“Kita putus”, aku.
“Baiklah, kita putus”, dia.
“Ya, itu lebih baik. Paling baik buat kita”, aku.
“Apa agaknya akan jadi nanti?”, dia.
“Entah, aku pun tak pasti tapi aku tahu bahagia itu ada”, aku.
“Dulu, aku sangkakan bahagia itu kau”, dia.
“Kalau bahagia, pasti tidak begini”, aku.
“Mungkin”, dia.
“Maafkan aku atas segala apa yang pernah berlaku”, aku.
“Terima kasih kerana pernah membahagiakan aku”, dia.
“Hahaha kau bahagia?”, aku?
“Sangat bahagia. Kau?”, dia.
“Satu ketika dulu”, aku.
“Huh! Aku teruk, bukan?”, dia.
“Aku takkan menyintai orang yang teruk”, aku.
“Maafkan aku”, dia.
“Jangan! Aku yang bersalah. Aku yang minta diputuskan”, aku.
“Keadaan memaksa, aku faham”, dia.
“Aku yang memaksa keadaan”, aku.
“Aku tahu kau penat bertahan”, dia.
“Entah”, aku.
“Jom, balik!”, dia.
“Semoga satu hari nanti kita akan bertemu lagi”, aku.
“Dan pastikan kau sudah berbahagia”, dia.
“Itu pasti”, aku.
“Selamat tinggal”, dia.
“Good luck!”, aku.
Masing-masing melangkah, tidak mahu berpaling lagi. Benar ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan tapi hati tetap sakit. Di mana bahagia yang mahu diraih itu? Adakah tertinggal di belakang? Ataupun bakal menjelma di hadapan? Tiada siapa yang tahu.
I
(Monolog Aku)
Kenapa kau merelakan? Kenapa kau setuju? Aku sayang kau. Aku sayang hubungan kita. Aku mahu kamu ada. Kau tahu aku rasa sakit bila kau rela kita berpisah? Kau tahu aku rasa pedih bila kau setuju untuk berpisah? Aku bahagia. Aku teramat bahagia bila bersama kau. Tapi sayang, segalanya perlu berubah. Aku mohon, berhentilah melangkah, pandang ke belakang dan aku pasti berlari ke arah kau. Kita bina hidup baru. Kita hentikan segala rasa sakit ini. Kita lupakan segala duka yang pernah menyinggah di tabir hidup kita. Kita jadi orang yang baru. Aku mohon, berhentilah melangkah.
Dengan seribu kekuatan aku berpaling dan berharap kau sedang memandang aku. Tapi rupanya segala kekuatan aku hanya untuk disiakan. Ya, dia masih melangkah tanpa berpaling. Lalu aku akur. Ini akhir sebuah cerita aku. Aku, perempuan yang penuh kisah duka.
II
(Cerita Dia)
Dia yakin satu-satunya perempuan yang dicintai itu tidak jujur dalam meluahkan rasa. Dia yakin satu-satunya perempuan yang ada dihatinya itu pasti menarik balik kata-katanya. Jadi dia menunggu. Malahan kakinya tidak melangkah meninggalkan tepi tasik yang seakan sudah menjadi tempat rasmi setiap kali mahu memadu kasih, melepaskan rasa rindu. Sesaat. Dua saat. Tiga saat dan tika waktu sudah entah tidak terkira berapa saat lagi, dia masih memandang langkahan perempuan itu. Hatinya mula hancur berkecai. Dia pasti perempuan itu sudah nekad. Dia menggenggam tangan perlahan-lahan dan mula berpaling untuk melangkah. Tuhan, tabahkan hati perempuan itu. Dia tidak mahu ada lagi duka dalam hidup perempuan itu. Dan dia mula melangkah pergi.
III
Kalaulah aku berpaling saat dia sedang menunggu.
Kalaulah dia bersabar menunggu aku berpaling.
Hak Cipta: suha
9 comments
wow!! Nice! :-)
Situasi seperti selalu berlaku
masing3 ego untuk mengaku hal yg sebenar.. =(
masing2 saling punya perasaan rupanya.=)
ini adalah sesuatu . things happen . =)
-HEROICzero
kalaulah ego mereka diketepikan...
Kalaulah mereka berpaling...
Kalaulah kata2 pisah itu tdk diucapkan..
Well kalaulah...
kalaulah diberi peluang... :*
Alahaiii,aku benci perkataan 'kalau' tu. Kerana aku tahu,aku mesti sudah betul-betul kecewa di saat perkataan 'kalau' itu diucapkan.
perghhhhh.. satu style kispen paling simple untuk buat aku rencanakan moment riak muka 'aku' dan 'dia' dengan cara aku...
not bad suha... heeeeeeeeeeeeeee... kalau buat sequel aku rasa taklah menyakitkan aku membacanya.. arghhh anti-klimaks.. aku benci tau.... kau boleh geng dengan so hero tu hah...
ps: psssssssst... best apa.. kau tahu aku terkilan bila baca perenggan 'Cerita Dia' hidup ini tiada kebetulan... dia tunggu kau paling... tapi saat kau berpaling... kau lmbt sesaat.. aku terfikir kau paling masa minit ke 4 ke 5 ke apa? cehhhh...
kalau saje perkataan 'kalau' itu tak pernah hadir...
arghhhh..aku juge mengunakan kalau... T___T