Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Sunday, May 27, 2012

Kenangan Di Puncak #Episod 11

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Kenangan Di Puncak [ #1 - #To Date ]


Aku membuka pintu 7eleven. Terus aku meluru ke bahagian aneka coklat. Aku meneliti coklat yang disusun rapi di atas rak, ada pelbagai bentuk, semuanya sedap, cuma sediakan duit,bayar di kaunter, dan dapatlah nikmati keenakkannya. Ketika asyik meneliti coklat, aku konpius coklat yang mana satu menjadi kegemaran Nikita Willy. Ada dia beritahu semasa chat semalam, tapi hasil kuat terminum air yang dimasuki semut, benda semudah itu pun gagal untuk aku ingat.


"arghh, belasah je la, aku rasa dia minat toblerone"



Aku mencapai dua ketul coklat toblerone yang di paketkan dalam bentuk 3 segi, sungguh unik, sama seperti setem berbentuk 3 segi yang jarang-jarang kita jumpa. Aku membuat bayaran di kaunter dan meneruskan perjalanan aku ke kampus. Aku sempat menilik jam tangan adidas yang sudah setahun menjadi peneman setia pergelangan tangan kiri aku. Aku berasa lega kerana aku masih di landasan yang betul untuk sampai tepat pada waktunya sekaligus memberikan kejutan kecil untuk Nikita Willy.



Sampai di kampus, dari jauh lagi sudah kedengaran hiruk pikuk di lif. lif yg asalnya ada 6, ditolak 1 utk kegunaan lecturer,ditambah pula dengan 2 lif yg selalu rosak,kini tinggal hanya 3 yg beroperasi. Manakan tidak berlaku perebutan yang maha dahsyat jika bangunan setinggi 16 tingkat hanya mempunyai 3 lif yang berfungsi. aku mengambil keputusan menggunakan tangga sambil tangan sebelah lagi mengenggam erat coklat toblerane. Peluh jantan yang membasahi dahi dikesat oleh aku. Aku sampai di tingkat di mana nikita willy menimba ilmu yang bermula dua jam sebelumnya. Hati aku berdebar-debar, risau memikirkan apa reaksinya nanti melihat seorang jejaka dengan potongan rambut ala Shaz Jaszle berdiri di hadapannya lalu menghulurkan coklat yang menjadi kegemarannya. Apakah mukanya akan merah sambil terkejut atau dia langsung berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga?? aku cuba berfikiran positif.



Pintu kelas dibuka, dada aku berombak-ombak. Dia punya takut tu lagi kuat dari masa berkhatan dulu,sungguh. Seorang demi seorang pelajar keluar dari kelas. Orang yang ditunggu masih belum kelihatan. aku sabar menanti, benda-benda macam ni tak boleh gelojoh. sehinggalah ke orang yang terakhir,barulah si jantung hati memunculkan diri. memakai blouse berwarna hijau zamrud pada hari itu, Nikita Willy masih lagi tidak perasan akan kehadiran aku. Perlahan-lahan aku menghampiri dia.



"hai awak, saya ada surprise untuk awak" pantas aku hulurkan coklat padanya.

"eh awak, awk buat apa kat sini??" Nikita masih bingung dengan apa yang dilihatnya.

"saya datang nak jumpa awak, ni ada something untuk awak" aku hulurkan toblerone untuk kali kedua.

"owh datang jumpa saya? eh awak bawak toblerone untuk saya?" Nikita masih lagi kehairanan.

"yup saya bawak untuk awak, hehehe" aku masih mencuba.

"hahaha, alahai, sweetnya awak ni, thanks awak, bestnya dapat coklat, tapi kan awak, saya tak minat sangat toblerone" jawab Nikita.


"heh tak minat toblerone ek, rasa cam awak cakap aritu awak suka toblerone, aduhh camne la boleh silap pulak ni,hahaha" aku cuba ketawa dalam ketika cuba menahan malu.


"tak la awak, saya suka coklat laen, ni mesti tak pay attention time kita chat semalam kan, tapi its ok, toblerone pun saya makan jugak, thanks tau awak, awak amek la satu, saya amek satu" balas Nikita.


"eh tak pe la awak,awak makan la dua-dua, memang saya beli untuk awak, eh awak, awak nak balik terus ke lepas ni?" tanya aku kepada Nikita.



"tak la, saya nk pegi shah alam, teman classmate saya buat kad matrik baru, nape awak?"

"owh takde pape, ingatkan awak free tengah hari ni, boleh ajak awak lunch sama, emm takpe la" aku senyum penuh kelat.



