"Hemmmm...kalau kau pergi juga interview di UEM tu aku menganggap kau sudah tak berminat lagi untuk sambung belajar Iddin..."
"Owhhh...jadi itu alasan ayah ke?"balas Iddin
"Bukan macam tu Iddin...ayah tak serupa ayah kawan kawan kau...segala perbelanjaan study mereka ditanggung seratus peratus oleh papa dan mama mereka...kita bukan orang senang"
"Suka ayah nak anggap saya apa...tapi ini semua jalan hidup saya juga...saya yang akan tempuhinya bukan ayah..."
Iddin terpaksa mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga tersebut sebagai technician walaupun dia tahu tanggungjawab dia adalah untuk belajar. Namun untuk menampung pembelajarannya dia harus bekerja juga.Iddin mengambil keputusan untuk berhijrah sahaja sahaja dari kampungnya. Hingga ayahnya memperlakukan Iddin sampai mencabar kewarasan akalnya.
"5 ringgit? Saya minta minta pinjam 50 ringgit....apa ayah bergurau dengan saya ayah?"
"Ayah tak bergurau dengan kau itulah yang ayah boleh beri...selebihnya kau cari sendiri...sekarang ni kau tak ada kerja kan?Hidup kau terumbang ambing...Kalau kau mahu menempuhi jalan susah terpulang..."
"Saya tahu itu ayah dan saya sedang berusaha untuk membayar balik apa yang saya terhutang pada ayah..."
Mahu tidak mahu Iddin terpaksa keluar dari rumah tersebut dengan duit 5 ringgit yang di beri ayahnya. Di kawasan bernama Aerodrome itu memang penuh dengan kilang kilang elektronik. Untungnya Iddin dan ayahnya mendiami kawasan perindustrian itu jika terdesak ada jugalah tempat untuk mencari pekerjaan sementara.Akhirnya dengan tambang 5 ringgit itu Iddin hanya mampu ke destinasi iaitu Carsem. Sebuah kilang elektronik di Medan Gopeng.
"Huhh ayah...rupanya ayah masih tidak mahu aku berganjak dari sini...rupanya ayah sudah merancang sesuatu untuk aku..."
Sementara kalut dengan kehidupan sendiri masih ada ruang rupanya untuk Iddin menaut tali kasih dengan seseorang yang dia jumpa lewat perkenalannya dengan seorang praktikal di kilang tempat dia bekerja.
"Kau tahu dia keturunan apa Iddin? dia keturunan raja...pangkal nama dia pun ada Puteri kau tahu tak..."ayahnya mempersoalkan dan menidakkan hak Iddin seperti selalunya.
"Mengapa ayah ukur persahabatan saya dan Aqilah seperti itu ?Apa bezanya dia dengan kita?"
"Ayah tahu kau menyimpan perasaan pada Aqilah selama ni...adalah tidak mungkin sama sekali jika kau berdua dua dengan dia...ayah harap kau lupakan sahaja Aqilah tu..."
Dan lewat pagi itu Iddin mengorak langkah juga untuk ke Shah Alam menghadiri temuduga. Sedangkan hari itu adalah hari jadinya.
"Di mana Iddin pakcik?Qila dah belikan t'shirt yang dia suka tu kan hari ni hari jadi dia?"
"Qila...sayang dia dah ke Shah Alam..."
"Buat apa dia ke Shah Alam...pakcik"
"Iddin menghadiri interview...dan mungkin juga dia akan menetap di sana untuk melanjutkan pelajarannya sambil bekerja"
"Dia pernah bercakap mengenai penghijrahannya itu pada Qila...tapi tak sangka dia sanggup meninggalkan kita semua..."
Hampir 2 tahun Iddin berada di Shah Alam tanpa sedikit pun dia ingat untuk kembali pulang ke kampungnya. Hatinya sudah lama membeku.Baginya jiwanya di kampung sudah mati. Sehinggalah dia bertemu Aqilah di kota.
"Iddin...tak sangka aku akan bertemu dengan kau lagi ...setelah kau tinggalkan ayah kau di kampung aku tak dapat menjejak kau aku tak tahu di mana kau berada.Entah hidup atau pun mati..."
"Hemmm...aku bertekad Qila...aku tak akan jadi seperti ayah aku yang hidup kais pagi makan pagi itu..."
"Nampaknya kau sudah bekerja sekarang...apa kau tak mahu melihat dan melawat ayah kau di kampung. Iddin aku tahu kau dan ayah kau sama. Namun ego dia dan ego kau itu sudah lama. Aku harap kau pulanglah ke kampung. Aku lihat keadaan ayah kau sudah sering sahaja sakit sakit..."
Iddin hanya diam. Pada 2 tahun lampau waktu yang sama seperti ini iaitu sewaktu di bulan umat Islam mengerjakan ibadah puasa. Waktu yang sama juga dia mengorak langkah meninggalkan kampungnya.
"Iddin...raya ni kau tak balik ke kampung ke?"tanya rakan kerjanya
"Baliklah Iddin...ada yang menunggumu di kampung..."
Bagaikan di sentap sentap ego Iddin selama ini. Rasa yang satu ini hadir bila ia bertemu dengan Aqilah. Segala kenangan dia dengan ayahnya menjelma satu persatu.
"Ahhh...aku sudah jauh mengasingkan diri aku rupanya...Kejayaan aku tak akan bermakna tanpa ayah aku..."gugur juga airmata Iddin dari lubuk hati yang paling dalam.
Setibanya sahaja Iddin di perkarangan rumahnya di kampung.
"Ohh Iddin...ayah kau tak ada...dia di hospital kerana serangan angin ahmar...elok kau pergi melawat ayah kau di hospital..."jelas makcik saudaranya yang menjaga rumahnya.
"Ayah..."airmata Iddin bercucuran tanpa dapat di tahannya lagi...
9 comments
kisah yang dekat dengan kita sebab ada watak ayah, tachnician kilang dan pelajar praktikal. dan lagi, yang `real'nya tiada kematian sebagai penamat jalan cerita seperti selalu...
sebetulnya, sebab ego dari kata2 ayah tu buat kau pergi interview.. ternyata doa ayah kamu dimakbulkan dengan satu harapan. akan tetapi selalunya kemarahan ayah dan ibu tampak kejam di mata anak2 termasuklah aku yang sedang menulis. namun bila sudah punya 'anak' sendiri... hahahahaha... rasanya aku nak aturan paling perfect tanpa cacat cela.. bak kata Iddin 'ini jalan hidup dia juga...' sudah tentu dia juga mahu yg terbaik dari apa yg ada sekarang.
ps: dah lama abg bro tak buat kispen mcm ni. cool... oh jalan cerita sgt bagus.
oh sejak akhir2 ni aku sudah lupa akaun sendiri....
-BS-
oh.. o.k! ayah dia masih kat spital. masih sempat minta ampun maaf dari si ayah.
*Oh.. kispen ni buat aku teringat si ayah di kampung.. rindu!!!
SM - ye sebenarnya si ayah tu cuma mahu anaknya dekat dengan dia sahaja...
BS - tq bos...sayangnya kurang nampak ego tu...kalau lagi tinggi ego masing masing lagi REAL...
NA - ye sama samalah kita menghargai ayah kita ketika dia masih ada ...
Dalam banyak-banyak orang yang aku kenal selama aku hidup, memang ayah la orang yang paling ego. Cuma aku atau memang ada orang lain cenggitu?
Kilang carsem tu! Rindu pulak dekat Ipoh. Hewhewhew
yes he aint heavy he's our father...
kilang Carsem circ 1992 - 1994 haha