Seusai solat Isyak, Zek terasa ingin menghirup angin malam. Dengan berhati-hati tangan digerakkan untuk menolak kerusi rodanya menghampiri jendela. Dia menolak jendela yang tidak tertutup rapat itu dan mula menghayati keindahan malam.
"Eh, abang belum tidur lagi?" tegur isterinya, Zila.
"Belum lagi, Zie. Abang terkenang kisah lalu."
"Abang..." Zila terdiam sebentar dan menyambung, "Biarlah kenangan itu cuma tinggal kenangan. Jangan dibiar mengganggu perasaan."
"Abang baik-baik saja. Cuma abang bersyukur kerana di sebalik semua yang terjadi, ada hikmah yang tersimpan. Abang tak kisah ditakdirkan cacat seumur hidup asalkan ada Zie disamping abang. Abang tak mampu hidup tanpa Zie."
Zila sangat terharu mendengar kata suaminya, mula menitiskan air mata. Ya, setelah apa yang terjadi, dia juga sangat bersyukur kerana dia dikurniakan suami yang menyayanginya sepenuh hati. Dia tidak endahkan mulut-mulut jahat yang sering menjadi penghasut supaya dia meninggalkan suaminya kerana kekurangan lelaki itu. Dia masih kekal setia dan akan terus setia sehingga akhir nyawanya.
********************************************
Sepuluh tahun sebelumnya.....
Zek merupakan seorang yang istimewa. Dia bekebolehan membaca fikiran orang lain setelah genap usianya 18 tahun. Keistimewaan itu diperoleh daripada keluarga ibunya. Kesemua keluarga belah ibunya mempunyai kelebihan itu. Walau bagaimanapun, dia cuma menggunakan kelebihan itu apabila diperlukan sahaja. Tidak ramai yang mengetahui tentang perkara itu kecuali keluarganya dan teman-teman karib. Keluarga mereka sentiasa mengamalkan sifat berhati-hati kerana kelebihan mereka boleh disalahgunakan.
Sebagai manusia biasa, Zek turut mengalami perasaan jatuh cinta. Malangnya,dia cuma dapat memerhatikan gadis yang dipujanya itu dari jauh. Bukan tidak berani untuk mendekati, cuma dia tiada keyakinan diri. Sebenarnya dengan rupa paras yang boleh dikatakan agak menarik dan sentiasa bergaya itu, Zek tiada masalah jika ingin memikat mana-mana gadis pun. Dia juga merupakan seorang yang berkerjaya. Yang menjadi masalah hanyalah dirinya. Dia mempunyai kelemahan yang menyebabkan dia tidak dapat meneruskan niatnya ingin menawan hati gadis pujaannya. Dia akan serta-merta tergagap dan menggelabah sekiranya berhadapan dengan gadis itu. Ya, kelemahannya hanyalah gadis itu. Banyak kesempatan yang tiba untuknya memulakan langkah namun semuanya berakhir dengan kekecewaan. Akhirnya dia terfikirkan plan baru. Dia meminta bantuan dua teman rapatnya, Khai dan Lily untuk menjadi orang tengah. Dia juga telah berjanji sekiranya rancangan kali ini juga tidak berjaya, dia akan mengundur diri.
Mungkin memang rezeki buat Zek apabila Zila bersetuju untuk keluar dengannya. Gadis pujaannya itu bernama Zalila tetapi lebih dikenali sebagai Zila di tempat kerja. Mereka keluar berdua dan sejak daripada itu, mereka sentiasa dilihat bersama. Ternyata Zila juga turut empunyai perasaan terhadap Zek. Setelah hampir dua bulan menjadi rapat,Zek meluahkan perasan cintanya semasa mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman. Namun, reaksi yang diberikan bukan seperti yang diimpikan. Zila berlalu meninggalkannya tanpa sempat dikejar. Zek menjadi buntu. Apa salahku? Keterlaluankah aku? Banyak persoalan yang bermain di mindanya. Keesokan harinya, dia tekad untuk meminta penjelasan daripada Zila. Dia keluar awal tengahari itu dan menunggu Zila yang ingin keluar makan. Kali ini, Zila memang tidak dapat mengelak lagi. Akhirnya tengahari itu, kebenaran terbongkar.
