Umar melihat telatah 3 orang anak
kecil yang riang bermain sorok-sorok di celah runtuhan bangunan. Leka sejenak
dia memerhati gelagat mereka. Pasti sahaja mereka gembira tanpa mengenal apa
itu erti masalah. Umar juga pernah berada di tempat mereka suatu tika dulu. Ya,
hidup itu sungguh bahagia. Senyum nipis.
Masa lalu yang kini telahpun menjadi
kenangan yang tak kan mungkin bisa terulang. Hanya memori yang mampu dia
abadikan di sudut kecil hatinya. Pandangan dikalihkan. Terus tertancap di atas sekeping
gambar Balqis bersama Umi Batrisyah yang sering dibawanya kemana sahaja. Lama
ditatap gambar tersebut. Bagai tidak puas dijamah dengan pandangan mata.
‘You’re
the best ever I had… Only you …’ – Balqis –.
Dilipatnya kembali nota kecil itu,
disisip kemas ke dalam saku. Perlahan, setitis mutiara jernih luruh di celahan
kelopak mata lelakinya.
“Dad, Umi make this gift special for
you. Mom also doesn't get any like this present, you know. Thanks, dad. You're my
hero…”, terngiang-ngiang suara manja Umi Batrisyah di cuping telinga. Gambaran
liuk lentok tubuh puteri kecil itu menambahkan lagi kecomelannya bermain di
ekor mata. Umar meraba pipinya perlahan. Bagai terasa kembali hangatnya ciuman
yang diterima dari puteri tunggalnya itu. Hadiah lukisan tangan dari Umi
Batrisyah dibelek. Setiap sudut inci lukisan tersebut cuba ditafsir dengan
sejuta makna yang tersirat. Gambar mereka bertiga di atas sebatang jalan yang
akhirnya jalan tersebut punya cabang dua – rumah
dan syurga -.
Setitis… Dua titis… Dan kemudiannya
bertitis-titis airmatanya jatuh ke atas lukisan tersebut. Sepantas kilat Umar
mengesat tubir matanya agar tidak terus menerus berkebasahan. Sayangnya dia
terhadap lukisan itu hingga bimbang tangisan yang mengalir kelak bakal
meninggalkan kesan peta di atasnya lantas mencacatkan keaslian lukisan
tersebut.
Lama dia termenung. Sudah tiga hari
dia berteduh di bawah runtuhan rumah itu. Hancur luluh hatinya saat melihat
keadaan rumah tersebut yang jelas menggambarkan serangan bom telah berlaku di
kawasan tersebut. Umar duduk berteleku di samping sisa-sisa cebisan kain yang
terselit di celahan batu. Mengenang kembali pertemuaan antara dia dan Balqis
beberapa tahun yang dulu.
***************************
Langkah semakin dipercepatkan. Degupan
jantung kian menderas. Balqis takut. Cemas. Kepalanya terus ditundukkan. Namun
ekor mata meliar mencari tempat persembunyian. Secara tiba-tiba, tangannya
direntap seseorang dari belakang.
“Allahu Akhbar… Please… Please… Please
Sir… Please don’t do anything to me… Allah…”, mohon Balqis. Mata kian digenangi
air. “Please…”.
“Shyyy… Calm down, calm down…”. Umar
cuba menenangkan. Perlahan, dilepaskan pegangan yang kejap.
“I’m so sorry about that. Am I scary
you?”. Umar bertanya.
Balqis sekadar mengangguk.
“Why you following me?”, giliran Balqis
pula menyoal.
“’Coz I know, you’re Palestine people”.
Senyap seketika.
“Please… Bring me to your house. I
need some information from you. Here is not safe for us”.
“Tell me, why I must believe in you?”.
Balqis tanya curiga.
“You need to believe me. Please… You
know why? Because I’m gonna marry you someday… Insyallah”. Serius Umar menuturkan
kata-kata.
Tersentak Balqis dengan perucapan Umar.
Lantas, satu tamparan menghinggap tepat mengenai pipi.
Seminit, seorang askar berjalan
mendekati mereka. Dan Balqis, riak wajahnya jelas menggambarkan ketakutan.
“Anything problem here, Sir? Wanna
some help…??”, askar tersebut bertanya. Mungkin kerana wajah Umar kelihatan
seperti orang Eropah, askar tersebut ramah menghulurkan bantuan. Bendera
Amerika jelas terlihat di uniformnya.
“Ouwhhh… No, thanks. I can handle it
myself…”. Jawapan diberi dengan anggukan.
“Are you sure, Sir?”. Bagai tidak puas
hati, askar itu bertanya meminta kepastian. Matanya tajam memandang Balqis yang
masih tertunduk bisu.
“Yes… Very sure. Thanks anyway…”,
penuh berhemat Umar menjawab. Senyuman turut dilemparkan.
Seperti keterpaksaan, askar tersebut
melangkah pergi.
“Please… Believe me…”, ujar lelaki itu
menyambung perbicaraan yang terbantut sebentar tadi. Tangan dilekapkan ke dada.
Mengharap.
“Okay… But please, don’t try to take any
advantage to me…”. Balqis bersuara perlahan namun tegas.
“No, I wont”. Jawapan diberi dengan
penuh yakin.
***************************
Perkenalan antara Umar dengan bapa Balqis
mewujudkan sebuah hubungan yang mesra bagai bertahun lamanya mereka tidak bersua.
Dari situ, barulah Balqis tahu bahawa Umar mempunyai darah campuran Palestine
di sebelah emaknya dan Germany di sebelah bapanya. Umar Asyraf, lelaki yang
mengatakan akan mengahwini dirinya kelak. Namun entah bila masanya, Balqis
sendiri tidak pasti.
Tiga bulan lamanya Umar Asyraf duduk
menumpang di rumah keluarga Balqis demi menjalankan tanggungjawab sebagai
penulis jurnal mengenai serangan tentera yahudi ke atas penduduk Palestin.
Sehinggalah suatu masa, Umar menyampaikan hasrat untuk memperisterikan Balqis
kepada bapa Balqis. Dan ternyata, sesuatu yang baik tidak akan pernah
ditentang.
Masuk tahun kedua perkahwinan, baru
sekali Umar meninggalkan Balqis untuk dia kembali ke tanahair. Puas dipujuk Balqis
yang ketika itu sarat mengandung untuk mengikut sama, namun wanita itu tidak
sampai hati pula untuk meninggalkan bapanya keseorangan di bumi Palestin.
Ketiadaan Umar di sisi menjadikan Balqis seorang wanita yang begitu tabah,
cukup tabah mengharungi hari-harinya yang suram.
Tanggungjawab Umar sebagai journalist membuatkan dirinya terpaksa
berhijrah ke merata negara mencari sumber bahan demi mendapatkan hasil yang
terbaik. Dan setiap kali itu jugalah dia harus meninggalkan anak bininya sedang
Balqis pula sudah faham benar dengan pemergian Umar. Segalanya berlaku seperti
biasa selama enam tahun lamanya sehinggalah suatu hari…
***************************
“If I knew this would be happen, I
swear I will bring you and Umi anywhere I go. I missed both of you, dear…”,
rintih Umar kesayuan mengatur langkah pergi.
6 comments
terbaek ni boss...5 bintang...
alahai ! apa jadi nya ! sigh
-HEROICzero
Oooo ini tulisan cik BBB...
nice..boleh dipanjangkan lagi kan bbb..
cik BBB macam PBB pulak kan...hahaha..abang bro like betul citer ni sebab ada dialog omputeh tu...nampak REAL
sedihnye..tp best sgt! terbayang wanita palestin yg cantik..