Emak telefon tadi. Dia cakap sudah 4 tahun aku tidak balik kampung sambut raya. Aku hanya gelak dan balas, "Hari raya cumalah hari di mana mereka yang menyambutnya menayangkan segala hasil pelaburan di kedai kapitalis dan menunjuk-nunjukkan hubungan saudara yang tampak akrab walhal pada hari biasa bertikam-tikaman antara satu sama lain. Saya tak berminat nak join sekali." Kedengaran bunyi teresak-esak di hujung telefon, mungkin menangis sebab aku tak balik-balik sejak 4 tahun lepas. "Ayah kau rindukan kau, dia kena strok malam tadi," kata-kata emak diselangi esakan tanpa henti. "Baguslah, sekurang-kurangnya stroke buat dia ingat yang kubur dah nak dekat, tak adalah mak susah hati nanti dia keluar malam-malam makan luar." Hanya esakan yang makin kuat lalu sambungan terputus. Mungkin 'coverage' di kampung tak stabil, mungkin juga dia tak sanggup lagi nak hadam kata-kata aku.
Aku kemudiannya menyambung kembali adegan yang terhenti tadi dengan pelacur yang tengah berada di bawah aku. Dia bukan sebarang pelacur yang kerjanya hanya menjual tubuh, dia pelacur yang gemar berpuisi ketika aku meneroka teluk-teluk rahsianya. "Dalam lagi, sayang. Biar sampai aku kecundang dalam kelakianmu." Itu antara yang aku ingat ketika aku mengulitinya. Usai, dia akan mengurut belakangku sambil menyanyikan sebuah lagu lama yang aku tidak tahu tajuknya sehingga aku tertidur didodoikan oleh penat. Seperti biasa selepas aku bangun di dalam bilik hotel mewah ini setiap kali melanggannya, RM300 di dalam dompet digantikan dengan sebuah nota kecil. Biasanya akan tertulis perkataan 'terima kasih' cuma kali ini tertulis 'Kalaulah aku bisa mempersembahkan tubuhku tanpa mencintai kau'. Aku renyukkan nota itu lantas aku balingkan ke luar jendela bilik yang terbuka luas. Aku terus bersiap dan keluar dari hotel yang sudah menjadi tempat tinggal tetap aku.
Aspal-aspal yang kebiasaannya sarat dengan kereta-kereta yang menambahkan kemalasan manusia lengang hari ini. Boleh jadi ramai anak kota yang meraikan hari cutinya di kampung halaman mahu pun bermalasan di rumah. Telefon berbunyi lagi, masih lagi dari orang yang sama dan aku tekan butang 'reject'. Aku mahu meraikan hari cuti aku tanpa mendengar tangisan siapa-siapa. Di hujung jalan, terdapat sebuah restoran yang dipintunya terpampang besar-besar tulisan 'Di sini menghidangkan daging babi' lalu aku masuk dan duduk di sebuah meja yang sedikit terlindung kedudukannya. Datang seorang gadis bercheongsam dengan menu di tangannya. "White wine with pork chop, please." Dia mengangguk lalu segera ke dapur. Gadis itu pernah aku tiduri ketika pertama kali bertandang ke sini, pelacur separuh masa yang menghidangkan tubuh selepas menikmati makanan. Telefon berbunyi lagi, dan kali ni ia semacam bunyi rakaman kaki orang berjalan. Aneh.
Aku segera keluarkan telefon dari kocek. Sebuah video tengah dimainkan di atas skrin telefon tanpa aku ketahui bagaimana ia ada di dalam telefon yang tidak pernah aku simpankan video mahupun lagu. Terpapar seorang kanak-kanak ditampar-tampar oleh seorang lelaki lalu dipaksa melucutkan seluarnya lalu menonggeng di atas katil dan lelaki itu membelakanginya. Si kanak-kanak menahan sakit, kelihatan mahu menangis diperlakukan begitu. Aku geram, emosi yang sedari tadi tenang bergelojak buas melihat adegan itu langsung aku baling jauh telefon itu tapi terkena bahu seorang pelayan yang sedang menghantarkan makanan yang aku pesan. Dia tercengang. Aku terus bangun lalu mendekati kaunter yang terletak di tepi pintu kedai. Usai meletakkan RM200 di atasnya, aku terus keluar, mengaturkan langkah ke kompleks membeli-belah berdekatan untuk membeli telefon baru. Masih ada baki RM300 lebih dan 3 kad debit, jadi aku tidak kisah mengoyakkan duit semudahnya.
