Insyirah membelek-belek buku ibunya yang tersusun di atas meja. Diselaknya lembaran demi lembaran. Sekejap dia mengerutkan dahinya. Sekejap dia mengetapkan bibirnya. "Bu, buku apa ni?" tanya Insyirah lembut pada ibunya yang tengah sibuk mengadap laptop. Puan Aisya senyum. "Kejap lagi Ibu cerita kat Insyirah ya. Ibu nak siapkan kerja ibu ni dulu." Insyirah mengangguk. Matanya masih tertancap ke arah buku yang dipegangnya. Usianya yang baru sebelas tahun memang ada banyak perkara yang dia ingin tahu.
Insyirah membelek semula buku 'Bebaskan Bumi Palestin' tersebut. Puan Aisya menoleh sekilas ke arah anaknya.
"Insyirah nak tanya pasal apa tadi ya?" tutur Puan Aisya lembut sambil tangan mengusap lembut kepala anaknya. Insyirah senyum.
"Kenapa ibu suka baca buku macam ni? Syirah selalu tengok berita kat TV pasal Palestin ni."
"Apa yang Insyirah tahu pasal Palestin?" sengaja Puan Aisya menduga anaknya.
"Orang islam kat sana kena tindas, kena bunuh, keganasan, macam-macam la. Ibu mesti tahu banyak kan?"
"tak ada la. Ibu pun banyak baca dari Internet, newspaper, TV, dan buku macam ni"
"Tapi kan bu, kasihan tengok orang islam kat sana kan. Budak-budak kena dera. Ibu ceritalah kat Syirah banyak-banyak pasal mereka."
"Ada banyak kalau nak Insyirah nak ibu cerita. Sampai esok pun belum tentu habis." Puan Aisya mencubit manja pipi Insyirah. Insyirah senyum lebar. Insyirah tahu ibu takkan menghampakan.
"Cerita je lah bu"
"Okay, ibu nak cerita pasal kanak-kanak dan wanita kat sana. Paling kejam bila kanak-kanak tak berdosa kena bunuh, wanita yang diperkosa dan di seksa. Ibu ada baca jugak pasal pembunuhan kejam pejuang Palestin yang sudah pun lumpuh di kerusi rodanya." Puan Aisya menghela nafasnya perlahan.
"Ceritalah lagi bu. Apa lagi berlaku kat sana?"
"Wanita-wanita Palestin yang meringkuk di dalam penjara Zionis diperlakukan dengan sangat kejam. Hak kebebasan asasi mereka dirampas. Pegawai penjara yang kejam langsung tiada rasa hormat kepada wanita-wanita tersebut. Insyirah tahu tak ada ramai wanita Palestin yang berjuang kat sana. Antaranya, Wafa' Idris, Reem Ar-Riyasi, Darain Abu 'Isyah, Ilham Ad-Dasuqi, Ummu Nadhal dan ramai lagi.Status mereka ini ialah seorang isteri dan ada jugak yang masih 'study'. Mereka inilah yang melakukan misi berani mati." jelas Puan Aisya dengan bersemangat. Insyirah mengangguk perlahan.
"Tapi kan bu, kenapa wanita ini menggunakan kekejaman untuk balas balik serangan? Takde cara lain ke bu?"
"Sayang, itulah jihad. Rasulullah s.a.w menyeru kepada semua lelaki dan wanita supaya mencegah segala di mana jua kita berada sebagaimana sabdanya: "Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaknya ia mencegah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya, dan barang siapa tidak mampu hendaklah mencegahnya dengan hati maka itulah selemah-lemah iman"
"oh macam tu ya. Kalau macam tu, Syirah dan ibu kena buat apa untuk tolong mereka kat sana? Kalau Syirah nak ke sana boleh tak bu?" Mata Insyirah bersinar.
"Ada banyak dana yang diwujudkan untuk kita bantu mereka kat sana. Kita boleh derma dari segi kewangan. Paling penting ialah doa. Kekuatan umat islam kan doa. Doa banyak-banyak. Allah Maha Mendengar. Kalau semua orang berdoa perkara yang sama, tiada yang mustahil sayang."
"Ibu, Syirah doakan mereka kat sana selamat." ringkas rangkap doa yang terpacul keluar dari seulas bibir kecil Insyirah.
"Amin. Mudah-mudahan. Nak dengar lagi tak cerita pasal Palestin? Ibu nak cerita pasal Ummu Nadhal seorang wanita yang sangat berani dan bijak bagi ibu. nak tak sayang?"
"Mestilah nak! Cepatlah cerita bu!"
"Okay! Ummu Nadhal Farhat nama dia. Dia menazarkan enam orang anaknya untuk berjuang di jalan Allah SWT. Dalam diri dia tak ada rasa takut. Dia sanggung serahkan anak kedua dia pada battalion Syahid Izzudin Al-Qassam dengan melakukan misi berani mati di kota Tel Aviv. Satu kebijaksanaan dia yang Ibu 'salute' sangat bila dia menyuruh anak dia menggali sebuah terowong di belakang rumah di bawah bilik mandi sebagai tempat persembunyian. Sampai satu ketika tu, dia suruh anak dia yang nama Muhammad ikut dalam penyerbuan di perkampungan Zionis. Anak dia mati syahid. Betapa sedihnya dia masa tu. Tapi bila mengenangkan janji Allah. Segala yang menimpa anaknya dia terima dengan redha."
"Kesiannya bu.." mendatar suara Insyirah. Puan Aisya mengusap lembut kepala Insyirah.
"Nanti Ibu cerita lagi okay! Sekarang ni Insyirah pergi mandi dan solat. Kejap lagi dah nak masuk waktu Maghrib. Jangan lupa doa okay!" arah Puan Aisya
"Baik! Doa kan kekuatan umat islam. Betul tak bu?"
"Ya sayang"
Insyirah senyum. Puan Aisya tahu, sukar sebenarnya untuk menjelaskan perkara sebegitu kepada seorang kanak-kanak seperti Insyirah. Menceritakan situasi genting saudara sesama Islam di sana. Tapi lagi sukar bila Insyirah sudah dewasa dan tidak pernah tahu pasal isu Palestin. Itu lebih menggerunkan. Isu kemanusiaan seperti ini sewajarnya disebarkan kepada semua peringkat umur melangkaui batasan agama,bangsa dan bahasa dengan satu matlamat yang kita semua impikan iaitu mewujudkan dunia yang lebih aman.
3 comments
sy singgah dan follow.nt follow me back ok.
Insyirah: "tiap-tiap yang berlaku bersebab... mata yang mampu memandang terus pasti akan tersenyum kerana segala2nya telah tertulis lama dulu sejak Islam diturunkan dan disempurnakan sedikit demi sedikit.... dari 3 KALAM yang terdahulu... baca dan ke semua jawapan terdapat di dalam KALAM TERAKHIR UMATNYA... Isyirah kena janji baca tafsir Kalam DIA ya? segala-galanya tercerita dengan terperinciNYA..."
ps: ehem ehem ehem... ada tokoh jadi ibu mithali ni.... hik hik hik
hadoiiiii...memang power lah citer ni...abang bro memang kagum kesungguhan korang buat citer ni...kagum kagum kagum....