Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, May 1, 2012

Kerana Seorang Lelaki #1

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kerana Seorang Lelaki [ #1 - To Date ]



Aku seorang perempuan. Hidup sebagai seorang gadis manja yang disayangi dalam keluarga kadang-kadang melemaskan aku.  Ayah. Ibu. Abang. Mereka penting kepadaku. Namun, mereka jugalah yang mengubah hidupku.

"Abang, saya nak abang berubah.. Buanglah sikap buruk abang tu. Saya tak mahu anak2 kita lihat abang macam ni. Tolonglah abang.. demi keluarga kita!"

Pannnngggggggg!!!!

"Abang!!.. Sampai hati abang".
"Kau diam!. Kau tak layak nak nasihatkan aku. Aku ketua keluarga ini. Aku berhak lakukan apa yang aku suka!".
"Tapi abang.."

Ahhhh! Darah keluar dari kepala ibu.. mengalir bersama air mata kekesalan dengan sikap ayah. Ayah berlalu tanpa belas kasihan. Langkahnya laju menuruni anak tangga yang agak curam itu. Aku menyaksikan mereka di sudut kamarku bersama air mata kecewa dengan sikap ayah. Ibu!! Sampai hati ayah membiarkan ibu sebegini. Sanggup ayah biarkan ibu kesakitan terhantuk bucu meja. Aku memangku kepala ibu. Darah semakin laju mengalir keluar. Aku semakin panik. Jantungku laju memkirkan perkara yang bakal terjadi. 

"Allah!" Kedengaran seperti objek kuat yang terhempap ke lantai.

Ayaahhhhhhhhhhhh!!
Aku menerpa pula ke arah ayah.Ya Allah! Apakah aku sudah kehilangan ayah?

“Ayah.. bangunlah..  bangunlah! Ayah dengar tak adik cakap ni?Ayah! Ayah! Bangunlah!”. Aku terus-terusan memanggil ayah, merayu supaya ayah bangun. Darah terus mengalir bak aliran sungai yang laju. Tiba-tiba aku teringatkan mak yang berada di tingkat atas. Aku meluru laju ke arah mak.

“Mak!. Janganlah macam ni. Jawablah adik..”. Aku menangis teresak-esak seperti tahu yang aku sudah kehilangan orang yang tersayang. Aku panik apabila mak tidak menyahut panggilanku. Aku tersandar ke dinding rumah sambil menekup mukaku dengan tangan yang berlumuran darah. Darah mak dan ayah yang bercampur. Hanyir.

Hak Cipta: Cik Teddy

5 comments

May 1, 2012 at 9:51 PM

simple tapi smpai dhati


sedih plak


T______________T

Anonymous
May 2, 2012 at 12:17 AM

tragis tol.bru opening..huhu.

May 2, 2012 at 2:36 AM

errr... tak tahu nak kata apa. Tunggu sambungan,.,.. hehehe

May 2, 2012 at 11:47 AM

aduh...sakitnye..

May 2, 2012 at 11:29 PM

aduhhh...jiwa kacau cam ni...hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...