Sebaik sahaja melalui sebuah kedai elektrik di dalam kompleks ini, aku tertarik akan 'noise' seakan-akan rakaman berkumandangan dari tivi-tivi 'display' di hadapan cermin kedai. Aku mendekati cermin kedai yang memainkan sebuah video di mana ia menampilkan adegan ranjang seorang lelaki dan perempuan. Apa jadah kedai ini menayangkan video ini secara umum. Celaka. Kenapa lelaki itu aku?! Aku segera berlari ke dalam kedai menyuruh mereka hentikan video yang sedang dimainkan di dalam tivi-tivi itu. Mereka kehairanan melihat aku menjerit-jerit ke arah mereka. Salah seorang dari mereka ke depan kedai lalu memanggil aku mendekatinya. "Video apa encik? Yang tengah main sekarang ni filem 'Immortal.'" Aku kaget, serasa darah berpusu-pusu ke muka. Aku geleng, tanpa meminta maaf, membatalkan niat untuk membeli telefon lantas keluar dari kompleks tanpa arah. Barangkali aku sudah paranoid. Barangkali aku terlalu penat. Barangkali.
Tanpa sedar aku sudah sampai di sebuah taman yang mempunyai kolam di tengahnya. Aku duduk di atas tebing kolam. Airnya aku kaut dan raup ke muka. Aku perhati air kolam yang jernih, tenang, ketenangan yang aku impikan sepanjang hidup aku. Video-video tadi mengasak kembali ke dalam kotak minda, yang aku cuba tepis-tepis. Bunyi 'noise' rakaman yang aku sudah cam terngiang-ngiang lagi. Kali ini ia memaparkan perempuan-perempuan separuh abad mengelilingi aku, menyelitkan ribuan ringgit ke dalam kocek seluar dan kot, sambil tersenyum miang. Aku ketap bibir lalu meninggalkan kolam itu. Aku sudah kurang waras mungkin, melihat olah diri sendiri yang berulang kali dimainkan. Semacam ada cctv di seluruh penjuru yang merakamkan kelakuan aku yang menunjalkan diri aku sendiri. Aku serasa penat, celah kelangkang aku pula makin gatal. Barangkali ada datin tua yang tidak sengaja menghadiahkan aku sifilis. Dulu-dulu emak pernah cakap, orang baik cepat mati, orang jahat lambat mati. Mungkin juga kata-kata emak itu betul, kerana ayah masih lagi hidup . Aku selalu doakan aku cepat mati, tapi Dia hanya makbulkan doa orang baik, itu yang aku tak mati-mati. Aku garu-garu, sambil berjalan tiada arah sehinggalah aku berhentikan sebuah teksi lantas duduk di ruang belakang.
"Hantar ke Hotel Matahari dekat dengan Old Town, boleh?" Dia mengangguk lalu memecut laju. Aku cuba menahan kegatalan di kelengkang untuk mengelakkan ia menjadi teruk. Aku cuba duduk tenang, seperti sebelum keluar dari hotel tadi, menangkis memori-memori kotor yang cuba bersarang. Bunyi 'noise' itu kembali. Di hadapan aku, di cermin teksi, kelihatan aku menjadi santapan dato'-dato' yang gersang. Celaka. Aku bangun mendekati ruang hadapan, lalu aku pusingkan stereng tanpa sempat si pemandu menepisnya. Hanya gegaran-gegaran yang aku rasa selepas itu. Kelabu, putih. Kelabu. Hitam.
Hak Cipta: xXx
12 comments
bahan bacaan yang berunsur kegilaan kemanusiaan sebegini yang aku perlukan . terima kasih . =)
-HEROICzero
macam kenal je tulisan siapa ni..hmmm...
owh..kasihannya hidup dia..
sadis..
bayangan sebelum ajal??? ngeri :)
nice
aaa... kesiannya. =.=
aku baca pun nervous tahu?
takutnya..mungkin nnti perbuatan kita ditayang sebegini rupa atau lebih dahsyat.
@Khairul Antasha
Siapa? cepat pm akak...! This is an order....
ps: ehem ehem ehem
aku sgt suke cerite ini...!!!!
serius..!!
aku mau tau sipa yg tulis..
kenapa macam pernah baca?
kenapa rasa mcm tulisan last sama dlm novel pecah? jangan ckp ni khairul nizam
wah....... menarik! sangat menarik... tapi aku kompom x brani buat citer mcm ni.. (buat masa ini hehe)
memang amat menarik 3 Bintang...