Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, May 4, 2012

Sampai Hati Abang Jib Lupa. Kan Dah Kena Makan Sumpah...

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
"selamat hari jadi.
selamat hari jadi.
selamat hari jadi sayang
selamat hari jadi."

Tiap-tiap tahun pada tanggal 26 Januari Najib akan menyanyikan lagu ini untuk kekasihnya Salmah. Sejak mereka bersama dari tahun ke tahun, Najib akan menyanyikan lagu ini dan tidak pernah lupa walau sekali pun. Najib juga bersumpah yang dia akan menyanyikan lagu ini untuk Salmah tiap-tiap tahun.

"Ala Abang Jib ni. Sumpah-sumpah. Kang dimakan sumpah, Salmah tak tahu."
"sumpah makan Abang? mana sumpah yang berani makan abang itu? abang makan dia dulu sebelum dia sempat makan Abang." 

Dan sebagai memperingati sumpah yang dibuatnya, Najib menghadiahi Salmah dengan seekor sesumpah peliharaan yang diberi nama Sumpah. Salmah menjaga Sumpah seperti menatang minyak yang penuh. Kadang-kadang Salmah memanggil Sumpah dengan nama manja seperti honey, sayang, baby, bebi dan babi. kadang-kadang Salmah menganggap Sumpah seperti anak dia dan Najib.

Pada suatu hari yang indah, tanggal 26 Januari datang lagi. seperti biasa, Najib membawa Salmah berjalan-jalan menyambut hari jadinya. Sesungguhnya malang memang tidak berbau tapi kemalangan berbau minyak, darah dan daging hancur. Ketika seronok bonceng-membonceng di atas motor Najib, motosikal mereka dirempuh lori yang bergerak laju dari arah bertentangan. Najib terpelanting ke tepi jalan. Salmah dan motosikal terperosok di bawah lori. Salmah maut digilis dan diseret lori itu sejauh hampir seratus meter. kepalanya hancur separuh. Najib pengsan. motosikalnya hancur, sama hancur dengan Salmah. Maka dengan itu, malang tidak berbau dan seperti yang dikata tadi, kemalangan itu berbau darah dan daging hancur. hanyir.

Tahun berganti tahun. Tiada lagi nyanyian sumbang selamat hari jadi dari Najib untuk Salmah. Gila ke apa nak menyanyi lagu selamat hari jadi kepada Salmah yang sudah mati? Baik menyanyi lagu selamat hari mati kerana hari jadi dan hari mati Salmah pada tarikh yang sama.

Tahun berganti tahun tanpa sedar. ingatan pada Salmah entah ke mana. ingatan kepada Sumpah, jangan harap. Sudah lama terkubur walaupun sebelum tanah kubur Salmah hilang merahnya. Najib bersama pula dengan seorang perempuan lain yang tarikh lahirnya bukan 26 Januari. Tarikh matinya belum pasti lagi.

Hampir 10 tahun kira-kiranya mengikut kalendar masihi. 26 Januari datang lagi. tengah malam itu Najib tidak dapat tidur. Entah apa yang bermain di dalam kepala hotak nya dia sendiri tidak pasti. Rasa panas, resah gelisah semacam sahaja. hendak dimesej girlfriend nya, pasti sudah tidur. Jam sudah pukul 12 lebih. perempuan ini selalu tidur awal.

Tiba-tiba memorinya berbalik kepada tahun-tahun dulu. kepada Salmah. kepada tarikh 26 Januari. terdetik hatinya untuk menyanyi lagu selamat hari jadi. Tapi macam orang gila pula menyanyi seorang-seorang. hendak menyanyi di kubur Salmah, nanti dituduh pula mahu buat minyak dagu.

"Ah. Dimakan sumpah konon. Mana ada sumpah. Mana ada sumpah nak makan aku." Najib ketawa kecil sambil mengelap peluh-peluh sejuk yang entah kenapa memancut-mancut keluar dari rongga dahi. Ketawa kecil, mungkin kerana terasa bodoh benar bersumpah itu ini.

Entah bila Najib terlelap. Pandangannya gelap. Tiba-tiba terdengar suara yang selalu benar dia dengar dulu-dulu. Dia rasa dalam mimpi. mungkin, memang dalam mimpi.

"Abang Jib, Abang Jib lupa ke? sampai hati Abang Jib lupa," rengek suara itu berulang kali.
"Abang Jib, nanti kena makan sumpah tahu? Abang Jib mahu?" 

Dalam mimpinya, Najib menepis-nepis telinganya. Tidak tahan dengan suara itu. Beberapa ketika kemudian, Najib bangun dengan peluh yang membasahi separuh baju pagoda nya.

"Ah.. nasib baik mimpi," kata Najib bila membuka mata. 

Najib cuba untuk tidur kembali. Tapi kali ini bunyi lain pula yang datang. bunyi seperti ada benda melompat-lompat di bumbung rumah. peluh semakin mengalir deras. Najib diam.

Seketika kemudian secara tiba-tiba seekor sesumpah bersaiz dinosaur sudah tercongok di depan katil Najib. Najib cuba untuk menjerit tapi suaranya tersangkut di anak tekak. sesumpah dinosaur dengan rakus membaham kepala Najib. Memancut-mancut darah keluar dari carotid artery Najib. Baju pagoda yang butih bertukar merah. Dari kejauhan terlihat kelibat Salmah dengan kepala hancur separuh, memegang tali yang dililit pada leher sesumpah bersaiz dinosaur.

"Abang Jib, sampai hati Abang Jib lupa. Kan dah kena makan Sumpah..."

Hak Cipta: run aziluz

9 comments

May 4, 2012 at 9:07 PM

aaa... suka ini.. heheh. THUMBS UP!!!!.

itulah buat sumpah lagi... heee.. Hati3 buat sumpah.

May 4, 2012 at 10:07 PM

lme tak bace karya anda

haha lawak n penuh pngajaran

May 4, 2012 at 11:21 PM

seronok gak bayangkan salmah tgh pegang rantai kat leher sesumpah tu.. hehehe.

May 5, 2012 at 12:32 AM

Mwahahaha owhh I like! Parody! Lain daripada yang lain...humakaihh kalau aku boleh buat kispen macam ini....bravo!

May 5, 2012 at 4:05 AM

main lagi sumpah..
haa kan dah

May 5, 2012 at 8:54 AM

Parody ye..hemmmm...

May 6, 2012 at 12:05 PM

aku senyum baca kispen ni... sebab aku dah dpt rasakan ending dia akan superb gila... hahahahaha... kan kan kan... padan muka kau...

May 7, 2012 at 2:00 AM

sumpah stylo ah citer ni...



kurasa sangat stylo salmah pegang kolar di leher sumpah tu.. macam vogue gila salmah dengan kepala yang separuh hancur.. dah la sumpah size dinosour.. gila kentang!! hehehe..


thumbs up

May 19, 2012 at 10:51 PM

hehe.. cerita ni boleh tahan.. ada rasa lucu, seram dan gerun juge.. hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...