Ika bengang dengan berita yang diterima sebentar tadi. Pembantunya memberitahu yang dia harus mengikut GM mereka ke tapak projek di Cameron Highlands. Ah… mana mungkin. Dia benci menghabiskan masa dengan orang yang tidak disukainya lebih-lebih lagi lelaki.
“Kak Sal, asal Ika kena pergi tengok projek bersama dengan bos Kak Sal?” Ika menyoal Kak Sal ketika bertembung dengannya dalam perjalanan Kak Sal ke bilik pantry.
“Oh, yang itu. Encik Haikal kata kamu yang incharge projek ni. So kamu lagi tahu tentang projek ni,”Kak Sal berkata.
“Laa… kan dia just boleh baca proposal projek tu. Tak pun minta je la Radhi, pembantu Ika pergi bersama-sama dengan dia. Or just tanya je la Kak Sal kalau ada yang dia tak tahu,” Ika memberi cadangan.
“Ish kamu ni, kamu kan yang incharge projek tu. So mesti kamu yang lagi mengetahuinya. Kak Sal tak de la tahu sangat tentang projek tu. Tahu apa yang kamu tulis dalam proposal tu jela. Lagipun, bukan ke kamu baru je pergi tengok tapak projek tu? So mesti kamu tahu perkembangan terkini,”Kak Sal memberi penjelasan.
“Sebab itulah Ika tak nak pergi. Baru je balik dari situ pastu kena pergi lagi. Haish. Asal tak suruh je Radhi?” Ika berkata dengan nada tidak puas hati.
“Radhi kan isterinya tengah pregnant, so Encik Haikal suruh dia teman isterinya je,”Kak Sal menjelaskan lagi. Ika menarik nafas sedalam-dalamnya. Ikutkan hati mahu je dia pergi berjumpa dengan Haikal di pejabatnya sekarang tapi Kak Sal cakap, ibu Haikal, Datin Azura sedang berada di ofisnya.
“Assalamualaikum,” satu suara wanita memberi salam. Kak Sal dan Ika menjawab salam tersebut. Datin Azura sedang memandang mereka berdua dengan tersenyum.
“Air Datin?” Kak Sal mempelawa Datin Azura secawan teh. Datin Azura mengambil tempat di sebelah Ika. Ika tersenyum. Dia menyenangi cara Datin Azura yang merendah diri tidak seperti kebanyakan isteri-isteri VVIP yang lain.
“Oh, terima kasih Sal,”Datin Azura berkata.
“Datin datang jumpa Encik Haikal eh?” Kak Sal bertanya. Datin Azura hanya mengangguk dengan tersenyum.
“Apa yang kamu berdua berbual ni?” Datin Azura menyoal 2 orang perempuan di hadapannya.
“Oh, tak ada apa-apalah Datin. Bincang hal kerja je,” Ika menjawab.
“Kamu berdua ni dah macam Haikal dengan ayah dia. Asyik bincang pasal kerja setiap kali mengadap makanan,” Datin Azura berkata. Ika dan Kak Sal hanya tersenyum.
“Ha’ah, Ika pergi Cameron Highlands dengan Haikal nanti kan?” Datin Azura menyoal Ika.
“Err… mungkin lah. Kak Sal pun pergi juga,” Ika memberitahu. Dia tidak pasti sama ada mahu ikut atau tidak.
“Laa… tak yah la cakap Sal, dia memang kena pergi. Kan Sal kan?” Datin Azura berkata sambil memandang Kak Sal yang hanya menganggukan kepala. “Nanti, tolong tengok-tengokkan Haikal tau. Dia tu jenis cuai sikit,” Datin Azura meminta pertolongan Ika. Ika hanya tersenyum.
“Eh lupa. Bukan ke Ika pernah 1 u dengan Haikal dulu?Masa Haikal buat degree dengan Ika?” Datin Azura menyoal lagi Ika sambil mengingati cerita Haikal tentang Ika.
“Err.. Ya,” Ika mengiyakan. Dalam hatinya mengutuk-ngutuk Haikal.
“Macam tu baguslah,” Datin Azura berkata. Ika tersenyum kelat. Tidak memahami ayat Datin Azura.
“Ika dah ada boyfriend?” Datin Azura menyoal lagi. Ika berasa hairan dengan soalan Datin Azura. Kak Sal di hadapannya hanya tersenyum.
“Err… boyfriend ramai. Yang zaman sekolah, zaman U,”Ika berkata benar.
“Ish, kamu ni… bukanlah. Maksud auntie, special boyfriend?” Datin Azura membahasakan ‘auntie’ dengan Ika. Kak Sal makin tersenyum.
“Belum ada lagi Datin,” Kak Sal menjawab bagi pihak Ika. Ika pandang Kak Sal.
“Oh… macam tu baguslah,” Datin Azura menepuk tangan tanda gembira. Kak Sal tersenyum. Seakan faham dengan tujuan Datin Azura bertanyakan soalan sebegitu pada Ika.
“Mama,” Haikal memanggil dari belakang mereka. “Jom,” Haikal berkata lagi. Haikal pandang Ika yang sedang memandang mamanya dengan penuh kehairanan.
“Dah siap?” Datin Azura bertanya kepada anak bongsunya.
Haikal mengangguk.
“Jom kita lunch sama-sama. Haikal belanja,” ajak Datin Azura sambil memandang Ika dan Kak Sal. Haikal hanya tersenyum.
“Eh, tak apalah Datin, saya dah janji nak lunch dengan suami saya,” Kak Sal menolak pelawaan tersebut.
“Oh, sweet. Ika?” Datin Azura bertanya kepada Ika.
“Eh, tak apalah. Saya puasa hari ni,” Ika menolak juga. Ah… nasib baik Ika puasa ganti hari ini.
“Ala… too bad. Susah tau Haikal nak belanja staff dia,” Datin Azura berkata dengan nada merajuk.
“Eh, mana ada la mama ni. Bukan ke Haikal belanja Sal hari tu?” Haikal pertahankan dirinya.
“Ha’ah betul la Datin,” Kak Sal mengiyakan.
“Alaa.. Sal memang. Tapi Ika tak kan?”Datin Azura berkata lagi.
“Mama ni. Takkan nak suruh dia buka puasa just only to have lunch with you?” Haikal pertahankan Ika setelah melihat Ika mendiamkan diri.
“Ya tak ya juga. Tak apalah dear, next time eh,” Datin Azura berkata sebelum bangun dan beredar dari situ sambil memeluk tangan Haikal. Ika dan Kak Sal hanya tersenyum melihat gelagat dua beranak itu.
3 comments
reenapple,
baca sekali lagi pun masih terasa 'menyengat' hehe..
meyengat??? err.. apakah? Aku tak letak lebah kat sini.. heheh. Jadi dia tak boleh menyengat.. hehe.
Ah.. tunggu sahaja episod terakhir...
#ini sebahagian novel aku.. hahaha
dah nak terakhir ke...owh good story I like this...