Fatiah Yadz
Safiyyah gusar menanti di perhentian awam menunggu kenderaannya untuk pulang yang tidak kunjung tiba. Di waktu waktu begini, selalunya adalah waktu larangan bagi para siswi untuk berkeliaran dan keluar di tempat awam. Teringat kembali pesanan exco dan perwakilan pelajar yang melarang siswi berjalan seorang diri tanpa ada urusan yang mustahak selepas waktu isyak. Safiyyah memendam kegusaran. ingin terus tunggu atau ambil teksi sahaja? ah, berani kah aku mengambil teksi seorang diri pada waktu malam begini?
Safiyyah membatalkan niat apabila memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi. Dia tidak boleh terlalu berani. Baru sahaja tadi dia diganggu dengan siulan lelaki-lelaki arab saat dia melewati Restoren Abu Yousef. Saffiyah semakin resah. Sesekali dia menjengah andai ada coaster yang muncul. Namun ternyata hampa. Hati Saffiyah dipagut risau. Kesal pula dengan tindakan nya yang bertegas mahu pulang walaupun sudah dicegah adik-adik siswi. Tadinya, dia singgah di Raudhah untuk memberi sedikit taklimat dan penerangan kepada exco wanita. Sudah diajak untuk bermalam disana, namun dia yang tidak mahu. Sekarang hendak menyesal pun tidak berguna.
"Assalamualaikum" sapaan satu suara mengejutkan Saffiyah. Dia mengucap panjang. Yakin benar suara itu milik seseorang yang bukan muhrimnya. Saffiyah segera menundukkan wajah.Ucapan salam disambut perlahan. Lelaki itu kemudiannya berbicara dalam bahasa arab. Namun, Safiyyah yakin, mereka sama-sama anak rantau. Saffiyah menjawab dalam bahasa melayu.
"Tak elok saudari di sini pada waktu begini. Boleh menimbulkan fitnah" suara lelaki itu begitu lembut dan tersusun pada pendengaran. Namun cukup buat Safiyyah tersentap. Mendalam kata-kata itu. Safiyyah hanya diam dan berdoa agar coaster segera sampai . Dia tidak sanggup untuk menahan telinga mendengar 'syarahan percuma' dari ustaz muda itu. Alhamdullillah. Sesaat kemudian sebuah coaster berhenti dihadapan mereka dan menyebut destinasi yang sememangnya ditujui. Safiyyah segera melangkah masuk.
Ketika coaster menghampiri pintu gerbang universiti, Saffiyah menyeluk begnya. Dahinya berkerut. Tiada! dia menyeluk pula kocek jubah dan seluruh kocek beg. Kemudian dia berpusing ke kiri dan kanan, bawah dan tepi. Tiada! mana dompetku? Saffiyah resah. Bagaimana mahu membayar tambang? Bagai ingin menangis rasanya. Ustaza muda yang sama -sama menaiki coaster dengannya sebentar tadi, sudah bangkit dan melangkah menuruni anak tangga. Saffiyah segera bangkit. Tiada cara lain selain meminjam duit dari ustaz itu. Namun, belum sempat dia berbuat demikian, ustaz itu terlebih dahulu menghulur tambang untuk mereka berdua. Saffiyah tertunduk malu.
"Tidak perlu bayar. Saya ikhlas, insyaAllah," ujar ustaz muda itu saat Saffiyah menyatakan ucapan terima kasih dan berjanji akan membayar semula tambang itu. Terkesima dia mendengar kata-kata ustaz itu. Dia diserang rasa bersalah kerana menyangka yang bukan-bukan pada ustaz muda itu di hentian menunggu tadi.
"Saya hantarkan saudari . Takut ada halangan dalam perjalanan pulang nanti. Kita sama anak perantau, niat saya hanya mahu menolong. Tiada niat lain" Saffiyah hanya mengangguk menerima pelawaan lelaki itu. Terharu dengan keprihatinan nya. Saffiyah tidak mampu menolak kerana dia sendiri bimbang untuk berjalan seorang diri dalam waktu lewat begini. Setibanya di hadapan pagar , Saffiyah mengucapkan terima kasih dan bersegera masuk ke dalam. Dia malu untuk berlama-lamaan disitu, dan yang paling ditakuti, akan timbul fitnah dikalangan siswi .
