Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, May 15, 2012

Revolusi .

9:00:00 AM | | | Best Blogger Tips

            "Habis tu, takkan kita nak biarkan saja mereka, Tok?"

         Pak Tua memandang Aziz, dan memberi senyuman balas. Apa bersahaja atau sinis, Aziz tidak pasti. Yang pasti, tindakan Pak Tua itu semakin menimbulkan kemarahan di dalam benak Aziz. Sungguh, si tua ini sungguh mencabar kesabaran Aziz. Dia sudah tua, dia tidak bersemangat, dia tidak rebel! Ini bukan gurauan lagi.

             Revolusi harus dimulakan, bila demokrasi itu mula mati!

        "Kita harus memulakan sesuatu!" sambung Aziz lagi. Pak Tua masih dengan senyuman, dan menyahut perlahan, "Apa yang kamu mahu mulakan lagi, Aziz. Tolong ceritakan pada aku, apa yang kamu mahu mulakan," . Aziz bangun dari beranda, dan memandang luar surau. "Kita mahu tunggu sampai bila lagi, Tok? Kalau kita sendiri tak bantu saudara kita di sana, siapa lagi? Mahu harapkan kerajaan kita sendiri? Mereka korup! Mahu harapkan mereka yang belah sana, dua kali lima! Kita harus bertindak sendiri."

         Pak Tua bangun, dan menyertai Aziz di sisi beranda. Beliau memegang erat bahu Aziz dan berkata, "Kamu anak muda, Aziz. Kamu anak muda. Kamu masih biar emosi kamu menguasai kamu. Bukan aku tak kenal kamu. Kamu mahu ke sempadan sana, bukan? Kamu mahu berjuang, mahu berjihad?"

          Aziz menepis tangan Pak Tua seraya berkata, "Sampai bila kita nak dipijak, Tok? Sampai bila? Lepas satu, satu lagi! Saudara kita mati tanpa terbela. Aziz tak peduli, biar mati, asalkan mereka yang laknat itu pun sama mati!" Pak Tua diam, dan menunduk. Wajahnya berubah. Tidak kelihatan marah, tapi berubah. Dengan perlahan, Pak Tua membalas, "Jadi apa bezanya kamu dengan mereka? Bunuh dibalas bunuh. Mati dibalas mati. Mana pergi kemanusiaan kamu, Aziz? Jangan pernah hilang akan itu. Jangan pernah hilang kemanusiaan kerana kebinatangan orang lain."

         "Mati menentang mereka, itu syahid Tok! Itu syahid!" Jawab Aziz, dengan semangat. "Dan kamu yakin, kamu hanya menentang mereka? Kamu yakin kamu tidak akan menzalimi merekanya yang lain? Agama kamu tidak pernah ajar begitu, Aziz. Agama kamu agama damai. Agama kamu agama insani,"

           Kali ini giliran Aziz pula diam. Rasa yakin tadi sedikit mula goyah. Entah? Kalau benar, jadi bagaimana dengan mereka di sana? Harus biar terus dipijak, dibunuh dan dicabul segala hak yang mereka punya asal? Dan kami yang diam di sini, bagaimana letaknya nanti di sisi Tuhan? Aziz buntu, dan terus mencapai sebatang rokok dan membakar hujungnya. Asapnya dihisap terus, semoganya terus meleraikan kekusutan yang ada. Pak Tua senyum, dan berkata,

          "Kamu mahu berjihad, anak muda. Sedangkan Jihad melawan nafsu sendiri pun kamu gagal, dan bagaimana kamu kata kamu mahu berjihad?"

          "Sudah lah Tok, Aziz nak beransur dulu. Tok dengan cara Tok, Aziz dengan cara Aziz. Semoganya perbezaan kita masih bersilang di atas satu titik yang sama kelak!" ujar Aziz dan beredar.


.END.


8 comments

Anonymous
May 15, 2012 at 10:07 AM

Teringat kat Derik Kerisek karya Faizal Tehrani. hehe

May 15, 2012 at 12:25 PM

jihad melawan nafsu sendiri. i know wat u mean

May 15, 2012 at 3:25 PM

puji semangat juang Aziz.

tapi ada benarnya kata Tok psl berjihad melawan hawa nafsu tu..

May 15, 2012 at 6:46 PM

aziz bersemangat waja, tapi kata tok tu betul juga..


ayat "jihad melawan nafsu sendiri pun gagal" membuat diri ini berfikir sejenak.. refleksi kendiri.. :)

May 16, 2012 at 8:12 PM

ye nampak ketara HEROnya...

May 17, 2012 at 7:12 AM

Abg bro..setuju..nampak ketara HEROnya..ngeee!

Anonymous
May 17, 2012 at 5:37 PM

Sparrow , ya ? nanti akan aku cari buku nya .

EZAN IDMA , behave ezan , behave .. keh3x!

Khairul Antasha , pertembungan dua generasi , mungkin . hehe

Anonymous marcella , ya ada yang mahu berjuang tapi belum mula pun sudah tewas dengan diri sendiri . bagaimana ? =)

EL MARIACHI, Lady Windsor , hahaha nampak HERO eh ? tang mana tu !

*********

Terima kasih . =)


-HEROICzero

May 19, 2012 at 8:12 AM

Malas nak komen banyak.

*gaya tangan no 2*

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...