually masa ni, 3 bulan sebelum arwah mama meninggal, mama meninggal sebab kanser and tumor)

Adik: Mama, masalahnya adik ni bukan macam orang lain tu. Adik tak belajar pun macam orang lain. Mama pun tau, masa form 1, adik datang sekolah on and off, masa form 2 pergi sekolah, sempat sebulan je, masa form 3 ni pun hari tu pergi sebulan je and amik trial. Macam mana adik nak buat ma?

Mama: Janganlah risau. Mama yakin adik boleh buat. Adik kan anak mama. Adik kena percayakan diri adik sendiri macam mana mama percayakan adik.

Aku peluk mama sambil nangis kat katil hospital... sungguh masa tu aku tak tau nak cakap apa sebab keyakinan aku untuk ambil PMR adalah tahap zero. Pelukan seorang ibu juga yang terbaik.

Masa form 1, aku on and off datang sekolah sebab penyakit.
Masa form 2, tak datang sebab penyakit aku getting serius.
Masa form 3, keajaiban Allah, aku sihat tapi mama pula sakit, tapi aku tak pergi sekolah sebab mama cuma nak aku saja yang jaga dia. So, aku korbankan sekolah sebab mama.

Aku belajar tiga tahun punya 9 subjek hanya dalam masa seminggu sebelum PMR, Aku belajar kat hospital. Dan masa aku tengah ambil exam science, arwah mama kena buat ujian MRI, masa aku tengah buat subjek science tu, aku risau sangat sampai nangis, sebab aku tau mama takut. Mama takut segalanya pasal hospital. Aku risau sebab tak ada orang temankan dia melainkan orang gaji.

Aku nak sangat temankan dia, tapi aku kena ambil exam....
Abang-abang aku??? Tak ada maknanya dia orang nak temankan mama aku.

Sedangkan masa doktor nak cakap dengan anak-anak mama pun, dia orang suruh aku pergi dengar apa doktor nak cakap pasal penyakit mama. Bayangkan umur aku masa tu cuma 15 tahun je. Lepas habis exam aku terus pergi hospital, nasib baik mama okay. Atau pura-pura okay depan aku?

Waktu ambil result, aku memang tak expect apa-apa untuk result ni, mungkin aku gagal semua subjek. Aku tengok result,
2A= Bahasa Melayu, Pendidikan Islam
2B= Bahasa Inggeris, Sejarah
2C= Geografi, Kemahiran Hidup
2D= Science, Bahasa Arab
1E= Mathematic

Aku tak hairan pun yang failed tu, aku tak belajar macam mana tak failed kan? Aku hairan yang dapat ABC tu... But, yeah.. I'm so happy!!!

Orang first yang aku called mestilah mama. 
Bila balik rumah, orang first yang aku jumpa mestilah mama.
(Masa ni mama minta nak balik rumah sebab raya haji. masa ni 2 minggu sebelum dia meninggal)

Lokasi: rumah
Adik: Mama, adik betul-betul tak sangka adik lulus and ada A utk 2 subjek. Mama, terima kasih sebab yakin dengan adik.
(truthfully, tak ada seorang manusia pun percaya aku boleh dapat abc masa PMR, semua orang bila aku bagitau result, semua buat muka tak percaya, tapi mula percaya bila aku tunjuk slip result)

Mama: Mama dah cakapkan, anak mama mesti boleh buat. Mama tahu, anak mama ni bijak orangnya. Malah mama sebenarnya expect adik dapat 4A...

Sebenarnya yang aku sedar lagi satu perkara, ialah mungkin ini berkat aku jaga mama. Allah kan maha adil? Dia tau apa yang telah dialami oleh hamba-hambaNya.. Allah balas dengan kejayaan dan kejutan.

Bila semua orang tak sanggup nak cuci kaki mama, aku cuci tanpa rasa takut walaupun darah membuak-buak...
Bila semua orang mual dengan bau yang keluar, aku tak kisah, aku buat macam biasa sebab itu mama aku...
Bila semua orang takut tengok, ketumbuhan yang masa tu besar dia macam bola sepak, and kulit pun dah tak ada kat ketumbuhan di lutut tu, aku tak takut pun...

Masa semua orang takut-takutkan aku supaya jangan pegang ketumbuhan tu sebab takut jangkitan kuman, aku tetap pegang juga, sebab kalau tak pegang macam mana aku nak cuci bersih?

Dan bila mama pergi, itulah tahun terakhir aku dengan mama. Itulah tahun terakhir aku jaga mama. Dan apa yang aku buat untuk mama sepanjang mama sakit, Itu adalah yang terakhir... atleast, aku sempat buat apa yang termampu...Walaupun mungkin bukan yang terbaik...

Tapi, aku mencuba apa yang aku mampu...
Dan masa itu tak mungkin akan kembali...
Kerana ia yang terakhir...

Dan kata-kata semangat mama buat aku, akan aku simpan and kenang sampai bila-bila dalam kotak ingatan aku, dalam hati aku. Sebab kata-kata itu tak akan berulang lagi di realiti ini...

15 comments

February 1, 2012 at 9:28 PM

first...haha...IU...abang bro tahu the best way to solve it it to deal with it....

February 1, 2012 at 9:28 PM

Tersentuh bila membacanya...

February 1, 2012 at 9:44 PM

ni yang buat mata jadi bengkak ni.
sob..sob..

Tapi sempat jaga mama dlm tempoh dia sakit. itu anugerah... sempat berada di sisinya di saat2 terakhirnya.

tapi ada insan yg tak sempat nak mohon ampun maaf dari bonda.. yang pulang hanya sekujur tubuh yang kaku! dunia tentulah terasa runtuh serta merta..

February 1, 2012 at 9:52 PM

jdi anak y bersmngt dgn kate ank2 mmg snok kn

February 1, 2012 at 10:23 PM

I know u can do it adik!:)

February 1, 2012 at 10:42 PM

hebatnya doa seorang insan yg bernama ibu. mot tabik spring toing toing kat adi

Anonymous
February 2, 2012 at 12:43 AM

aku suka cerita ini . terima kasih kerana berkongsi di sini . =)


-HEROICzero

Anonymous
February 2, 2012 at 12:57 AM

No one can love us more than our mother

February 2, 2012 at 10:29 AM

tersentuh. Mujur masih ada 'mama'.

February 2, 2012 at 10:40 AM

aku merasai ada genangan di kelopak mata aku. oh adik, ini cerita benar bukan? sayang, aku tahu kamu menghadapinya dengan baik dan pastinya akan ada sentiasa yang baik-baik buat kamu. Tuhan sentiasa ada untuk kita, ;)

February 2, 2012 at 2:18 PM

tidak semua orangbertuah dapat berjasa seperti..


"adik" memang tabah..


Al-fatehah utk 'mama'

February 2, 2012 at 5:25 PM

abg bro: hehehe.. how? :D

syahmi: :')

sis nong: Alhamdulillah dapat jaga..bersyukur sgt..:)

sis iffah: yuppie..:D

sis windsor: thanks alot! :D

amamot: :)

heroiczero: =)

sparrow: yup..true..:D

axuerba: :) hargai beliau...:D

sis hana: :') thanks alot sis hana..:D

marcella: :') thank u so much..:D

February 3, 2012 at 8:39 PM

:') sedehh..


anak yang baik :')

February 6, 2012 at 7:31 AM

aku dah sebak..
haish..
kalau kena kat aku, apa yang akan aku buat?

*al-fatihah buat arwah*

February 9, 2012 at 6:24 PM

akoo: :')

api: thank u so much...:')

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...