Simpan Perasaan [ 1 | 2 | 3 | Akhir ]
-------------------------------------
“So macam mana kamu boleh kenal dia?” Kak Sal bertanya kepada Ika ketika mereka singgah makan di suatu restoran selepas waktu bekerja.
“Macam yang dia cakap la, kitaorang 1 U. 1 kos dulu,” Ika menjawab pendek sambil menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
“Dah tu yang kamu terkejut jumpa dia tu kenapa? Dia pun sama,” Kak Sal menyoal lagi.
“Err.. Maybe kitaorang tak suka each other. Sebab tu masing-masing terkejut,” Ika membuat kesimpulan. Yaa.. Dia tidak pernah menyenangi lelaki yang bernama Haikal itu. Entah, dari saat mengenalinya sehinggalah sekarang ini. Dia tidak pernah menyenangi lelaki itu. Dan bila tamat pengajian degree, dia berasa lega gila tak perlu menghadap muka lelaki itu.
“Ye ke? Takkanlah kamu tak suka dia? Dia hensem, baik, muda pula tu,” Kak Sal memuji bosnya. Ika jelak mendengar ayat Kak Sal.
“So what dengan hensem dia tu? Kak Sal ingat dia tu baik sangat ke? Tidak. Tidak,” Ika mengutuk Haikal.
“Kamu ni tak baik tau cakap macam tu. Baik apa akak tengok dia,” Kak Sal masih pertahankan bosnya. “
“Oh, okey. Fine. Dah Kak Sal cakap macam tu. Ika senyap je la,” Ika berkata sambil tersenyum. Kak Sal hanya tergelak kecil.
“Ah… macam mana ada orang hensem macam dia. Sekali tengok macam muka pelakon korea pun ada jugak,” Kak Sal masih bercakap tentang ketampanan Haikal.
“Geez… Kak Sal ni. Entah-entah dia dah kahwin?” Ika cuba menghalang Kak Sal dari terus bercakap tentang Haikal.
“Dia belum lagi la. Kak Sal tanya dia hari tu. Dia cakap dia bujang lagi,” Kak Sal menjawab soalan Ika.
“Biar betul? Bukan ke dia ada ramai awek dulu?” Ika berkata sambil mengimbau kembali saat-saat dia terserempak dengan Haikal di U, mesti Haikal bersama dengan perempuan yang berbeza.
“Hah?” Kak Sal bersuara , tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Ika.
“Tak ada papelah. Lantak lah dia dah kahwin ke belum, yang penting Kak Sal tu dah kahwin. Kesian kat Abang Taufik nanti,” Ika bergurau. Kak Sal hanya tergelak kecil.
“Ish, kamu ni. Of course lah akak sedar akak dah kahwin. Walau macam mana sekali pun, Abang Taufik kamu tetap di hati. Ika tergelak mendengar ayat Kak Sal.
“Yeela… orang dah kahwin,” Ika bersuara lagi.
“Better kamu ambil peluang ni. Kamu single. Encik Haikal single. Sesuai lah kamu berdua,” Kak Sal memberi cadangan.
“Haish Kak Sal ni. Ada lak dia ke situ. Oh.. Maaflah. Ika tak suka dia. Besides, for sure Ika ni bukan taste dia. Ika bukannya cantik,” Ika menjelaskan.
“Ish, mana kamu tahu? Kamu pun cantik bagi Kak Sal,” Kak Sal memuji Ika.
“Bagi Kak Sal, bagi dia tak,” Ika berkata. Ah… dia memang tidak suka dipasangkan dengan orang yang dia tidak suka.
“Ish, mana kamu tahu. Masa dia mula-mula datang sini, dia tanya pasal kamu.” Kak Sal memberitahu Ika.
“Erk… biar betul ?” Ika berasa hairan.
“Betullah. Dia asyik tanya nama Sofia Zulaikha. Nama kamu kan? Dia tanya orangnya macam mana,” Kak Sal memberi jawapan.
“Mungkin dia nampak nama yang sama dan dia ingat mungkin budak coursemate dia dulu kot,” Ika membuat kesimpulan.
“Betul juga, dan andaian dia betul,” Kak Sal berkata dengan tersenyum.
Ika hanya tersenyum sebelum menyoal, “Macam mana dia boleh jadi GM kat company kita?”
“Eh, kamu tak tahu ke?”Kak Sal berkata lagi.
“Datuk Kamaruddin tu ayah dia. Dia baru balik dari oversea, buat Master kat sana. Akak lupa dia major apa entah,” Kak sal memberi jawapan.
Ika tersedak. Terkejut dengan jawapan yang diterimanya.
“Biar betul Kak Sal ni?” Ika persoalkan.
“Eh, betullah. Datuk Kamaruddin yang datang sendiri perkenalkan anak bujang dia masa first day tu,” Kak Sal menjelaskan lagi. Ika cuma tahu yang Haikal itu anak orang berada tapi tak sangka pulak yang Haikal itu anak kepada tuan punya syarikat tempat dia bekerja. Kebetulan betul.
“So, better kamu ambil peluang ni. Encik Haikal dahla hensem, muda pastu kaya lak tu,”Kak Sal kembali membuka cadangannya kepada Ika.
“Ah, tak nak lah. Ika tak suka dia,”Ika tetap dengan pendiriannya.
“Kamu ni. Tahu tak ramai staff perempuan asyik duk sebut pasal dia je. Ramai tau yang jatuh cinta pandang pertama dengan dia,”Kak Sal berkata lagi.
“Errr.. Biar je la. Asal tak de kaitan dengan Ika,” Ika memberi kata putus. Kak Sal hanya tersenyum. Dia tahu perangai Ika. Susah nak jatuh hati pada lelaki. Dan sebab itulah sampai sekarang Ika masih membujang. Katanya, single tu lagi baik dari couple.
“Dah. Jom. Kak Sal nak suruh Ika hantar ke, nak suruh abang Taufik jemput kat sini,” Ika berkata setelah membayar harga makanan mereka.
“Ish, kamu ni. Of courselah balik dengan kamu, Abang Taufik balik lambat malam ni,” Kata Kak Sal dengan tersenyum.
“Mana tahu, nak suruh Haikal tu jemput Kak Sal ke,” Ika bergurau. Mereka berdua ketawa.
Hak Cipta: reenapple
Bersambung lagi... Daaaaaaaaaa
4 comments
Zulaika nanti jatuh cinta kat haikal..diorg pun kahwin...chewahhh...
Xpun saling simpan perasaan tapi masing2 tak terluah...
KA,
hahaha.. bestnya main teka-teka hehe..
nice...jom baca seterusnya...