note monolog kat diri sendiri - cerita draft asalnyer ni serius tapi aku terbuat kelakar lak sebab dah termasuk watak Armand tu...mungkin cuma lontaran idea je ni... rasanya inilah kispen genre kispen bersilang yang aku sebut sebut kat boss BS tu hahahha.. mungkin nanti aku akan pastikan citer ni jadi serius...Ahhh serius kah aku?Hahaha...
***
Armand dan Miguel berjumpa juga buat ke sekian kalinya di Mogadishu, Somalia bila negara menghantar mereka untuk menjadi pemerhati media sebagai photographer.
"Pelik lahh Miguel ...kita ni tercampak kat negeri Negro ni atas nama MERCY di bawah UNHCR... yelah terpaksa berhadapan dengan tentera rejim General Farah Aidid kat sini" kata Armand
"Alaahhh...kita bukan sebagai tentera pengaman pun kat sini. Kita kat sini pemerhati media je...nasib baik kulit kau sama dengan diorang ...kau punya kampung pun dekat dekat sini jugak kan?Mana ehh? Uganda kan?" sambil Miguel mengarahkan kameranya ke puing puing banggunan yang sudah luluh lantak .
Sekumpulan tentera yang bertugas dalam masa rehat mereka menikmati makanan tengahari yang berupa roti yang di bekalkan oleh satu keluarga yang mengagih agihkan makanan tersebut. Walau demikian kawasan tersebut memang di letakkan sebagia kawasan berstatus OREN. Masih dalam kawasan kebuluran. Sudah banyak tumbuhan usang kering kontang kelayuan...Tak ada pun tanda tanda rakyat negara ini akan hidup lama. Mungkin meneruskan saki baki kehidupan sahaja. Pihak berkuasa hanya mampu bertahan atas bantuan bantuan kemanusiaan yang di terima oleh pihak dunia dengan saluran tertentu yang terutamanya melalui MERCY/ UNHCR. Satu pertubuhan yang akan membantu mana mana negara di dunia yang mengalami masalah yang sangat kritikal. dan negeri itu sendiri bergolak dalam kancah peperangan saudara antara rejim General Farah Aidid dan tentera bersekutu.
"Aku laparlah, jom kita cari sesuatu kat kemah tu" kata Miguel
"Apa yang boleh makan kat sini kan dah ada supply makan kita takde lah kebulur macam diorang ni" Armand mengomel pada Miguel tentang makanan yang tak sedap
"Aku tengok ada seorang gadis bangsa Negro ni orang Islam dia membekalkan roti kat tentera tentera " kata Miguel pula
"Oh patutlah kau sibuk sangat nak makan roti buatan sini, sedap ke?" tanya Armand pula
"Hemm rasanya macam roti naan lah Armand "Miguel menjelaskan
"Selalu sangat aku perhatikan dia... aku tak tahu samada dia mampu berbahasa Spain atau France nak berbahasa Arab aku memang tak tahu" tambah Miguel
"Ntah apa bahasa resmi kat sini...kita kan sekadar photographer sahaja.. alah kau kan banyak ilmu perempuan? macam dah taubat saja?" balas Armand yang juga tidak fasih berbahasa Arab
"Hemmmm...nak aku bagi mantera kat sini?nanti apa pulak jadi entri abang bro ni...hahaha?" gurau Miguel
"Ye... kau tahu pun hari tu aku nyaris kena balun dengan warden dorm pompuan tu hahaha..." tambah Armand pula
"Apa yang kita melalut ni jom kita ambik gambar dia..." ajak Miguel pada Armand yang terpinga pinga bagai tak mempercayai apa yang di lihatnya di tengah gurun tersebut ada gadis secantik itu.
