Kau hanya membenci dia, kerana dia tinggalkan kau? Begitu?
"Habis? Tidak cukup dengan sebab itu?"
Kau bersama dia sudah lama. Mungkin tidak selama aku kenal kau, tapi jangka masa nya cukup untuk kau kenal hati budi dia kan?
"Maksud kau? Aku tak layak untuk membenci dia?"
Bukan aku kata kau tak layak untuk membenci dia, tapi kau perlu yakin dengan jalan takdir dan jodoh Tuhan. Ada sebab mengapa Tuhan pernah hantar dia kepada kau. Selama kau kenal dia, dia pernah buat kau bahagia. Dia pernah buat kau rasa yang dia adalah segala-galanya untuk kau. Kau juga berubah menjadi manusia yang lebih baik, kerana dia. Percayalah pada aku, walau kau putus dengan dia, kau berhutang budi pada dia.
"Ah, itu semua klise."
Klise?
"Ya, klise. Ide yang selalu saja diterjemah, secara berterusan atau berlebihan, sehingga ianya menjadi satu benda yang biasa, dan paling pun, tidak bermakna."
Ia bukan sesuatu yang tidak baik, bukan? Mengapa kau masih mahu simpan segala benci dalam benak dan terus terlupakan segala indah yang pernah kau gapai bersama dia? Jika benar kau sayangkan dia, simpan saja semua kisah, dan teruskan hidup kau.
"Bagaimana mungkin. Kau terlalu optimis dalam hidup."
Kau pula, apa? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kau mahu semuanya berjalan mengikut acuan kau, aturan kau, kemahuan kau.
"Dan itu bukan suatu dosa kan? Aku mahu sesuatu yang sempurna. Aku mahu sesuatu yang indah, dan baik. Ini bukan soal mengejar kesempurnaan atau apa, ini soal kehendak. Aku ingin memiliki kesempurnaan."
Mungkin kau lupa sesuatu.
"Apa dia?"
Kesempurnaan itu juga adalah suatu klise.
"Biar aku menjadi klise yang ini, daripada aku terus terima klise yang, klise!"
Hahaha. Kau ni rumit orang nya. Apa beda nya klise kau dan klise yang lain?
"Aku tak tahu,"
Kesempurnaan itu suatu klise. Dan seperti klise-klise yang lain, kau juga di akhirnya mahu bahagia kan? Bahagia yang kau kejarkan itu juga sama klise dengan apa yang kau sendiri luahkan tadi. Kau manusia. Aku manusia. Jiwa-jiwa manusia seperti dia, seperti aku, seperti kau, tidak akan pernah akan berhenti mengejar kebahagiaan selagi mana yang terdaya. Usah cuba menjadi sempurna, kerana ketidaksempurnaan itu adalah ruang-ruang sempurna yang harus kau isi sebaik mungkin. Agar nanti kesempurnaan adalah klise bisa merubah kepada klise adalah kesempurnaan.
"Kau sudah temui kesempurnaan kau?"
Sudah. setiap kali aku bersama kau.
"Ah, itu juga klise,"
Biarlah.
.END.
16 comments
ya..
kesempurnaan itu klise..
memang sebab kita manusia..
jarang sangat lari dari klise..
ah, klise lagi..
mot baca. mot menung. mot tak tau apa yang mot menungkan. atau mungkin saki baki ngantuk masih ada.
Memang klise, 'kau' itu ada dalam aku, sentiasa mahukan kesempurnaan dan segala-galanya mengikut acuan aku...ahh klise lagi!
PapaHERO this is nice, normal in abnormality and klise in human!
K
kispen ini membuka mata saya mengenai kesempurnaan..
hurm. kesempurnaan juga adalah klise.
*terdiam memeikirkannya*
aku dapat sesuatu dari cerita ini..=)
menjadi positif seketika membaca perenggan kelima...
klise... dan,dan teringat lagu Klise- Afghan..
apa nak komen ye..nanti klise lagi haha...
Haha makan dalam
jd tatau nk komen pe takut klise hehe
hahah..mcmana nak jauhkan dr komen yg klise ni..haha..eh, ko papahero ke???kehkehkeh..soalan yg klise kah..hoho
Aku teringat 'kawanku yang aneh' dari Lady Windsor..
gaduh-gaduh.. siapa menang? adakala dark side menang, adakala bright side menang. adakala seri..
Nong Andy, aku dalam fasa bergaduh dengan 'kawanku yg aneh' itu..klise sangat rasanya bila bergaduh dengannya...
klise!
APi , dan klise itu bukan suatu dosa , ya ?
Anonymous Amamot , ambil masa kamu , mot . =)
Lady Windsor , siapa pula yang tidak mahukan kesempurnaan ? teruskan saja yang paling baik .
aleen aiden , K
Teenager Housemaid , semoga ketemu klise yang sempurna !
reenapple , dan aku gembira untuk itu . =)
Anonymous marcella , untuk si putus cinta ? hehe .
EL MARIACHI , Iffah Afeefah , hahahaha komen la apa yang mahu . tiada masalah dengan klise atau tidak .
Blogger Tuan Cimot , saya , saya , saya HEROICzero !
Nong Andy , yang menang tak menang semua , yang kalah tak kalah semua , yang seri juga pasti peroleh sesuatu . =)
hara , klise!
semua orang mahukan kebahagiaan. klise juga? Biarlah. ;p
dan klise itu juga menjadikan hidup berteman ini lebih interesting...
bukan ?
-Jake X-