Emeriz menghubungi Sha seawal pukul 8 pagi. Ketika itu Sha masih bermalasan di atas katilnya. Kebiasaanya hujung minggu memang Sha sebegitu. Memanjakan diri katanya.
"Awak buat apa?"
tanya Emeriz di hujung talian. Sha senyum.
"tak buat apa pun. Awak pulak?"
"Sedang bercakap dengan kesayangan saya la. dah breakfast tak sayang?"
"Awal lagi ni. breakfast saya adalah awak"
"Mana boleh macam tu. Dah mandi ke tak ni?"
"dah tadi." Sha menjawab tanpa ragu-ragu
Hampir setengah jam Emeriz dan Sha berborak.
"Saya letak dulu k. Sebab ada call waiting. Mak call. Ke awak nak join sekali saya cakap dengan mak? Kita buat call conference nak?"
"Eh takpe. saya letak. Awak jawab dulu call mak"
Cepat-cepat Sha mematikan talian. Sha senyum. Sha bangun dari katil dan meluru ke bilik mandi untuk mandi. Semasa di dalam bilik mandi, Sha terdengar 'ringtone' telefon bimbitnya berbunyi. "Ah sudah! " Bunyi tersebut tiba-tiba hilang. "Pasti adik yang angkat call tu".
Selesai mandi, Sha masuk ke bilik. Adiknya tersenyum.
"Kenapa?"
"Abg Riz call angah tadi."
"Dia nak apa?"
"Dia tanya angah buat apa?"
"Abis tu jawab apa?"
"angah mandi"
"Dah tu dia jawab apa"
"dia jwb mcm ni..Kambing rupanya"
Sha mengetap bibirnya. Geram. Ada satu SMS masuk ke telefon bimbit Sha.
"kambing takut air ya. kambing.kambing.kambing tol la kesayangan saya ni"
Belum sempat Sha membalas SMS tersebut. Terpapar nama Emeriz di screen telefon bimbit Sha. Mahu tak mahu Sha menjawab panggilan Emeriz
"embekk embekkk embekkk!"
Sha tak dapat menahan gelak mendengar bunyi kambing mengembek yang di tiru oleh Emeriz.
"Eiiii jahat!"
"Hahahahaha!!!"
"Eiii.. tapi saya mandi gak kan"
"memang la. tapi masalahnya tadi saya tanya awak dah mandi ke tak. tapi awak jawab dah. selambe je kan."
"Hahahahaha!!!"
"Eiii.. tapi saya mandi gak kan"
"memang la. tapi masalahnya tadi saya tanya awak dah mandi ke tak. tapi awak jawab dah. selambe je kan."
Emeriz gelak lagi. Sha hanya mampu tersenyum.
"eh kalau awak nak call semata-mata nak gelak, baik tak yah call"
Sha buat-buat merajuk.
"Ok. Nanti saya call lagi. Saya nak mandi dulu. Saya ni tak mandi lagi."
Emeriz sengaja menekankan perkataan mandi. Sha ketap bibir. Geram. Sha duduk dikatilnya. Sekali lagi telefon berbunyi. Ada satu SMS masuk. Dari Emeriz.
"embekkk! embekkk! embekkk!"
Sha senyum. Sengaja tak dibalasnya SMS tersebut. Sepuluh minit selepas itu satu lagi SMS dari Emeriz masuk.
"tak jawab, memang sah kambing"
Sha menahan geram. Menaip sesuatu.."Eleh, sudah-sudahlah tu"
Satu lagi SMS dari Emeriz masuk.
"Aik!!..faham jugak kambing ni ya. Hanya kambing je faham embek embek embek tu.. hahahahaha"
Sha dail nombor Emeriz. Kedengaran Emeriz terkekeh-kekeh di hujung talian.
"Sudah-sudahlah tu"
"sayang, awak ni kelakar tau tak."
"Apa plak nya. dah awak suruh saya jawab. kang tak jawab kambing.merajuk kang!"
"Alololo. gurau je sayang."
"Alah, ye la tu."
"Ok..awak rehat la dulu. Nanti kita borak ok"
"Ok..nanti saya nak keluar jalan-jalan dengan anak saudara. apa-apa SMS or call je k."
"Ok. sayang. jaga diri"
Petang itu Sha dan anak saudara duduk di tepi padang bola yang tak jauh dari rumah. Sha mengeluarkan telefon bimbitnya dari poketnya. Ada satu SMS dari Emeriz. "Sayang, ada kat mana? rindu gila" Sha senyum. Sha balas SMS Emeriz. "Duduk kat tepi padang bola dengan anak saudara. Gila tak rindu" Telefon Sha berbunyi lagi. "Eh.eh..jangan pula rumput kat tepi tu jadi mangsa ya sayang. Bye" Berkerut dahi Sha membaca SMS dari Emeriz. " Kenapa pulak?"
Satu lagi SMS dari Emeriz masuk.. "Kambing kan suka meragut rumput. Makanya, kambing je lepak-lepak kat tepi padang bola. hahahahahaha!"
Sha senyum. Geram.
11 comments
aaaa... comel.. hehehe. Kambing itu juga yang Emeriz cintakan.. =)
Reen - kambing..kambing Emeriz sayangkan..hahaha
alahai kuajaq nya buat aku senyum2 pulak sambil baca . eh la eh laaaa.... kah kah kah !
-HEROICzero
aaaa... kmk rasa mcm dejavu bc kispen tok... heheheee...
hi embekkk...
HEROICzero - boleh hilang tekanan!..hahaha
momo - ngeeeeeeeee...perkara lepas jgn dikenang..hahahahaha
heheheee... perkara lepas kdg2 yg lucu wajib lah di kenang supaya seronok di bahankan... embekkk...
alolo sweet pulak!kambing pun yang tue lar emeriz sayang..haha
ok....double SWEET....embekkk~~
ehhhh,comelnya cerita ni. Tak rumit,senang. :)
hehehe..
sweet je..
ada sambungan tak??
sengih panjang baca cerita ni :)
nice story and very sweet...