Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, April 27, 2012

Bukan Sang Bunga Api

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips


And when I'm gone, Just carry on, Don't mourn,
Rejoice, Every time you hear the sound of my voice,
Just know that , I'm looking down on you smiling,
And I didn't feel a thing, So baby don't feel no pain,
Just smile back.

Ke mana agaknya kita nanti? Garis hidup di telapak tangan sudah merajuk pudar Setiap insan perlu mencari kebahagiaan sendiri. Jika ditakdirkan bersendirian, aku sudah belajar tersenyum semasa bersama arjunaku. Bekas arjunaku.

Hijau dedaun gugur bertaburan. Angin sepoi- sepoi begitu menceriakan. Jarang fenomena ini berlaku. Alam ketawakan kita agaknya. Atau cuba membuat kita tersenyum, lupakan memoribilia bersama. Modus operandi kita sukar difahami. Masing- masing membawa cara unik masing- masing yang akhirnya membawa perih pada dua- dua pihak.

Aku tak rasa salah aku. Tidak juga salah kamu, sang arjuna. Mungkin kita kerap benar digelar merpati dua sejoli. Kita stress ,maybe. Lidah kita sama- sama terkunci. Sama- sama tak memahami nuansa sendiri.

' Rejoice? '
' Just carry on?'
' You didn't feel a pain ?'

Kau bohong diri sendiri lagikah? Sahabatmu sering saja memberitahuku, kau tak pernah sebegitu. Tapi, kau pilih untuk diam membatu, sembunyi segala apa di kalbu. Aku? Tak mungkin aku mulakan dahulu. Biarkan kau mampus dalam kedinginan jiwamu. Tapi kini, aku tak mampu berlalu dari wasilah lama.

Ingin sekali aku menghirup nafas di tempat lain di kala kau tiada. Kehadiranmu bukan bagai bunga api. Yang terpercik kuat. Kehadiranmu biasa- biasa saja. Yang akhirnya berlalu dalam diam.

Jom ketawakan aku. Ketawakan rapsodi ini. Aku ingin hidup dengan egoku sendiri walau ku tahu aku akan diteman sang sunyi sampai ke tua. Ketawakan aku kerana aku melepaskanmu. Ketawakanku kerana sengaja menyakitkan hatimu. Ketawakan aku melepaskan arjunaku yang satu.

Alasanku tidak mampu memikul cintanya tidak boleh diterima. Mungkin setelah aku melepaskanmu, kau akan menemui kebahagiaanmu yang sebenar. Aku doakan itu dalam sujudku.

Untuk aku, aku cuma boleh berharap ada insan yang sudi menerimaku di hujung lorong sana. Akan ku tebus salahku. Walau bukan denganmu. Tapi tahniah. Kau orang pertama yang mampu membuat aku bermadah sastera begini. Satu simetriku yang tidak pernah aku singkap.

Kau. Aku cuba senyum. Semoga kau mampu memberi kebahagiaan dengan muzikmu. Maafkan aku lancar berkata- kata menyindirmu. Aku doakan kau berjaya arjuna. Aku doakan kau bahgia sang teruna. Aku doakan kau sejahtera, selamanya.


Hak Cipta: Eli J.

3 comments

April 27, 2012 at 9:49 PM

Errr bhse die

nice

April 27, 2012 at 10:19 PM

letihnya aku menkaji yang tersirat dlm kispen ni. adakala menusuk ke hati tapi semuanya samar-samar belaka. sang arjuna yang begitu 'penting' di jiwa tetapi di lepaskan kerana....?

"kehadiranmu biasa-biasa saja..."

kau org pertama yg mampu membuat aku bermadah sastera..

*nice!!!

April 28, 2012 at 12:27 AM

aaaa... ayat dia terlalu satera... aku dah la bukan budak sastera dulu.. hehehe.

ini punya sedih kah?? Aku tengok kartun kat bawah tu nangis.. heee... =)

semoga dia baik-baik aje.. semoga dia ketemu yg lebih baik dari arjunanya yang terdahulu.. =)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...