"so sorry, next time ok, hari ni saya ada hal, btw thanks tau 4 the toblerone, really appreciate it" Nikita tersenyum.



"hehehe, benda kecik je la awak,next time saya bawak coklat kegemaran awak ok, saya pun tak tau macamane saya boleh terbeli coklat laen ni, hahaha" aku masih cuba menahan malu.



"hahaha,kelakar la awak ni,ok la awak,i got to go,see u next time k,tata" Nikita melambai.

"ok awak, see u next time" aku turut melambai.



Perlahan-lahan bayangan nikita hilang dari bayangan. Aku masih belum berganjak. Mata tidak berkelip. kemudian, aku bersandar di dinding. Aku mengetuk-ngetuk dahi beberapa kali. Dalam otak aku, sebaris ayat ini berlegar-legar dengan lajunya, "macamana aku boleh salah beli coklat untuk dia????" terasa seperti orang bodoh pulak bila memikirkan benda semudah itu pun aku boleh failed. Macam mana aku nak complete kan degree aku yang jauh lagi susah dari membeli coklat yang menjadi kegemaran untuk seorang gadis impian??



Aku berjalan longlai menuju ke motor. Misi hari ini kurang berjaya, bukanlah tidak berjaya langsung, at least hati dia pasti tersentuh melihat usaha aku yang bersusah payah datang menemui dia semata-mata nak bagi dua keping coklat. Bak kata orang, effort tu da ada, yang selebihnya kita serahkan pada Maha Pencipta. setibanya aku di rumah, terlihat Kudi baru saja memulakan aktiviti makan nasi. Aku duduk menghadap kudi. habis aku ceritakan segala yang baru terjadi tadi tanpa sebarang tokok tambah pun. Kudi mendengar penuh teliti sebelum memberi pandangan apa langkah seterusnya untuk aku.



"aku puji apa yang ko buat hari ni, ko jangan anggap apa yang ko buat ni failed, benda ni ada hikmah di sebaliknya" Kudi mula bicara ala-ala pakar.



"hikmah celah bedahnya" aku membalas.



"ko nih, camni cite die, hari ni ko bagi coklat salah kat die, so lepas ni ko boleh jumpa dia lagi untuk betulkan silap ko tu, ko bawak coklat yang betul pulak, ko nampak tak point dia ka t situ? bermakna ko ada reason untuk jumpa dia buat kali kedua, ape da" panjang lebar dari Kudi.



"ha ah la,ye tak ye jgk,lepas ni boleh la aku jumpa dia lagi, untuk bagi coklat yang betul, perghh hebat betul la ko ni kudi, ko betul-betul lejen la" puji aku kepada kudi.



"arghh ko, benda2 cinta ni semua ada dalam poket seluar aku je" Kudi cuba berlagak.

"arghh poyo ar, dah la, aku nak naik tido"aku membalas sambil naik ke tingkat atas.



Baru hendak melabuhkan badan atas tilam,terasa getaran di dalam poket seluar. Aku mengeluarkan handset aku. Mesej dari gadis berjilbab lagi. Entah ini mesej yang ke berapa selepas insiden di depan kelas tempoh hari.Aku membuka mesej itu.



"salam,awak saya nak sangat-sangat jumpa awak, ada banyak benda yang perlu kita bincang, ada banyak salah faham yang perlu diperbetulkan, ada banyak benda yang awak perlu tau, please..."



Hampir 7 kali jugak aku baca mesej yang baru diterima ini. Aku cuba memahami apa maksud isi kandungannya. Apa lagi yang hendak dibincangkan? apa lagi yang nak diperbetulkan? apa benda yang perlu diberitahu?? semuanya telah jelas dengan apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri tempoh hari. tidak mungkin mata aku sendiri akan menipu aku, lain lah jika yang melihat perkara itu kudi,dan cerita itu disampaikan kepada aku, mungkin kesahihannya boleh dipertikai, mungkin perkara sebenar ditokok tambah. Ini tidak, aku melihat sendiri sambil disaksikan oleh Chee Bong. Aku bukannya bacul untuk menolak bulat-bulat apa yang dilihat pada hari itu.



"ok, kalaulah saya setuju untuk jumpa awak, bile awak nak jumpa saya?" aku membalas mesej itu.

"kalau malam ni??"


Hak Cipta: pepol
- Bersambung pada minggu depan -


2 comments

May 28, 2012 at 12:56 AM

aku bajet dia playboy... aaarghhhh... lelaki memang selalu tak fokus pada benda yg pompuan cakap kan? isk isk isk..

May 28, 2012 at 3:07 PM

kisah cinta coklat..

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...