Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]
"Eh awak buat ape kat sini, tengah hari tadi baru je jumpa kat kedai nasi ayam tu kan" aku memulakan bicara.
"Hahaha, saya jalan-jalan ngan housemate saya, then singgah kt sini, awak datang sorang je ke?" balas nikita.
"Eh tak la awak, takkan la datang sengsorang, sangat aneh tu, saya pon datang ngan housemate saya, tapi dieorang da jalan ke mana tah, saya kat sini tengok guinea pig, comey" bicara aku.
"Owh camtu, eh awak minat guinea pig ke? saya suka la guinea pig, sangat comey, hihihi" Nikita membalas.
"Emm minat-minat, tapi dia gigit kan?" aku bertanya.
"Eh tak la awak, dia tak gigit la, ni mesti takut ni kan-kan, hihihi" Nikita mula bergurau.
"Eh mane ada, saya tak takut la awak, hahaha, saya rileks je dengan benda alah ni tau" aku cuba berlagak.
"Ececece, ye la tu, hahaha eh awak k la, saya nak pegi tengok baju jap, nanti jumpa lagi" Nikita meminta mengundur diri.
"Ok awak, eh awak camane saya nak contact awak ek?" cubaan aku untuk mendapatkan nombor telefonnya.
"Hihihi, fb kan ada, awak boleh contact saya guna fb kan, k la awak, tata" Nikita cuba mengelak.
"Owh ok-ok, tata si cantik" aku membalas sambil tersenyum.
Ada dua keseronokan yg aku dapat dalam masa sehari. Aku langsung tidak menyangka, di saat aku sedang menguatkan diri aku menghadapi detik sukar bersama gadis berjilbab, aku dipertemukan dengan seorang gadis yang seolah-olah ditakdirkan untuk aku, bukan sekali, tetapi dua kali. Arghh ini memang gila. Bagi gadis berjilbab pulak, argghh biarkan la dia, biarkan dia menghadapi sengsara itu berseorangan. Mengapa harus libatkan aku?? dia yang meletakkan dirinya di dalam lubang masalah, mengapa perlu aku terjun sekali ke dalamnya dan membawa beliau keluar??
"Pul, jom pegi kedai spek kat hujung tu, orang cakap makwe yang jaga kedai tu cantik" Kudi memecah khayalan aku.
"Arghh ko, tak habis-habis dengan makwe, tapi betul ke cantik?" aku membalas.
"La betul la, jom la pegi, sambil tu boleh beli spek" Kudi memulakan rancangan dia.
"Jom" ringkas dari aku.
Selepas selesai membuat beberapa pembelian bijak di uptown, kami semua menjamu selera. Selesai menjamu selera, kami bergerak pulang kerana merasakan sudah tiada apa lagi yang boleh dibuat di saat jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Jalan raya yang agak lenggang memungkinkan kami tiba di puncak alam dengan lebih cepat. Walaupun keadaan jalan di meru agak teruk, namun kami masih sampai awal di rumah.
Sampai sahaja di rumah, aku terus mencapai laptop dan membuka laman sesawang yang diasaskan oleh mark zuckerberg. tanpa berlengah, page Nikita yang paling awal aku jengah. Terlihat beberapa keping gambar yang baru diambil oleh rakannya semasa di uptown tadi. Nikita terlihat manis dengan blouse warna purplenya. sungguh cocok dengan potongan badannya yang slim. Aku sempat komen gambar-gambarnya. komen di saat awal pagi sebegini lebih selamat kerana tidak ramai yang membaca timeline di tepi tu. Berbeza jika kita online pada waktu puncak seperti pukul 10 malam, dengan mudahnya segala aktiviti kita seperti memuji makwe, meng'like' gambar makwe atau "add" makwe hot dengan mudahnya akan dapat dikesan.