"Bagai mawar yang suci kat sini walaupun tak secantik figura Megan Fox dan segebu Izara Aishah..." kata Armand pada Miguel
"Kau baca blog Secret 7 Writer entry abang bro ye?" tanya Miguel
"Hehehhe.. aku suka kalau setiap kali dia buat watak AKU tu ...macam real dialah AKU tu...hahaha...kau tengok sorang askar tu muka dia familiar kan..macam muka Titus dalam entry abang bro " You Never Walk Alone" kan...hahahah" panjang jelas Armand pula
"Itulah aku rasa abang bro nak buat kispen Sejarah dan Geografi...tapi terjadi kispen macam ni bila kita berdua dah ada kat dalam entry dia ni...hahaha...takpelah aku rasa perang dah nak abis dah rasanya...cuma kebuluran je tak akan habis habis ni..."balas Miguel
"Ye lah...aku rasa nanti abang bro boleh sambung Krisis Makanan Darfur pulak la lepas ni...sekali aku baca cerita ni sudah macam style komen Amamot lah pulak ..."pening kepala Miguel dan Armand memikirkan kesudahan kispen tersebut.
"Hahh tuu dia tengah jalan sorang sorang ...aku rasa dia bukan keturunan Somalia ni lah" teruja Miguel dan terus belari ke arah gadis tersebut yang berjalan ke dalam kemah
Miguel tersenyum pada gadis itu dan menerangkan sesuatu dalam bahasa Inggeris. Gadis tersebut juga tersenyum bila Miguel cuba berbual.
"Sudah terkena jampilah awek tu dengan Miguel. Gempaklah nanti Portfolio dia ada gambar gadis cun dalam medan perang ...model free pulak tu...boleh dapat anugerah Nobel Awards kawan aku sorang ni..." bisik Armand dalam hati
Miguel memanggil Armand dan gadis itu pula bersama Miguel.
"Armand dia setuju nak ambik gambar le... nama dia Fartuun Ibtisam ... Yemen Arabic dia ni kataa koo..." Miguel menjerit pada Armand dari kejauhan.
Armand gembira sangat bila mendapat tahu line sudah clear apa lagi Armand mula menjerit kat Miguel dan mengarahkan Miguel mengadakan sessi fotografi pada gadis Somalia berketurunan arabic tersebut.
"Okey Miguel apalagi ..shoot shoot shooottt!!!"
Semua tentera yang berkawal di situ terkejut dan panik dan melepaskan tembakkan pada arah Armand menjerit...Armand yang menyedari bahaya tersebut membawa gadis itu ke tempat perlindungan.
Menyedari yang salah faham tentang arahan tersebut maka Armand sekali lagi menjerit sekuat kuatnya...
"Down...Down...Somalia Downnn...Mogadishu Downnnn...Black Hawk Downnnnn.....!!!"
Tembakkan di hentikan serta merta...Semua mereka terasa keliru dan terpaku seketika kerana teringat mungkin ada AMBUSH.
"Woiii Armand kau gila ke apaaaa!!!!nak bagi aku mampussss keee?"jerit Miguel yang menyembunyikan diri dengan gadis Arabic tersebut...
10 comments
kah kah kah shoot lah sangat !
-HEROICzero
Abg bro..what happen? What happen? Oo silang habis kispen ini...jap nak bayangkan keributan Armand dan Miguel itewww....hehe
heroic - tq baca...
LW - what happen...this is what happen when serius jadi kelakar...
hohoho..pergi sebut shoot,shoot,shoot, haruslah diorang ingat nak menembak..hahaha..
ending yang lawak..hahaha
macam bersambung? heeee.. aku tunggu sambungan kalau begitu :)
armand bikin panas aja... semua down apa cer.. hahahahaha...
cengana ni abg bro? tak serius... hahahaha kispen bersilang yeak?
happy mood... jalan dan penyusunan yang bagus... time releks nmpk releks.... hahahahaha...
nak lagi? untung sampai ke sana s7w ya dak? hahahahah
sis NA ...mungkin bersambung dengan 2 karakter yang abang bro senangi ni...just wait okey...
marcella - nak buat serius sebenarnya ada orang mati tapi tak nak le takut semua orang sedih...tq baca...
boss - tu lah asalnya citer ni tragis buat Miguel tapi bila Armand enter kispen ni jadi kelakar...wokey nanti abang bro bawak semua pembaca gi ke Puerto Rica...haha...