Sebarang karya nukilan yang ingin disalurkan untuk tujuan penyiaran, sila emailkan ke secret7writer@yahoo.com. Terima kasih.

Friday, April 6, 2012

Cinta Raudhah #Episod 2

9:00:00 PM | | | Best Blogger Tips
Fatiah Yadz
Cinta Raudhah [  1  |   |  Akhir ]


"Mahu ikut serta?" soal Ustazah Aliyah. Saffiyah berkira-kira untuk hadir ke ceramah itu. Bukan niat untuk menghindari majlis ilmu, tapi, keadaan teman sebiliknya yang sedang demam membuatkan Saffiyah berbelah bahagi. Takut sakitnya melarat dan tiada siapa yang menjaganya.

"Kalau kak Fiya risaukan Husna, saya boleh bantu. Lagipun saya memang tak dapat hadir ceramah itu, sudah berjanji dengan kawan-kawan lain untuk belajar bersama malam ini" celah Raihanah yang entah bila muncul di muka pintu. Saffiyah tersenyum dengan tawaran Raihanah itu. Dia kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memesan beberapa keperluan untuk menjaga Husna sebelum bersiap untuk menghadiri ceramah itu.

Masjid sudah dipenuhi siswa dan siswi. Dua panel khas, ustaz muda yang dijemput bagi menyampaikan ceramah pada malam itu. Saffiyah terpempan seketika. Salah seorang panel itu mencuri pandangannya. Ustaz Ilyas Hadif. Sejak pertemuan pertama pada malam dompetnya hilang, Saffiyah tidak pernah melupakan wajah itu. Entah mengapa, sukar untuk melupuskan bayangan lelaki itu dari ingatan. Pertemuan kali kedua dengan Ustaz muda itu sewaktu perbincangan sesama mantan exco, dan forum pelajar. Bagaikan sudah diatur, kali ini mereka bertemu lagi. Saffiyah beristigfar kembali ke alam nyata. Ceramah sudah dipertengahan jalan. Ustazah Aliyah mencuitnya dan bertanya kenapa. Saffiyah hanya tersenyum dan menggeleng.

"Berpotensi panel tadi menyampaikan ceramah kan? Padat dengan isi, lagi-lagi Ustaz Ilyas" ucap Ustazah Aliyah ketika mereka berjalan pulang dari masjid. Terlihat perubahan pada wajah Saffiyah. Dia menjadi tidak keruan tatkala nama itu disebut. Saffiyah mempercepatkan langkah dengan alasan bimbangkan Husna. Sebetulnya dia ingin mengelak dari terusan berbicara soal lelaki itu.

*******************

Permintaan umi dua hari lalu masih bermain-main difikirannya. Satu kejutan yang membuatkan Saffiyah benar-benar kaget. Hasrat umi ingin menjodohkan dia dengan anak kenalannya membuatkan Saffiyah bingung. Selama ini, bukan tiada anak desa yang menghantar pinangan, namun di tolak mentah-mentah abi dan umi. Alasannya dia masih belajar, biarlah merasai pengalaman kerja dahulu, baru berfikir soal kahwin. Tapi , panggilan telefon dari umi yang seperti berharap untuk dia menerima pinangan itu membuat kan dia keliru.

Istikharah sudah dibuat. Keputusannya sudah bulat. Dia yakin dengan petunjuk yang diperolehi. Tambahan, tiada alasan untuk dia menolak kerana pilihan umi dan abi pastinya terbaik buat dirinya.Hatinya juga belum dimiliki sesiapa. Benarkah? atau dia hanya redha pilihan hatinya bukan lagi untuknya? terimbau perbualan dengan Ustazah Aliyah mengenai Ustaz Ilyas.

"Fiya ada menyimpan perasaan dengan Ustaz Ilyas ke?"

Saffiyah tergamam seketika dengan soalan yang bagaikan peluru bepandu tepat mengenai jantungnya. Mengapa ditanya? Terlalu jelas kah gerak geri ku yang selalu memandang Ustaz muda itu dari jauh?

"Kenapa akak tanya?"

"Hanya nak mengingatkan. Hatinya sudah dimiliki. Ramai siswi yang jatuh hati padanya. Sebelum kamu turut jatuh hati, lebih baik akak sampaikan awal-awal"

Saffiyah terkesima. Ada satu perasaan halus menjalar dalam dirinya. Sedih dan kecewa. Terasa benar kehilangan tatkala mendengar hakikat yang memedihkan itu. Namun, dia cepat tersedar. Tidak sepatutnya bersifat sedemikian atas kebahagiaan orang lain. Saffiyah cuba mengukir senyum.

"Insya Allah tidak kak. Jatuh cintanya saya pada Ustaz Ilyas hanya atas dasar rasa kagum akan kebaikan dan perawakan dia. Tidak lebih dari itu"

Tanpa dipinta ada air hangat yang mengalir dipipinya. Diseka perlahan. Entah mengapa dia benar-benar merasa kehilangan saat mengetahui hati Ustaz Ilyas sudah dimiliki. Rasa kecewa menyelubungi diri. Saffiyah cuba untuk menutup kesedihan. Dia pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. ustaz Ilyas pergi dari hatinya, diganti dengan calon menantu pilihan umi. Saffiyah yakin dengan keputusannya menerima lamaran itu. Semoga keyakinan itu terbalas dengan kenyataan yang membawa kebahagiaan dan sinar baru dalam hidupnya kelak.

********************************

ikatan pertunangan selama setahun memberi cabaran buat Saffiyah dan bakal suami. Selama itu juga mereka tidak berhubung melalui sms, mahupun panggilan talifon yang pada pandangan mereka itu adalah satu kelalaian. Safiyyah tidak mahu mereka terbuai dengan keasyikan bercinta. Hanya sesekali mereka saling berutus email dan surat untuk bertanya khabar diri dan keluarga. Saffiyah masih belum berkesempatan melihat wajah tunangannya. Tempoh hari, sewaktu majlis bertunang, Saffiyah kembali ke kamar setelah menyarung cincin. Gambaran mengenai bakal suaminya yang dikatakan penyegan dan manis senyuman hanya disampaikan oleh sahabat handai dan adik nya sendiri.

Perubahan cuaca yang tidak menentu dibumi Jordan , menyebabkan pelajar luar tidak biasa dan mudah diserang demam. Tidak terkecuali Saffiyah. Sekembali dia ke Jordan beberapa bulan yang lalu bagi menyambung pengajian, dia tiba-tiba diserang demam panas. Seminggu lamanya demam tidak kebah. Dia terpaksa ditahan di wad. Sahabat tidak putus-putus datang melawat dan memberikan bantuan.

"Cepat sembuh, Fiya. Ada insan yang menunggu. Dikirim salam Assalamualaikum untuk kamu" Ustazah Aliyah menyampaikan salam seseorang sewaktu melawatnya di hospital petang itu. Saffiyah menjawab salam. Namun hatinya tertanya-tanya, siapakah dia?

"Siapa kak?" soalan itu dijawab dengan senyuman.

"Bakal imam mu"

Terkejut Saffiyah mendengar perkhabaran itu. Bagaimana Ustazah Aliyah mengenali tunangnya. Saffiyah keliru dan mula mengesyaki sesuatu. Namun, tatkala ditanya kepada Ustazah Aliyah, dia hanya menjawab, satu hari nanti kamu akan tahu.



-Bersambung minggu depan-


2 comments

April 7, 2012 at 12:42 AM

niceee.


***nak sambungan plizzzz.

April 7, 2012 at 2:58 PM

cepatlah sambung! tak menyabar pulak hehe

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...