Dia tak suka aku merokok, sejak kenal dengan dia, aku dah tak merokok dah. Entah kenapa selepas beberapa tahun berhenti merokok, hari ni aku kembali merokok..mungkin sebab dia..
Langit kelam. Awan hitam. Bulan suram. Bintang muram. Setiap hari sama saja..kosong... Itulah dunia aku, sebelum kemunculan dia..
Pertemuan kami sangat unik melalui blog.. Aku usha dia.. tapi aku takut nak tegur.. takut dia tak layan.. Aku berani kan diri
“Hi, nama saya Zakaria bin Deli.tapi awak boleh panggil saya Zakar..”
“Hi Zakar.. nama saya Najwa Letih..”
“Eh awak la yang nyanyi lagu Cinta Muka Tembok tu kan?”
“Tak. tak.. tu bukan saya..”
Sejak hari tu, kami bertambah rapat.. tak sangka rumah dia dekat je dengan aku..
Dia suka bergurau. Kadang-kadang gurauan dia melampau. Aku ingat lagi dulu-dulu..dia pernah call aku cakap dia sakit.. terkejut aku.. rupa-rupanya dia bergurau. Sejak hari tu, aku tak percaya lagi bila dia cakap macam tu.
Aku selalu teman dia tengok wayang. Aia suka tengok cerita cinta, aku pula suka tengok cerita hantu. Kami selalu bertengkar.. selalunya dia yang menang..
Dia suka sangat makan aiskrim.. bila dah comot ,baju aku la yang jadi mangsa..
1 hari, dia SMS aku cakap dia tak sihat.. aku tau dia tipu.. aku tak percaya. Aku marah dia.
Sejak hari tu, dia terus senyap.. dia langsung tak call aku. SMS aku pun dia dah tak balas.. 1 khabar berita pun aku tak terima.. mungkin dia terasa hati sebab aku marah dia tempoh hari. Blog pun dia dah tak update.. selalunya tiap2 hari dia update.
~~~~~*~~~~~
1 hari, aku cuba hubungi dia.. tapi tak dapat. Aku pegi rumah dia.. Alangkah terperanjatnya aku. Rupa-rupanya dia betul-betul sakit. Ibu dia kata dia sakit barah paru-paru. Dia kena tahan di wad.
Dia yang semalamnya nampak ceria, kuat dan sihat.. hari tu jadi lemah. Aku sebak bila tengok dia macam tu.. bercakap dalam nada paling rendah dan lemah pernah aku dengar..
Lepas beberapa minggu di wad.. Doktor benarkan dia balik.. bukan sebab dia dah sembuh.. aku tau, tapi sebab dah tak ada harapan..
Sejak dia masuk hospital, yang aku ingat aku melawat dia cuma sesekali aje. Melawat dia dalam masa sejam dua selalunya aku hanya diam. Aku tak tau macam mana nak buat dia terhibur macam dulu-dulu. Air mata aku selalu bergenang, tapi... aku tak mahu menangis depan semua orang, depan dia..
Bila dia tidur, aku selalu pandang dia dari jauh. Sayu. Kadang-kadang aku pergi dekat katil dia. Kalau dia terjaga, dia akan minta aku bawa dia keluar jalan-jalan. Aku kata tak boleh sebab dia sakit. Tapi dia tak peduli, dia marah-marah..
Dia selalu tanya aku, bila dia akan baik macam biasa. Bila jadi macam tu, aku terus keluar dari bilik. Aku tak tahan tengok dia. Hati aku jadi sangat-sangat hiba dan sebak. Aku tak mahu menangis depan dia..
~~~~~*~~~~~
Aal-awal aku cuba bersiap menghadapi kemungkinan. Aku cuba lupakan dia.. aku cuba hidup macam biasa. Aku takut aku tak mampu nak lepaskan dia bila waktunya tiba.. tapi aku silap, aku telah merelakan dia pegi sebelum sampai masanya.
Suatu subuh, aku dikejutkan dengan bunyi telefon..
“Dia dah pergi..” SMS dari ibu dia. Aku bangun serta merta.. terus ke rumah dia.
Dia terbaring kaku...
Wajah dia masih sama...
Masih dia yang aku kenal..
Jenazah dia diusung ke ruang tamu. Kelilingnya orang ramai baca Yassin. Aku tak menangis pun.. sejak diberitahu dia dah meninggal sampai jenazahnya dikebumikan, aku tak menangis. Sebab aku dah relakan pemergiannya awal-awal lagi.
~~~~~*~~~~~
Sekarang hidup aku kembali sunyi.. kosong.. tanpa warna. Dunia aku dah tak secantik semalam.. saat-saat awal perkenalan dengannya. Dah tak ada apa yang istimewa.
Selepas beberapa tahun pemergiannya, aku tergerak hati untuk buka blog dia. Dah terlalu lama blog dia terbiar.. aku pun dah lama tak buka blog dia,sejak dia pergi.
Aku rindukan dia..
sebenarnya, aku cuba lupakan dia dalam hidup aku, aku cuma tak mahu hilangkan dia dari hati aku.
Aku rasa sebak..
Aku pejam mata..
Bayangkan dia suatu masa dulu..
Pertama kali selepas beberapa tahun aku tak jejak blog dia, bila baca balik entri-entri yang dia tulis, aku seperti tak percaya yang dia telah pergi.. walaupun jasadnya dah tak ada, tapi.. dia seakan-akan masih hidup, bersama.. emosi yang ada disetiap entri-entri tu, aku tak tahu macam mana nak terangkan..
Ceria.. gembira.
Itulah emosi yang selalu menyambut aku tiap kali membaca entri-entri yang ditulis dia. Jelas terasa.. itulah juga gambaran perwatakan dia. Bila baca apa yang dia tulis, seolah-olah dia masih ada. Walaupun dah beberapa tahun dia pergi.
Bahagia.. hiba.
Itulah yang aku rasa sekarang.
Bila aku boleh memandang dunia yang berseri-seri semula?
10 comments
Tersentuhnya baca kispen ni :/
Cerita yg best dan ringan :)
Adekah ini kawan aku?
Jad aku rse penah bace cerpen ni
sile sambung wat nvel ko.aku taw ko bbkt
Wah... penulisan yang lain dari yang pernah aku baca di blog penulis ini.. hehehe.
hati aku tersentuh... =)
belum baca dan komen ahahaha.. sebab aku peminat minda kronik :p
Dia memang selalu kejam! cis... sob..sob..
*Kronik minda aku bila baca tulisan dia :)
cerita yg menarik dan boleh buat aku menangis
Auwwww...so touch...
Kispen ini buat aku teringat pd rakan blogger, arwah arjuna dan khairul. Walaupun kedua-duanya dah tak ada, bila rindu pada mereka aku jenguk blog mereka dan bila aku baca balik entry2 mereka pada hari2 terakhir hayat mereka, terkesan mengenai ayat2 mereka terhadap kematian cuma ketika itu aku tak perasan...bila recall balik...ya Allah kalau boleh putar balik jarum jam...aku mahu lalukannya.
fasa ini akan terus kekal begini selagi blog itu dibuka setiap hari..
jalan cerita ringkas, tapi kesannya masih terkesan..
Aku menangis. :'(