Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, May 3, 2012

Patah Seribu

9:00:00 PM | | Best Blogger Tips
“Awak, saya dah bertunang.” Aku memandang Kamal di hadapan aku. Masih terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulutnya lagi. Mungkin Kamal bergurau.

“Lepas ni, kita dah tak boleh nak baik macam dulu lagi. Mak Izah akan selalu ada untuk mengawasi saya. Saya minta maaf. Mungkin saya lukakan hati awak dengan berita ini. Tapi saya tak ada pilihan. Saya terpaksa beritahu awak hal ini,” Kamal masih berkata sedangkan aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus aku balas. Masih terkejut dengan kata-katanya.

“Kenapa awak boleh bertunang dengan Izah? Awak cakap awak tak suka Izah?” Akhirnya aku bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri. Kamal hanya memandang aku. Aku lihat wajahnya penuh kekecewaan.

Ah… aku tahu aku dan dia tidak punya apa-apa hubungan. Hubungan kami mungkin hanya sekadar kawan baik tapi yang sebenarnya aku tahu dia dan aku punya satu perasaan yang sama lebih dari persahabatan cuma kami belum ‘declare’. Entah mengapa, aku merasakan sebegitu. Ia mungkin aku yang membuat andaian yang bukan-bukan. Tapi aku tahu itu yang sebenarnya. Hati aku mana pernah tersalah membuat andaian.

Bagi yang belum mengenali kami, tentunya menyangka Kamal adalah teman lelaki aku yang istimewa. Yeela, siapa yang tidak akan menyangka sedemikian jika setiap kali keluar dengan Kamal, tentunya Kamal akan membelanjakan wangnya ke atas aku. Bukannya aku seseorang yang suka pergunakan lelaki semata-mata untuk wang sahaja. Itu bukan aku. Kadang-kadang terasa segan dan malu asyik Kamal sahaja yang membelanjakan wangnya ke atas aku. Aku tak mahu digelar perempuan kaki kikis.

Masih lagi aku teringat ketika aku sedang bermesej dengan Kamal, aku mengadu kepadanya, mengatakan aku sakit, tidak sihat dan Kamal terus membawakan aku ubat ke rumah sewa aku. Dan aku juga masih teringat di mana Kamal akan membawakan aku sepotong kek kegemaran aku setia kali dia pulang dari kerja. Ah… mana mungkin seorang perempuan seperti aku tidak akan jatuh hati pada lelaki yang aku rasakan seorang yang ‘gentleman’. Dia juga sanggup membasuh kereta aku pada hujung minggu. ‘Sweet’ bukan dirinya?

“Mak Izah datang jumpa dengan ibu saya, mengatakan Izah sukakan saya dan entah bagaimana ibu saya bersetuju. Ibu saya meminta saya terima Izah. Dan saya tak ada pilihan. Saya tak nak digelar sebagai anak derhaka,” Kamal menjawab soalan aku dengan tenang.

Aku tahu Kamal anak yang baik. Dia takkan sesekali menolak permintaan ibunya. Ah… hati aku kecewa mendengar berita itu. Mengapa aku yang perlu mengalami semua ini.

Aku tahu Izah tu siapa. Izah itu anak majikan di tempat Kamal bekerja. Dia perempuan yang terhegeh-hegeh mahukan Kamal. Izah pernah berjumpa dengan aku meminta aku jauhkan diri dari Kamal. Aku bergaduh dengan Izah kerana aku tahu Kamal itu tidak menyukai Izah sebagaimana Kamal menyukai aku. Dan Izah pula menggunakan ibunya untuk mendapatkan Kamal. Ah… mahu saja aku menikam-nikam Izah dan ibunya.

Selang beberapa hari selepas Kamal menceritakan tentang statusnya sebagai tunangan kepada Izah, aku pula menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu Izah. Wanita itu memperkenalkan sebagai Mak Cik Leha. Mak Cik Leha menyoal siasat aku. Menanyakan apakah hubungan aku dengan Kamal. Beria-ia aku mengatakan aku dan Kamal hanyalah kawan baik sahaja. Hairan juga aku, bagaimana Mak Cik Leha mengetahu nombor telefon bimbitku. Ah… tentunya ibu Kamal yang memberikan padanya. Tidak mungkin Kamal.

Dan sekarang betullah apa yang Kamal katakan, kami tidak boleh lagi baik seperti waktu dahulu. Setiap kali kami ingin berjumpa, Mak Cik Leha akan ada. Mengintip perbualan kami. Ah… kadang-kadang mahu saja aku menghalau Mak Cik Leha. Menganggu perbualan aku dengan Kamal sahaja. Aku dan Kamal tidak boleh lagi berdua-duan seperti dahulu. Ah… mahu saja aku memarahi Izah itu.

Dan sekarang kami masih berbalas mesej seperti biasa. Namun aku tahu ia tidak lagi sama seperti dahulu. Kamal sudah bergelar tunangan orang. Seringkali Kamal mengadu mengenai perangai Izah yang seperti kebudak-budakan tidak seperti aku. Ah… hati aku dilanda rasa kecewa setiap kali membalas mesej dengan Kamal. Mahu saja aku luahkan pada Kamal apa yang aku rasakan di saat ini.

Berpuluh-puluh kali aku menangis disebabkan Kamal. Namun Kamal sedikitpun tidak mengetahui tentang itu. Hanya roommate aku yang menjadi peneman setia kepada tangisan aku. Aku memandang jam dalam gengaman aku. Milik Kamal yang tertinggal di dalam kereta aku. Hanya jam itu yang menjadi pengubat rindu aku pada Kamal. Aku tahu walau macam mana sekalipun, Kamal tentu akan dapat menerima Izah walau sehabis dia menolak Izah. Aku doakan kebahagiannya walau dengan siapa jua walaupun orang itu bukan aku.


Hak Cipta: reenapple

10 comments

May 3, 2012 at 9:35 PM

ahaks aku rase mcm da bace

ke aku slh ye reenapple?

tapi

nk komen jgak

its hurttt

CodeName_FBC
May 3, 2012 at 9:46 PM

sedihnye...
setiap pertemuan ada perpisahan dan perpisah yg plg perit ialah ketika hati kita enggan pergi...

tak tau citer ni kisah benar atau hny satu karya,tapi ianya sgt menyentuh hati...

May 3, 2012 at 11:35 PM

Kwn akn slamenye jadi kwn..

May 4, 2012 at 12:03 AM

uwaaa... hatiku terluka!

May 4, 2012 at 12:03 PM

xde jodoh kot..hmm :(

May 4, 2012 at 3:39 PM

it is my story. yeahh. so hurt. thanks reenapple.

May 4, 2012 at 5:07 PM

Be Strong !

May 5, 2012 at 4:01 AM

kadang egois manusia terhadap mereka yang dicinta mengatasi logikal akal manusia..
hati menipu otak, sedangkan otak mengawal seluruh badan..

macam mana otak boleh tertipu?
jawapannya ...

May 5, 2012 at 8:57 AM

hidup...macam tu lah...memang perlu lakukan apa yang perlukan...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...