Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Tuesday, May 15, 2012

Si Payung Merah

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
Jalan raya nampak sesak hari ni. Tambah pulak hujan lebat. Menunggu bas yang tak nampak lagi batang hidungnya. Eh, mana pulak datangnya hidung bas. Hehehe…aku tersengih sorang-sorang. Aku hulurkan tangan, saja nak merasa air hujan. Sejuknya..aku pejam mata, teringat cerita lama. Aku terus pejamkan mata….
……………..(setahun lalu)…………………….

Betul hujan lebat sangat ni. Kenapalah lupa bawak payung ni alahai.. macam mana nak melintas, kena jugak ke redah hujan ni. Aku dah la berbaju kurung. Tapi nanti kalau bas sampai susah pulak. Ah, bus stop seberang tu je hah..angkat kain, lari!!

'‘Nak melintas ye?’'

Aik, pokok kat sebelah ni boleh bercakap ke? Aku toleh sebelah takut-takut, err..ada orang. Lebih tepat lagi seorang lelaki tinggi lampai berbaju biru kotak-kotak, berseluar hitam dengan payung merah. Dia tersenyum.

‘'Jomlah sekali. Saya payungkan’', senyum lagi. Aduh, indahnya ciptaan Tuhan.

Kata orang rezeki jangan ditolak. Kami berteduh dari hujan, sama-sama menyeberang jalan yang tak pernah sunyi dengan kenderaan tu. Oh terima kasih payung merah!

Bus stop ramai orang sebab yang tak menunggu bas pun tumpang duduk, menunggu hujan berhentilah tu. Masih boleh menyelit, aku pun meletakkan tubuh di sebelah seorang wanita. Aku angkat muka, pandang dia. Dia hanya berdiri, merenung jauh ke tengah jalan.

Tiba-tiba dia menoleh. Dan tersenyum lagi. Dia kemudian menegurku dan kami pun berbual. Aku dari mana, nak ke mana, aku buat apa..macam-macam lah. Aku suka kata-katanya. Aku nampak keyakinan dalam matanya. Dia nampak baik. Entah kenapa aku rasa macam tu.

Eh, bas yang aku tunggu dah sampai. Aku kena pergi ni. Pada si payung merah aku mintak izin pergi dulu. Cepat-cepat aku bangun. Sampai kat tangga bas, aku terdengar suara memanggil. Dan aku toleh..

‘'Siapa nama awak?'’, si payung merah baru teringat nak tanya agaknya.
‘'Ayu!’', jeritku nak melawan bunyi hujan dan enjin bas. Dan cepat-cepat aku panjat tangga bas.

Dari atas bas, aku masih lagi memandang wajahnya. Dia cuma tersenyum melihat bas aku pergi. Tak ada lambaian selamat tinggal. Dan wajahnya semakin jauh dan menghilang. Dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Si payung merah….
…..............

Bunyi percikan air dari atas jalan buat aku tersedar. Jauhnya melamun. Hujan pun dah makin reda. Aku terperasan yang baju yang ku pakai sedikit terbasah. Hisy, rasa nak sumpah je kereta tadi jadi kura-kura. Tak berperikemanusiaan langsung!

'‘Basah? Kali ni pun tak bawak payung lagi?'’, ada suara menegur. Ya tau, tiang bus stop tak boleh bercakap.

Lambat-lambat aku angkat muka. Entah kenapa rasa berdebar dengar suara tu. Tapi rasanya tak pernah lupa kan pemilik suara tu.

‘'Eh tak lah. Kali ni saya bawak payung. Tengok ni'’, sambil tersenyum aku memegang payung merah ala-ala pegang trofi kemenangan. Jumpa lagi kami akhirnya. Dalam banyak-banyak manusia yang ku jumpa, macam mana boleh ada dia?

‘'Si payung merah, kita jumpa lagi'’, kataku malu-malu kucing.
‘'Ayu, dah kawin?', tanyanya tiba-tiba. Terkejut betul aku. Err..tak sangka nak tanya tu.

Dan aku, senyum tak perlu kata apa-apa. Si payung merah, awak payung hati saya!


Hak Cipta: Unnoticed

6 comments

May 15, 2012 at 10:23 PM

nice sangat..suha bca smbil suha brharap suha akan lalui cerita yg sama..setahun berlalu tp tetap di hati..cinta itu aneh,bukan?


btw,ni true stori ke ape?

May 16, 2012 at 12:18 AM

aaa... comel.. =)

May 16, 2012 at 1:37 AM

aduh.... nice giler... tetiba aja aku mcm nak buat peel cenggini. agak2 lepas tak? haaahahhaha aum.....

ps: jln cerita yg cikky... jelas n jgn menarik...

May 16, 2012 at 4:06 AM

alaaa...sweetnya cerita ni.. :) *thumbs up!*

May 16, 2012 at 9:05 AM

alololo sweet!!!,, :D

June 30, 2012 at 8:32 PM

heeeee....ayu :))

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...