Selesai aktiviti meng'komen' gambar Nikita, aku membelek handset aku. Aku set alarm ke satu waktu yang aku rasakan sesuai untuk aku bangun dan kemudian meneruskan hari sibuk aku. kemudian, aku membuka inbox handset aku. Terlihat beberapa keping mesej dari gadis berjilbab. Usai membaca mesej-mesej itu, terbit rasa ingin tahu akan apa keadaan dia sekarang. Aku terus menaip namanya di ruangan search pada fb aku. Last status nya adalah 5 jam yang lalu. Sudah menjadi kelaziman pada gadis berjilbab untuk tidur awal dan bangun awal. Satu ciri yang semakin menghilang pada anak gadis di zaman sekarang ini. Siapa yang bersalah di dalam hal ini??
Aku membaca dengan teliti statusnya. Agak menyedihkan dan boleh disimpulkan dia sedang menghadapi ujian yang maha dahsyat di dalam hidupnya. Mau aku tulis di sini statusnya itu tapi tidak baik kita mengaibkan orang, jadi biarlah status itu menjadi rahsia antara aku,dia dan jugak rakan-rakan fb nya. Kalau nk tau jugak, pegi tanya dia, jangan tanya aku. Habis membaca segala status gadis berjilbab, aku mengambil keputusan untuk tidur. Tidur kali ni agak berbeza kerana kenangan dua kali bertemu dengan si Nikita Willy pasti akan muncul di alam mimpi aku Dan aku mengharapkan,dia akan muncul di dalam mimpiku, sama2 melalui detik indah bersama untuk dating pertama kali ini, aku merasakan Taman Tasik Titiwangsa sesuai untuk menjadi latar scene cinta aku ni. 5 minit kemudian, aku tertidur.
Aku bangun di saat alarm handset aku berbunyi. Aku menoleh dan terlihat kudi masih berdengkur. Sudah menjadi kelaziman untuk aku bangun lebih awal dari Kudi. Tapi satu benda yang aku puji tentang Kudi, dia masih sudi memasak untuk aku walaupun aku selalu sepak dia dalam usaha untuk mengejutkan dia dari tidur. Walaupun tendangan aku agak kuat, namun aku percaya, dia tidak merasa sebarang kesakitan hasil dari badan comel yang beliau miliki. Namun hari ni, aku tidak sampai hati untuk menyepaknya, terbit rasa kasihan di hati ini. Aku mengejutnya penuh lembut, seperti seorang ibu yang mengejutkan anaknya dari tidur untuk bersiap pergi ke tadika. Percubaan kali pertama tidak berjaya, percubaan kali kedua diteruskan, dan masih belum berjaya. Sampai percubaan kelima, nak tak nak aku mengambil keputusan untuk menyepak jugak si kudi ni. Serta merta dia bangun dan sedar akan kewajipannya. Namun hari itu, aku membantu dia memasak di dapur dan itulah yang pertama dan terakhir.
Tiada aktiviti pada hari ini. Aku dan Kudi hanya online di bilik yang paling besar di rumah sewa ini. Mungkin keesokkan harinya baru ada aktiviti yang boleh dilakukan. Pada hari sabtu sebegini aku biasanya hanya pergi ke pasar malam yang terletak di shah alam 2. Benda yang wajib dibeli ialah air kelapa dekat gerai makwe comel tu. Aku sempat menjeling ke arah jam, baru pukul 5, masih terik untuk aku keluar mencari makanan di pasar malam itu. Kelihatan beberapa orang housemate aku sudah mula bersiap untuk pergi ke pasar malam. Aku membiarkan mereka pergi dulu, dan aku akan menyusul kemudian.
20 minit kemudian, mereka pulang sambil membawa pelbagai juadah di tangan. Ada yang membeli murtabak, bakso, pau, ayam uncle bob dan tak lupa jagung manis. Sedap katanya jagung manis yang dibeli itu.
"Pul, aku rasa aku nampak someone la tadi" beritahu seorang housemate aku .
"Hah sapakah??"
Hak Cipta pepol
- Bersambung pada minggu depan -