Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, May 22, 2012

Suatu Kisah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Deruan si air mengalir laju mengikut arus ke kiri dan ke kanan. Permukaannya itu ibaratkan kaca yang rapuh, di bawahnya sunguh jernih menampakkan kehijauan warna lelumut yang hidup di bawah jernihan si air. Dari jauh lagi sudah terlihat kilauan si air oleh pancaran cahaya matahari yang memancar terik menambahkan lagi pinaran mata yang memandang. Aur di tebing sungai begitu kuat cengkamannya hingga arus deras pun tidak menjejaskan keutuhan aur pada si tebing. Di suatu sudut, terdapat sepohon langsuyar bergayutan pada celahan pokok si induk, hanya menumpang sahaja kerjanya. Dahulunya jalan ini bertanah tetapi sekarang sudah diletakkan tar agar mudah untuk manusia berjalan di atasnya. Tangga juga kini sudah bersimen. Kalau dahulunya, sering aku dan dia berjalan di lecak-lecak tempat air bertakung, tanah basah yang lembab. Rindu pula aku pada si lumut yang yang licin. Taipi suda tidak ada lagi. Kalau ada pun bukan pada tempat laluan ini. Sewindu sudah tidak ku jejakkan kaki di sini. Apatah lagi menampakkan muka pada si pohon jati yang rending. Mereka juga sudah tentu rindu padaku.setia sungguh penanti an si alam menunggu kehadiran aku di sini agaknya, mungkin sebab itu mereka masih ada. Tetatpi kesetiaan si alam menanti si dia lebih banyak daripada mereka menanti aku di sini. Bahkan dialah yang mereka tunggu-tunggukan. Sewindu. Lama sungguh, hampir sedarsawarsa lamanya. Sekurang-kurangnya, wujudlah juga aku di sini setelah sekian lama menghilang, tapi dia?

Betapa indahnya andai aku dapat hidup di sini. Terasa segar apabila dapat menghirup udara bersih. Bunyi cengkerik hutan tidak pernah lekang di gegendang telinga, tetapi tidak pula terasa bingit di telinga ini. Tiba-tiba terasa kehadirannya di sisiku. Seolah-olah kami berjalan bersama beriringan. Terasa kehangatan suam-suam air pada tangan kananku. Itu tangan dia rupanya. Kami berpimpinan tangan. Aku tersenyum. Dia bawa aku berjalan melihat keindahan air terjun ini. Aku pasti, alam juga pasti mencemburui kemesraan kami. Tetapi mereka tetap gembira dengan kewujudan kami di sini. Alahai manisnya dikenang kembali. Pada hujung minggu begini, ramai pengunjung yang datang. Ada yang bersama  keluarga, kawan-kawan, pasangan kekasih. Semuanya ada. Aku dan dia berjalan lagi. Di hujung jalan, masih ada lagi kedai makan Pak Mat dan isteri. Kedai Pak Mat bersih dan sedap. Sebab itu kami sering makan di situ dan dia pun tidak melarang aku membeli air di situ. Aku singgah sekejap. Tercari-cari wajah Pak Mat dan isteri andainya mereka masih mencari makan di situ. Aku meletakkan harapan tentang kehadiran Pak Mat dan isteri di depan mataku supaya dapat kami bercerita tentang kehidupan kami semua tetapi yang muncul ialah seorang wanita muda. Mungkin anaknya tetapi mana mungkin kerana anak-anak Pak Mat semuanya telah lama merantau jauh di Negara orang.

Aku berjalan lagi, masih terasa dia disebelahku. Masih juga terasa sepasang mata yang redup itu memandang aku. Dia sayangkan aku dan alam juga tahu. Merekalah yang menjadi bukti kasih sayang antara aku dan dia. Kalau dulu, setiap kali aku pulang bercuti dan semua orang sibuk, dia selalu bawa aku ke sini untuk bersarapan pagi. Kami menunggang motosikal, kadang-kadang aku yang membonceng dan kadang-kadang dia yang dibonceng walaupun waktu itu aku masih di sekolah menengah. Aku tahu dia percayakan  aku. Di suatu, masih kukuh lagi bangku kayu itu berdiri. Bangku kayu itulah yang selalu menjadi tempat rehat kami berdua setelah menikmati keindahan alam yang Maha Esa. Di tepi bangku itu, sering mejadi tempat sekumpulan rama-rama hutan berterbangan. Warna mereka hitam dan hijau. Masing-masing berpasangan. Rama-rama juga makhluk tuhan dan yang dicipta pasti berpasangan. Rama-rama yang berterbangan menjadi peneman dan penghibur setia kami, sering aku bertanya soalan pada dia tentang si rama-rama, tidak jemu pula dia menjawab walaupun soalan yang sama diajukan. Begitulah sikapnya yang pengasih. Aku meneruskan langkah kaki ku. Terasa sebentuk senyuman diukirkan khas buat aku daripada ala mini. Sama sahaja senyumannya. Senyuman penuh makna dan sayang. 

