SOFIA ZULAIKHA berlari-lari menuju ke bilik mesyuarat di tingkat 2. Pagi ini dia sudah terlambat. Dia belum sempat menjamah sarapan pagi. Akhirnya dia tiba di bilik mesyuarat. Dia menghembuskan nafasnya. Cuba mengembalikan pernafasannya ke tahap normal. Dia akhirnya membuka pintu bilik mesyuarat dan melangkah masuk menuju ke arah 2 orang yang sedang menantinya di meja mesyuarat.
“Kau?” Ika bersuara dengan nada tinggi selepas melihatkan Haikal di hadapannya.
“Kau!” Haikal juga melontarkan perkataan yang sama menunjukkan reaksi terkejut sama dengan Ika. Ika mengambil tempat bersebelahan dengan Kak Sal.
“Oh… korang dah kenal each other, so tak payah perkenalkan la,” kata Kak Sal melihatkan gelagat 2 orang di hadapannya.
Ika menunjukkan rasa jengkel sambil berbisik, “Aish… Kak Sal jangan kata yang mamat ni orang yang bakal kita berurusan suatu hari nanti.”
“Sebenarnya ya, dia secara rasmi dah jadi GM kita yang baru,” Kak Sal berkata sambil tersenyum.
“Geez,” Ika menunjukkan rasa jengkel. Haikal di hadapannya hanya tersenyum.
“Kitaorang 1 universiti dulu,” Haikal berkata dengan senyuman. Kak Sal di hadapannya hanya mengangguk kepala tanda faham.“You’re late Cik Sofia Zulaikha,”Haikal berkata lagi.
Ika berasa jengkel dipanggil dengan nama penuh. Lebih-lebih lagi disebut oleh lelaki di hadapannya.
“Traffic problem,” Ika berkata dengan pendek.
Ah… hari ini dia lupa yang dia ada meeting dengan GM baru. Kebiasaanya dia akan bangun awal tapi entah mengapa hari ini, jam locengnya tidak berbunyi. Dan keputusannya, dia lambat dan ditambah lagi dengan kemalangan yang berlaku di kawasan perumahannya. Kak Sal sudah maklumkan kepadanya yang hari ini, GM baru mahu berjumpa dengan Pengurus Kewangan, iaitu dia. Dia tidak pernah berjumpa dengan GM baru sebab ketika hari pertama GM baru memunculkan diri, dia tiada di office, sedang ber-oustation di luar.
“So can we proceed with our meeting, Cik Sofia Zulaikha?” Haikal berkata lagi. Ika makin panas hati bila sekali lagi nama penuhnya disebut. Dia tidak suka nama penuhnya disebut. Hanya ibu dan ayahnya yang selalu menyebut nama penuhnya. Itupun bila mereka menegurnya. Perbincangan selama 1 jam dengan GM baru selesai walaupun dia cuba menahan dirinya dari berasa jengkel setiap kali mendengar suara Haikal. “So, apa-apa yang awak tak faham, sila tanya Saliza ya,” Haikal berkata sambil keluar dari bilik mesyuarat. Kak Sal bangun menunjuk tanda hormat. Ika hanya terus duduk sambil memandang Haikal yang berjalan keluar dari bilik itu.
“Hah, kamu ni kenapa lambat?” Kak Sal mengeluarkan soalan sejurus melihat bosnya beredar.
“Bangun lambat. Siapa entah curik bateri jam loceng Ika. Dahlah, masa nak keluar tu, ada accident lak kat depan taman perumahan. Mana tak lambat,” Ika memberi penjelasan.
“La, kan Kak Sal dah bagitau yang GM nak jumpa kamu hari ini,” Kak Sal mengingatkan lagi.
“Yaa.. Tahu. Dah lambat nak buat macam mana. Lagipun mamat kerek tu tak marah pun,” Ika berkata lagi.
“Ish kamu ni, tak baik cakap macam tu kat bos,” Kak Sal menegur.
“Oh, lupa. Ika selalu bagi gelaran macam tu kat dia,” Ika perjelaskannya. Kak Sal hanya tersenyum sambil memandang Ika berjalan menuju ke ofisnya.
Hak Cipta: reenapple
6 comments
Yeah.. haikal? GM yer... hehe.. GM muda ke? ekekeke..
@Nong Andy heee... Yeah. Haikal.. aku rasa bnyak kali akuguna nama Haikal ni. nge ngeh...
Err... GM ini muda tahu.. hot lagi.. sila bayangkan.. hehehe. =D
aku suka part haikal mention*u are late cik sofia zulaikha.. * pergh peh peh peh... kirim salam sama haikal... weiwt... nice name...
@Bidadari Syurga heeee... salam diterima.. =D
macam novel cinta :)
wokey good nice ..baca episod seterusnya...