Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Thursday, May 31, 2012

Saya Sayang Awak Tahu?

9:00:00 AM | | Best Blogger Tips
"saya sayang awak tahu?"


"Saya sayang awak tahu?"

Petang itu, untuk kesekian kalinya kami berkunjung ke taman pinggiran bandar. Dan seperti dulu, seperti pertama kali kami jejak kaki ke sini, taman ini masih sama. Suasana tenangnya langsung tak pernah surut. Aku kira sudah lama kami tidak ke sini. Katanya sibuk. Ya, aku tahu, kerana aku percayakan dia. Tapi kini, segalanya berubah.

"Saya sayang awak tahu?" 

Sengaja aku mengulang ayat itu berulang kali. Aku renung mata dia dalam-dalam. Mencari jawapan. Dia melarikan anak matanya dari aku. "Sayang, jangan pandang saya macam tu? Kang tak pasal-pasal saya jadi singa haaa..." katanya sambil mencuit hidung aku dan membuat mimik muka garang. Dia membetulkan topi dikepalanya. Merenung aku lalu meraih kedua-dua tanganku. Aku merelakan tingkahnya. "Ya, saya tahu awak sayangkan saya. Saya pun sayangkan awak juga." Aku meleraikan genggaman tangannya. Riak mukanya berubah. Mungkin dia terkejut dengan tindakan aku. "Habis tu kenapa awak berubah?" Untuk kesekian kalinya aku menimbulkan isu 'berubah' kepada dia. Wajahnya tenang. 

Kenapa lelaki tak pernah faham apa yang perempuan suka dan tak suka? Tak perlu rasanya aku nak jelaskan satu-satu apa yang tak kena sebenarnya. Dia raih lagi tangan aku sekali lagi. Aku tepis. 

"Sayang..sayang..dengar sini. Saya tak berubah. Oppsss. Okay, macam ni lah. Saya ngaku saya berubah. Berat badan saya dah berubah. Dah naik 3 kilo. Takkan pasal berat pun jadi isu..." belum sempat si dia menghabiskan kata-kata, PAP!!! Aku hadiahkan satu hayunan singgah ke lengan dia. Aku geram. Hatiku tercuit sebenarnya bila dia mengaku pasal berat naik 3 kilo tu. Si dia mengosok-gosok lengannya. 

"Saya tak suka awak comment ngada-ngada, manja-manja kat twitter dengan mereka tu. Saya tak suka! Saya geli. Kat saya takde pun awak buat macam tu kalau saya online kat twitter & FB, tapi kat orang lain bukan main lagi gatal. Eiiii..tak suka! Sakit hati tengok tau tak? Eiii..eiiiii! Ok, saya cemburu. cemburu yang wajar." Aku hambur segalanya. Kali ini aku tak ingin memendam lagi. Aku bukan saja-saja untuk cemburu. Cemburu aku sebab aku takut kehilangan dia. Takut kasih dan sayangnya berubah pada yang lain. Hanya itu. Dia senyum. Aku bertambah geram.

"Sayang, asal awak tahu, saya hanya cintakan awak. Hanya awak. Mereka bukan siapa-siapa dalam hidup saya. Saya lebih suka menjaga hubungan kita tanpa perlu di campur dengan perkara remeh dalam Twitter dan FB tu. Selagi saya cintakan awak, selagi saya sayangkan awak, tiada apa yang dapat mengubah kecuali dengan izinNYA." lembut tuturnya. Ya, itu yang membuat aku semakin hari semakin jatuh sayang dan cinta padanya. Walau tegang macam mana pun situasi, si dia memang akan bertindak dengan tenang. 

"Saya takut. Takut kasih dan sayang awak pada saya hilang. Awak bayangkan, kalau hampir setiap hari awak layan manja-manja,ngada-ngada dengan mereka pasti ada yang dah jatuh suka kat awak. Pasti ada antara mereka yang simpan perasaan kat awak. Saya perempuan. Saya faham hati perempuan. Tak banyak, sikit pasti ada hati yang terusik dengan layanan macam tu." 

Dia membuang pandangan ke arah pasangan suami isteri yang sedang mendukung anak kecil. Dia senyum memandang aku. Tangan aku diraihnya sekali lagi. Kali ini, tangan aku digenggamnya kemas. Aku merelakan. Dia merapatkan mukanya ke cuping telinga ku. "Saya hanya cintakan awak. Awak pegang itu je." bisiknya lembut. Mukaku terasa hangat. Malu. "Saya pun sayangkan awak tahu?" bisiknya lagi. 

-TAMAT-

10 comments

May 31, 2012 at 12:37 PM

simple dan sweet

KA nye turn rupenye

ptut tergerak hati nk bkk

nmpak tajuk pon sweet

#ohhh kahwin

May 31, 2012 at 1:47 PM

ohoooo.. ini sweet.. sweet terlalu.. huhuhu. AKu suka ini..

#sayang awak juga.. ngegngeh ngeh

May 31, 2012 at 2:03 PM

manis-manis. kalaulah semuanya manis-manis belaka. :)

May 31, 2012 at 2:07 PM

kawan-kawan kispen ini kesinambungan Kispen SI DIA tulisan HEROICzero :)

May 31, 2012 at 2:49 PM

Oh... dah main sambung-sambung juga hahahaha.....

manis.. ni!!!

May 31, 2012 at 2:53 PM

sweet banget deh..>:)

Anonymous
May 31, 2012 at 3:28 PM

hahaha cerita nya menarik , makin lama makin manis !

terima kasih KA kerana sambung cerita aku . ianya sangat tersenyum . ha ha ha =)


-HEROICzero

May 31, 2012 at 3:58 PM

Iffah - terima kasih baca. oh kahwin lah :D


reenapple - terima kasih reen. :)


hanaahmad - ada manis, ada pahit. yang pahitnya bila perempuan memendam rasa cemburu. tapi cemburu itu manis. Haha


Nong Andy - spontan sebenarnya. :) manis ya? :D


Teenager - sweet itu kamu. :D


HEROICzero - sebenarnya tulis ini sebab nak lelaki2 tahu apa yg diluah si gadis dlm cerita ini adalah apa yg gadis2 pendam dalam hati mereka. Cemburu yg wajar, sebab takut kehilangan org yg mereka sayang. Dan harap mesejnya sampai bersama senyuman ketika membaca tulisan ini. Heeeeeeeee

June 1, 2012 at 3:56 AM

huhuhuhuhu.. kemain korang main sambung2... *bukan siapa-siapa* aku rasa cocok gila dengan skrip tu kat lelaki tu... hahahah mcm pernah dengar...

ps: lelaki tu dah start nak menipu. cayalah cakap aku... ooops.. aku sambung boleh? minggu depan...? cop... habis korang...

June 1, 2012 at 8:37 AM

alolololo ..manis manis semuanyer...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...