Tiba-tiba hujan renyai-renyai. Aku menepuk dahi sendiri, lupa pula aku untuk membawa payung pada    awal perjalananku dari kereta tadi. Sudah ku agak bahawa hari kana hujan kerana dari wal tadi lagi awan sudah menampakkan pokok hujan. Terpaksalah aku berteduh sebentar. Nasib baik sempat jua kau sampai di pondok itu. Pondok yang kini sudah bersimen dan atapnya juga sudah tidak bernipah lagi. Fikiran aku menerawang jauh. Dahulu, pondok yang beratapkan nipah dan bertiangkan kayu getah. Di bawahnya subur dengan pokok pegaga jepun yang dapat dibuat ulamam. Masih teringat saat aku dan dia bersama-sama berteduh di bawah pondok ini. Kami selalu berteduh di sini andainya hari hujan. Pasti ada atap yang bocor dan air akan jatuh di atas aku, dialah yang akan mengambil surat khabar yang dibawanya lalu memayungi aku dengan surat khabar itu. Sebaik sahaja hujan berhenti, aku terasa rindu untuk melihat keindahan daunan hijau yang segar setelah disirami air hujan. Bunyi serangga-serangga hutan yang akan mula kedengaran, ada rama-rama hutan yang berterbangan dan burung-burung juga tidak melepaskan peluang untuk mendendangkan kicauannya yang merdu seola-olah menyanyi untuk alam dan penghuninya.

Tanpa ku sedari perlahan butiran mutiara jernih turun dari rubir mataku yang sepet ini. Dari tadi cuba ku halang tetapi ternyata empangannya runtuh jua dek hentaman si mutiara yang degil itu. Dia muncul lagi di hadapan ku, kini betul-betul di sisiku. Lalu, tanganku dicapainya lalu dahi ku di kucup. Di sinilah tempat terakhir aku menghabiskan kenangan-kenangan manisku dengan dia sebelum Yang Maha Berkuasa lebih berhak mengambilnya daripada menjadi hak aku yang hanya sementara. Tiada petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya. Aku tahu, dia sayangkan aku sama juga di sayangkan yang lain. Munkin itu yang yang membuatkan dia tidak mahu kami menyedari akan tanda-tanda bahawa di akan pergi buat selamanya. Dialah penemanku di kala hati terasa sunyi, penawarku di kala hati minta diubati, kekuatanku dikala diri perit meniti onak yang berduri. Kami berkongsi cerita dan dia suka mendengar cerita aku. Ada banyak kisah untuk diceritakan kepadanya. Cerita kami tidak sama kerana dia yang membuatkan cerita hidup aku menjadi isitimewa. Itulah keistimewaanya dia di sisiku dan yang lain. Semuanya ada cerita masing-masing. Dia juga ada kisah untuk aku. Kisahnya tidak akan ku lupakan buat selama-lamanya. Tidak dapat aku coretkan di sini kerana bias atas pemergian tanpa dipinta amat mendalam hingga ke sanubari dan ia masih kekal di situ. 

Kenangan yang paling pedih ditinggalkan adalah di saat-saat akhir kewujudan dia di muka bumi ini masih terbayang difikiranku sewaktu mengalirkan air di wajah tenang ibu, pucat lesi wajah ibu di saat itu, lalu jariku merayap lalu menyentuh bibir ibu, sebentuk senyuman dilayangkan ubtuk aku. Aku membalas balik senyuman ibu dengan linangan air mata. Bibir itulah yang akan mengucup dahiku sentiasa di saat jasadnya masih hidup, senyuman yanh palin manis dan itulah agaknya senyuman yang terakhir dari ibu buat aku. Tidak dapat dilupuskan dari ingatanku tika aku menyentuh tangan kasar ibu. Tangan yang dahulunya sentiasa panas kini sejuk dan dingin. Tangan yang akan membelai rambut aku, yang akan memimpin tanganku di kala aku memerlukannya. Tangan itulah yang telah banyak berjasa sehingga ke hembusan nafas yang terakhir. Pelbagai soalan muncul di benak fikiranku. Siapakah yang akan menjadi temanku tatkala aku sunyi dan mengeat air mataku di kala aku menangis? Siapakah yang dapat aku ajak berkata-kata dan siapakah yang dapat membantu aku dalam mencari erti sebuah kehidupan? Darah tidak lagi mengalir di dalam badan ibu. Sungguh tidak tertahan lagi hati aku sewaktu aku mengalirkan air di kaki ibu. Aku mengucup kaki ibu. Lama. Syurga aku di bawah telapak kaki ibu. Kaki ibu sejuk juga sama seperti anggota badannya yang lain. Aku mencium parut yang ada di buku lali ibu. Aku lah yang telah meninggalkan parut itu di kaki ibu dan ia kekal sehinggalah aku sendiri yang memandikan jenazah ibu. Aku telah menjatuhkan pisau di kaki ibu kerana bergaduh dengan adik. Dan masih teringat bagaimana kaki ibu mengalirkan darah yang yang banyak sehingga ibu mengadu akan kakinya kakinya yang terasa kebas. Maafkan aku.