**************************************************************
Tiga minggu sahaja lagi imtihan akan dijalankan. Saffiyah mempersiapkan diri dengan sebaiknya. Dia tidak mahu sangkut dalam mana-mana pengajian. Kerinduan pada keluarga di tanah air mengibarkan semangat nya untuk segera mengakhiri pengajian di bumi Jordan ini memandangkan dia kini berada di tahun akhir. Empat tahun berhempas pulas menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman di negara orang. Saffiyah memasang azam untuk menabur bakti buat anak desa berkongsi ilmu apabila dia kembali ke tanah air nanti. Ketukan dipintu disahut perlahan Saffiyah.
"Assalamualaikum, maaf ana mengganggu. Boleh ana berbicara sebentar ?"
"Waalaikummusalam, Raihanah. Insya Allah, tidak menganggu. Masuklah," ujar Saffiyah sambil tersenyum .
"Ana risaukan imtihan ni. Persediaan awal, ana sudah lakukan. Tapi saat-saat akhir ni, ana berasa tidak yakin kak. Bantu lah ana. Ana buntu" ucap Raihanah dalam sendu. Saffiyah mengusap perlahan bahu siswi itu. Raihanah muda beberapa tahun darinya. Sudah dianggap bagai adiknya sendiri, Anak kelahiran Melaka itu agak manja dan mudah tersentuh.
"Ada kertas yang tidak yakin?" Saffiyah mengutarakan soalan. Raihanah menggeleng.
"Kalau begitu, Ana tidak perlu risau. Mungkin hanya disebabkan Ana gemuruh nak menghadapi imtihan ini. Bila mula nya?"
"Insya Allah, Selasa ini" Saffiyah berfikir sejenak. Dua hari lagi. Masih sempat. detik hatinya.
"Beginilah, Ana jangan fikirkan sangat. Insya Allah, semua persediaan Ana dah lengkap. Tenangkan hati Ana dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran dan doa pada Allah supaya dikuatkan ingatan. Jangan mudah mengalah ya" Saffiyah meyakinkan Raihanah. Perkara seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar di sini, terutama pelajar tahun satu. Bagi diri Saffiyah selaku senior dan mantan ketua exco siswi, sudah menjadi tanggungjawab untuk menasihati dan memberi keyakinan kepada adik adik junior yang bermasalah.
"Ana risau kak. Ana cuba nak ingat semua nota dan hafalan, tapi otak ni terasa kosong. Ana takut"
"Ana dah berusaha. Sekarang Ana perlukan doa, tawakal dan iltizam. Insya Allah, Ana bukan lupa pada persediaan Ana, cuma perlukan rehat. Jangan terlalu stress. Dah call ibu khabarkan mengenai imtihan?"
Raihanah hanya menggeleng. Saffiyah tersenyum. Itulah puncanya.
"Akak nak, Raihanah balik ke bilik, ambil wuduk, dan baca Al Quran sehingga Ana betul betul rasa tenang. Kemudian, Ana call ibu. Minta ampun, minta maaf, dan minta restu dari ibu. Minta juga agar ibu mendoakan Ana. Restu ibu itu amat penting, ingat tu"
"Baiklah kak, Insya Allah"
-Bersambung esok-
5 comments
aisehhh.sambungan plizzzz.
**kisah perantau syok doe.byk yg boleh dapat.
Mana ustaz muda tadi... Mesti kapel dgn raihana ke macam mana?
kunjungan gan .,.
bagi" motivasi
keberuntungan selalu menghampri kita
hanya saja kita yg trkdng tdk brfkir demikian.,.
si tunggu kunjungan baliknya gan.,
sepertinya aku sedang membaca novel islamik habiburrahman versi malaysia... tenang dan hebat bila mampu buat kispen sebegini landai... aku macam LW gak... ok... aku sambung baca...
salam semua.. thanks sudi baca.. cerpen ni memang adaptasi dari novel salju sakinah dan buku motivasi cinta selepas Allah dan Rasul... saya jadikah cerpen.. =)