Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Wednesday, May 30, 2012

Kisah Di Waktu Tak Hujan

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips

Kesinambungan dari Kisah Di Waktu Hujan


Ada 1 hari tue.. masa kat bus stop, aku terpandangkan girl yang sama aku jumpa ari tue dalam hujan. Sekarang nie, dia duduk sambil duk baca nota kot??? Aku tak tahu tapi yang pasti kat tangan dia ada sekeping kertas. Dia khusyuk gila duk baca. Sampai tak sedar orang duk lalu lalang depan dia ataupun orang duduk sebelah dia. Haa… time tue dah tak hujan dah. 

Outfit dia hari tue adalah baju kurung kuning bercorak bunga putih dan bertudung putih. Pergh.. memang khusyuk gila dia. Maybe dia ada kuiz kot esok??? Atau dia memang rajin??? Haa… Dia still sorang-sorang lagi. Aku tengok orang lain semua sibuk berborak-borak dengan kawan-kawan diorang. Siap gelak macam bus stop tue mak datok dia yang punya. Tapi girl tue still sorang-sorang… agaknya dia tak sama kelas dengan kawan dia kot??

Dan entah macam mana… aku nampak lelaki ari tue. Berjalan ke arah girl tue. But girl tue memang tak sedar la sebab dia khusyuk membaca nota kat tangan dia. Kat tangan lelaki tue ada 1 beg kertas. Aku tak tahu apa isi kandungan beg tue. Dan lelaki itu berjalan dengan penuh senyuman ke arah girl tue dan berhenti depan girl tue.

Dan entah macam mana girl tue yang khusyuk tunduk sambil baca nota dia, mengankat kepalanya dan terus memandang siapa yang berdiri depan dia. Aku rasa maybe girl tue daa sedar kot yang ada orang berdiri depan dia. Dan lelaki itu sambil tersenyum lebar bertanya kat girl tue “Awak ingat saya lagi tak?”. Dan sebelum sempat girl tue menjawab, lelaki tue dah duduk sebelah girl tue. Aku rasa girl tue tergaman kot dengan tindakan outrageous lelaki tu. 

Girl tue diam je sambil pandang sekejap lelaki tue before sambung balik baca nota kat tangan dia. Dan lelaki itu terus bertanya lagi kat dia “Awak baca apa? Rajinnya.” Girl tue pandang dia sambil senyum. Aku rasa mesti dalam hati girl tue cakap, “Eh, mamat nie sibuk je, suka hati la.”

Then entah, aku nampak lelaki itu bangun semula dan berdiri depan girl tue. Dan dia hulurkan beg kertas yang ada kat tangan dia kepada girl tue. Girl tue pun pandang semula kat lelaki tue. Mesti dalam hati tue, girl tue cakap, “Eh, apa kes mamat nie? Gila ke apa?”. Lelaki tue pun, macam daa syak yang girl tue akan fikir yang bukan-bukan, terus dia kata, “Awak, saya tahu hari nie hari jadi awak.” Girl tue pun terus menjawab, “Eh, awak nie salah orang ke?”

Aku tengok lelaki tue cool giler je. Senyum je dia before dia berkata, “Tak. Saya tahu hari nie hari jadi awak. Jangan risau. Saya tak de niat lain. Saya just nak bagi awak hadiah yang tak seberapa nie. Dalam nie (sambil memuncungkan mulutnya ke arah paper bag yang dia pegang) ada 1 nota. Nota yang cerita everything. Bagaimana saya jumpa awak. Tahu pasal awak dan so on la.”

Aku tengok orang-orang yang ada kat bus stop tue pun daa pandang semacam kat arah lelaki tue dan girl tue. Girl tue still pandang lelaki tue. Lelaki tue senyum je. Dan entah macam mana, lelaki tue letakkan paper bag tue sebelah girl tue. Girl tue just pandang je paper bag sebelah dia.

Dan lelaki tue terus cakap lagi, “Harap awak sudi terima hadiah nie. Jangan risau. Masih ada banyak masa lagi nak explain semua ni” Lelaki tue kembali senyum kat girl tue. Girl tue aku rasa daa terkedu kot. Haha. Pastue, lelaki tue sambung lagi before dia blah dari bus stop tue, “Saya rasa kita akan jumpa lagi.” Lelaki tue pun blah. Girl tue just pandang je lelaki tue blah, melintas jalan dan naik bas kat seberang sana.

Dan aku dengar ada orang menjerit.. err bukan jerit la cakap… “Wahhh.. romantic giler.” Aku tengok muka girl tue daa merah. Malu kot diperlakukan sebegitu kat orang ramai. Dan bus datang. Aku tengok girl tue pandang paper bag tue, memikirkan dia nak ambik ke tak. So lepas beberapa saat, dia pun bangun. At first aku ingat dia nak tinggalkan paper bag tue kat situ. Tapi tak. Aku nampak tangan kanan dia mencapai paper bag tue dan berjalan menaiki bus sebelum bus terus beredar dari situ.

Dan dari kejauhan, bus kat seberang sana still ada lagi. Tak bergerak lagi. Dan entah macam mana aku ternampak lelaki tue duduk kat bahagian tingkap dan pandang bus stop arah sini sambil tersenyum. Agaknya dia daa tahu yang girl tue akan ambil hadiah tue. kan kan kan??? 

~THE END ~

Hak Cipta: reenapple

8 comments

May 30, 2012 at 9:17 PM

ah.. bestnya citer dan gaya penyampaian citer ni. hebatlah.. tak perfikiir adanya cara penceritaan yang mcm ni heheheeh..

May 30, 2012 at 11:50 PM

@Nong Andy hahahha.. ini kisah yang dah basi kat blog aku..hahaha. Aku berangan sambil tunggu bus.. kekekeke.

Terima kasih sudi layan. =)

Anonymous
May 31, 2012 at 12:52 AM

yup, aku setuju dengan Nong Andy . aku rasa macam penulis sedang menceritakan terus pd aku .

bahagian pertama sudah baca . bahagian ini sudah baca . aku masih tak dapat tangkap , tapi mahu tahu lagi dan lagi .

ada bahagian ketiga ? =)


-HEROICzero

May 31, 2012 at 1:18 AM

@Anonymous Alaaa... tak ada.. HUHUHU. Dah lama aku tulis citer ni.. hehehe.

May 31, 2012 at 2:56 PM

reen!
hehehe..
at last ada gak kesinambungan cerita kisah di waktu hujan..hehehe..:)

nak sambungan lagi boleh?
teehee~
nice!

May 31, 2012 at 4:09 PM

@Teenager Housemaid tak adalah dear... cerita ini dah lama.. terlalu lama.. heheh. Dah tak ada idea nak buat sambungan.. hehehe

June 1, 2012 at 4:10 AM

heeeeeeeeeeeeeee... aku dah baca ni kat draft email lagi.... huhuhuhuhuhu... lembut aja penceritaannya

June 1, 2012 at 8:39 AM

buat macam citer hindustan dalam hujan..haha

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...