Dan lagi sewaktu Nek Mah mengkafankan jenazah ibu yang terbaring kaku itu. Masih terbayang-bayang wajah adik lelaki aku pada ketika itu baru berusia sebelas tahun mengalirkan air mata, sungguh menyayat hati kerana adik telah kehilangan ibu pada usia yang masih mentah lagi. Kakak dan abang di suatu sudut sedang menenangkan adik dan tidak dapat dinafikan juga bahawa mereka juga turut sedih kerana kehilangagn ibu yang tersayang dan abah pula tenang sahaja wajahnya tetapi aku tahu hatinya pasti menangis sayu meratapi pemergian si isteri. Kini, seorang demi seorang mencium dahi ibu buat kali terakhir. Aku melihat kakak cuba untuk menahan air matanya di saat bibirnya menyentuh dahi ibu. Tetapi berderai juga akhirnya. Begitu juga abang dan adik. Tibalah giliran aku akhirnya. Saat yang paling menggentingkan. Aku meletakkan pipi aku di atas pipi ibu. Sejuk. Lalu aku mencium pipi ibu. Dahulunya, ibu yang mencium ubun-ubunku tetapi sekarang giliranku pula untuk mencium ubun-ubunnya. Bukan buat kali pertama sahaja, malah untuk kali terakhir dalam hidupku.

Akhir sekali, tibalah jua saat dia kembali ke tempat asalnya. Sebagai seorang anak, tidak tertanggung lagi derita hati dan jiwa apabila melihat mayat ibu kandung sendiri diletakkan perlahan-lahan ke dalam liang lahad oleh abah, abang dan saudara-mara  lain. Lalu dicangkulkan sendiri tanah merah ke atas mayat ibu. Hari itu mendung sahaja. Awan seolah-olah menangisi jua pemergian ibu kami. Hati aku menangis lagi, ibu akan pergi buat selama-lamanya. Perlahan kami adik-beradik menyiramkan air mawar ke atas kubur ibu. Tiada linangan air mata di saat itu tetapi hati tetap pedih menahan pemergian ibu. Namun, aku pasti jiwanya akan sentiasa hidup di dalam diri kami. Kini, tiada ucapan sayang yang dapat kami luahkan lagi di hadapannya seperti biasa tetapi hanya doa kami yang mengiringi ibu dalam menuju ke destinasi yang abadi. Dan kami, tugas kami adalah untuk menjadi anak yang berguna dan menjaga abah di usia tuanya serta patuh kepada perintah yang Esa. 

Sudah jauh fikiran ku melayang, ku kesatkan saki-bakik air mata tadi, suasana semakin gelap di sini, jam di tangan sudah tepat menunjukkan pukul  7  malam. Ku percepatkan ayunan langtkah kakiku kereta. Alam memberi senyuman yang terakhir buat aku, kini sudah ku berikan jawapan kepada si alam tentang permergian ibu. Mereka mengerti. Aku berjanji tidak akan ku tinggalkan tempat ini lagi selepas ini. Aku pasti dia juga merindui alam ini.

Hak Cipta: VZ

1 comment

May 23, 2012 at 4:52 PM

suatu naskah yang bagus. sangat bagus. susun atur setiap patah perkataanya melambangkan kematangan si penulis.

pilu hati pergi jauh buat pengubat rindu... akhirnya kembali juga.. kerana sejauh manapun kita cuba menstabilkan diri... kerna perlu tahu cara perlahankan rentak hati.. kena tahu bagaimana kembalikan diri ke titik asal... di mana kesakitan it bermula...

VZ.. aku suka naskah kau... mcm aku baca cerita faisal tehrani dan seumpamanya... bahasanya baik.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...