Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Saturday, May 19, 2012

Palestine

9:09:00 AM | | | Best Blogger Tips

"Saiful, cuba hang tengok ni. Pasai pa semua dok pakai DP cokolat ni ? Trend ka apa ni ?"

 Bijat menggaru-garu kepalanya yang sudah berbulan tidak bersyampu. Kononnya ingin berjimat duit, menanggung makan minumnya di kotaraya Kuala Lumpur. Tetapi boleh saja duitnya dibazirkan demi konsert Skrillex akan datang. Jimat baq hang !

"Mana ? Tepi sikit kepala dongga kau tu. Aku tak nampak skrin ni." Saiful sedang leka membaca komik di katil meninggikan kepalanya. Sukar untuk dia melihat skrin kerana rambut afro Bijat menghalang pandangannya.

"Amboih mulut hang." Bijat mencebik tetapi akur menyengetkan kepalanya ke kiri. Saiful meletakkan komik lalu pergi pada Bijat untuk melihat dengan lebih dekat perkara yang menjadi tanda tanya pada rakannya itu.

"Oooo . Ini pasal mogok lapar dekat Palestine. Kalau kau nak tau, kat Palestine sekarang ni beribu orang tengah mogok lapar kat Palestine nuh."

"Pasai pa depa dok mogok lapaq ?"

"Sebab yang tu aku tak dapat explain la punca utama tapi yang aku tau pasal da fed-up dengan tentera Israel ni . Buat aniaya je keje."

"Oooo. Abih, depa dok mogok lapaq ni bukan aniaya diri sendiri ka?"

"Jihad beb... jihad"

"Ooo . Paham ... paham ... Banggalah aku dapat member macam hang ni. Biaq lah hang dok clubbing sana sini tapi hang peka benda islam ni. Eh, hang pon da tukaq Dp da ? Camna hang tukaq ni. Tolong buakan aku."

"Ish, aku mana pandai buat ni"

"Abih ni hang punya DP da tukaq ni"

"Ooo. Tu mak aku yang buat . Dia ada fesbuk aku. Dia kan ustazah tu dia yang tukar DP aku tu"

"Nokharom. Mak hang ni advance nohhh"

Saiful hanya mampu tersenyum kambing.

6 comments

Anonymous
May 19, 2012 at 12:39 PM

minggu ni ramai bebeno yg lebih 'alim' dari biasa , di pesbuk . hehe!


-HEROICzero

May 20, 2012 at 12:06 AM

hahahaha aku suka word 'nokharom' puas aku fikir... mende apalah menatang tu. bila sebut balik... huhuhuuhuhu... cool...

ps: kispen sinikal yang toing1 toing! aku baru aja tanya si adil... dorang tukar profile coklat tu wat mende... kah kah kah...

May 20, 2012 at 12:48 PM

wakaka cool mak dia!

May 21, 2012 at 8:44 AM

ye buat kispen ni jihad juga ..tak gitu eh Boss?hahah..cool ni susah buat pakaui loghat utagha lagi..chaiyokk buat Sparrow...

May 22, 2012 at 12:24 PM

hehe. kali ni Sparrow lebih santai dr biasa. hehehe..

May 22, 2012 at 10:19 PM

aku suka yg ini!!!!!!!! santai.. seronok jer baca :)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...