Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, May 5, 2012

Epilepsi

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Perasaan malu yang melampau..
Mengalami gangguan mental..
Tapi, istimewa.. unik..
Kurang keyakinan diri..
Membenci diri sendiri..

Hehehe. Abaikan semua tu. Aku normal. Aku tak sakit. Aku sihat kan kan? Aku tak perlukan ubat. Aku kuat. Doktor tipu kau kan. Doktor tu yang sakit sebenarnya. Suruh dia check diri dia sendiri. Pergi mampus la sama itu doktor. Habis duit aku je datang sini. Dah jom balik!

Kenapa dengan kau ni Adam? Kau tak sihat eh? Kenapa hidung berair tu? Eh, darah.. Meh sini aku lap. Jangan degil la. Jumpa doktor nak? Okay okay, jumpa kawan aku. Dia tak macam doktor lain lah. Tak tak. Tak suntik. Kita pergi check dulu eh? Jom! Aku teman kau. Jangan risau la. Kalau kau tak sakit nak takut apa kan? Kita pergi check dulu ya. Ya, takkan la aku nak tipu kau. Jom!

Mungkin ini penyakit keturunan. Oh, ni sejenis penyakit saraf. Macam sawan tu. Tapi sawan mulut berbuih. Dia belum lagi kot. Heh. Gurau gurau. Aku tengok tekanan darah dia normal. Aku rasa dia ni epileptik. Sakit macam sawan tu la. Tak de apa apa dah. Boleh boleh. Nanti kalau ada apa apa roger jek aku. Kau kena pantau sikit dia ni. Jangan biar dia ni duduk sorang diri. Okay. Boleh balik. Ubat ambik kat depan eh. Jumpa lagi Ayna.

Kawan kau cakap ape? Tak yah nak kencing aku la. Cepat la dok. Err err dari tadi, cakap je la. Tu ubat menda die bagi kau tu? Banyak la pulak kan. Memang aku tak makan la. Haha. Kau la tolong aku makan. Ala, kita sama sama la sakit. Tak best tak best. Aku pesakit kau jadi nurse. Aku nak layanan kelas pertama. Macam VIP dalam tivi tu. Baru aku makan ubat tu. Nak ke tak nak? Aku tak makan. Kau sumbat la macam mana pun. Ha? Hee. Oraite.

Err hello? Farah? Damn. Apsal la time time macam ni tak dapat pulak nak call. Kau buat apa ni Farah. Tut tuut. Hello? Ha Farah. Adam ni dah macam kena sampuk jek. Kau bagi ubat apa weh? Kau jangan memain la. Aku serius ni. Di.. di.. dia dah pengsan weh. Aku bawak jumpa kau sekarang.

Aku dah agak. Dia ni sakit. Sorry, aku terpaksa ikat dia. Kau tengok tu. Dalam keadaan dia tak sedar pun tapi anggota badan dia masih bergerak gerak. Air liur tu memang automatik keluar. Kau sabar ya. Aku rasa kena tambah dos lagi untuk stabilkan dia. Jangan nangis Ayna. InsyaAllah dia okay. Kau tunggu kat luar dulu. Nanti dah siap aku jumpa kau. Okay.

HEHEHE..
Memang seronok main macam ni kan Farah. Tadi kau ikat aku, sekarang aku ikat kau pulak. Kau sumbat macam macam dalam darah aku. Aku tak gila la Farah. Hah, ni jarum kau nak suntik aku tadi kan. Ape kata aku yang suntik kau pulak. HAHAHA. Jangan nangis Farah. Farah baik kan kan? Ah. Celake kau ni. Aku nak cucuk sikit jek. Tak payah tendang aku. Berapa banyak ni? Satu botol? Ha? Tak dengar. Tak pe. Untuk kau aku bagi special. Cantik kan kaler menda alah ni. Macam baju kau. HAHAHA. Eh, sial la kau ni. Kau memang nak kena ni. Farah jangan nangis Farah ya. Doktor nak suntik sikit je. Ambik. HAHAHA..

Adaaaaaaamm! Nak pergi mana? Farah! Farah! Kenapa ni Farah? Macam mana Adam boleh lari pulak ni? Bukan ke kau dah ikat ke? Farah? Ape? Polis? Okay okay. Hello!

Ayna. Tolong aku Ayna. Ikat kat sini Ayna. Dia suntik aku. Kau panggil nurse Ayna. Cepat. Aku dah tak tahan ni. Aynaaa..

Aku tak sakit..
Aku tak gila..
Aku tak sawan..
Aku kuat..
Aku sihat..
Aku.. aku.. aku.. Mana Ayna?

Hak Cipta: APi


6 comments

May 5, 2012 at 9:17 PM

err... apasal gambar tu tunjuk sebegitu?? hehehe.

errr.. "aku' itu sebnarnya yg gila? Normallah orang gila takkan mengaku dia gila.. hehehe. =.=

May 5, 2012 at 9:31 PM

nice :)

May 5, 2012 at 10:35 PM

sawan eh?

Adam tu.. sewel? tapi Ayna tetap jaga dia kan?

May 6, 2012 at 12:04 PM

akhirnya aku pun tertidor... esok sambung lagi ya aku... kau memang tak sakit... cuma kau perlu diberi ubat ja...

Anonymous
May 6, 2012 at 7:03 PM

macam mana nak cakap ye...memang terkesan epilepsi tu...

el mariachi

May 7, 2012 at 1:56 AM

ah..gila ah..


dasyat sungguh

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...