"Zek,I minta maaf. I bukan taknak balas cinta you. Cuma I ada sebab tersendiri. I ni lain daripada orang lain. I takut lepas you tau siapa I, you akan tinggalkan I. I tak boleh terima semua tu. You takkan faham apa-apa. I rasa you cari jelah orang lain. I'm so sorry,Zek." kata Zila separuh merayu.
"Apa yang you cakap ni? Apa yang lainnya? Kenapa you taknak cakap dekat I? You tak percayakan I? Zila,listen. I love you so much. And I akan terima apa je kelebihan dan kekurangan you. Tolonglah, percayakan I. Please Zie. Bagilah I peluang."
Zila yang tidak sampai hati mengecewakan Zek tekad ingin menjelaskan perkara yang sebenar. Rupa-rupanya, Zila memiliki kelebihan menbaca fikiran juga. Seperti dirinya. Dan kerana itu, dia berniat ingin menjauhkan diri dari Zek. Setelah mendengar penjelasan Zila,Zek ketawa senang.
"Kalau macam tu you kena terima I lah."
"You cakap apa ni? You tau tak ni bukan benda main-main?" marah Zila.
"Patutlah tadi I tak dapat baca fikiran you."
"Zek,please explain. I tak faham ni." Zila semakin runsing dengan telatah Zek.
"Zie sayang, I pun macam you jugak tau."
"You macam I? Apa yang you macam I?"
"Ish, you ni blur lah. I pun macam you lah. I pun boleh baca fikiran orang jugak. Kita sama-sama ada kelebihan tu. Jelas dah sekarang?"
"Hah? Maksud you,you dengan I sama? Eh,maknanya... Laaaaa, kenapa tak cakap awal-awal?"
"Hahaha... Apalah you ni. You yang blur, nak marah orang pulak."
Selepas hari itu, mereka semakin susah dipisahkan. Di mana ada Zek di situ ada Zila. Dan di mana ada Zila di situ juga ada Zek. Mereka ibarat belangkas. Teman-teman juga arif dengan mereka. Mereka turut senang melihat mereka berdua. Namun, panas yang disangka hingga ke petang, hujan di tengahari. Zila tiba-tiba hilang pada suatu hari. Zila tidak muncul semasa temu janji mereka. Zek tidak dapat menghubunginya. Apabila Zek kerumah Zila, keluarganya mengatakan bahawa dia telah keluar sejak pagi itu. Zek menjadi risau. Zila tidak akan ke mana-mana tanpa memaklumkan kepadanya. Zek semakin buntu. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Setelah 48 jam tidak dapat dihubungi, Zek dan keluarga Zila melaporkan kehilangannmya di balai polis. Rupa-rupanya,ada beberapa gadis lain lagi yang turut hilang di kawasan itu. Zek terpanggil untuk mengikuti siasatan polis. Dia berusaha keras membantu polis mencari Zila menggunakan kelebihan yang dimiliki. Dia cuma membantu sekadar yang termampu. Dan bantuannya tidak sia-sia. Pihak polis berjaya menemukan lokasi di mana gadis-gadis itu disembunyikan.
Tempat persembunyian King Black, ketua kumpulan sebuah kegiatan kongsi gelap itu berjaya dikepung. Kebanyakan ahli biasa berjaya diberkas. Namun, King Black itu berusaha untuk melarikan diri. Untuk mengelak daripada diberkas, King Black turut menahan seorang tebusan iaitu Zila. Setelah mendapati Zila tiada dalam golongan gadis yang berjaya diselamatkan, Zek tekad untuk masuk ke tempat itu. Dia merampas sepucuk pistol daripada seorang anggota yang berdekatan dan berlari masuk tanpa sempat ditahan. Dia memanggil nama Zila dan melangkah berhati-hati. Apabila tiba di satu ruang yang luas, Zek terdengar bunyi dari arah belakangnya. Dia berpaling dan melihat ada seorang lelaki sedang mengacukan pisau ke leher Zila. Zila mencuba untuk menjerit namum mulutnya ditutup dengan sehelai kain. Zek menjadi marah melihat keadan Zila. Dia berniat untuk menembak King Black itu. Tetapi sebelum sempat dia menarik picu satu tembakan kedengaran. King Black terjatuh dan Zila terlepas. Seorang polis tiba tepat pada masanya. Zek mencampakkan pistol dan berlari kearah Zila. Mereka berpelukan sebentar. Tiba-tiba, dua lagi tembakan didengari. Zila terkejut melihat wajah Zek. Rupa-rupanya, King Black berjaya mencapai pistol yang tersembunyi dikakinya dan menembak kedua-dua lutut Zek. Zek terjatuh dan mengerang kesakitan. Zila meraung melihat keadaan Zek. Beberapa minit kemudian bantuan ambulans tiba. Zek dibawakan ke hospital untuk rawatan.
Zila hanya menangis melihat Zek terbaring lemah di katil hospital itu. Doktor mengatakan Zek akan menjadi cacat seumur hidup kerana kerosakan teruk di bahagian kakinya. Zek tidak akan dapat berjalan seperti biasa lagi. Setiap masa dihabiskan di sisi Zek. Dia menyalahkan diri sendiri kerana Zek menjadi begitu untuk menyelamatkannya.
****************************************
Abang,
Zie sangat beruntung memiliki abang dalam hidup Zie. Abang hero Zie. Abang nyawa Zie. Zie akan menyayangi abang sehingga akhir hayat Zie. Zie akan pegang janji Zie. Zie sayangkan abang sangat-sangat. I'll love you forever.
Yang mencintaimu,
Zie
Zie menutup diarinya setelah siap menulis. Dia melihat kearah suaminya yang telah tidur itu. Dia turut bersiap-siap untuk tidur. Sebelum tidur dia berjanji dengan dirinya sendiri akan terus setia bersama Zek,selamanya.
**********************************
-THE END-
Hak Cipta: The PinPin
9 comments
mungkin manis saat dibaca namun untuk melaluinya, tak semudah yang disangka...
cinta yang setia...pasti semua dambakannya..
hahahaha.. aku suka kispen ni...
*sayang... aku jumpa cinta...*
jalan cerita dan perkataan yang seimbang untuk aku faham... hahahaha.. baca kispen org macam best aja... cer baca kispen sendiri... penin
erk... bagus.. akku suka ini.. aaa... ada bnyak benda nak komen tapi aku lupa.. hehehe.
aku rasa macam aku tgah tonton satu drama.. yes.. aku imagine ianya berlaku.. hehehe.
and aku suka ini cerita.. =)
awww...sweet..kalau sepsang hati dah berjumpa..tiada apa yg dpt memisahkan mereka..mlainkan mereka sendiri.. seewwiiiitt sangat hahaha
alahai...
mungkin sukar apa yang dilalui mereka, tapi tetap juga aku nak cakap SWEETNYA....
sweet...sweet...
cinta sejati :)
paling best.. boleh baca fikiran orglah!!!!
aku try nak cuba baca pemikiran penulis pula lepas ni ehehee..
kalau aku nak sebut dalam bahasa jahat, kispen ini klise..akan tetapinya kalau aku nak sebut dalam bahasa kritikan sastera mutakhir, kispen ini tulus..dengan pemilihan kata bersifat sederhana, bergerak selesa dan teknik penceritaan menjadikan ia sedap dibaca dalam ertikata lain kesederhanaan jalan cerita dan pemilihan kata membuatkan ia tampak sangat sempurna sebagai sebuah genre ringkas...aku suka!
Terima kasih untuk semua komen! :)